Tuesday, 13 October 2015

MENANGANI KEMUDHARATAN

MENANGANI KEMUDHARATAN.

Kefahaman mengenai   kemudharatan adalah perkara yang kerap disebut oleh para ustaz dalam  beberapa siri tazkirah / majlis pengajian dalam bulan ini. Pengetahuan  perkara  ini hendak disampaikan  kepada umum kerana didapati masyarakat hanya bertindak mengikut emosi/  kekangan nafsu.

Mesej dari beberapa siri  tazkirah membawa  satu pemahaman  iaitu apabila berhadapan dengan  situasi yang  menuntut kita memilih. Hendaklah dibuat penilaian  dengan melihat sumber hukum, syariat dan situasi semasa. Apa yang lebih utama, Ia hendalah  mengelak daripada berlakunya kemudharatan yang lebih besar.

Kemudharatan  boleh diertikan, adalah kesan dari satu   tindakan   percakapan, hukuman atau arahan. Sesuatu yang memberi implikasi yang membahayakan atau kurang bahaya.  Pilihan antara dua keadaan ini disenangi atau tidak disenangi dan berkemungkinan  menerima tindakbalas .

Termasuk didalam, formula urusan hubungan dengan Allah dan manusia serta makhluk lain. Yang lebih utama adalah tanggongjawab menjaga tanggapan dan kefahaman umum supaya  tidak ada kesan negetif  kepada kesucian agama. Sebab orang yang bukan islam perlu disampai kepada nya mesej,  yang islam itu adalah  terbaik.

Isu yang disebutkan adalah  larangan gunakan pembesar suara  untuk sebarang acara dimasjid dan surau . Ada pihak yang tidak menyenangi dari kalangan bukan islam merasakan terganggu oleh bacaan Quran sebelum   azan subuh. Juga program ceramah / kuliah. 

 Praktiknya  kini ianya hanya untuk azan dan iqamah sahaja,  Dan majlis ilmu  untuk pendengaran  oleh jumaah yang hadir ke masjid. Dipraktikkan  atas kemuslihatan  tidak  mengganggu / menghormati  antara kaum. Ia  bukan kerana islam ditekan oleh cengkaman politik.

Itulah rumusan atas isu tersebut. Khutbah menjelaskan, niat  pihak masjid adalah baik untuk bolehkan  mesej didengar oleh masyarakat keliling, Dalam masa yang sama yang bukan islam juga   berada dalam sikitaran  tempatan. Dengan pendekatan ini umat islamlah tempatan / qariah perlulah berusaha hadir kemesjid untuk majlis pengajian.  Datanglah  kemasjid dapatkan ilmu.  Ia akan memakmurkan  masjid dengan umat manusia. Sehingga kalau boleh solat subuh seperti bilangan  hadirnya makmum   solat  jumaat.

Para ulamak telah pun  melihat perkara ini  dari banyak sudut sirah dan syariat. Ini pendekatan yang terbaik. Pemahaman  yang mudah . Andainya  dengan mengubah sesuatu kemungkaran dengan lisan   tidak  di indahkan, ubah lah ia dengan  tangan  , ini bermaksud kita perlu ada kekuatan  jumaah / peraturan  undang undang/ politik. Andainya tiada kekuatan  cara  demikian ubahlah dengan hati/ doa.

Walau pun kita memiliki  kekuatan, pendekatan islam menghendaki  ubahlah dengan cara lemah lembut/ yang baik. Jangan sampai mengakibatkan ada kumudharatan yang besar. Konsep ini boleh diterjemahkan dalam budaya kehidupan. Dalam rumah tangga,  kejiranan,  memilih  pemimpin dan menjadikannya asas kepada mentadbir negara.

Ustaz  merujuk satu firman Allah,  "Supaya tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang yang beriman."  Ingatkan kepada semua akan batasan  kemampuan, usia dan  dosa yang ada. Yang boleh kita fahami adalah dalam keadaan apa sekali pun, Allah mahu  tetapkan   diri dan hati  berada dalam cara hidup islam. Dijelaskan  bahawa Allah tidak perintah umat melakuan sesuatu yang membawa mudharat. Semua yang di perintah dan yang dilarang pada dasarnya adalah untuk kebaikan didunia dan akhirat .

Dikatakan lagi bahawa Allah tidak membebani sesaorang melainkan sesuai dengan kesanggupan/ keupayaan. Sebab Allah yang mencipta dan yang merencana lebih megetahui. Manusia itu dijanjikan mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakan dan diperingatkan akan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakan.

