MERAWAT IMAN
Assalamualaikum.......
Terlebih dahulu marilah kita buka majlis ilmu ini dengan ummul kitab.
Al Fatehah..........
Mari kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang mana dengan izin limpah kurnianya Allah telah panjangkan usia kita, dapat berada dalam mesjid yang mulia ini. Menunaikan solat berjumaah dan bersama dalam majlis ilmu ini. Dalam rangka kita hendak membaiki diri dan keimanan.
Pagi yang mulia ini insyaAllah kita berpindah kepada tajuk baru iaitu Merawat Iman. Iman kita ini ada kalanya ia meningkat atau menurun. Iman orang awam ini seperti kita biasanya begitu. Dan kadang-kadang iman jadi rosak terus. Kita perlu berhati-hati, berjaga-jaga. Iman ini mertabatnya tinggi , terletak di atas. Sesuatu yang diatas itu ia mudah jatuh kalau tidak di pastikan kedudukan kukuh dan stabil. Kena jaga betul-betul.
Iman bagi para malaikat keadaannya mendatar. Sifatnya tidak bertambah atau menurun. Begitulah selama-lamanya. Kerana Allah jadikan mereka begitu. Mereka dalam keadaan patuh dan yakin / percaya kepada Allah seluruhnya. Malaikat ini tiada seorang pun yang kufur. Semuanya beriman. Mereka melaksanakan apa yang telah di perintah.
Sifat-sifat mahkluk lain semuanya islam belaka. Tumbuhan, binatang, langit, bumi, bulan bintang, matahari ,gunung ganang. Mereka dijadikan patuh kepada Allah, dengan sifat kehidupannya. Terdapat ayat dalam Al Quran "Bertasbih segala makhluk yang ada dilangit dan dibumi". Mereka sentiasa bertasbih kepada Allah S.W.T. Memuji, mengagung dan membesarkan Allah S.W.T, kecuali dua makhluk sahaja, iaitu jin dan manusia. Bezanya Allah berikan kepada manusia adalah akal. Jika akal itu tidak diisi dengan ilmu mengenal Allah , ia akan jadi rosak.
Manusia itu kadang-kadang mereka ingat, kadang-kadang lupa. Kadang- kadang beriman atau kufur, jujur dan berbohong. Iman akan bertambah, kalau kita duduk dalam suasana orang yang beriman. Duduk dalam masjid, dalam majis ilmu, tempat orang yang perjuangkan islam. Sebab itu kita kena bersama dengan jumaah islam.
Nabi SAW katakan wajib bagi kamu berada dalam jumaah yang mahukan islam. Bila duduk dalam jumaah islam insyaAllah kita selamat. Kalau kita tergelincir , jumaah akan selamatkan. Jika duduk dalam golongan orang yang bukan islam , fasik, derhaka kepada Allah, akan mudah runtuhnya iman yang ada.
Iman orang yang duduk sendirian juga mudah rosak. Ia mudah diperdayakan oleh syaitan. Ada ketikanya mungkin ditawarkan dengan kebendaan. harta, pangkat atau lain- lain. Akan jadi jadi gelap matanya. Mungkin kerana telah termakan budi. Kerana apa?, kerana iman masih goyang. Dalam hadis Nabi ada membuat perumpamaan ibarat seekor kambing jika ia berasingan dari kumpulannya maka akan mudah baginya menjadi mangsa serigala.
Bagaimana pula kita berkawan dengan orang kafir. Kita dampingi orang bukan islam tujuan untuk kenalkan mereka dengan islam. Tanamkan konsep ketuhanan. Kenalkan diri mereka kepada pencipta manusia. Kita berada dengan mereka bukan kita ikut cara hidup mereka. Kita tidak gadai perinsip kita.Tugas kita beri mereka faham akan islam.
Penulisan ini juga mengemaskan huraian ustaz atas perkara ini. Memang konsep penyampaian ini , berulang kali disebut dalam siri cacatan tazkirah bahawa penerimaan atas sesuatu itu bukan urusan kita, Itu urusan Allah. Sifat wajib bagi nabi itu satu darinya adalah ' Menyampaikan'. Nabi Musa ditukarkan haluan oleh Allah daripada menyelamatkan kaumnya kepada berhadapan dengan Firaun, menyampaikan risalah Islam kepadanya.
Iman yang telah rosak perlu dirawati. Ramai diantara kita tidak tahu imannya telah rosak. Antara cara merawat iman adalah berada dalam majlis ilmu. Bersahabat dengan orang beriman dan orang yang soleh.
Dari huraian yang dinyatakan dapatlah kita ketahui dan faham bagaimana yang dikatakan orang mukmin, orang musrikin dan munafikin, Sehubungan dengan itu juga kefahaman bahawa percikan nur keimanan hanyalah diberikan kepada orang yang dikehendaki Allah . BerIman, bukan semua orang dapat cuma orang yang terpilih sahaja. Orang yang berlapang dada sahaja. Orang yang mahu menerima teguran untuk memperbaiki kelemahannya.
