Saturday, 26 September 2015

PERINGATAN NABI KEPADA UMAT

PERINGATAN NABI KEPADA UMAT.

Catatan penulisan ini  adalah merujuk kepada satu hadis yang dibaca selepas solat asar di Masjid Jamiq Sg Gelugur P. Penang.  Hadis sahih  yang menjelaskan bahwa dosa besar dan dosa kecil yang tercatat dalam catatan malaikat akan di pamerkan .  Akan di perlihatkan masa, tempat dan apa yang diperbuat. Lebih kurang sama seperti  filem yang ditayangkan. Panjang huraian hadis ini.  Rasa malu yang teramat. Ada dosa yang dipamer secara terbuka dan ada  yang dipamer secara tertutup.

Amat takutnya perasaan aku. Aibnya bila diperlihatkan segala langkah, percakapan dan perbuatan. Apa yang aku harapkan  mudahan keaibkan yang ada akan dipadamkan / disembunyikan / dibicarakan secara tertutup oleh Allah.  Bagaimana dengan  tiket kelayakkan aku keakhirat , ibadah ,  amalan  dan  memadaikah dengan apa yang telah aku  buat.

Penghujung huraian hadis ini,  tergenang air mata. Terkesan  dengan kebimbangan yang mendalam. Tahukan wahai  anak- anak, adik-adik , sahabat handai semua kenapa perasaan takut yang terlalu  amat ini.

Terlalu bimbang dengan  saat kematian,  bimbang dengan azab dialam kubur, bimbang  akan perbicaraan di akhirat. Takut, tidak mahu  dilontar / jejakkan kaki ke dalam  neraka atau menjadi sasaran para malaikat dengan hayunan lemparan manusia berdosa ke lurahnya neraka .Terpekik, melolong, lalu dikata oleh malaikat inilah balasan  yang telah kamu usahakan  semasa kamu diberi peluang hidup didunia . Adakah kamu tidak mengetahi bahawa suasana ini akan berlaku. Adakah kamu tidak pernah ambil tahu apa yang  rasul sampaikan ?

Tidak  takutkah kita akan  kegawatan suasana ini.  Nafsi - nafsi, tiada siapa yang boleh membantu melainkan amalan di dunia.  Sampaikan Baginda Rasullullah katakan kepada anaknya Fatimah, " Semasa didunia mintalah kepada ayahnda, tetapi dihadapan  Allah,  ayahnda ini pun  tidak mampu menolong ".

Ayat- ayat yang berbentuk   peringatan Allah,  adalah membawa maksud Allah mahukan umat manusia akan  menjadi ahli syurga.  Ini sama halnya kita  mahukan anak dan kaum keluarga  berada dalam suasana baik.

Apa yang  kita miliki adalah amanah. Ini  sering diperkatakan oleh para ustaz, dalam  khutbah jumaat. Anak , suami, isteri, harta, seluruhnya harta adalah untuk gunapakai. Allah warning lagi. Kata Allah " Jangan  kamu letakkan kecintaan  kamu kepada apa yang kamu miliki, melebihi kecintaan kamu kepada Allah dan rasul".

Apa yang boleh dipertahankan tingkah laku kita, sebab musababnya kehendak nafsu kita. Bila dihujani dengan dakwaan para malaikat. Terimalah dengan wajah  yang mendung segala yang diberitahu. Tanpa aura senyum, rela terpaksa dan redho sahajalah perjalanan seterusnya.

 Mungkinkah ada secebis harapan, kita  masih  ada masa.  Dengan penyataan hadis bahawa Allah akan sembunyikan/ padamkan  dosa yang telah terakam. Sebab Allah  katakan banyak lagi dosa yang terakam yang telah dipadamkan kerana taubat, zikirullah, penambahbaikkan amalan keislaman dan perhatian kamu menutup keaiban orang lain.

Ada satu satunya  pengharapan yang ada. Bertitik tolak dengan iman / percaya kepada Al quran dan  hadis, hendaklah  bersungguh dapatkan ilmu darinya. Kekuatan iman perlu dicari . Berusaha mendalami Ilmu mengenal Allah termasuk meyakini / beriman perkara yang ghaib,  yang tidak kelihatan oleh mata seperti alam azali,  alam akhirat/ mahsyar, ruh, syurga, neraka, alam malaikat , alam jin dan  penyataan lain  melalui para nabi.

