Sunday, 30 October 2016

KITAB ALLAH KEPADA IBLIS

30/10/2016.  Kuliah pagi tadi.  Ustaz  membawa satu hadis qudsi yang menjelaskan dialog antara  Allah dan Iblis.

Jelas ustaz ,  hadis qudsi ini nyatakan bahawa   dialog  yang memberi maklumat  yang golongan iblis ini  memang telah maklum akan  perkara yang  telah direncana terhadap  perselisihan yang bakal berlaku antara makhluk  manusia dan iblis.  Dialog  ini dkhabarkan  berlaku selepas  keingkaran iblis  tunduk menghormati nabi Adam.

Iblis bagaikan minta kepastian dari  Allah.  Iblis  katakan " Diketahui akan  ada  pemimpin dikalangan  para nabi  yang memimpin umat manusia mengikut zamannya. Dan ditentukan pula ada kitab yang akan diturunkan kepada  nabi berkaitan".  Lalu  Allah katakan " Akan diturunkan empat kitab yang akan diturunkan kepada nabi  iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Furqan. Ia akan diturunkan kepada empat nabi/ rasul.".

Dalam dialog diatas , bermaksud iblis  memang mengetahui rencana Allah akan  ketentuan.   Dalam hal itu kita sedia maklumkan bahawa  iblis pada era itu  dapat maklumat dari langit, Ia bebas boleh turun naik.

Iblis  persoalkan  lagi.. " Engkau ya Allah,  memberikan kitab kitab kepada umat manusia mengikut zamannya. Kami  makhluk  iblis  juga memohon berikan kami kitab seperti yang diberikan kepada manusia".

Dialog diatas bagaikan iblis mahukan sesuatu panduan terhadap aturan  kehidupan keturunannya. Ia juga memberi pengertian  bahawa kehidupannya  tertakluk kepada peraturan yang ditentukan. Dalam  persoalan ini, teringat  aku  kepada satu  dialog lain yang yang dikatakan oleh iblis. Ini berlaku  sebelum terjadinya dialog diatas. Kata iblis "  Engkau ya Allah telah menjadikan aku begini ( sikap sombong/ ego) tidak menghormati  nabi Adam, aku mohon panjangkan umur aku untuk bersama anak cucu umat manusia turut dengannya".

 Permintaan itu diperkenankan, Allah katakan, " Aku  perkenankan panjangkan umur kamu dan buatlah sekuat kamu terhadap umat manusia. Kamu tidak ada daya walau sedikit pun terhadap mereka yang berbuat sesuatu, ikhlasnya kerana Aku"

Allah  telah  memberi kitab kepada iblis yang mengandungi sepuluh perkara. dalam dialognya :

Iblis bertanya kepada Allah. “Ya Tuhanku! Engkau telah  turunkan aku  ke dunia dan menjadikan aku makhluk ingkar, maka dimanakah tempat kediamanku.” Firman Allah . “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah tempat pembuangan najis / tandas .”

Iblis berkata:”Ya Tuhanku! dimanakah tempat bagiku berkumpul?.”  “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan, pesta-pesta maksiat, majlis  dan sebagainya.”

Kata iblis:”Wahai Tuhanku!, apakah makanan untukku?. “Firman Allah “Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.”

Kata iblis: “Wahai Tuhanku!, apakah minuman untukku? “Firman Allah “Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak disebut dengan nama Allah.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah  “Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.”

Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah  “Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu- lagu, muzik, puisi yang melalaikan manusia dari mengingat Tuhan).

Kata iblis:”Ya Tuhanku! Apakah tulisan bagiku?.” Firman Allah  “Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tato, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! apakah tajuk perbicaraan bagiku?”. Firman Allah “Pembicaraan bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yang berkaitan dengannya)”.

Tanya iblis lagi: “Ya Tuhanku! siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah  “Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya.”

Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Apakah perangkap bagiku?.” Allah  berfirman: “Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita.”

Ustaz menghuraikan lebih panjang satu  persatu sepuluh perkara diatas.  Disebutkan adab- adab masuk ke dalam tandas. Tempat iblis berkumpul adalah tempat yang banyak berlaku maksiat. penipuan. Pasar adalah tempat saingan perniagaan .Umumnya banyak berlaku tipudaya.

Makanan  dan minuman bagi iblis selain dari asap adalah semua makanan yang tidak disebut  nama Allah ketika dimakan serta semua minuman yang memabukkan juga yang dimakan secara berlebihan.

Seruling adalah azan bagi iblis. Maksud disitu  jika azan  bertujuan memanggil manusia bersolat, seruling bagi iblis adalah memanggil manusia supaya leka dengan  bunyian. Syair bagi iblis adalah melalaikan manusia termasuk semua jenis hiburan yang  menjadikan manusia  melengahkan atau lupa kepada Allah. Termasuk didalamnya  seperti program hiburan di media tv. Ini adalah senjata utama  iblis  utama  terhadap  manusia.

Bagaimana statusnya para seniman ?.Pada  pandangan aku,  bidang seni ini  jika melalaikan jatuh haram hukumnya. Kesannya untuk umat bergantung kepada mesej. Sahamnya akan dirasai   dialam akhirat.  Pastikan  mesejnya untuk  keagungan Allah.

Pembicaraan para iblis adalah kata kata nista, pembohongan, menyembunyikan  yang benar.  Ia mempergunakan manusia untuk merosakan akidah dan lainnya. Akhirnya  iblis menggunakan para wanita untuk merosakan iman. Allah katakan  bahawa wanita yang membiarkan diri nya hanyut adalah alat perangkap yang digunakan.
 
Dari hadits di atas, dapatlah dikenali bahwa sepuluh perkara tersebut merupakan jalan Iblis Laknatullah untuk menjerumuskan manusia ke jalan yang tidak di ridha-i Allah Swt. Pada zaman sekarang ini, sepuluh perkara diatas telah menjadi trend, artinya pada umumnya manusia sekarang sudah masuk dalam perangkap Iblis Laknatullah.

Ustaz berpesan biasakan diri  lafazkan   Bismillah.............  sebelum melakukan sesuatu kerana ia adalah benting  dari  gangguan iblis.  Kenali Allah dan aturan yang disyariatkan untuk keselamatan dunia  dan akhirat.

Bilamana kita tahu siapa iblis dan pelajari kitabnya  maka pasti kita dapat menjauhi apa yang  menjadi senjata baginya. Diakhirat pembicaraan  amalan manusia. Iblis  katakan " Aku semasa di dunia dahulu tidak paksa mana mana manusia  ikut, cuma pelawee jee". 

Barang siapa yang masuk dalam perangkap Iblis Laknatullah, niscaya akan bersamanya diakhirat kelak. Sebab, siapa teman kita didunia ini, maka dialah teman kita diakhirat kelak.

Sekian adanya penulisan aku kali ini.. Mudahan bermanafaat untuk kita semua,  anak cucu, handai taulan .


Rujukan dari kuliah subuh di Masjid Sungai Gelugur P.Pinang dan laman web.

No comments:

Post a Comment