Kita lihat contohnya seketul emas. Dibakar, dileraikan, dicairkan, ditapis, dibentuk, dan dikikirkan. Apabila di gilapkan ia akan keluarkan cahaya. Sama dengan fitrahnya manusia, perlu boleh/ sanggup di perbetulkan jalan fikiran. Menerima kebenaran Islam dalam kehidupan, Akui hakikat diri itu adalah lemah. Mengorbankan kepentingan diri dan Jika ia ada keinginan untuk menjadi baik hendaklah ada proses seperti itu, insyaAllah, Ia adalah sedang menuju kejalan yang lurus dan berada dalam naungan redho Allah.
Bagaimana dikatakan iman boleh hilang, mengecil , membesar atau dicabut.
Iman boleh hilang jika kita membiarkan diri berada ditempat orang berbuat maksiat. Bergaul dengan orang yang fasik. Duduk dalam masyarakat yang tolak Islam, Hendaklah kita berhijrah kerana situasinya membahayakan iman kita. Atau pun ia membahayakan iman anak cucu kita. Kalau kita berada ditempat yang memang telah baik, hendaklah cari penambahbaikan atas ilmu agama yang ada , Berusaha sampaikan kefahaman islam. Kalau dahulu tidak sembahyang jumaah kini bersama jumaah, Dahulu tidak mengaji sekarang mula mengaji. Dahulu tidak mahu islam kini ia mahukan Islam
Semakin besar iman itu, semakin besar pula manfaatnya kepada manusia. Bermaksud semakin istiqomah ketaatannya , Allah beri kelebihan kepadanya. Perjuangan, amalan dan apa yang diusahakannya. Doanya Allah kabulkan. Hatta akan faktur kebendaan pun Allah beri.
Bahawa iman itu mempunyai nilai yang sangat tinggi. Lebih besar dari nilai dunia dan isinya. Allah katakan bahawa sebesar - besar nikmat itu adalah iman dan Islam. Kalaulah Allah tidak jadikan kita sebagai manusia yang beriman, kitalah manusia yang paling malang. Walau pun kita kaya, jutawan hebat, mashur keseluruh dunia, jika iman tiada, kitalah manusia yang hina. Kekal selamanya didalam neraka. Sesaorang yang imannya telah rosak, ia akan tolak quran, tolak hukum Allah dan sunah Rasul.
Iman yang dicabut. Bermaksud dahulunya ia laksana perintah Allah tetapi telah di hilangkan, lantaran akal, hati dan nafsunya telah dikuasi oleh syaitan. Tiada usaha untuk digilap.
Sesaorang yang pergi menunaikan haji dalam keadaan menolak hukum Allah, tidak menerima Islam secara total dan baliknya tiada perubahan cara hidupnya. Bererti hajinya ditolak dan tanda haji sesaorang itu diterima, ia memperlihatkan perubahan menjadi lebih baik dari sebelumnya walau pun sedikit dalam dirinya.
Nikmat seterusnya adalah sihat. Boleh bergerak, ada tenaga. Semua pancaindera kita berada dalam keadaan baik. Dapat berusaha cari rezeki, Boleh beribadah dengan sempurna. Boleh laksanakan tanggongjawab berkeluarga, Membantu jumaah Islam. Bagi Allah, hanya orang beriman sahaja yang dapat menggunakan kebendaan duniawi cara sebaik- baiknya. Allah redho akan orang yang memiliki keikhlasan hati dalam berbuat sesuatu.
Beriman adalah asas untuk kebahagian didunia dan akhirat. Tiada iman bermaksud tiada keselamatan dialam dunia dan akan akan sengsara di akhirat. Ada yang berpura buat baik tetapi akhirnya manusia lain tahu. Apa lagi Allah. Orang yang ilhlas beriman kepada Allah, kita boleh kenal. Orang yang rosak iman , hidupnya berpura- pura. Tiada konsisten dalam beribadah atau berbuat baik kepada orang. Kalau dalam majlis agama, ia hadir tetapi sekadar hendak tunjuk kepada orang sahaja. Anihnya dapat dilihat, sunah Nabi S.A.W ditolak tetapi hari kelahiran Nabi disambut.
Dapat dikenali, Allah katakan orang munafik itu dilihat apabila hendak menunaikan solat mereka dalam keadaan benar- benar malas. Berbuat sesuatu semata hendak tunjuk kapada orang. Mereka tidak tetap pendirian. Tindak perbuatannya dalam keadaan serba salah. Jauh daripada berbuat atas kerana Allah.
Nabi SAW pernah ditanya bolehkah dikenal ahli syurga dan ahli neraka. Cerminanya , jika ia ahli sunah adalah ahli syurga, yang bukan ialah ahli neraka. Atas kehendak Allah jugalah boleh jadi harus Allah masukan sesaorang berdosa kedalam syurga atau ahli sunah kedalam neraka. Itu kehendaNya. Allah mempunyai hak atas apa yang diciptaNya. Akan janji Allah itu menjelaskan menempatkan orang yang baik dan jahat itu sesuai dengan tempatnya akhirat.
