TUNTUTAN UBUDIAH
Apakah itu tuntutan ubudiah.
Subuh 5/9/15 Ustaz Taufiqur Rahman sebutkan tajuk ini. Tertarik aku atas pointnya yang dikupas. Ringkasnya ubudiah bermaksud apa yang Allah mahu umat manusia lakukan atau Allah mengajar manusia bagaimana perlu laluan untuk sampai ke sisinya.
Ayat 99 - 100 surah Almukminun;
Ayat 99. "Kesudahan golongan kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang dari mereka, ia berkata. Wahai tuhanku, kembalikan daku/ hidupkan daku kembali kedunia."
Ayat 100. " Supaya aku dapat mengerjakan amal amal soleh dalam perkara yang telah aku tinggalkan. (Dijawab), Sesunggunya perkataannya itu sia sia. Sedangkan dihadapan mereka adalah alam barzah yang mereka tinggal tetap padanya hingga hari mereka dibangkitkan pada hari kiamat".
Kupasan ustaz atas ayat diatas adalah dalam skop tuntutan ubudiah yang perlu adalah :
Pertama : Hendaklah kita nilaikan kembali perlaksanaan ibadah khusus atau pun ibadah yang umum. Adakah di buat atas kehendak Allah atau nafsu. Allah tahu apa hakikat yang di miliki oleh manusia. Allah tahu semua niat dan gerak geri kita. Yang Allah mahu adalah kita buat dengan rasa penuh tanggongjawab, ikhlas dan redho. Bila Allah redho akan datang rahmatNya. Jangan tidak memenuhi piawaian yang ditentukan Allah.
Dalam semua urusan kehidupan ini perlu hubungkan dengan Allah. Perlu tahu kaedahnya. Sedar bahawa setiap masa malaikat mencatit apa yang diniatkan , apa yang disebut dan yang dilakukan. Catatan itu setiap hari dibawa kelangit untuk rekod dan akan disoal jawab dihari akhirat. Kita sering terlupa yang malaikat sentiasa berada disisi kita mencatat percakapn dan perbuatan . Malah ia adalah super komputer tahu apa yang kita niatkan.
Kedua : Manusia diberi hati tetapi tiada keinginan mendekatkan diri kepada Allah. Diberi mata tetapi tidak dapat membezakan yang benar dan yang salah. Diberi akal tetapi tidak dapat mengenal Allah.
Hidupnya hati itu kerana iman. Iman itu akan datang jika kita mengenali Allah. Mengaku berIman itu bukan sahaja oleh mulut, ia dibenarkan oleh hati dan dibuktikan oleh amal. Hubungannya dengan alam akhirat, hanya dua perkara yang dibawa bertemu Allah iaitu iman dan amal. Iman adalah anugerah Allah. Ia bukan warisan.
Yang boleh membantu kita semasa dialam barzah hanya tiga perkara. Iaitu doa dari anak, sedekah jeriah /harta yang dimanfaatkan untuk agama dan ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain. Ringkasnya sesuatu yang kita tinggalkan yang dapat dimanfaatkan oleh genarasi perlu dalam perkara yang Allah perintah. Jika meninggalkan perkara yang dimurkai, juga sahamnya berbentuk azab akan sentiasa sampai kepadanya.
Ketiga : Ikhlaskan hati bila berbuat sesuatu. Redho dengan ketentuannya.Bila ada redho Allah akan datanglah rahmatNya. Maka deangan rahmatnya kita dapat tiket kesyurga. Allah menentukan bahawa syurga itu adalah untuk orang yang bertakwa.
Bukan sesuatu yang mudah yang hanya boleh diucapkan. Mengikhlaskan hati perlu ada ilmu. Amat sukar bagi sesaorang untuk berbuat sesuatu tanpa mengharapkan pulangan .Ia perlu ada latihan mengawal diri, mengawal hati, mengawal niat, mengawal nafsu . Ia lebih kepada berbuat sesuatu kerana disaluti oleh perasaan riak/ bangga diri. Sandarkan diri hanya berharap kepada Allah.
Keempat: Sampai hari kita dibangkitkan dari alam barzah. Satu jangkamasa yang lama mungkin ribuan atau jutaan tahun. Bagi orang yang hidupnya sentiasa istiqomah dengan amalan zikirrullah, bilamana berkeadaan kritikal nazak menjemputnya. Amalan itu ia akan datang memberi perlindungan kepadanya daripada syaitan. Amalan lain seperti sedekah, bacaan quran , puasa dan lainnya akan menemani sehingga hari dibangkitkan. Dalam bahasa lain tiada kesengsaraan sepanjang berada dialam barzah. Bila dibangkitkan bagaikan bangun dari tiduran.
Dalam satu siri kuliah yang lain, teringat aku akan pesanan ustaz. Yakni bilamana istiqomahnya kita dalam hal melaksanakan solat qadho, jika kita mati , dikira kita berbuat sehingga hari dibangkitkan. Ini adalah satu sekim insentif yang Allah sediakan bagi orang yang berusaha kearahNya.
Persiapkan diri untuk berhijrah kealam seterusnya. Dunia ini sebagai persinggahan . hisab diri sebelum masuk kealam kubur. Jaga lidah, hati dan amalannya supaya dalam keadaan tunduk kepada perintah Allah. Gunakan anugerah / pemberian Allah samada dalam bentuk harta, ilmu , tenaga membantu sampaikan syariaat dari nabi kepada umat. Ini adalah tiket untuk merentasi alam akhirat.
Kelima: Yang terakhir pesanan ustaz subuh ini adalah hubungan kita dengan alam ini. Ia adalah atas tanda terima kasih kita kepada apa yang digunapakai. Sekelian hidupan tumbuhan, haiwan didaratan, dilautan. Udara, api dan tanah, semuanya ciptaan Allah. Mereka adalah makhluk yang sentiasa berzikir. Tidak boleh memusnahkan mereka tanpa sebab syariee. Boleh hadiah kepada makhluk ini dengan fatihah sebagai tanda terima kasih.
Berakhlak sesama manusia, sesama makhluk lain adalah mencerminkan tanda kecintaan Allah. Yang Allah mahukan dari umat manusia adalah kehidupan yang mentauhidkan Allah. Tiada yang disembah melainkan Allah dan Nabi Mohammad itu pesuruh Allah.
Mudahan catatan ringkas ini menjadi ilmu untuk perjalanan kita sehingga akhir hayat.
Wassalam.
( Catatan tazkirah/ kuliah Masjid Jamiq Sungai Gelugur Pulau Pinang)
No comments:
Post a Comment