Apabila telah tahu kelemahan diri, berusahalah membaiki diri dalam tempoh usia yang terbatas. Dalam satu siri kuliah dinyatakan , jika sesaorang itu mati dalm keadaan beristiqomah kearah kebaikan , perkiraan Allah ia dikira berbuat sehingga hari dibangkitkan.

Apakah tandanya Allah telah ampunkan  sesaorang ?. Soalan ini pernah aku tanyakan dalam satu siri kuliah. Dijawab, bilamana sesaorang itu melakukan sesuatu kesalahan, seawalnya ia bertaubat. Bilamana mulutnya beristiqfar, dibenarkan oleh hatinya , dibuktikan oleh amalnya. Dan dalam kehidupannya ia memandang benci perkara tersebut. Kerap  ia berpesan kepada orang lain jangan buat perkara berkaitan. Sampai peringkat ia mencegahnya dengan  tangannya. Itulah petanda dosa atas perkara tersebut ada keampunan.

Allah akan kotakan janjinya . Sesiapa yang menutup keaiban orang, Allah akan menutupi keaibannya. Bukankah ini satu ruang terbuka untuk laksanakan satu tanggongjawab dan boleh berharap semoga Allah beri pengampunan. Untuk ini  kita diperingatkan jangan sekalikali kamu bersama dengan orang yang berbuat zalim.

Peringkat tertinggi penilaian Allah adalah  tahap keikhlasan . Allah  lebih mengetahui niat  dan perbuatan sesaorang. Allah yang mencipta makhluk syaitan untuk dijadi alat menyaring umat manusia.  Itulah disebutkan diatas tadi , kita perlu mengenali siapa syaitan dan janjinya dengan  Allah semasa mempersoalkan penciptaan nabi Adam. Bilamana kita kenal sesaorang barulah diketahui asal  usul, kegemaran dan lain. Kita kenali jin/ syaitan/ iblis, barulah kita ada ilmu melihat kelemahan nya.

Mudahan sedikit perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan


Sekian Wassalam.....


Penulisan berdasarkan catatan dari majlis ilmu.
Masjid Sungai Gelugur, P.Pinang



Wednesday, 23 September 2015

TUNTUTAN UBUDIAH

TUNTUTAN UBUDIAH

Apakah itu tuntutan ubudiah.

Subuh 5/9/15  Ustaz Taufiqur Rahman sebutkan tajuk ini. Tertarik aku atas  pointnya yang dikupas.  Ringkasnya ubudiah  bermaksud apa yang Allah mahu umat manusia lakukan  atau Allah mengajar manusia bagaimana perlu laluan untuk sampai ke sisinya.

Ayat 99 - 100 surah  Almukminun;

Ayat 99. "Kesudahan golongan kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang dari mereka, ia berkata. Wahai tuhanku, kembalikan daku/ hidupkan daku kembali kedunia."

Ayat 100. " Supaya aku dapat mengerjakan amal amal soleh dalam perkara yang telah aku tinggalkan. (Dijawab), Sesunggunya perkataannya itu sia sia. Sedangkan dihadapan mereka adalah  alam barzah yang mereka tinggal tetap padanya hingga hari mereka dibangkitkan pada hari kiamat".

Kupasan   ustaz atas ayat diatas adalah dalam skop tuntutan ubudiah yang  perlu adalah :

Pertama :  Hendaklah kita  nilaikan kembali perlaksanaan ibadah khusus atau pun ibadah yang umum. Adakah di buat atas kehendak Allah atau nafsu. Allah tahu apa hakikat yang di miliki oleh manusia. Allah tahu  semua niat dan gerak geri kita. Yang Allah mahu adalah  kita buat dengan rasa penuh tanggongjawab, ikhlas dan redho. Bila Allah redho akan datang rahmatNya. Jangan tidak memenuhi piawaian yang ditentukan Allah.

Dalam semua urusan kehidupan ini perlu hubungkan dengan Allah. Perlu tahu kaedahnya. Sedar bahawa setiap masa malaikat  mencatit apa yang diniatkan ,  apa yang disebut  dan yang dilakukan. Catatan itu setiap hari dibawa kelangit untuk rekod dan akan disoal jawab dihari akhirat. Kita sering terlupa  yang malaikat sentiasa berada disisi kita mencatat percakapn dan  perbuatan . Malah ia adalah super komputer tahu apa yang kita niatkan.

Kedua : Manusia diberi  hati tetapi   tiada keinginan mendekatkan diri kepada Allah. Diberi   mata tetapi tidak dapat membezakan yang benar dan yang salah. Diberi akal tetapi tidak dapat mengenal Allah.

