Saturday, 18 February 2017

RENUNGAN KEPADA AL KAHFI

Sampai pada surah Al kahfi.
Aku baca  dan aku renungkan.
Mai  bersama aku  memahaminya.

Bahawa maklumat dalm alquran itu  telah menceritakan perkara  yang berlaku sebelum adanya alam  ini (azali).
Kisah kisah sebelum  ,semasa dan selepas manusia pertama nabi adam dicipta.  Bukan itu sahaja juga eranya kelahiran  nabi nabi selepasnya sehingga  ke era rasullulah penghulu  semua nabi .

Siapakah yg ada rekod  begitu. jelas bicaranya,  jutaan tahun tempuh masanya.  Pada  hukum akal, sudah pasti skrip nya dibuat oleh yang menciptanya. Siapa yang  mampu. Sudah pasti maklumat dalam  al quran ini sesuatu yang  yg tidak terjangkau oleh akal.

Dan Allah telah beritahu bahawa  "AKU" lah pencipta keatas semua kewujudan ini. Adakah   pencipta selain dari " AKU ".

Dalam bahasa lain , perkara yang berlaku sepanjang kewujudan  alam ini telah direncana mengikut skrip yang dicatatkan dalam  wahyu yg telah diberitahu kpd umat  manusia.. Adakah  kamu wahai manusia belum mahu mengetahui dan menyakininya.  Atau adakah   boleh berkata ini sebagai hukum alam atau natural of law.

Dalam bahasa lain juga.   Kehendak Allah sentiasa  berlaku atas ketentuan bahawa Allah itu sedang laksanakan proses penyaringan terhadap ciptaannya.

Tidak terhenti  hanya perkara yang sedang berlaku dihadapan mata kita.  Allah beritahu maklumat lagi bahawa  sampai masa yg ditentukan "AKU " akan hancurkan alam ini seperti penyataan  dlm surah Al Kahfi  ayat 47.

"Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka."
(QS. Al-Kahf: Ayat 47)

Allah SWT berfirman lagi: Alkahfi ayat 48.

"Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)"."
(QS. Al-Kahf: Ayat 48)

Allah SWT berfirman: Al Kahfi ayat 49.

"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun."
(QS. Al-Kahf: Ayat 49)

Allah SWT berfirman:  Al kahfi ayat 50.

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh yang nyata bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu."
(QS. Al-Kahf: Ayat 50)

Menggigil  ketak lutut  aku membaca peringatan yang amat keras ini.  Aku hayati setiap  yang aku baca, aku hayati  pengertiannya, maksudnya amat tajam . Aku
panjangkan  fikiran  akan peringatan  Allah ini.

Saudara kalian,
Adakah  kalian rasakan apa yg kalian buat jalan yg Allah redho. Tidak pernahkah kita rasa telah bersalah kerana  bertentangan dengan kehendaknya.

Jika telah jauh silapnya segera berpatah balik sebelum mati. Ampunan Allah amat luas.  Tolong agama ini,  walau sedikit  sumbangan. Jangan sekali kali ditentang. Amat parah padahnya.

Alangkah  bahagia nya jika  penghayatan  begini dapat di rasai / dapat  disampaikan kpd semua kaum keluarga aku dan sahabat kalian.

Ini sedikit coretan untuk menyambong  bicara daee  mudahan  dimanfaatkn ,terakam untuk  bacaan anak cucu, handai taulan.

- Kuaters Perikanan Gelugur
19/2/2017