Saturday, 29 August 2015

MEMAHAMI IBADAT SOLAT

Tajuk : MEMAHAMI  IBADAT SOLAT

Assalamualaikumwarahmatullah ......
Ya Allah ya Tuhan kami ajarkan kami perkara yang kami tidak tahu, peringatkanlah  kami perkara yang kami tidak ingat.
Selamat sejahteralah bagi mereka yang mengikut petunjuk oleh Allah S.W.T.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian,
Marilah kita merafakkan syukur kepada Alllah S.W.T diatas nikmat yang Alah berikan kepada kita, nikmat sihat , nikmat hidayat dan nikmat pertolongan dari Allah. Mudahan  Allah panjangkan umur dan hendaklah pergunakannya untuk hampirkan diri kepada Allah, mudahan Allah tidak jadikan kita langho (lalai) dari mengingatiNya.

InsyaAllah magrib ini kita sambong pengajian berkaitan dengan ibadat sembahyang.  Hampir sebulan terhenti selepas saya kemalangan. Semuanya kerana Allah hendak   beri pengajaran, . telah ditentukan oleh Allah. Bila hati kita digerakan oleh Allah ianya   menjadi thabit terjadi sesuatu. Ia  memberi pengajaran walau bagaimana kalutnya kita dengan keadaan seharian, ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati, perlu bertenang.

Ustaz  sambung. Kita teruskan akan pengajian  Iaitu memahami dalam hal ibadat sembahyang..

Kita mendalami / memahami ibadat sembayang mengenai perkara   niat. Kita laksanakan  sembahyang dalam keadaan tidak faham.  Apa  kafiat /kelebihannya.  Dalam hal dengan anak-anak kita  pun menjadikan kita melengung (puas berfikir). Bagaimana nak pastikan anak kita tidak tinggal sembahyang.

Akan  menjadi  amalan  yang kekal  jika kita mengenal bagaimana pengorbanan  Nabi menerima  arahan  ini dan   apa yang Allah telah janjikan terhadap orang- orang yang  meringankan /tidak sembahyang. Inilah ilmu yang  wajib ada untuk kekuatan  , ketahanan serta keyakinan atas jalan agama.

Kita katakan  sembahyang  itu tiang agama, beragama tetapi tidak sembahyang.  Buatlah  apa pun kebaikan , kerana  amalan  sembahyang itu  adalah seperti menyediakan bekas . Di mana hendaklah letakkan amal kebaikan jika tiada bekas.

Seringkali ustaz sebutkan perkara ini.. Jika ibarat mendirikan rumah atau banggunan , pasti ada kerangka atau tiangnya. Ini adalah asasnya. Solat  adalah ibadah khusus yang wajib. Dikatakan ia sebagai tiket  untuk dibawa masuk kesyurga,. Apa yang hendak ditunjukkan bila berada di mizan ( tempat hisab dimahsyar).

Kita  bersyukur  kepada Allah kerana peringkat usia tua ini  cenderung hati  laksanakan amal sembahyang. Amat bertuah  Jika pada  usia muda telah cenderung / telah tetap hatinya dengan sembahyang. Itulah amat penting mengambil tahu akan  hal kenapa  diperintah laksanakan dan kenapa  dilarang dan kenali diri dan pencipta.

Perkara tentang niat , pun didapati ramai yang tidak betul. Tanyakan antara kita / anak- anak  muda, biilamana hendak berniat semasa  berwudhu. Rata-ratanya katakan niat  berwudhu semasa kita basuh tangan. Tanyakan kepada anak, kerana  memberitahu  perkara  ini tugas ibu bapa. Kita  kena pastikan perkara ini betul.

Dari zaman remaja sampai ke tua, kesilapan ini tidak pernah diambil perhatian. bagaimana status gerak yang  lain/  seterusnya?. Perbetulkan,  hendaklah berniat ketika air mencecah muka, sapukan seluruhnya sehingga tiga kali tujuan untuk meratakan. Adalah lebih sempurna jika menggunakan air paip yang sentiasa mengalir untuk mengelak  air yang yang bersifat mustakmal untuk menyapukan bahagian yang dibasuh.