Hidupnya hati itu kerana iman. Iman itu akan datang jika kita mengenali  Allah. Mengaku berIman itu  bukan sahaja oleh mulut, ia dibenarkan oleh hati dan dibuktikan oleh amal.  Hubungannya  dengan alam akhirat, hanya dua perkara yang dibawa bertemu Allah iaitu  iman dan amal.  Iman adalah anugerah Allah. Ia bukan warisan.

Yang boleh membantu kita semasa dialam barzah  hanya tiga perkara. Iaitu  doa dari anak,  sedekah jeriah /harta yang dimanfaatkan untuk agama dan ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain. Ringkasnya sesuatu yang kita tinggalkan  yang dapat dimanfaatkan oleh genarasi  perlu dalam perkara  yang Allah perintah. Jika meninggalkan perkara yang dimurkai, juga sahamnya berbentuk  azab akan sentiasa sampai kepadanya.

Ketiga : Ikhlaskan hati bila berbuat sesuatu. Redho dengan ketentuannya.Bila ada redho  Allah akan datanglah rahmatNya. Maka deangan rahmatnya kita dapat tiket kesyurga. Allah menentukan bahawa  syurga itu adalah untuk orang yang bertakwa.

Bukan sesuatu yang mudah yang hanya boleh diucapkan. Mengikhlaskan hati  perlu ada ilmu. Amat sukar bagi sesaorang untuk berbuat sesuatu tanpa mengharapkan  pulangan .Ia perlu ada latihan mengawal diri, mengawal hati, mengawal niat, mengawal nafsu .  Ia lebih kepada berbuat sesuatu kerana disaluti oleh  perasaan  riak/ bangga diri. Sandarkan diri hanya berharap kepada Allah.

Keempat:  Sampai hari kita dibangkitkan dari alam barzah. Satu jangkamasa yang  lama mungkin ribuan atau jutaan tahun.  Bagi orang yang hidupnya sentiasa  istiqomah dengan amalan zikirrullah, bilamana  berkeadaan kritikal nazak menjemputnya.  Amalan itu ia akan datang  memberi perlindungan kepadanya  daripada syaitan. Amalan lain seperti sedekah, bacaan quran , puasa dan  lainnya  akan menemani sehingga hari dibangkitkan.  Dalam bahasa lain tiada kesengsaraan  sepanjang berada  dialam barzah. Bila dibangkitkan bagaikan bangun dari tiduran.

Dalam satu siri kuliah yang lain, teringat  aku akan pesanan ustaz. Yakni bilamana  istiqomahnya kita  dalam hal melaksanakan solat qadho, jika kita mati , dikira  kita berbuat sehingga hari dibangkitkan. Ini adalah satu sekim insentif yang Allah sediakan bagi orang yang  berusaha kearahNya.

Persiapkan diri  untuk berhijrah kealam seterusnya. Dunia ini sebagai persinggahan . hisab diri sebelum masuk kealam kubur. Jaga lidah, hati dan amalannya supaya  dalam keadaan tunduk kepada perintah Allah. Gunakan anugerah / pemberian Allah  samada dalam bentuk harta, ilmu , tenaga  membantu sampaikan syariaat dari nabi kepada umat. Ini adalah tiket untuk merentasi alam akhirat. 

Kelima: Yang terakhir pesanan ustaz subuh ini adalah hubungan kita dengan alam ini. Ia adalah atas tanda terima kasih kita kepada apa yang digunapakai. Sekelian  hidupan  tumbuhan, haiwan didaratan, dilautan. Udara, api dan tanah, semuanya ciptaan Allah. Mereka  adalah makhluk yang sentiasa berzikir. Tidak boleh memusnahkan mereka tanpa sebab syariee. Boleh hadiah kepada makhluk ini dengan fatihah sebagai tanda terima kasih.

Berakhlak sesama manusia, sesama makhluk lain adalah mencerminkan  tanda kecintaan Allah. Yang Allah mahukan dari umat manusia adalah kehidupan yang mentauhidkan Allah. Tiada yang disembah melainkan Allah dan Nabi Mohammad itu pesuruh Allah.

Mudahan catatan ringkas ini menjadi ilmu untuk perjalanan kita sehingga akhir hayat.

Wassalam.

( Catatan tazkirah/ kuliah Masjid Jamiq Sungai Gelugur Pulau Pinang)