18.12.2013 .Tazkirah Magrib. Tajuk. : MENANGANI BISIKAN IBLIS / SYAITAN.
Asalammualaikum .....
Yang di hormati tuan imam, barisan ahli Jawatan Kuasa Masjid Sungai Gelugur, seterusnya muslimin dan muslimat, hadirin hadirat, yang rahmati Allah S.W.T.
Alhamdulillah , mari kita merafakkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana malam ini kita di pertemukan diberi hidayah dan inayah Allah . Kita bertemu dalam majlis ilmu ini, Mengisi ruang antara magrib dan Isyak.
Bertuahlah nama kita ditulis oleh Allah S.W.T untuk berada dalam majlis seperti ini. Dikatakan bertuah itu kerana majlis kita sedang diburu. Allah S.W.T telah menciptakan sekumpulan malaikat yang tugasnya mengelilingi bumi atau dalam bahasa lainnya kumpulan malaikat ini meronda disekeliling bumi mencari majlis-majlis ilmu yang menyebut nama-nama Allah.
Bilamana malaikat berjumpa majlis tersebut, akan dipanggil para malaikat yang lain duduk bersama bersusun kelangit sehingga kelangit ketujuh. Mereka ini berdoa kepada Allah memohon kerahmatan kepada mereka yang ada dalam majlis ilmu.
Tidak terhenti disitu sahaja. Apabila mereka pulang kepada Allah di persembahkan akan puji pujian dan mempersaksikan akan kehadiran kita dalam majlis ilmu. Allah menyatakan bagi mereka yang hadir dalam majlis ilmu itu diampun dosa mereka. Dikhabarkan oleh malaikat ada sekumpulan mereka tidak berniat untuk hadir tetapi sekadar singgah melalui tempat majlis ilmu. Diberitahu oleh Allah mereka juga mendapat keampunanan oleh Allah kerana berada seketika dalam majlis mengingati Allah.
Alhamdulilah, pada malam ini saya bersama dengan tuan- tuan untuk satu bentuk penafsiran ayat Allah S.W.T . Yang disebut tafsir perkara maudhu Ain. Bekaitan tafsir Al Quran nul quran, Alquran dan sunnah, dan tafsir dengan pendapat / akal. Malam ini saya akan berkongsi akan perkara mengenai maudhu Ain iaitu kita akan fokus kepada perkara disebutkan ketika sebelum kita membaca Al quran. Dijelas , Apabila kamu berniat hendak membaca Alquran, akan mulakan dengan "Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam" ( Aauzubillah..... ).
Ia adalah satu topik sebelum masuk membaca suratul Fatehah, tetapi muqadimah ayat ini tidak tertulis pun dalam Al quran. Ia menjadi topik yang dibincangkan oleh para ulamak. Dalam satu ayat lain Allah ceritakan bagaimana ia dikaitkan dengan kehidupan manusia. Bagaimana kita manusia menguruskan urusan berkaitan dengan makhluk syaitan. Makhluk yang dijadikan oleh Allah S.W.T yang kita tidak nampak. Allah mengetahui permainan syaitan Allah tahu keterbatasannya dan Allah S. W.T yang mencipta sifat dalaman dan luaran makhluk syaitan
Allah katakan ;
"Berbaik-baiklah dengan orang yang berbuat kebaikan. Berpalinglah dari orang yang berbuat kezaliman. Dan dari ada pula tipu daya syaitan yang berusaha menipu kamu dan mintalah perlindungan dari Allah S.W.T
Ada juga ayat yang lain yang menyebut dengan jelas bagaimana untuk menangani musuh-musuh yang sentiasa menyesatkan manusia . Dinyatakan berbuat baiklah dan bermaaf - maaflah dengan orang yang berbuat jahat kepada kita. Walau sejahat mana kejahatannya kepada manusia , balaslah kejahatan itu dengan cara terbaik. Sesungguhnya Allah mengetahui sesuatu itu. Berlindunglah kepada Allah dari bisikan syaitan. Contuhilah / pelajari sirah Nabi SAW akan cara Nabi S.A.W berhadapan / menghadapi orang qurish.