Banyak hal yang memberi kemudharatan . Pilihlah  kemudharatan yang paling sedikit dengan kaedah  syarie/ feqah. Dalam hal memilih sesuatu yang terbaik boleh laksanakan solat sunat istiqorah, Allah akan ilhamkan yang terbaik

Sedikit rujukan  dalam hal ini ;

Kita tidak boleh membuat kemudharatan dan tidak boleh membalas kemudharatan. Jika seseorang yang hartanya dirusaki orang lain, maka ia tidak boleh membalas dengan merusak harta orang tersebut. Karena, tindakan ini tidak mendatangkan  apa manfaat, malah merosakan siratulrahim. Ia  akan memperluas kemudharatan. Ia hanya boleh  bersuara, menuntut agar orang yang merusak hartanya mengganti senilai kerusakan itu.

Menghilangkan kemudharatan yang telah terjadi adalah suatu kewajiban, juga diwajibkan untuk memperbaiki kerusakan yang telah ditimbulkan. Contoh, jika ada seseorang yang membuat saluran air di jalan kemudian saluran air tersebut mengganggu orang yang melaluinya, maka ia wajib membuang saluran air itu dan juga mengganti atau memperbaiki kerusakan akibat saluran airnya.

Kemudharatan harus dihilangkan. Artinya, kemudharatan harus dicegah sebelum terjadi. Karena, mencegah sesuatu lebih ringan dan lebih mudah daripada menghilangkan kemudharatan yang sudah terjadi. Bagaimananapun pencegahan lebih baik daripada pengubatan. Namun demikian, usaha untuk mencegah mudharat ini  hendaklah  dilakukan semampunya.

Menangani  kemudharatan harus di sesuai dengan batas kemampuan yang ada. Contoh kaedah ini jika  di perintahkan kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan berbagai kekuatan yang dimiliki untuk persediaan kemungkinan serangan musuh. Jika musuh telah menjadi gentar oleh persiapan ini, maka tidak perlu kaum Muslimin melakukan penyerangan kepada musuh. Paling tidaknya  kita tidak akan diganggu dan wajar pula kita sentiasa berhati hati.

Maklumat dari tazkirah Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan  satu kemuslihatan besar  pernah berlaku  dalam sejarah di negara Rusia.  Pemimpin negara ketika itu mahukan kepastian  mengenai kemaslahatan minuman arak. Masalahnya  Rusia adalah negara cuaca sejuk terutama sebelah utara. Semua pemimpin ugama dipanggil untuk berikan pandangan, Pemimpin ugama  telah menyatakan  pendirian ugama.

Ditanya kepada ulama islam, Telah diperjelaskan tidak boleh minum  minuman yang memabukan. Bila sampai kepada   pihak kristian dikatakan dibenarkan.
Satu kesilapan besar kerana pendekatan atas  kemudharatan kepada  kemulihatan tidak diambilkira. Kesannya sebahagian besar penduduk Rusia mengambil jalan mudah pergi kepada  Kristian.. Alangkah besar kesilapan ini.. Yang kita fahami dalam keadaan dharurat  ada pendekatan islam mengharuskan dengan kaedah  fiqah.

Mudahan sedikit maklumat ini dapat memberi  ilmu mengenai  persoalan keharusan dalam kemudhratan . Hendaklah bertindak dalam skop yang di gariskan dalam islam.

Wassalam...

Sumber dari tazkirah/ kuliah./ web.



Saturday, 3 October 2015

HATI YANG MATI

HATI YANG MATI.

Kuliah maghrib  29.9.2015 di sampaikan oleh  PU Yeop dalam  satu  program ceramah perdana.  Tajuk Hati  Yang Mati .

Boleh di mengertikan  sebagai  hati yang  tidak memiliki cahaya . Ia gelap kerana tidak digilap dengan  usaha kearah keimanan. Hati yang mati  adalah  tidak mudah menerima kebenaran. Ia dikuasai oleh nafsu. Dalam bahasa lain syaitan telah berumah didalamnya.

PU Yeop  tidak menghurai  erti  hati yang mati,  tetapi terus kapada  ciri-ciri mengenal  orang yang hatinya mati. Di jelaskan  untuk mengenal orang beriman dapat dilihat pada wajah. Orang beriman yang berpegang kepada semuanya dari Allah , ia miliki kekuatan  iman ,redho dalam semua hal. Ini menjadikan  wajahnya sentiasa  berseri dengan sifat takwa. Ia juga adalah kesan dari wudhuk harian  dan sujud / solatnya.

