Sunday, 23 August 2015

TIKET UNTUK KE SYURGA


TIKET UNTUK KESYURGA

Assalammualaikum.....

Jika dalam catatan  yang lalu berupa catatan  melalui rakaman suara para daee/ ustaz-ustaz, dalam siri yang akan datang aku ringkaskan dengan kefahaman sendiri.  Siri catatan dalam blog  ini,  dihubungkan kepada fb untuk tatapan . Mudahan diambil kebaikan dan kemanafaatan bersama. Jika mahu saham akhirat,  bolih dipanjangkan kepada yang lain.

Tiket untuk ke syurga. Satu tajuk  yang paling kerap aku perbualkan  dengan para sahabat dan orang- orang yang kesempatan aku temui.  Sebagai  satu  gerak kerja / tanggongjawab  mendapatkan tiket  masuk kealam syurga. Kefahaman terhadapnya adalah ilmu yang wajib kita ada. Perbaiki cara hidup kita menjadi manusia yang Allah cinta. Mai kita ambil berat . Taufik dan hidayah tu kita kena cari. Dia tak mai sendiri.

Ustaz menyatakan,

Pertama: Mengenai solat.  Di sebutkan  adalah masih belum cukup walau pun telah  disempurna perlaksanaannya. Maksudnya  jika hanya solat sahaja sebagai bekalan menemui Allah, masih tidak cukup.

Kedua: Hendaklah kehidupan kita berada dalam  islam secara keseluruhannya. Menjaga hukum hakamnya.

Ketiga : Hendaklah  jadikan diri berfungsi sebagai daee, iaitu tolong agama dalam hal menyampaikan syariat yang dibawa oleh nabi.

Dalam membuat penilaian   tiga perkara diatas hendaklah ada ciri keikhlasan hanya kerana Allah. Syarat itu akan dinilai oleh Allah samada berbuat keranaNya atau kerana sifat riak/ kerana mahukan dunia. Jika kerana Allah dapatlah kita akan redhonya. Dengan redhonya  itu akan diberi rahmat dan dengan rahmatNya itulah syurga ganjaranNya.

Yang paling ditekankan  adalah tanggongjawab solat fardhu,  diikuti  oleh puasa, zakat , haji , dan lainnya seperti yang tercatat dalam Rukun islam.

Masih teringat apa yang ditekankan oleh ustaz. Adakah kita ambil
serius dalam hal qadho  solat fardhu. Sebab Imam  Mazhab yang empat, juga memberi penekanan akan wajibnya qadho solat yang ditinggal.

Ustaz menjelaskan lagi jika kita istiqomah dalam hal mengqadho solat sampai keakhir hayat, bila kita mati dalam usaha itu akan dikira kita berbuat walau pun dah berada di alam barzah. Hendak atau tidak?.  Aku jawab hendaklah ustaz. Katanya kalau hendak jadikan ia amalan.

Ustaz sambong lagi. Ambillah masa buat solat yang samasa dan qodho selepasnya. Sembahyang sunat qabliatan dan bakdiatan tak perlu buat. Katanya automatik  jika kita buat solat qadho sebelum dan selepas, pahala solat sunat itu kita dapat. Mahu tak ?. Aku jawab, mau ustaz.

Perkara kedua, iaitu hendaklah berada dalam islam secara keseluruhan. Dalam hal ini bukan hanya dalam hal nikah kawin sahaja. Yang berat adalah mengawal nafsu kepada dunia. Rezeki yang kita dapat adakah halal, hendak diberi anak isteri makan. Masa berkerja yang sepatutnya. Tuntutan elaun dan apa sahaja yang menjadi sesuatu yang dilarang.

Dalam kontak yang lebih luas,  bab  perniagaan, pendidikan, pergaulan, kejiranan sehingga menjadi pemimpin atau memilih pemimpin.  Perkara ini akan ditanya ketika perbicaraan di mahsyar.  Jika silap perhitungan  semasa dialam barzah lagi  telah dapat rasa hasilnya. Jika dibicarakan bab alam kubur ini pun , takutnya menggigil.

Masuklah kedalam  islam secara keseluruhannya. Syarat kedua  untuk dapatkan tiket ke syurga.  Nilaikan diri kita.  Tekatkan diri. Selalu semak tingkahlaku percakapan dan perbuatan.  Cemerlang  sesaorang itu  adalah dengan takwa dimiliki,  antaranya cirinya ketika bersaorangan ia menangis kerana sedar akan dirinya banyak melakukan dosa.
Takut hatinya berhadapan siksaan Allah. Ikhlas hatinya berbuat sesuatu. Syurga ganjarannya kata ustaz.

Syarat ketiga iaitu adanya sumbangannya terhadap tugas menyampaikan maklumat/ syariat islam kepada orang lain. Allah berkali-kali berkata kepada para nabi.  Dikatakan sampaikan oleh kamu akan islam , soal penerimaan nya bukan urusan kamu. Inilah kekuatan yang di pegang oleh para ulamak.  Malah hingga terkorban. Allah tidak menjanjikan islam itu akan kekal dalam diri kamu jika kamu tidak menjaga nya.

Tanggongjawab sebagai daee ini ikutlah tahap kemampuan dan bidang kemahirannya. Melalui percakapan,  tunjuk ajar, perbuatan, penulisan,  pergaulan.  Daee kepada ahli keluarga,  jiran tetangga dan rakan handai taulan. Jika kita pandang   kepada masyarakat bukan islam disitu ada peranan yang boleh dibuat. Yang utamanya mesej yang hendak disampaikan  memberitahu supaya kenali Allah   yang mentadbir alam ini. 

Kata ustaz, hendak berfungsi sebagai daee perlu ada ilmu. Dapatkan ilmu dari majlis pengajian, berguru dalam bidangnya. Dari membaca , mengkaji dan berfikir. Tidak perlu kita persoalkan kenapa Allah cipta sesuatu tetapi buatlah pengkajian/ analisa apa yang Alah cipta. Disana akan ditemui kebesaran Allah. Kita akan temui tidak ada satu pun yang sia sia setiap penciptaan. 

Ringkas sahaja huraian  atas tajuk ini. Yang ustaz telah sampaikan memang panjang berjela. Banyak lagi contoh dan  fakta yang didengar. Yang pentingnya kita boleh dapat rumusan bahawa kehidupan ini hanyalah sementara,  kita perlu menyiapkan diri untuk kembali kepada Allah. Jangan terlalu leka, dilalaikan oleh media tv atau lain-lain. mudahan  sadikit catatan ini dapat membaiki amalan kehidupan kita.


Rujukan  dari majlis ilmu Masjid Sungai Gelugur P.Pinang



No comments:

Post a Comment