Saturday, 26 September 2015

PERINGATAN NABI KEPADA UMAT

PERINGATAN NABI KEPADA UMAT.

Catatan penulisan ini  adalah merujuk kepada satu hadis yang dibaca selepas solat asar di Masjid Jamiq Sg Gelugur P. Penang.  Hadis sahih  yang menjelaskan bahwa dosa besar dan dosa kecil yang tercatat dalam catatan malaikat akan di pamerkan .  Akan di perlihatkan masa, tempat dan apa yang diperbuat. Lebih kurang sama seperti  filem yang ditayangkan. Panjang huraian hadis ini.  Rasa malu yang teramat. Ada dosa yang dipamer secara terbuka dan ada  yang dipamer secara tertutup.

Amat takutnya perasaan aku. Aibnya bila diperlihatkan segala langkah, percakapan dan perbuatan. Apa yang aku harapkan  mudahan keaibkan yang ada akan dipadamkan / disembunyikan / dibicarakan secara tertutup oleh Allah.  Bagaimana dengan  tiket kelayakkan aku keakhirat , ibadah ,  amalan  dan  memadaikah dengan apa yang telah aku  buat.

Penghujung huraian hadis ini,  tergenang air mata. Terkesan  dengan kebimbangan yang mendalam. Tahukan wahai  anak- anak, adik-adik , sahabat handai semua kenapa perasaan takut yang terlalu  amat ini.

Terlalu bimbang dengan  saat kematian,  bimbang dengan azab dialam kubur, bimbang  akan perbicaraan di akhirat. Takut, tidak mahu  dilontar / jejakkan kaki ke dalam  neraka atau menjadi sasaran para malaikat dengan hayunan lemparan manusia berdosa ke lurahnya neraka .Terpekik, melolong, lalu dikata oleh malaikat inilah balasan  yang telah kamu usahakan  semasa kamu diberi peluang hidup didunia . Adakah kamu tidak mengetahi bahawa suasana ini akan berlaku. Adakah kamu tidak pernah ambil tahu apa yang  rasul sampaikan ?

Tidak  takutkah kita akan  kegawatan suasana ini.  Nafsi - nafsi, tiada siapa yang boleh membantu melainkan amalan di dunia.  Sampaikan Baginda Rasullullah katakan kepada anaknya Fatimah, " Semasa didunia mintalah kepada ayahnda, tetapi dihadapan  Allah,  ayahnda ini pun  tidak mampu menolong ".

Ayat- ayat yang berbentuk   peringatan Allah,  adalah membawa maksud Allah mahukan umat manusia akan  menjadi ahli syurga.  Ini sama halnya kita  mahukan anak dan kaum keluarga  berada dalam suasana baik.

Apa yang  kita miliki adalah amanah. Ini  sering diperkatakan oleh para ustaz, dalam  khutbah jumaat. Anak , suami, isteri, harta, seluruhnya harta adalah untuk gunapakai. Allah warning lagi. Kata Allah " Jangan  kamu letakkan kecintaan  kamu kepada apa yang kamu miliki, melebihi kecintaan kamu kepada Allah dan rasul".

Apa yang boleh dipertahankan tingkah laku kita, sebab musababnya kehendak nafsu kita. Bila dihujani dengan dakwaan para malaikat. Terimalah dengan wajah  yang mendung segala yang diberitahu. Tanpa aura senyum, rela terpaksa dan redho sahajalah perjalanan seterusnya.

 Mungkinkah ada secebis harapan, kita  masih  ada masa.  Dengan penyataan hadis bahawa Allah akan sembunyikan/ padamkan  dosa yang telah terakam. Sebab Allah  katakan banyak lagi dosa yang terakam yang telah dipadamkan kerana taubat, zikirullah, penambahbaikkan amalan keislaman dan perhatian kamu menutup keaiban orang lain.

Ada satu satunya  pengharapan yang ada. Bertitik tolak dengan iman / percaya kepada Al quran dan  hadis, hendaklah  bersungguh dapatkan ilmu darinya. Kekuatan iman perlu dicari . Berusaha mendalami Ilmu mengenal Allah termasuk meyakini / beriman perkara yang ghaib,  yang tidak kelihatan oleh mata seperti alam azali,  alam akhirat/ mahsyar, ruh, syurga, neraka, alam malaikat , alam jin dan  penyataan lain  melalui para nabi.

Apabila telah tahu kelemahan diri, berusahalah membaiki diri dalam tempoh usia yang terbatas. Dalam satu siri kuliah dinyatakan , jika sesaorang itu mati dalm keadaan beristiqomah kearah kebaikan , perkiraan Allah ia dikira berbuat sehingga hari dibangkitkan.

Apakah tandanya Allah telah ampunkan  sesaorang ?. Soalan ini pernah aku tanyakan dalam satu siri kuliah. Dijawab, bilamana sesaorang itu melakukan sesuatu kesalahan, seawalnya ia bertaubat. Bilamana mulutnya beristiqfar, dibenarkan oleh hatinya , dibuktikan oleh amalnya. Dan dalam kehidupannya ia memandang benci perkara tersebut. Kerap  ia berpesan kepada orang lain jangan buat perkara berkaitan. Sampai peringkat ia mencegahnya dengan  tangannya. Itulah petanda dosa atas perkara tersebut ada keampunan.

Allah akan kotakan janjinya . Sesiapa yang menutup keaiban orang, Allah akan menutupi keaibannya. Bukankah ini satu ruang terbuka untuk laksanakan satu tanggongjawab dan boleh berharap semoga Allah beri pengampunan. Untuk ini  kita diperingatkan jangan sekalikali kamu bersama dengan orang yang berbuat zalim.

Peringkat tertinggi penilaian Allah adalah  tahap keikhlasan . Allah  lebih mengetahui niat  dan perbuatan sesaorang. Allah yang mencipta makhluk syaitan untuk dijadi alat menyaring umat manusia.  Itulah disebutkan diatas tadi , kita perlu mengenali siapa syaitan dan janjinya dengan  Allah semasa mempersoalkan penciptaan nabi Adam. Bilamana kita kenal sesaorang barulah diketahui asal  usul, kegemaran dan lain. Kita kenali jin/ syaitan/ iblis, barulah kita ada ilmu melihat kelemahan nya.

Mudahan sedikit perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan


Sekian Wassalam.....


Penulisan berdasarkan catatan dari majlis ilmu.
Masjid Sungai Gelugur, P.Pinang



2 comments:

  1. Assalamualaikum. MasyaAllah, menginsafkan diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah dosa kami dan tutuplah aib kami di dunia mahupun di akhirat. Amin

    ReplyDelete
  2. Mudahan Allah redho dan mrhmati kita semua

    ReplyDelete