21/12/2013. Kuliah Magrib. Tajuk : MEMAHAMI SIFAT IRADAT ALLAH
Allah S.W.T berfirman dalam surah An Namlu bermula dari ayat 4 - 11
Ayat 4 : "Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman pada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah kepada perbuatan- perbuatan mereka. Maka mereka bergelumang dalam kesesatan."
Ayat 5 ; "Mereka itulah didunia mendapat azab yang buruk, dan di akhirat adalah orang yang paling rugi".
Ayat 6 ; "Dan sesungguhnya kami benar- benar diberi Al quran dari sisi Allah yang lagi bijaksana, lagi maha mengetahui".
Ayat 7 ; "Ingatlah ketika Musa berkata kepada keluarganya. Sesungguhnya aku melihat api yang kelak akan membawa khabar kepadanya. Yang membawa suluh api membolehkan kamu untuk berdiang."
Ayat 8 ; "Maka ketika ia datang ketempat api itu, diserulah ia, bahawa telah diberkati orang yang yang berada dekat api itu, dan orang yang berada disekitar. Dan maha suci Allah tuhan semestar alam".
Ayat 9. ; Allah berfirman, "Wahai Musa, sesungguhnya AKU, Allah. Yang maha perkasa lagi maha bijaksana".
Ayat 10. ; "Dan lemparkanlah tongkatmu , maka takkala tongkat itu menjadi ular, dan Musa melihatnya bergerak -gerak menjadi seekor ular, maka larilah ia kebelakang. tanpa menoleh. Wahai Musa , janganlah kamu takut sesunguhnya orang yang dijadikan rasul tidak takut dihadapanKu".
Ayat 11 ; "Tetapi orang yang berlaku zalim, kemudian ditukarnya dengan kebaikan , dihadapan Allah, yang mengampuninya, dan sesungguhnya AKU maha pengampun lagi maha penyayang".
Tuan- tuan dan puan puan , muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah.
Alhamdulillah kita bersyukur kehadrat Allah S.W.T, pada malam yang berkat ini sama-sama berhimpun beriktikaf dimasjid, mudahan pengorbanan meluangkan sedikit masa, beriktikaf, berjumaah dimasjid, akan diberi ganjaran pahala yang besar disisi Allah S.W.T. Tidak terdapat ditempat tempat lain. Kelebihannya tidak sama seperi menunggu solat isyak dalam keadaan beriktiqaf dalam masjid dalam suasana kita berada dalam majlis ilmu.
Kesempatan ini dipergunakan untuk medapatkan redho Allah meneliti tafsiran ayat dari Alquran dan mengambil kefahaman atas perinsip-perinsip asas-asas kehidupan. Minggu lepas kita telah melihat huraian oleh Al Syed Khutup, seorang pejuang islam yang telah mengarang kitab kitab tafsir. Beliau banyak mengarang karangan tafsiran ayat quran semasa dalam penjara. Ia telah dihukum gantung oleh kerajaan Mesir pada ketika itu.
Pertama. Kita melihat hasil karangan beliau yang merupakan ilmu yang ditinggalkan untuk dimanfaatkan oleh umat selepasnya. Dinyatakan seperti dalam ayat kedua yang menyatakan Quran adalah petunjuk dan berita gembira bagi orang mukmin. Petunjuk bagi orang yang mahu beriman. Yang ada dalam hatinya iman. Hati orang yang beriman itu maksudnya hati yang hidup, yang mendapat petunjuk . Bilamana telah diberi petunjuk akan bertambah kegembiraan seronok melakukan ibadah kepada Allah S.W.T. Dinyatakan pula sifat orang yang beriman itu, adalah orang yang mendirikan solat. Asas orang yang beriman itu adalah wajib mendirikan solat. Menjaga kesempurnaan solat, rukun, syarat, khusyuk dan hadir hatinya, merasa kebesaran Allah
Nikmat berada dalam solat dan mendapatkan super pawer dalam kehidupan. Ia adalah aturan perhubungan antara kita dengan pencipta. Mereka yang tidak menjaga solatnya bererti hubungan dengan Alah berkeadaan longgar dan mudah tertipu oleh syaitan dan nafsu.
Perkara kedua ciri orang mukmin adalah menunaikat zakat. Ia adalah aturan perhubungan sesama manusia. Ia sebagai satu tanggongjawab antara islam yang bermaksud tidak membiarkan saudaranya dalam keadaan islam fakir miskin , ditimpa bencana, musafir, muallaf adalah diantara 8 kategori yang berhak diberi dari kutipan zakat. . Mereka yang miskin dapat dibela. Konsep zakat adalah satu sistem sosial yang menjaga, Allah tentukan untuk jalinan persaudaran yang tidak mengenal warna kulit atau bangsa.
Ciri ketiga orang mukmin adalah beriman kepada hari akhirat. Wajib beriman bahawa setelah kita dimatikan, pasti akan di bangunkan semula , pasti akan di adili, dinilaikan dengan neraca timbangan Al Mizan yang yang maha adil , pasti akan dibalas akan tingkahlaku semasa kita dialam dunia. Keyakinan ini sebagai perkara wajib sebagai asas akidah. Hidup sehingga kemati dalam islam. Pintu masuk kealam akhirat adalah alam barzah iaitu alam transit sebelum masuk ke alam mahsyar. Tempoh berada dialam barzah , Allah sahaja yang mengetahui.
