Friday, 29 November 2013

MENCINTAI RASULLULLAH

23/11/2013. Tazkirah Magrib. Tajuk :  MENCINTAI  RASULLULAH

Dimulakan dengan membaca ummul kitab.....
Telah disebutkan bahawa majlis ilmu itu adalah taman dari taman - taman syurga.

Tuan tuan yang dikasihi, Bersyukur kepada Allah S.W.T,  kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dalam satu majlis ilmu.

Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W. Ada satu  riwayat yang menyebutkan,  ada satu pesanan pada asalnya pesanan kepada Ibnu Masuud juga  ditujukan kepada umat islam,  menyatakan  "Wahai Ibnu Masuud, jika kamu  duduk sebentar dalam majlis ilmu, Pada hal tidak menyetuh akan kalam. Maksudnya tidak membawa apa-apa alatan tulis. Tidak juga  menyurat apa jua pun, itu terlebih baik daripada memerdekakan seribu hamba sahaya.".

Inilah kelebihan  pahala  yang Allah berikan. Walau menulis satu huruf atau memandang wajah  guru yang mengajar,  terlebih baik dari seribu ekor kuda yang kamu sedekahkan  untuk dibawa untuk perang sabilillah.  Syaratnya kena berwajah  ikhlas,  maksudnya ia  dalam keadaan bersih hatinya  untuk dapatkan ilmu agama. Dan Memberi salam  kepada  guru / orang  alim  itu adalah  lebih baik daripada ibadat  sunat seribu tahun

 Itulah kelebihannya  majlis ilmu. Kepentingan ilmu amat ditekankan, kerana jika beribadah tanpa ilmu itu  berkeadaan  sia-sia.  Dari Umar Al Khattab katakan, dengan kelebihan akan tiap langkahnya kemajlis ilmu dengan seratus kebajikan.   Duduk dalam majlis ilmu juga , Allah janjikan setiap  satu perkataan  yang disebut akan diberi satu kebajikan.  Berapa banyak perkatan yang disebut  dalam satu majlis ilmu. Itulah yang pahala kebajikan akan didapati oleh yang mendengar.

 Para malaikat juga melebarkan  sayapnya ke atas majlis ilmu. Cumanya kita ada hijab untuk  melihatnya. Para malaikat mendoakan setiap orang yang hadir. Setiap langkah ada pahala, kebajikan dan keberkatan. Jangan kedekut untuk berbelanja mendaptkan ilmu/ fisabillah. termasuk menderma untuk tabong masjid. Mudahan dengan rm 1 yang diberikan itu Allah  selamatkan anak kita dari kemudaratan.

 Mungkin Allah  menyelamatkan rumah kita dari terbakar. Atau dalam  kefahaman yang lain  Allah menyelamatkan kita atas  sesuatau musibah yang akan datang. Atau pun akan  menambah rezeki  yang  atas usaha yang dilakukan. Dalam bahasa lainnya setiap kebaikan yang dibuat itu akan ada keberkatannya , insyaAllah.

Maklumat semasa, baru- baru ini  dalam bulan Sept 2013, taufan haiyan telah melanda negara Filipina. Dilaporlan lebih  sepuluh ribu orang mati. Yang kelajuannya dikatakan  tiga ratus km sejam. Bagi manusia yang ada mata hati, kita hendaklah muhasabah iaitu Allah S.W.T  maha berkuasa. Taufan haiyan  telah musnahkan banyak  rumah dan lain- lain. Kenapa berlaku bencana alam  bagi negera tersebut.

Adalah dikhabarkan  dalam tempah empat puluh hari sebelumnya berlaku  kejadian ini, satu tindakan meruntuhkan sebuah masjid di Filipina. Dilaporkan juga tiga orang umat islam mati mempertahankan masjid dari diruntuh. Berita ini tidak di beritahu kapada umum/ media dunia. Bila berlaku taufan baru keluar maklumat ini. Kita perlu ambil pengajaran, jangan sekali main-main akan  mengganggu rumah Allah

Dikhabarkan  satu maklumat akan  mengenai tapak-tapak mesjid yang ada diseluruh dunia  telah ditandakan tempatnya. Bagaimana ?. Ustaz mengkhabarkan dalam satu riwayat yang panjang yang mana  Allah telah membawa naik kelangit akan air mandian jenazah Nabi Muhammad S.A.W dan dijadikan sebagai hujan , di sebarkan  hujan itu keseluruh bahagian muka bumi ini. Dimana jatuhnya air itu, disitulah akan terbina sebuah mesjid. Ia bagaikan satu rezab  tapak yang tersimpan untuk dibina sebuah masjid dimasa hadapan. Termasuklah masjid Al Ridwaniah yang kita berada didalamnya  sekarang.