Dikehendaki oleh Allah S.W.T bilamana untuk menangani kejahatan oleh manusia hendak kita berbuat baik kepadanya. Biasanya manusia , jika orang berkasar kepada kita, akan dibalas dengan kasar. Jika bawa kereta dipotong atau beri lampu tinggi orang akan kita terasa tercabar. Adakalanya orang meninggikan siara dengan kita. Latihkan diri untuk menjadi oramg yang bersabar dan membalas kejahatan dengan kebaikan.
Ada pun dengan syaitan, kita kena mohon perlindungan dari Allah S.W.T kerana ia makhluk yang tidak boleh dilihat. Allah tahu permainan syaitan dan kemampuannya. Ia juga sebagai alat menyaring manusia. Amat malang orang yang membiarkan diri berada dalam cengkaman syaitan.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Dalam apa pun persoalan kehidupan, hendaklah kita merujuk dan mengadu kepada Allah. Memohon dihindarkan dari kejahatan syaitan. Dan ayat seterusnya Allah S.W.T perintahkan memohon kebaikan dari angkara syaitan tersebut.
Dalam seperti ini kita perlu mengetahui akan syaitan dan iblis itu juga makhluk Allah yang masing-masing mempunyai ketentuan. Makhluk Allah dari kalangan malaikat dengan peranan yang ditentukan dan manusia sebagai satu makhluk yang istimewa dengan fitrah diberi akal, nafsu dan kehendak. Tiada kuasa yang boleh menandingi kekuasaan Allah. Allah S.W.T lebih mengetahui atas segala yang berlaku dan kehendaknya atas apa yang diciptaNya.
Hendaklah kita faham bahawa kerja syaitan ini mahu kita lari dari Allah S.W.T Ia mahu sekurangnya mengurangkan pahala amal kebaikan manusia. Allah S.W.T katakan syaitan itu dijadikan musuh berbarutan kepada manusia. Jangan sekali-kali ikut kehendak syaitan. Ambil ilmu / perhatian atas kisah nabi S.A.W berdialog dengan syaitan dalam hadis sahih yang memberi maklumat akan kelemahan syaitan. Dikatakan oleh para ulama, wajib bagi kita memulakan dengan "Aazubillah himinsyaito nirrojim" bila memulakan sesuatu, terutama untuk ibadah khusus membaca al quran.
Allah S.W.T katakan diturunkan Al Quran itu sebagai ubat bagi manusia. Sesiapa yang membaca quran kena baca pembuka ayat memohon perlindungan dari syaitan. "Auzubillah..... " Aku berlindung dari syaitan yang direjam" . Jika bersolat dahulukan dengannya baru niat solat dan takbir. Juga sebagai menghilangkan keraguan atas gangguan syaitan, sebab kenapa kita perlu mohon perlindungan kepada Allah S.W.T Memang kerjanya hendak jauhkan kita dari Allah S.W.T . Paling tidak nak bagi pahala kita kurang. Yang ia mahu , kita malas buat apa yang Allah perintahkan dan lakukan apa yang diarang.
Satu kisah berlaku pada sahabat nabi S.A.W , Abdullah b Maktum. Ia telah datang kepada nabi, ketika itu Nabi sedang berdakwah kapada pembesar quraish. Ia adalah seorang yang buta. Satu ketika ia bertanya kepada Nabi S.A.W memohon pengecualian dari solat subuh berjumaah kerana keadaan fiziknya buta. Lalu Nabi bertanya adakah kamu mendengar suara azan. Dikatakan ia mendengar. Lalu Nabi katakan tiada alasan kamu meninggalkan solat berjumaah. Masalah baginya kerana orang yang memimpinnya ke masjid tidak lagi datang membawanya ke masjid.
Keesokan subuh dalam keadaan buta ia bergerak berjalan kemasjid tanpa dipimpin oleh sesiapa. Dalam perjalanan ia terantuk tembok, menyebabkan kecederaan kepalanya. Dalam keadaannya begitu datang seorang lelaki lalu memimpinnya bawa kemasjid. Begitulah rutin orang ini menunggu dan menghantar kemasjid setiap subuh hari.