Akan perkara ini seringkali usaz peringatkan dalam kuliahnya  dalam bab sembahyang.  Jika ambil air sembahyang dari kolah  perlu berhati-hati kerana tangan yang terangkat dari muka semasa berwudhu , akan menjadikan air yang disapukan itu menjadi air mustakmal. Berniatlah ketika air mengenai muka semasa kali pertama sampai kemuka. terusnya  kali kedua dan  seterusnya.

Bilakah  kita berniat ketika bertakbiratulikhram .Niat adalah penentu kepada semua ibadat, Ianya berbeza antara adat dan ibadat. Adat tidak perlu  berniat tetapi beribadat kena niat.   JIka  membaca  yasin untuk hadiah kepada orang tua,  peraturannya kena dahulu berniat.

Niat itu hendaklah disertakan dengan  perbuatan.  Ia adalah satu konsep  gerak perbuatan yang tersusun. Seperti juga  satu bentuk perancangan dan perlaksanaan Jika berniat untuk bangun bertahajud tetapi oleh sesuatu yang tidak dapat  dielakan , hanyalah dapat pahala niat. Tidak pula bermaksud sesaorang itu hanya mahu dapat pahala niat kerana Allah tahu segala yang ada dalam hati manusi.


 Gerak dalam solat  ilaksanakan dengan  betul. terutama dalam hal  tukmaninah. Ada berapa tempat pala gerak sembahyang perlu ada hentiannya. Maksudnya  ada  hentian sekitika sebelum beralih kepada gerak seterusnya. Jika tiada dipraktikan begitu bermaksud sembahanyang itu terbatal.

 Tukmaninah itu hukumnya rukun (wajib). Jika tiada  bermaksud sembahyang itu tidak sah.  Ditanya apa itu tukmaninah. Ada lima tukmaninah dalam  gerak sembahyang. sewaktu rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan waktu sujud yang kedua. Ustaz katakan jangan buat seperti patuk ayam.

Disyaratkan kita mengetahui kafiatnya. Jika kita ada anak kecil yang berlari antara makmum, berada dicelah antara makmum, menghulur kaki kesana kemari, ia akan memutuskan barisan saf. Anak-anak kecil dan yang belum bersunat di letakan dibelakng dari saf orang dewasa. Kehadiran mereka   juga melatih mereka mengenali masjid.hendaklah kawal pergerakan  mereka. Ketahuilah  juga bahawa barisan saf pertama lebih utama berbanding saf kedua dan seterusnya. Kena rebut dan datang lebih awal ke masjid.

Perlaksanaan  sembahyang hendaklah diakukan dengan ikhlas.
Bukan sahaja dalam bab sembahyang .   Berbuat ihklas bermaksud ia dilakukan  dari hati atas perintah Allah. Bukan kerana mahu  tunjuk kepada orang atau  kerana sesuatu.

 Bila  mai sembahyang   jangan pula kalut hendak balik,  itu petanda tidak ikhlas. Allah nyatakan  juga ,jika  menghadiahkan  pahala bacaan atau amalan zikir kepada orang tua , bukan bererti pemberian itu bermaksud  tiada pahala yang tinggal untuk sianak. Allah katakan tidak berkurangan  pahala orang yang menghadiah sebarang  kebaikan kepada orang lain atau kepada ibu bapa kita.

Berdiri betul.
Dikehendaki kita berdiri betul , fizikalnya, tidak berkeadaan membongkokkan badan. Juga tidak berkeadaan mengambil ruang orang lain. Dilihat ada yang meluaskan  ruang tapak kaki sehingga berkeadaan ada ciri pentingkan diri dalam mengambil ruang antara makmum..