Sifat  kehidupannya,  ia menjunjung  perintah Allah dan menjauh diri dari larangan. Ia bercakap atas  perkara yang  ia buat. Jangan kita bercakap atas perkara yang kita  sendiri tidak mampu buat.  Nabi  SAW  telah tunjuk contoh,  bercakap apa yang baginda buat. Panjang contoh contoh  kelakar yang dibawa oleh PU Yoep.  Berkisar kepada  perlunya membuang sifat riak membanggakan diri.

Disebutkan bahawa orang yang hebat adalah  orang yang dapat mengawal marah ketika  memuncak marahnya. Penyataan ini popular adalah diambil dari satu hadis nabi.  Terkadang kala secara sepontan bilamana kebiasaan sesaorang itu ditegur, ia akan terus melenting. Ada kisah yang menghuraikan yang pernah berlaku. Alangkah indahnya jika kemarahan itu dapat dipadamkan. Ustaz  ada nyatakan,  padamkan ia dengan mengambil wudhuk. Api akan terpadam dengan air.

PU Yeop  tanya apakah  maksudnya   hati nurani  ?

Hati yang bercahaya  itu dari cahaya ilaahiah  adalah hati nurani. Ia bercahaya jika selalu digilap dan cahayanya  akan bersinar kemana sahaja ia pergi.  Cahaya illahiah akan bersinar disebabkan kita menjaga. Boleh Memberi cahaya kepada orang lain malah makhluk lain haiwan dan tumbuhan.  Kata lainnya ada aura yang  memancar naik keangkasa dan dapat dilihat oleh para malaikat dan jin.

Cahaya ini akan pudar  dan hilang jika pemiliknya banyak melakukan kemaksiatan. Inilah dikatakan hati yang telah mati. Kehidupannya di kuasai oleh nafsu dan nafsu itu dikuasai oleh makhluk syaitan dan syaitan itu sendiri tiada sedikit pun kemampuan  berhadapan dengan Allah.  Di sebut  Allah SAT ,  jika hati yang telah rosak, kesannya amat besar adalah merosakkan  anggota luar dan dalam, zahir dan batin.

PU Yeop. mengingatkan  mengadulah kepada Allah sebarang hal, kesakitan dan sebagainya. Ambil pendekatan usaha  akan atas setiap hajat, Jika sakit  temukan dengan obat yang  sesuai untuknya. Doa , perserahan diri yang total kepada Allah dan bertawakal .

Ditanya lagi  Siapakah pemilik  hati yang mati, hati yang hidup dan  hati yang  sakit?.

Dinyatakan pemilik hati yang mati itu  adalah orang yang jauh dari Allah,  yang tidak mendapat  kasih sayang Allah. Orang kafir dan orang yang  dalam kemaksiatan. Mata  dan telinga juga boleh menyebabkan hati mati. Jangan sekalikali  sehingga tingkah laku menyekat orang lain untuk sampaikan syariat, kerana amat besar resiko kepada diri.

Hati yang hidup adalah milik orang yang  meletakkan dirinya  kesisi Allah. Diantara tanda orang yang berada disisi Allah adalah ia  benci kepada perkara yang Allah larang dan   cinta kepada yang Allah perintah. Panjang huraian atas perkara ini. Banyak melakukan perkara sunat, menjaga akhlak, hubungan sesama manusia. .Menjaga ibadah wajib,  Kehidupan yang islamik dan peranan  sebagai daeenya menjangkau keluar kepada orang dikelilingnya.

Hati yang sakit dinyatakan tergolong dalam kelompok manusia yang munafik.  Umum nya ia tidak tahu hatinya sakit. Antara kebenaran dan kebatilan, ia  berada dalam dua situasi dan cenderung menuruti  kehendak nafsu. Ia banyak berpura dalam perbuatan. Tanda sikap munafik ada disebutkan oleh nabi SAW,  antaranya ia bermalasan melakukan perintah Allah. Hadir kemajlis ilmu tujuan lain.

Akhir bicara  hidupkan amalan , hampirkan diri dengan majlis ilmu, minta nasihat dari  orang yang pakar dalam bidangnya. Laksanakan solat, gantikan solat yang ditinggalkan dan hendaklak mengenali  Allah dan rasul.

Wabillahi taufik walhidayah warahmatullah  .

Ringkas catatan ini, ia bukan berbentuk  catatan rakaman suara.. Mudahan dapat dimanafaatkan....


 Catatan dari majlis ilmu Masjid Sg.  Gelugur P. pinang