Saturday, 3 October 2015

HATI YANG MATI

HATI YANG MATI.

Kuliah maghrib  29.9.2015 di sampaikan oleh  PU Yeop dalam  satu  program ceramah perdana.  Tajuk Hati  Yang Mati .

Boleh di mengertikan  sebagai  hati yang  tidak memiliki cahaya . Ia gelap kerana tidak digilap dengan  usaha kearah keimanan. Hati yang mati  adalah  tidak mudah menerima kebenaran. Ia dikuasai oleh nafsu. Dalam bahasa lain syaitan telah berumah didalamnya.

PU Yeop  tidak menghurai  erti  hati yang mati,  tetapi terus kapada  ciri-ciri mengenal  orang yang hatinya mati. Di jelaskan  untuk mengenal orang beriman dapat dilihat pada wajah. Orang beriman yang berpegang kepada semuanya dari Allah , ia miliki kekuatan  iman ,redho dalam semua hal. Ini menjadikan  wajahnya sentiasa  berseri dengan sifat takwa. Ia juga adalah kesan dari wudhuk harian  dan sujud / solatnya.

Sifat  kehidupannya,  ia menjunjung  perintah Allah dan menjauh diri dari larangan. Ia bercakap atas  perkara yang  ia buat. Jangan kita bercakap atas perkara yang kita  sendiri tidak mampu buat.  Nabi  SAW  telah tunjuk contoh,  bercakap apa yang baginda buat. Panjang contoh contoh  kelakar yang dibawa oleh PU Yoep.  Berkisar kepada  perlunya membuang sifat riak membanggakan diri.

Disebutkan bahawa orang yang hebat adalah  orang yang dapat mengawal marah ketika  memuncak marahnya. Penyataan ini popular adalah diambil dari satu hadis nabi.  Terkadang kala secara sepontan bilamana kebiasaan sesaorang itu ditegur, ia akan terus melenting. Ada kisah yang menghuraikan yang pernah berlaku. Alangkah indahnya jika kemarahan itu dapat dipadamkan. Ustaz  ada nyatakan,  padamkan ia dengan mengambil wudhuk. Api akan terpadam dengan air.

PU Yeop  tanya apakah  maksudnya   hati nurani  ?

Hati yang bercahaya  itu dari cahaya ilaahiah  adalah hati nurani. Ia bercahaya jika selalu digilap dan cahayanya  akan bersinar kemana sahaja ia pergi.  Cahaya illahiah akan bersinar disebabkan kita menjaga. Boleh Memberi cahaya kepada orang lain malah makhluk lain haiwan dan tumbuhan.  Kata lainnya ada aura yang  memancar naik keangkasa dan dapat dilihat oleh para malaikat dan jin.

Cahaya ini akan pudar  dan hilang jika pemiliknya banyak melakukan kemaksiatan. Inilah dikatakan hati yang telah mati. Kehidupannya di kuasai oleh nafsu dan nafsu itu dikuasai oleh makhluk syaitan dan syaitan itu sendiri tiada sedikit pun kemampuan  berhadapan dengan Allah.  Di sebut  Allah SAT ,  jika hati yang telah rosak, kesannya amat besar adalah merosakkan  anggota luar dan dalam, zahir dan batin.

PU Yeop. mengingatkan  mengadulah kepada Allah sebarang hal, kesakitan dan sebagainya. Ambil pendekatan usaha  akan atas setiap hajat, Jika sakit  temukan dengan obat yang  sesuai untuknya. Doa , perserahan diri yang total kepada Allah dan bertawakal .

Ditanya lagi  Siapakah pemilik  hati yang mati, hati yang hidup dan  hati yang  sakit?.

Dinyatakan pemilik hati yang mati itu  adalah orang yang jauh dari Allah,  yang tidak mendapat  kasih sayang Allah. Orang kafir dan orang yang  dalam kemaksiatan. Mata  dan telinga juga boleh menyebabkan hati mati. Jangan sekalikali  sehingga tingkah laku menyekat orang lain untuk sampaikan syariat, kerana amat besar resiko kepada diri.

Hati yang hidup adalah milik orang yang  meletakkan dirinya  kesisi Allah. Diantara tanda orang yang berada disisi Allah adalah ia  benci kepada perkara yang Allah larang dan   cinta kepada yang Allah perintah. Panjang huraian atas perkara ini. Banyak melakukan perkara sunat, menjaga akhlak, hubungan sesama manusia. .Menjaga ibadah wajib,  Kehidupan yang islamik dan peranan  sebagai daeenya menjangkau keluar kepada orang dikelilingnya.

Hati yang sakit dinyatakan tergolong dalam kelompok manusia yang munafik.  Umum nya ia tidak tahu hatinya sakit. Antara kebenaran dan kebatilan, ia  berada dalam dua situasi dan cenderung menuruti  kehendak nafsu. Ia banyak berpura dalam perbuatan. Tanda sikap munafik ada disebutkan oleh nabi SAW,  antaranya ia bermalasan melakukan perintah Allah. Hadir kemajlis ilmu tujuan lain.

Akhir bicara  hidupkan amalan , hampirkan diri dengan majlis ilmu, minta nasihat dari  orang yang pakar dalam bidangnya. Laksanakan solat, gantikan solat yang ditinggalkan dan hendaklak mengenali  Allah dan rasul.

Wabillahi taufik walhidayah warahmatullah  .

Ringkas catatan ini, ia bukan berbentuk  catatan rakaman suara.. Mudahan dapat dimanafaatkan....


 Catatan dari majlis ilmu Masjid Sg.  Gelugur P. pinang


No comments:

Post a Comment