17/11/2013. Tazkirah Magrib. Tajuk: WAHYU KEPADA MASYARAKAT JAHILIAH
Ustaz menghurai ayat dari surah Al Shuhra ayat 221 - 227. Diterjemahkan bermaksud :
Ayat 221 : "Apakah akan aku beritakan kepada kamu.Kepada siapa syaitan-syaitan itu diturunkan ."
Ayat 222 : "Mereka turun kepada tiap-tiap pendusta yang banyak dosa."
Ayat 223 : "Mereka manadahkankan pendengaran kepada syaitan itu dan kebanyakan mereka itu adalah pendusta. Mereka itu adalah penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat."
Ayat 225 : "Tidakkah kamu melihat bahawa mereka mengembara di tiap tiap lembah
yakni sebahagian penyair penyair itu suka mempermainkan kata-kata. Tidak mempunyai tujuan yang baik yang tertentu dan tidak punyai pendirian."
Ayat 226 : "Dan bahawa mereka suka menyatakan yang mereka sendiri tidak mengerjakannnya."
227: "Kecuali penyair-penyair yang beriman yang beramal soleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan setelah menderita kezaliman. Dan orang -orang yang zalim itu kelak mengetahui ketempat mana mereka akan kembali."
Bersyukur kita kepada Allah S.W.T dapat bersama magrib ini menunaikan
solat berjumaah dapat melakukan amal ibadah kepada Allah.
Mudahan Allah berikan kekuatan iman dan ketakwaan. kekuatan ukwah sesama kita, sentiasa menghubungkan siratulrahim. Yang merupakan perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Untuk melayakkan kita mendapat pertolongan dan kemenangan menghadapi musuh-musuh Allah yang sentiasa menghalang, menyekat dan memusuhi umat islam
Mudahan kita berada dalam perlindungan Allah dan sentiasa berselawat kepada Nabi S.A.W yang sentiasa mendoakan umatnya berpegang teguh kepada kitab Al quran dan sunah.
Malam ini InsyaAllah kita hendak bincangkan tujuh ayat terakhir dalam surah al Syuhra. Nama surah ini dinamakan surah Al shuhra bermaksud surah penyair- penyair. Yang mengkhabarkan akan penyair keadaan mereka dizaman jahiliah.
Kita lihat 221. Ayat ini ada hubung kaitnya dengan ayat sebelumnya, dimana Allah menafikan ia dibawa turun oleh syaitan. Syaitan tidak mampu membawa turun ayat quran kerana berlawanan dengan sifat kontra syaitan itu sendiri yang mahu merosakan manusia.
Syaitan itu sendiri telah diprogramkan oleh Allah menjadikan manusia itu sebagai musuh semenjak zaman nabi Adam. Syaitan dijadikan sebagai alat menyaring manusia yang baik dan jahat.
Allah hendak ceritakan kepada penduduk mekah khabar yang sebenar yang memberi maklumat kepada siapakah syaitan itu turun. Syaitan-syaitan itu turun kepada tukang-tukang sihir atau tukang tilik.
Dalam masyarakat Arab jahiliah peranan tukang sihir dan tukang tilik mainkan peranan yang penting. Untuk minta ubat, menyelesaikan masalah-masalah dalam masyarakat. Mereka menjadi tempat rujukan. Mereka meramalkan nasib dan sebarang kemungkinan. Apa yang dinyatakan itu adalah dari syaitan. Jangan sekali-kali mengikut amalan masyarakat jahiliah, kerana jelas itu adalah untuk memesongkan akidah.
Tidak siapa pun yang mengetahui apa yang akan berlaku melainkan Allah S.W.T. Keadaan sebenarnya orang musrikin adalah telah kehilangan akal hendak tuduh Nabi S.A.W. Mereka tidak suka orang islam dan membenci Rasullullah. Memfitnah Nabi macam tukang sihir. Bila Nabi sampaikan ayat quran ramai orang akan ikut dan menerima. Ini dikatakan bagaikan ada persamaan dengan syihir. Ini semua usaha untuk melemahkan islam yang dirancang oleh syaitan.
Allah memberitahu ini semua tidak benar. Nabi bukan tukang sihir. Nabi tidak mengambil rujukan dari para syaitan atau jin, bahkan Nabi berdakwah kepada para jin, yang menjadikan sebahagian dari jin menjadi orang yang beriman. Para jin kagum dengan Nabi S.A.W akan ayat-ayat quran itu begitu hebat. Mereka juga solat, berpuasa, dan zakat.
Dikalangan jin pun ada yang beriman dan kafir seperti juga kalangan manusia. Jin kafir menjadikan syaitan sebagai ketua mereka. Allah beritahu , syaitan ini turun kepada golongan tukang syihir dan tukang tenung nasib serta pendusta-pendusta agama. Mereka memperkuatkan kebencian manusia kepada islam atas kepentingan diri masing-masing. Berdirinya ia dalam diri orang-orang yang banyak lakukan dosa.
Jin-jin kafir ini adalah tentera kepada syaitan dan iblis. Umat islam wajib percaya bahawa Allah menjadikan makhluk jin dan syaitan sebagai makhluk yang menyaingi manusia dan para malaikat, yang Allah jadikan untuk bersama peranannya dialam ini. Jin dan syaitan berkerjasama dengan golongan tenung nasib untuk merosakkan orang beriman.