Berdiri betul dalam konsep kehidupan kita  bermaksud hendaklah berada dalam  situasi yang tidak menyalahi peraturan Allah.  Selaraskan permohonan kita kepada Allah . Semua perkara  dalam urusan hidup ini perlu berada dilandasan yang benar.

Takbirratulikhram.
Ia termasuk dalam rukun fekli iaitu rukun perbuatan.  Diharamkan  kepada kita  membuat perkara lain selepas  takbirrulikhram sehingga selesai mengucapkan assalammualaikum. Ia juga bermaksud memutuskan kita dari urusan  dunia.   Ia  satu perakuan terhadap kebesaran Allah  dilafazkan dan dibenarkan oleh hati.

Ia memberi kesan yang mendalam jika  kita memahami setiap perkataan. Mengerti akan maksud ayat. Ia akan  memberi kesan keatas sifat kehambaan  kepada Allah. Takbir lain selepas takbir pertama adalah merupakan pengukuhan dari takbir pertama..

Diperintah kita sembahyang berjumaah kerana  dijanjikan dengan kelebihan 27 kali gandaan berbanding sembahyang sendirian yang tidak tentu fokusnya. Jika tidak dapat berjumaah dimasjid/ surau, berjumaahlah dirumah bersama keluarga.

Nabi pernah bertanya kepada sahabatnya siapa yang boleh sembahyang tanpa  ada  ingatan kemana-mana akan diberi hadiah.  Lalu Saidina Ali bangun dan sembahyang dua rakaat.  Allah kemudian  mewahyukann kepada  Nabi S.A.W bahawa Saidina Ali dalam sembahyang sunatnya teringat hadiah apa yang hendak diberi oleh Nabi. Lalu nabi bertanya  hadiah apa yang ia mahu. Saidina Ali katakan ia tidak mampu sembahyang sendirian dengan mengawal  fikirannya.

Doa Iftitah.
Disunat  kita membaca, tidak membaca pun tidak mengapa. Bagi  imam jika  tidak membacanya  ia jadi makruh. Selaku imam , ia perlu baca kerana ia memberi contoh kepada  makmum dan memberi ruang kepada makmum  membuat pengakuan secara senyap seperti erti doa: -

Allah yang maha besar, dan segala puji bqgi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah  sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku kepadan zat yang mencipta  langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri. dan bukanlah aku dari kalangan orang yang musrik.
sesungguhnya ibadat ku hidupku matiku hanya untuk Allah sekelian alam.
Tiada sekutu baginya dan kepada ku diperintahkan aku tidak menyekutukan dan bagiNya aku dari golongan orang Islam.

Utamakan hak Allah keatas diri kita . Jika kita meletakan  apa yang ada di alam ini lebih besar dari Allah,  itu adalah pendustaan. Lihat sejarah Firaun dengan  kekuasaan melampau dan istihar diri sebagai tuhan harta yang dimiliki oleh Qarun. Anggap ilmu yang dimiliki, harta benda atau kekuasaan yang ada,boleh melawan kuasa Allah maka

Sebutkan sahaja nikmat  yang ada dimuka bumi ini, semuanya adalah milik Allah  yang Allah berikan cuma kita tidak mahu berterima kasih.. Usahakan secara maksima untuk membaiki suasana dan penghujungnya jangan salah terima sebarang ketentuan.

Mudahan  kita berada dipihak yang benar. Jika ada sesaorang katakan ia akan rasa puas jika sembahyang jumaah dimasjid bermakna Allah telah beri petunjuk dan hidayah kepadanya. Tetapi jika ia tidak menyenangi berada di rumah Allah ia bererti hatinya berada dalam kegelapan.

Cukup lah sampai disini, yang baik itu datang dari Allah S.W.T yang tidak baik itu dari kelemahan saya. Wassalam hitaufil wal hidayah,
Asslamam ualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Penulisan  10 Jan 2014.  dari rakaman suara Masjid Jamiq Sg Gelugur
Ustaz Abdullah


No comments:

Post a Comment