 Akan riwayat yang lebih panjang,  penulisan ini membuat semakan dalam laman web , ada  dicatatkan akan jalan cerita yang sama yang mengambil rujukan yang sama. Allah yang lebih mengetahui. Yang positif untuk di ambil ikhtibar dari  khabaran ini , ianya adalah satu rantaian  adanya hubungan yang amat erat antara kita dengan Rasulullah, walau pun baginda telah wafat.

Pandangan atas penulisan ini : Positifnya, tidakkah terasa dalam hati kita  bawa Allah telah  datangkan  Rasulullah  amat hampir dengan kita melalui perantaraan  makhluk  angin, air sehinggakan air mandian jenazah Rasullulah telah  diterbangkan datang menemui kita di bahagian dunia yang jauh , bersemadi dengan banggunan masjid yang terbena.  Mungkinkah sejurus selepas kewafatan Nabi S.A.W, udara membawanya air mandian itu. Allah yang lebih mengetahui.

Fitrah kejiwaan yang menuntut manusia  wajib beriman dan gambaran  kasihnya Allah dan Nabi S.A.W kepada umatnya.  Cuba bayangkan apakah tidak tersentuh hati kita jika setiap kali kita berkunjung kerumah Allah kelihatan nabi SAW tersenyum menyambutnya kerana rumah Allah itu adalah juga miliknya.

Ustaz  lanjutkan tazkirah, Diperingtkan  jangan  main- main dengan  rumah Allah. Akan perkara itu bagi penulisan ini  teringat  akan trajidi tsunami di Indonesia yang mana Allah telah selamatkan sebuah masjid yang pada  hukum akalnya  misti rosak  tetapi dilaporkan air laut hanya melalui di kiri kanan nya sahaja. Ianya bermaksud air juga adalah makhluk Allah yang patuh kepada  perintahnya.

Riwayat Rasullah adalah kisah manusia agong dan kita sambut  maal hijrah adalah bermaksud sebagai satu perintah Allah, Kalau setakad melaksanakan solat, zakat , fitrah Nabi SAW, tidak perlu bagi nabi berhijrah. Yang  Allah  mahukan nabi berhijrah ke Mekah ke Yatrib (Madinah) adalah  kehendak Allah , untuk menubuhkan sebuah negara islam. Kalau benar kita cintakan nabi yang Allah katakan Nabi Muhammad S.A.W  adalah Rahmatal lilaalamin (Membawa rahmat keseluruh alam),   hendaklah menyelami akan   keperibadian nabi sedalam-dalamnya.

Saidina Anas b. Malik merupakan khadam nabi selama sepuluh tahun. Ia adalah diantara sahabat nabi yang banyak meriwayatkan   hadis nabi. Ia amat rapat dengan nabi dan telah berada dengan nabi ketika umur 10 tahun. Ibunya hantar ia kepada nabi dan minta nabi doakan. Nabi doakan tiga perkara kepada Anas b.Malik. iaitu  Pertama. Menjadi sahabat nabi yang kaya. Kedua. Mempuyai anak yang ramai. Ketiga. Orang yang panjang umurnya.  Hidup dalam zaman khalifah- khalifah berikutnya. Memang benar, Setelah  nabi wafat dan para sahabat nabi  meninggal,  Anas b. Malik adalah orang yang terakhir.

Anas b. Malik meriwayatkan  sepanjang ia berada diera nabi SAW,  ada satu kisah, Biasanya  orang arab sementara  menunggu solat  zohor akan tidur sementara. Akan satu kisah ketika. Nabi pergi ke rumah ibunya Anas b. Malik, sebagai tempat persinggahan. Nabi telah tidur. Peluh nabi membasahi kain alas tidur yang disediakan. Bila mana nabi bangun, Anas melayan Nabi S.A.W dan diberikan kain lain. Sementara nabi beredar lalu , anas ambilkan kain alas tidur nabi dan diperahkan air peluhnya nabi dan disimpan kedalam botol. Lalu ditanya  oleh nabi, " Untuk apa ini". Dikatakan untuk dijadikan ubat/ penawar.

Ustaz  menceritakan satu kisah lain. Satu ketika  ketika nabi menjalani rawatan  berbekam.  Setelah itu nabi minta seorang sahabat membuang darah bekam. Maka  sahabat ini membawa keluar darah ini keluar lalu mencari  dimana yang sesuai hendak dibuang untuk menghormati  Nabi S.A.W, yang akhirnya  dibuang    kedalam mulutnya  sendiri.  Lalu nabi tanya kemana dibuang darah itu. Lalu dijawabnya seperti yang dilakukan. Nabi sebenarnya telah tahu keadaan itu.  Nabi tidak memarahinya Di sebut oleh nabi, " Bersaksilah bahawa  sahabat kita ini, darahnya telah bercampor dengan darah Nabi S.A.W,  jasadnya nanti tidak akan dimamah oleh api neraka.". Telah dijanjikan syurga baginya.