Pada zaman Nabi SAW ada ramai nama tukang sihir antaranya Musailamah b Kazab. Berkenaan juga adalah orang yang mengaku menjadi nabi selepas kewafatan Nabi S.A.W.
Pada masa sebelum nabi diangkat sebagai Rasul, jin dan syaitan boleh naik kelangit mencuri perkhabaran dari makhluk dilangit. Ada berita-berita yang akan datang kebumi , yang akan berlaku telah disampaikan kepada manusia melalui tukang tenung. Ia membina kekuatan kepada tukang tenung akan akan kebenaran ramalannya dan kedudukannya dalam masyarakat jahiliah. Yang disampaikan kepada tukang tenung diputarbelitkan yang benar dan bohong.
Maklumat dari syaitan ini, hanya sedikit sahaja betul seperti satu peristiwa yang menyatakan ketika Nabi yang dalam urusan membawa barang dagangan milik Siti Khadijah perniagaan ke Syria diramalkan /disebutkan oleh tukang tilek akan menjadi orang yang besar dalam masyarakat. Akan lahir seorang baby keturunan Arab yang akan menjadi Nabi.
Apabila nabi dilantik menjadi Rasul Allah telah menutup pintu langit dari dimasuki oleh jin dan syaitan. Diharamkan golongan ini mencuri perkhbaran dari langit. Dikawal ketat oleh para malaikat. Mereka dilontarkan dengan bola bola api.
Sebahagian besar golongan tukang tilik ini adalah pembohong. Mereka mengajar dengan berbagai kefasikan, mereka-reka sesuatu untuk menyesatkan manusia. Sedangkan ayat ayat yang disebutkan oleh nabi adalah bersifat benar yang turun dari Allah yang menceritakan akan keesaan Allah dan mengenal manusia kepada penciptanya.
Dikhabarkan akan kebiasaannya golongan yang melakukan syihir ini menggunakan bahan-bahan yang kebnyakannya adalah dari najis. Mereka menggunakan kuku, darah haid, rambut, sikat yang diikat dan diasapkan. Semuanya adalah amalan yang dikutuk oleh Allah SAW. Mereka menjadikan jin dan syaitan sebagai kawan. Orang- orang sebegini akan menghadapi kesukaran bila hendak mati.
Jangan sekali-kali melakukan amalan yang membawa kufur / syirik kepada Allah. Apa bentuk sekali pun samada pukau, santau, susuk, pelaris adalah perbuatan yang bersubahat dengan jin, syaitan dan iblis yang membawa menjadi kafir/ kufur. Mati yang sia- sia, tambah pula tidak sembahyang dan sentiasa dalam kesesatan yang jauh.
Hendaklah bertaubat nasuha. Jangan pilih jalan yang sukar, walau pun keseronokan hanya sebentar , nampak lawa, tetapi bila mati dah terseksa, akan tempatnya adalah neraka dengan azab yang pedih. Itulah berbeza apa yang dilahirkan oleh tukanag sihir dan apa yang disampaikan oleh Rasullulah S.A.W.
Tuduhan juga kepada Nabi S.A.W dikatakan sebagai penyair. Dalam masyarakat arab jahiliah penyair mendapat tempat yang tinggi. Dia boleh mengeluarkan syair yang boleh memukau para pendengar. Memuji melangit sesiapa atau menghina sesiapa. Disebabkan ayat-ayat yang dibacakan oleh Nabi S.A.W telah memukau orang ramai, mereka menyatakan juga nabi adalah sebahagian dari mereka. Sedangkan apa yang nabi sampaikan adalah wahyu.
Allah berfirman " Bahawa penyair penyair dan pengikut mereka itu adalah golongan yang sesat".
Yang dimaksudkan oleh Allah ialah mereka yang tidak beriman. Mereka memuja secara berlebihan atas sesuatu dan tidak keterlaluan juga ada penyair ini dibayar untuk mengarang syair untuk memuji sesaorang. Memuja arak yang diminum oleh para bangsawan dan lain- lain. Sifat syair ini juga semacam cakap tidak serupa bikin. Ia katakan pemurah itu baik atau membantu itu baik tetapi amalan mereka adalah berlawanan.
Setelah turunnya ayat Allah yang menceritakan keburukan tingkah laku penyair- penyair, masyarakat jahiliah arab terus di tanamkan dengan iman, ada diantaranya menemui Rasulllulah katakan akan berakhirlah era syair negetif akan menyebabkan mereka akan kehilangan sumber pendapatan, pengaruh dan sebagainya maka nabi katakan hendaklah kamu menjadi penyair yang beriman dengan Allah S.W.T. Menukar irama syair dengan memuji kebesaran Allah.
Berjuang dengan syair untuk menegakkan kebenaran. Diantaranya adalah Kaab b Malik, Hasan b. Sabik. Nabi S.A.W nyatakan kepada mereka, ciptalah syair yang membawa syariat nabi dan serang kefahaman lama dan gantikan dengan ayat yang menceritakan keindahan islam.
Sekian. mudahan kita dirahmati Allah.
Wassalam...
( Penulisan adalah dari rakaman suara)
- Masjid Sungai Gelugur P.Pinang.
No comments:
Post a Comment