Alhamdulillah , bersyukur kita kehadrat Allah dengan limpah kurniaNya dipertemukan kita malam ini, insyaAllah kita sambung perbicaraan kita dari surah Yaa siin.
1. Yaa siin
2. Demi Al Quran yang penuh hikmah,
3. Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
4. (yang berada) diatas jalan yang lurus,
5. (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, Karena itulah mereka lalai.
Ayat kedua: , Allah bersumpah dengan Al Quran dengan keterangan yang diberikan tentang kedudukaan Nabi SAW. Bahawa Allah menyifatkan Al Quran diturunkan sebagai hakim membawa kepada beberapa pengertian. Yakni yang tegas, yang tetap yang tidak ada padanya kebatilan dari hadapan atau belakang.
Kebenarannya tidak boleh dipertikai dari mana-mana segi. Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan hakim itu adalah menjadi hakim antara manusia. Allah katakan jika kamu berbantah-bantah, berselisih antara kamu, hendaklah mengembalikannya kepada kitab Al Quran dan juga sunnah rasulnya. Yang demikian itu adalah elok bagi kamu dan kesudahannya."
Ulamak tafsir berkata, AlQuran itu memutuskan dengan hikmah, bijaksana atas sesuatu perkara. Dari sudut halal, haram dan perintahnya yang terkandung didalamnya. Allah bersumpah dengan Al Quran .
Turunnya suratul yasin ketika kaum kafir quraish membuat dakwaan yang berat memfitnah Nabi yang menyatakan ayat quran yang nabi bacakan itu bukan datang dari Allah tetapi hanya ciptaan Nabi. Dan mendakwa Nabi bukanlah Rasul yang dilantik oleh Allah SAW. Ini tohmahan yang dilemparkan kepada Nabi ketika orang ramai di Mekah ketika itu telah mendekatkan diri dengan islam yang dibawa oleh Nabi SAW
Allah perturunkan surah yasin sebagai satu pembaharuan dalam bentuk penyampaian berbanding surah sebelumnya. Pembaharuan itu telah menarik penduduk Mekah untuk mengetahui apa mesej seterusnya yang dibawa oleh Nabi.
Ini memberi maklum pula kepafa kafir quraish yang mereka perlu mendengar kerana jika tidak mengetahui apa yang disampaikan bererti mereka tidak ada maklumat apa yang perlu dibuat untuk menghadapi Nabi . Mereka datang mendengar tetapi bertujuan untuk menjatuhkan, memfitnah Nabi.
Allah juga memberi jaminan sesiapa yang membaca dan mendengar ayat quran, lambut laun mereka akan mendapat hidayah. Jaminan Allah ini menakutkan ramai golongan bukan islam khuatir jika manusia memahaminya, akan menggugat apa yang mereka miliki.
Al quran itu penuh dengan rahsia kebenaran dan keberkatan. Tiada keraguan didalamnya. Apa yang hendak dipersoalkan lagi kerana penciptaNya lebih tahu dengan situasi apa yang di cipta. Ia sesuai bagi manusia dan fitrah kejadiannya.
Alquran diturunkan sebagai memimpin dan merawat manusia supaya menjadi orang yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat daripada kejahilan dan kesesatan.
Ayat- ayat quran cuba disaingi oleh kaum quaraish dengan mencipta ayat yang seakan sama tetapi ia tidak menjadi kerana keterbatasan ilmu, jauh sekali untuk membina tamadun kehidupan manusia. Gaya bahasa Al Quran mempunyai yang tersurat dan tersirat dan ditafsirkan dengan tunjukajar oleh Nabi.
Ayat ketiga : Menyatakan Nabi SAW adalah utusan Allah, untuk memberi rahmat kepada sekelian manusia. Untuk membaiki akhlak dan membaiki tamadun kehidupan manusia. Pada era itu, terdapat tamadun Rom dan yang paling hebat tamadun Parsi. Bagi dunia Arab tiada tamadun yang dikenali Arab jahiliah.
Amalan membunuh anak perempuan, berjudi dengan pertaruhkan nyawa, anak kawin dengan ibu. Minum arak telah jadi perkara harian, zina dan semua perkara yang bertentangan dengan ajaran islam. Peranan ahli syihir/ ahli nujum/ bomoh, begitu kuat dalam masyarakat quraish Mekah,
Keadaan mereka sebenarnya telah dikuasai oleh syaitan. Dalam negara ini pun ada orang muncul yang mengaku jadi nabi/ rasul malah mengaku jadi Tuhan. Ada pula pengikutnya.
Ayat keempat. Tafsirannya ,menjelaskan Nabi itu berada dilandasan yang lurus betul,syariat yang betul dan jelas iaitu Islam. Ulamak tafsir berkata, Nabi bukan sahaja berada dilandasan yang lurus, dan sentiasa mengajak kepada kebaikan. Nabi sentiasa menegur sehingga ada perubahan.
Tujuan Nabi menyampaikan penyataan dari wahyu adalah agar umatnya tidak tercicir mendapat rahmat ketika berhadapan dengan Allah ketika di akhirat. Sifat ajaran Nabi adalah memberi jaminan kebahagian bukan sahaja kepada makhluk manusia tetapi juga kepada makhluk jin.
Kita wajib beriman apa yang terkandung dalam quran dan hadis. Kita takut kepada Allah bukan bererti lari dari Allah tetapi adalah patuh kepadanya, berusaha membaiki diri berhati- hati dari kesesatan . Di huraikan seperti yang dinyatakan oleh Saidina Umar, bahawa umat piihan yang dijamin syurga oleh Nabi adalah bermaksud sesiapa yang berada dalam jalan yang lurus seperti yang Nabi SAW sampaikan adalah akan berada dalam calun- calun penghuni syurga.
Tafsiran ayat kelima dan keenam tidak kesempatan dihuraikan oleh ustaz. Semoga dengan tafsiran ayat diatas boleh memberi satu infak akan mengubah jalan pemikiran untuk menjadi manusia yang baik. Carilah ilmu untuk perjalanan ke akhirat. Tanamkan minat kita kearah ini. Sesungguhnua itu adalah petanda Allah telah memberi taufik.
Wabillahhitaufik walhidayah
assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..
Rujukkan dari majlis ilmu Masjid Sungai Gelugur P.Pinang.
No comments:
Post a Comment