Perkara yang boleh menyebabkan iman kita rosak, antaranya adalah kerana menyukai perkara- perkara yang menyeronokan. Yang berbentuk maksiat sesuai dengan kehendak nafsu dan terarah oleh ajakan syaitan. Banyak hal yang sebegini, hiburan di tv, minuman haram, hampiri zina dan lain perkara yang dilarang.
Iman itu mistii di perkayakan , ditingkatkan agar ia tidak hilang. Iman yang telah rosak hendaklah dirawat kerana jika terus rosak ia akan menjadi penentang kepada peraturan Allah. Telah jelas setiap kejahatan itu didampingi oleh iblis yang mempunyai janji dengan Allah untuk merosakan anak cucu nabi Adam.
Oleh kerana iblis telah lari dari perintah Allah maka Allah selewengkan hatinya dan ditentukan juga orang yang jauh dari Allah akan dimasukkan bersama iblis kedalam neraka. Semenjak zaman Nabi Adam, Jin yang nama asalnya Azazil adalah makhluk yang asalnya yang taat kepada Allah. Ia bersifat angkuh dan sombong. Satu sahaja perintah Allah ditolak , ia jadi kafir. Bahkan minta izin pula kepada Allah hendak rosakkan manusia.
Iman jika tidak dirawat tentu akan jadi merana. Jangan tunggu sampai iman hilang terus. Alangkah ruginya jika barang yang begitu tinggi nilainya disia-siakan. Kalau rosak kena diperbetulkan. Sepatutnya orang yang berada dengannya tolong selamatkan, bukan bersama jadi rosak. Nasihatkan supaya ia kembali kepangkal jalan.
Bagaimana hendak merawat iman yang rosak. Caranya hendak dengan lemah lembut. Firman Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun "Wahai Harun dan Musa pergilah kamu kepada Firaun, sampaikan kepadanya Islam secara berhemah. Firaun itu telah melampau batas.". Walau pun Allah tahu bahawa Firaun itu tidak akan terima dakwah dari Nabi Musa, tetapi tugas Nabi adalah memperingatkan, sampaikan risalah Islam.
Pendekatan dakwah itu hendaklah gunakan bahasa yang baik. "Serulah manusia itu dengan jalan berhikmah dan nasihat yang baik. Jika kamu menyampai secara kasar nescaya orang yang ada dikeliling kamu juga akan lari". Konsep awal pendekatan adalah tanamkan kepercayaan bahawa alam ini milik Allah. Disatu peringkat Ia akan terus mencari dan mengenal perkara ghaib yang tidak nampak oleh mata kasar.
Allah itu bukan tuhan bagi orang Islam sahaja. Nabi S.A.W adalah pembawa rahmat keseluruh alam. Bagaimana dengan orang yang tidak pernah kenal Allah dan Rasul. Tanggongjawab kitalah mengenalkan mereka dengan siapa yang mencipta mereka.
Meningkatkan iman itu adalah dengan cara menambah ilmu. Kalau tidak faham, tidak tahu dan tidak jelas, bagaimana hendak berbuat dengan betul. Hanya dengan ilmu, manusia itu takut dengan Allah. Ia telah kenal sifat wajib, mustahi dan harus bagi Allah. Begitu juga perlu mengetahui sifatnya Nabi S.A.W. Ramai manusia itu alim dalam bidangnya tetapi ia tidak takut kepada Allah. Ia tidak dapat menghubungkan ilmu itu kepada Allah.
Allah akan penuhkan neraka itu dengan jin dan manusia. Mereka itu ada hati dan akal tetapi tidak dapat memahami sesuatu dengannya. Ada mata tetapi tidak dapat melihat dengannya. Tidak dapat membezakan yang benar dan yang salah. Mereka sebenar tahu tetapi kerana kasihnya kepada dunia itu mengatasi yang lain. Telinga mereka juga tidak mendengar sesuatu yang hak dan membuat tafsiran yang salah atas sesuatu. Ini kerana imannya telah rosak.
Allah menyuruh kita menuntut ilmu sepanjang hayat walau kemana sahaja. Terutama ilmu yang menambah keimanan. Manfaatkan ilmu duniawi itu untuk agama. Ilmu georaphi, metematik, sains, perubatan itu adalah Islam . Telah ada panduan yang Allah beri , rujuk kepada quran dan hadis jika ada kekeliruan .
Dalam bacaan talkin, bila telah mati tidak ada lagi konsep mengajar kepada simati. Yang disebutkan adalah hendak mengajar orang yang masih hidup. Kita yang telah dikebumikan hanya bergantung kepada amalan semasa hidup. Yang menjawab segala pertanyaan malaikat itu adalah amalan.
Setakad ini dahulu pengajian pada pagi ini. Mudahan ilmu yang kita dapat meningkat keimanan. InsyaAllah kita akan sambong lagi dimasa akan datang.
Wassalam.....
Sumber penulisan adalah dari rakaman suara.
- Masjid Al Rildwaniah Kuala Kangsar, Perak.
No comments:
Post a Comment