18/ 5/13. Catatan Tazkirah. Tajuk :
RUH ADALAH RAJA
Mai ambil ilmu dari catatan ini, Apa yang telah difahami, mudahan kelian dapat manafaatnya..
Mai ambil ilmu dari catatan ini, Apa yang telah difahami, mudahan kelian dapat manafaatnya..
Ustaz buka cerita. Nyatakan rata-rata manusia tidak tahu rohnya menderita. Roh pada awalnya ia berada di alam azali. Entah berapa lama, Allah sahaja yang mengetahui. Lepas tu masuk ke alam rahim ibu paling lama 10 bulan, Lepas tu ke alam dunia purata 75 tahun kemudian Allah simpan semula roh ditempat selayak baginya . Lepas tu jasad kita disimpan di alam kubur, entah berapa ribu tahun. Sampai dibangkitkan ke alam mahsyar lalu dikembalikan roh kepada jasadnya.
Subuh ini nak cerita pasal roh. Roh adalah king dalam organisasi tubuh manusia. Pengertian yang dikatakan mati adalah apabila terpisah roh dari badan. Mati dari sudut kedoktoran pula adalah apabila terhentinya denyutan jantung.
Siapa stafnya. Apa kerjanya. Siapa yang dibawah seliannya. Tak ramai orang yang ambil tahu. Itu sebabnya manusia tak dapat membezakan sesuatu itu benar atau tidak. Sebab rohnya telah dikurung tanpa makanan.
Staf roh ada empat. 1. Kalbu (jiwa), 2. Akal 3.Ilmu 4. Nafsu. Badan adalah sebagai sebuah kerajaan yang perlu ditadbir. Mengenal diri itu adalah anak kunci mengenal Allah.
Apa tugas staf- staf ini. Visionnya adalah mengawal semua tindakanbalas pancaindera iaitu kesan dari merasa, melihat, mendengar, sentuh dan bau. Tugasan ini adalah mengawal emosi yang hidup dalam diri manusia seperti rasa menyayangi, benci, rindu, sabar, marah, dengki, khianat, dendam atau yang lainya. Manusia akan bertindak berasaskan maklumat ini. Disampai kepada ilmu dan di sokong oleh nafsu.
Ustas sambong cerita. Ada satu lagi yang Allah rencanakan untuk menyaring umat manusia iaitu Allah menjadikan makhluk syaitan boleh mempengruhi nafsu. Disinilah bermulanya manusia tewas kepada nafsu. Allah jadikan juga para malaikat sebagai penguasa kepada aturan Allah.
Tanda sesaorang yang mengalami penderitaan roh adalah tiadanya ketenangan jiwanya. Roh hanya akan tenang bila semua pancaindera berada dalam situasi tidak berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak penciptaNya.
Jika akal tunduk kepada nafsu dan nafsu pula telah dikawal oleh syaitan maka tidak akan ada baginya rahmat Allah. Yang ada cuma nikmat, sama seperti nikmat yang diberi kepada umat bukan islam, Ia hanya untuk duniawi. Ambillah kefahaman ini mudahan kita berada dikalangan orang yang mendapat rahmat.
Apa yang sepatutnya Ilmu arahnya kepada pancaindera ?. Hendaklah diisi ilmu itu dengan perkara yang benar, bersandar kepada quran dan hadis. Ibaratnya jika kita telah pergi ke satu tempat atau pernah mengetahui sesuatu. Pastinya kita akan lebih mudah dan boleh bertindak.
Contoh mudah untuk difahami. Jika kita melihat sejumlah wang yang ditinggalkan dalam sebuah kereta. Mata akan sampaikan maklumat itu kepada nafsu. Nafsu akan sampaikan maklumat kepada akal. AKAL akan menapis menggunakan ilmu. Inilah di tekankan bahawa ilmu yang ada dalam diri sesaorang manusia adalah filter akan menentukan wang yang dalam kereta tadi di ambil / tidak.
Jika hanya nafsu yang menguasai akal maka jadilah arahan kepada badan supaya mencari alat untuk mengompel kereta. JIka Ilmu yang ada telah sempurna mengenal Allah maka tidak berlaku kehendak nafsu. Seringkali kita perlu bertanya kepada akal adakah ini benar. Adakah kita telah tertipu ataukah kita akan berada dikalangan orang yang rugi di akhirat.
Oleh itu hendaklah isi ilmu itu dengan sifat mengenal Allah dan Rasul. Alah telah katakan
‘Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami, nescaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu".
Mudahan kita sekelian ada asas dalam mengenal diri dan penciptanya.
Amin........
Wassalam….
No comments:
Post a Comment