 Mengikut pandangan ulamak darah bekam Nabi S.A.W tidak najis. Kata kuncinya dalam hal ini. bukan sebab darah nabi yang membawanya masuk ke syurga, tetapi adalah kerana  cinta / kasih sayangnya akan nabi, hormatnya akan nabi, patuh dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada nabi SAW.  Ada satu kisah lain akan Saidina Ali mengalami kesakitan mata. Bilamana dipanggil oleh Nabi S.A.W, lalu di tiup dan air liur nabi kemata nya dan  dengan kehendak Allah keberkatan itu matanya pulih.

Akan perubatan berdasarkan barokahnya  sentuhan nabi kepada sesiapa sahaja. Yang menjadi perkara pokok dalam aspek kehidupan kita adalah  berbuat sesuatu itu adalah ikhlas kepada Allah. Kecintaan para sahabat bukan setakad puasa, solat dan lainnya tetapi adalah pengorbanan keatas menjayakan vision yang dibawa oleh Nabi S.A.W.

Satu kisah akan kesakitan digigit binatang  Khalifah Abu Bakar Al Siddik. Sema ia  bersama nabi didalam gua Tsur,  bersembunyi dari kaum quraish dalam peristiwa proses hijrah. Nabi telah tidur beralaskan paha Abu Bakar, yang telah disengat binatang. Menahan kesakitan itu dan tidak mahu Nabi SAW terkejut tidur,  menyebabkan airmata Abu Bakar keluar dan jatuh keatas muka nabi. Lalu nabi terjaga, bertanya kenapa menangis. Dikatakan oleh Abu Bakar, Ia menahan sakit disengat binatang bisa. Lalu nabi gunakan air liurnya keatas kesan gigitan itu, Barokahnya  Allah telah sembuhkan dari kesakitan itu.

Atas  penulisan ini,  dari pemahaman  konsep   ketaatan makhluk kepada penciptanya. Bukankah  racun yang dikeluarkan oleh binatang bisa yang mungkin  Saidina Abu Bakar disengat adalah kala jengkeng. Bisa itu adalah makhluk. Adakah masaalah bagi Allah untuk perintahkan bisa itu jangan kamu menyakiti Saidina Abu Bakar. Itulah juga konsepnya ketaatan api ketika Allah perintahkan sejukkan nabi Ibrahim.

 Ustaz lanjutkan lagi  tazkirah, Kenapa Allah tidak permudahkan Nabi dalam urusan   perjalanan  hijrah, berhadapan dengan berbagai rintangan.  Sebabnya Allah hendak ajar bahawa  berjuang dan berkorban itu  ada ketikanya rasa susah dan senang. Gangguan kaum quraish yang menyakiti orang  islam. Saidina Musaab b Umair  orang harapan nabi adalah  duta nabi ke Madinah berusia 17 tahun  dihantar untuk memberi kefahaman  tentang islam. Berkenaan akhirnya terbunuh  dalam peperangan Uhud dalam keadaan tangan kiri dan kanannya terpotong , dalam peranannya memegang bendera/ panji islam . Dikhabarkan bila ia mati  tiada kain untuk menutup  jenazahnya.. Musaab b. Umair yang dikenali oleh Nabi S.A.W adalah anak orang bangsawan.

Ketika nabi dan Saidina Abu Bakar sampai ke Madinah dalam peristiwa hijrah dengan menaiki seekor unta secara bergilir. Sampai  masuk ke Madinah adalah giliran Nabi  sebagai pemegang tali unta. Keadaan itu memberitahu akan mulianya akhlak Nabi kepada penduduk Madinah. Kisah pengorbanan  dan kepercayaan kepada Saidinaa Abu Bakar terbukti atas kepercayaan Nabi ketika ia sakit  menggantikannya sebagai imam  yang juga isyarat bahawa Abu Bakar layak sebagai Khalifah menggantikan memimpin umat Isam sebagai Khalifah pertama.

Kisah  bilamana turunnya wahyu yang menjelaskan Islam telah berada di era kemenangan dan dikatakan telah sempurna telah di sampaikan kapada para sahabat dan umum, dilihat kegembiraan terpancar diwajah orang islam. Tetapi dikhabarkan pula Saidina Abu Bakar dalam keadaan menangis.

Lalu ditanya oleh Nabi S.A.W. Kenapa ia menangis. Dijawab oleh Abu Bakar. " Dengan perkhabaran ini ketahuilah  bahawa  setiap yang telah sempurna itu bermaksud telah selesai urusan penyampaian maklumat dari wahyu Allah. Itu bererti Nabi S.A.W tidak  lama lagi akan meninggalkan kita semua".  Percakapan  itu dibenarkan oleh Nabi.  Dengan kenyataan itu berubah air muka kegembiraan orang islam kepada air muka dukacita menangis di masjid Madinah.