Lalu satu ketika ia bertanya siapakah yang memimpin tangannya datang kemasjid dan tunggunya bawa pulang setiap hari, tetapi tidak ikut solat berjumaah. Dijawab oleh lelaki itu tidak perlu baginya mengenal siapakah aku. Dikatakan oleh Abdullah b Maktum jika begitu cukuplah persahabatan kita setakad ini, aku bersumpah dengan nama Allah, jangan lagi membawanya ke masjid. Lalu dijawab oleh berkenaan disebabkan kamu telah bersumpah dengan nama Allah, aku beritahu kamu aku adalah iblis. Terkejut Abdullah b Maktum kerana iblis telah bawanya ke masjid.
Ditanya lagi bukan kerja engkau menjauhkan orang dari masjid. Lalu dijawab oleh iblis. Betul, akan tetapi ketika mana kamu wahai Abdullah, ketika kamu cedera ditimpa batu dalam perjalanan kemasjid, ketika itu aku mendengar, diampun sebahagian dari dosa-dosa kamu. Aku tidak mahu Allah mengampunkan sebahagian lagi dosa kamu, itulah sebabnya akan ambil tugas untuk memimpin kamu kemasjid.
Inilah yang namanya syaitan. Ia sanggup membantu orang walau pun ke masjid dengan muslihat untuk merosakkan kita. Dan contoh ini adalah juga sifatnya yang ada dalam diri manusia. Inilah sebabnya kita perlu memohon perlindungan kepada Allah dalam apa juga kerjabuat kita seharian.
Satu lagi sifat negetif manusia jika ia berbuat kebaikan, mahu hatinya menceritakan kebaikan itu kepada orang. Hatinya bagaikan digaru untuk memberitahu orang bahawa itu adalah hasil kerjanya. Bilamana berlaku ia , pada penilaian Allah S.W.T. jika awalnya niat telah baik tetapi pahala kebaikannya menjadi kosong kerana sifat riak telah wujud. Iblis/ syaitan telah berjaya merosakannya.
Berlaku juga jika rasa bangga mengkhabarkan kerajinannya datang berqiamulail. Membantu derma kepada sebarang program, apa lagi diwar-warkan untuk makluman umum. Akan semua itu tidak memberi kelebihan dari sisi Allah S.W.T Inilah kerja syaitan.
Syaitan juga mendapat pujian oleh ketua para syaitan dan diberi pengiktirafan kejayaannya merosakkan manusia. Jika terdidiknya syaitan semenjak dari mula sehingga usianya beribu tahun, berapa banyak pengalamannya dalam menyesatkan manusia. Perkataan syaitan adalah dari perkataan syatuna, bermaksud perkara yang jauh. Yang jauh dari rahmat Allah S.W.T Penentangannya bermula ketika mana dikisahkan semasa dialog syaitan semasa Nabi Adam S.A.W dilantik sebagai khalifah dimuka bumi. Iblis telah engkar mematuhi perintah supaya sujud kepada Nabi Adam.
Kesan yang amat mendalam dalam diri manusia bilamana ia berurusan dengan Allah S.W.T adalah perserahan diri nya yang total kepadaNya. Auranya dapat dilihat, yang ditakuti oleh ibliis dan syaitan. Sehingga di nyatakan aura orang yang dekat dengan Allah terpancar naik kelangit, dapat di lihat oleh makhluk dilangit. Apalagi aura yang terbit dari rumah - rumah Allah atau rumah yang penghuninya beramal kerana Allah.
Berlindunglah kepada Allah S.W.T Mudahan kita semua mendapat rahmat olehNya. Mulakan sesuatu itu dengan memohon perlindungan kepada Allah S.W.T sebelum melangkah.
Wabillahhitaufik walhidayah.........
Assalamuaalaikum warahmatullah hiwabarakatuh.
Penulisan adalah berdasarkan dari rakaman suara.
Masjid Jameq Sungai Gelugur, Pulau Pinang.