30/10/2016. Kuliah
pagi tadi. Ustaz membawa satu hadis qudsi yang menjelaskan
dialog antara Allah dan Iblis.
Jelas ustaz , hadis
qudsi ini nyatakan bahawa dialog yang memberi maklumat yang golongan iblis ini memang telah maklum akan perkara yang
telah direncana terhadap
perselisihan yang bakal berlaku antara makhluk manusia dan iblis. Dialog
ini dkhabarkan berlaku
selepas keingkaran iblis tunduk menghormati nabi Adam.
Iblis bagaikan minta kepastian dari Allah.
Iblis katakan " Diketahui
akan ada
pemimpin dikalangan para
nabi yang memimpin umat manusia mengikut
zamannya. Dan ditentukan pula ada kitab yang akan diturunkan kepada nabi berkaitan". Lalu
Allah katakan " Akan diturunkan empat kitab yang akan diturunkan
kepada nabi iaitu Zabur, Taurat, Injil
dan Furqan. Ia akan diturunkan kepada empat nabi/ rasul.".
Dalam dialog diatas , bermaksud iblis memang mengetahui rencana Allah akan ketentuan.
Dalam hal itu kita sedia maklumkan bahawa iblis pada era itu dapat maklumat dari langit, Ia bebas boleh
turun naik.
Iblis persoalkan lagi.. " Engkau ya Allah, memberikan kitab kitab kepada umat manusia
mengikut zamannya. Kami makhluk iblis
juga memohon berikan kami kitab seperti yang diberikan kepada
manusia".
Dialog diatas bagaikan iblis mahukan sesuatu panduan
terhadap aturan kehidupan keturunannya.
Ia juga memberi pengertian bahawa
kehidupannya tertakluk kepada peraturan
yang ditentukan. Dalam persoalan ini,
teringat aku kepada satu
dialog lain yang yang dikatakan oleh iblis. Ini berlaku sebelum terjadinya dialog diatas. Kata iblis
" Engkau ya Allah telah menjadikan
aku begini ( sikap sombong/ ego) tidak menghormati nabi Adam, aku mohon panjangkan umur aku
untuk bersama anak cucu umat manusia turut dengannya".
Permintaan itu
diperkenankan, Allah katakan, " Aku
perkenankan panjangkan umur kamu dan buatlah sekuat kamu terhadap umat
manusia. Kamu tidak ada daya walau sedikit pun terhadap mereka yang berbuat
sesuatu, ikhlasnya kerana Aku"
Allah telah memberi kitab kepada iblis yang mengandungi
sepuluh perkara. dalam dialognya :
Iblis berkata:”Ya Tuhanku! dimanakah tempat bagiku
berkumpul?.” “Wahai iblis! tempatmu
berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan, pesta-pesta maksiat,
majlis dan sebagainya.”
Kata iblis:”Wahai Tuhanku!, apakah makanan untukku?. “Firman
Allah “Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama
Allah.”
Kata iblis: “Wahai Tuhanku!, apakah minuman untukku? “Firman
Allah “Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang
tidak disebut dengan nama Allah.”
Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! apakah azanku untuk
mengumpul orang?”. Firman Allah “Wahai
iblis, azan untuk mu ialah seruling.”
Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Tunjukkanlah padaku apakah
bahan bacaanku?” Firman Allah “Wahai
Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu- lagu, muzik, puisi yang
melalaikan manusia dari mengingat Tuhan).
Kata iblis:”Ya Tuhanku! Apakah tulisan bagiku?.” Firman
Allah “Wahai iblis, tulisanmu adalah
tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tato, tahi lalat yang
diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! apakah tajuk perbicaraan
bagiku?”. Firman Allah “Pembicaraan bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau
yang berkaitan dengannya)”.
Tanya iblis lagi: “Ya Tuhanku! siapakah yang menjadi utusan
bagiku?”. Firman Allah “Wahai iblis para
utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang
sama dengannya.”
Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Apakah perangkap bagiku?.”
Allah berfirman: “Wahai iblis, perangkap
untukmu ialah wanita-wanita.”
Ustaz menghuraikan lebih panjang satu persatu sepuluh perkara diatas. Disebutkan adab- adab masuk ke dalam tandas.
Tempat iblis berkumpul adalah tempat yang banyak berlaku maksiat. penipuan.
Pasar adalah tempat saingan perniagaan .Umumnya banyak berlaku tipudaya.
Makanan dan minuman
bagi iblis selain dari asap adalah semua makanan yang tidak disebut nama Allah ketika dimakan serta semua minuman
yang memabukkan juga yang dimakan secara berlebihan.
Seruling adalah azan bagi iblis. Maksud disitu jika azan
bertujuan memanggil manusia bersolat, seruling bagi iblis adalah
memanggil manusia supaya leka dengan
bunyian. Syair bagi iblis adalah melalaikan manusia termasuk semua jenis
hiburan yang menjadikan manusia melengahkan atau lupa kepada Allah. Termasuk
didalamnya seperti program hiburan di
media tv. Ini adalah senjata utama
iblis utama terhadap
manusia.
Bagaimana statusnya para seniman ?.Pada pandangan aku, bidang seni ini jika melalaikan jatuh haram hukumnya.
Kesannya untuk umat bergantung kepada mesej. Sahamnya akan dirasai dialam akhirat. Pastikan
mesejnya untuk keagungan Allah.
Pembicaraan para iblis adalah kata kata nista, pembohongan,
menyembunyikan yang benar. Ia mempergunakan manusia untuk merosakan
akidah dan lainnya. Akhirnya iblis
menggunakan para wanita untuk merosakan iman. Allah katakan bahawa wanita yang membiarkan diri nya hanyut
adalah alat perangkap yang digunakan.
Dari hadits di atas, dapatlah dikenali bahwa sepuluh perkara
tersebut merupakan jalan Iblis Laknatullah untuk menjerumuskan manusia ke jalan
yang tidak di ridha-i Allah Swt. Pada zaman sekarang ini, sepuluh perkara
diatas telah menjadi trend, artinya pada umumnya manusia sekarang sudah masuk
dalam perangkap Iblis Laknatullah.
Ustaz berpesan biasakan diri
lafazkan Bismillah............. sebelum melakukan sesuatu kerana ia adalah
benting dari gangguan iblis. Kenali Allah dan aturan yang disyariatkan
untuk keselamatan dunia dan akhirat.
Bilamana kita tahu siapa iblis dan pelajari kitabnya maka pasti kita dapat menjauhi apa yang menjadi senjata baginya. Diakhirat
pembicaraan amalan manusia. Iblis katakan " Aku semasa di dunia dahulu
tidak paksa mana mana manusia ikut, cuma
pelawee jee".
Barang siapa yang masuk dalam perangkap Iblis Laknatullah,
niscaya akan bersamanya diakhirat kelak. Sebab, siapa teman kita didunia ini,
maka dialah teman kita diakhirat kelak.
Sekian adanya penulisan aku kali ini.. Mudahan bermanafaat
untuk kita semua, anak cucu, handai
taulan .
Rujukan dari kuliah subuh di Masjid Sungai Gelugur P.Pinang
dan laman web.