Budi pekerti Nabi ada pada Saidina Abu Bakar. Semua yang dibuat nabi adalah amalan kepada nya.
 Satu ketika setelah wafatnya Nabi S.A.W .  Saidina Abu Bakar bertanya kepada kepada anaknya Aisyah, isteri Nabi . Apakah perkara yang Nabi suka buat yang tidak dilakukan olehnya.  Dijawab oleh Aisyah di lihatnya semua perkara yang Nabi buat  dilakukan oleh Abu Bakar.  Cuma satu perkara sahaja iaitu Nabi SAW , pada harinya datang ke pasar Madinah,  Nabi memberi makanan kepada seorang pengemis  tua yahudi yang buta. Itulah yang dilihat Aisyah yang ayahnda Saidina Abu Bakar tidak lakukan.

Pergilah Saidina Abu Bakar mencari orang tua berkenaan. Dilihatnya  orang tuala walau pun buta tetapi tidak henti mulutnya mencerca, memfitnah Nabi S.A.W. Sebagaimana yang didengari dari masyrakat yang ada dikelilingnya itulah yang disebutnya. Abu Bakar melakukan apa yang diberitahu oleh Aisyah memberi makan kepada  orang tuan berkenaan.

Tekniknya  berbeza sedikit dari cara Nabi. Nabi terlebih dahulu menghancurkan makanan tersebut sebelum memasukan keerkenaan  mulut tetapi Abu Bakar terus masukkan kemulutnya tanpa di hancurkan. Lalu diluahkan oleh orang tuan tersebut dan bertanya siapkan yang memberi makan kepadanya. Dikatakan oleh Abu Bakar. Itulah orang yang selalu memberinya makan.

 Orang tuan berkenaan berkata   "Siapa kamu. " Ia dapat merasakan  bukan orang yang biasa memberi makan kepadanya.   Dijawab oleh Abu Bakar memang betul  Ia bukan orang yang selalu memberinya  makan. adalah  sahabat kepada Nya.

Terbayang Abu Bakar betapa hebatny Rasullullah mengambil berat akan keadaan orang tua tersebut. Seorang yahudi yang setiap hari mencercanya, memberi
makan kepada nya. Ditanya lagi kemana perginya sahabatnya itu. Menangis Abu Bakar. Dikatakan lagi   orang yang selalu memberinya makan telah pun meninggal dunia.

Ditanya orang tuan terbut  siapakah orang itu. Lalu dijawab oleh Abu Bakar orang itu adalah Nabi Muhammad Rasullullah. Orang yang  setiap hari yang dicercanya. Ditanya lagi , "Betulkah itu Nabi MMuhammad.Dia  orang  yang cukup tinggi akhlaknya,, orang yang begitu mengambil berat akan dirinya. Bersaksilah kamu sebagai sahabatnya bahawa aku hari ini beriman kepada Allah dan Rasulnya. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad  adalah Rasullluah." Berimanlah orang tua yahudi dihadapan Saidina Abu Bakar.

Diberitahu bahawa akhak nabi itu adalah Al Quran. Maksudnya  Nabi bagaikan Al quran yang bergerak. Apa yang Allah perintah  nabi laksanakan , apa yang dilarang  di tinggalkan.  Hendaklah kita beriman sepenuhnya , jangan  hanya separuh beriman.

Aspek hukum hendaklah dilaksanakan seperti yang  telah dikuatkuasakan di negara Brunai sekarang.  Jika  tolak  satu huruf ayat quran pun sudah tidak sah islamnya, apa lagi jika  tolak satu hukum Allah.

Kisah berlaku dalam satu majlis ilmu dalam sebuah mesjid. Dikhabarkan seorang hamba  Allah pertikaikan tidak mahu pengajian hukum hudud disebutkan dalam masjid. Dalam nada marah ia terus keluar. Sampai  hendak mencapai motosikalnya didapati  telah hilang. Lalu agak riuh keadaan diluar. Lalu dikatakan itulah perlu adanya hukum Allah  itu di kuatkuasakan. Sesuatu itu jika Allah berkehendak sesaoang itu diberi taufik, itulah jalan-jalannya.

Tepuk dada tanya iman. Pasti kita akan katakan mahukan syafaat dari Rasullullah S.A.W semasa di akhirat.  Hendaklah  bantulah agama Allah.  Ambil islam secara menyeluruh dalam kehidupan. Kita akan rasakan kemanisannya berada dalam kasih sayang Allah.. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T

 Wassalam....

Bahan penulisan adalah dari rakaman suara.

 - Masjid Jameq Al Ridwaniah Kuala Kangsar, Perak.


No comments:

Post a Comment