Jangan sekali-kali kita termasuk dalam golongan orang yang tidak percaya dengan hari akhirat seperti fahaman kominis atau athies atau orang tanpa agama yang berkisar dengan hukum akal.. Allah katakan orang yang bersifat demikian dihiasi oleh Allah memandang puas dalam pegangan fikiran mereka. Dijadikan mereka kagum dengan pencapaian mereka yang Allah katakan nikmat tetapi tiada rahmat. Dalam kata lainnya tidak ada ketenangan dalam hal keduniaan, sentiasa turun naik tanpa kekuatan pegangan akidah. Bagi mereka akan mendapat azab yang pedih. Konsep istidrat adalah diberkan kan kepada orang yang lalai dari Allah. Allah berikan keseronokan dengan nikmat dunia dan akan menderita selepas kematian.
Beriman dengan hari akhirat adalah sebagai mengekang hawa nafsu. Dengan menyedari hakikat kehidupan ciptaan Allah ini mempunyai peraturan, Ia adalah kawalan yang menyelamatkan diri dari perkara yang dilarang. Kita boleh ambil ilmu hasil dari orang bukan islam yang mengkaji hukum alam, mengkaji apa yang Allah jadikan kerana aspek ini umat islam terketinggalan. Akan tetapi jangan ambil akidah mereka. Dikhuatiri mereka akan membawa kita hidup cara mereka yang jauh dari akhlak islam. Berhati- dalam hal yang merosakan akidah. Kita ambil maklumat atas teknologi tetapi jangan bawa balik budaya hidup yang merosakan agama dan anak bangsa.
Dalam apa pun aktiviti kehidupan kita, beriman dengan hari akhirat itu adalah amat penting. Ia menentukan kehidupan yang kekal dialam selepas kematian. Allah yang memiliki alam dan isinya. Allah yang menjadikan kita. Allah tahu tahap kemampuan manusia, gerak geri, yang terniat pun dalam ilmu Allah , atau apa yang akan berlaku. Pelajari konsep qadho dan qadar, kita akan temui akan ketentuan dan peranan yang wajar buat manusia dengan kehambaannya kepada Allah. Kita terima apa juga peraturan dari Allah.
Allah bersifat Maha Bijaksana atas apa yang dilarangnya. Hakikatnya sudah pasti kerana Allah itu sayangkan hamba ciptaanNya. Dilarang berbuat sesuatu kerana fitrah kejadian kita tidak boleh berada dalam suasana yang tidak baik kerana akan merosakan fizikal dan rohani - jiwa, akal. Jangan minum arak, jangan berzina, jangan mencuri, kerana Allah tahu sensitiviti apa yang dicpta, bermaksud Allah sayang kepada kita.
Semuanya atas maslahat yang Allah tahu keburukan yang bakal datang kepada sesuatu dicipta. Allah cipta makhluk malaikat dan jin bukan sia-sia. Dan tidak menjadi masalah pula jika iradatnya bagi Allah untuk menghilangkan dari alam ini. Inilah perancanaan Allah atas hubungkait antara sifat kehendak apa yang diciptaNya. Allah berikan sifat kehendak dalam diri manusia, dihiasi dengan nafsu. Akal dan ilmu sebagai alat mengawal diri. Dibolehkan memilih dengan filter ilmu itu. Inilah yang Allah susun dalam organisasi kehidupan setiap manusia yang dicipta. Latih diri jangan perturut mengikut kehendak nafsu, kesannya amat buruk.
Sifat atas kekuasaan Allah itu disebutkan atas 99 nama Allah dalam Asmaul Husna sehingga Allah menjanjikan kepada manusia sesiapa yang memahami/ menterjemahkan dalam kehidupan akan sifat sifat nama Allah ini ganjarannya syurga. Hendaklah beralih fikiran kepada keinginan mengenal Allah. Bertaubat dari semua kesilapan. Apakah ada terlintas dalam diri kita jika seringkali diperingatkan. Masih lagi tidak diperbetulkan. Nanti sampai ke alam akhirat akan teringat tetapi tidak dapat lagi di baiki, hanya terpaksa menyediakan diri dilontar ke dalam api neraka.
Keyakinan terhadap AlQuran dan sunah rasul wajib diyakini 100 %.. Dari surah Al Fatehah sehingga Surah An Nas ini yang memberi petunjuk dan dan bimbingan untuk berjalan dibumi Allah. Membaca al quran pun telah dapat ganjaran pahala. Menghayati, memahami isi, pelajari tafsirannya dan akhirnya menjadi amalan dalam kehidupan.
Kita akan masuk kepada kisah nabi musa dalam ayat keempat sehingga keenam dimasa akan datang. Kisah nabi Musa, fokus lokasinya adalah di Mesir. Pertentangan manusia dizaman itu adalah mereka yang menyokong akan Firaaun dan yang beriman dengan Nabi Musa. Semenjak dari dahalu lagi ada pertembongan yang dahshad antara islam dan kafir dalam negera Mesir.
Mudahan dengan tafsiran dan huraian dari ayat ayat diatas dapat dimanfaatkan untuk menyelamatkan diri dari azab Allah.
Wassalam.
(Penulisan adalah dari rakaman suara kuliah dari Masjid Sungai Gelugur Pulau Pinang.)
No comments:
Post a Comment