Monday, 11 November 2013

KASIHNYA ALLAH KEPADA UMAT.

25.5. 2013.  Catatan Tazkirah  - KASIHNYA  ALLAH  KEPADA UMAT.


Ustaz bawa cerita yang pernah aku dengar, tetapi mesejnya penting. Ditekan supaya hendaknya umat manusia ini mahu berfikir. Pengajarannya yang amat penting. Pertanyaan kepada para jumaah, Bagaimana   dosa-dosa  dapat diampunkan sebelum  kita kembali mengadap Allah.

Ada kisah benar siri jenayah yang berlaku, dikisahkan dalam Quran iaitu kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang hamba Allah. Kata ustaz, mungkin telah menjadi hobbynya membunuh, tidak tahulah apa motifnya. Sampailah kebilangan 99 orang manusia telah dibunuh.

Dalam pada itu Allah punyai rencana untuk dijadikan panduan. Adalah pada zaman yang sama hamba Allah yang  lain  berdoa supaya pembunuh ini diberi taufik / hidayah. Maka telah diperkenankan Allah doanya. Berlakulah satu perubahan dalam diri pembunuh. Mungkin konflik kejiwaan yang membawanya rasa bersalah. Bagaimana boleh tercetus perasaan ini, mungkin ada sabitnya terdengar satu dua perkataan tentang  perbuatan membunuh itu berdosa. Atau telah diberi sesuatu peringatan kepadanya bertemu buku dengan ruas.

Tanggong jawab manusia sebagai khalifah dibumi ini tidak kira apa statusnya hendaklah sesaorang itu membantu agama Allah. Sampaikan walau satu ayat Allah, Kata Allah, soal penerimaan manusia adalah urusan Aku. Sebagaimana Allah perintahkan Nabi Musa menghadapi Firaun.

Walau apa sabitnya, pembunuh  ini telah datang kepada seorang alim bertanya akan adakah ada ruang baginya untuk menebus dosa membunuh manusia ketahap 99 orang. Tok alim ni pula dengan caranya menjelas bahawa hukum membunuh amat berat membolehkan yang membunuh perlu dibunuh setimpal dengan kesalahannya. Maka berlakulah pula pembunuhan ke 100 baginya.

Berfikir lagi, pembunuh  ini mencari tok alim yang lain untuk ditanya. Lalu berjumpa dan dijelaskan hajatnya untuk menebus dosanya. Lalu dikhabarkan padanya akan keampunan Allah itu amat luas.
Dengan syarat-syarat yang yang perlu, Bertaubat dan tidak akan mengulangi. Di cadang penjenayah ini pergi ke satu tempat / perguruan untuk mendalami ilmu agama.

Lalu berkenaan berangkat ke tempat berkenaan tetapi on way telah mati dalam keadaan telah bertaubat. Kisah ini diberitakan sampai kepada malaikat penjaga neraka dan malaikat penjaga syurga. Maka berlaku perebutan kedua malaikat. Akhir Allah perintahkah ketua para malaikat iaitu jibril menghakimi keduanya.

Dengan adil jibril membuat perkiraan. Dikhabarkan sila ukur jarak antara kedua tempat mana yang lebih dekat yang mana lebih hampir samada tempat yang dituju atau tempat yang ditinggalkan. Beza yang paling kecil adalah tepat yang dituju paling hampir, maka Allah telah menentukan berkenaan adalah milik malaikat penjaga syurga. Syurga tempatnya bagi bekas pembunuh ini.

Apakah yang mesej yang kita dapat dari kes ini ?

Banyak yang ustaz huraikan atas persepsi ini dari pelbagai sudut akan sayangnya Allah kepada umat manusia. Adakah umat kini ada yang sampai ke tahap dosa membunuh bilangan 100 orang. Yang dikehendaki oleh Allah adalah mahu umat manusia segera bertaubat dari kesilapan. Kes yang diceritakan oleh Al Quran adalah mengandungi hukum hukum agama termasuk dalam hal kesalahan sesama manusia.

Hal-hal yang menyangkuti dosa kepada Allah ia lebih mudah akan tetapi jika menyangkuti dosa sesama manusia hendaklah minta ampun dan maaf dahulu dari berkenaan barulah ada keampunan oleh Allah. Bagaimana nanti di akhirat dalam jumlah umat Nabi Adam hingga umat Nabi Muhammad dimana kita hendak cari orang yang kita berbuat salah.

Agak panjang ustaz menerangkan isu dan pengajaran dari kisah ini.
Dalam kesempatan itu aku tanya satu soalan. Apa statusnya orang yang bersalah tetapi tidak datang memohon maaf tetapi tidak diketahuinya ia telah dimaafkan,
Ustaz beri jawapan yang agak panjang mengambil contoh dalam beberapa aspek kehidupan manusia. Dalam hal sesaorang yang telah diberi maaf tanpa pengetahuannya, ia tidak lagi dituntut akan kemaafannya di akhirat. Akan tetapi kelebihan darjat akan berada kepada orang yang memberi maaf.

Sebaiknya semasa didunia ini setiap kesalahan sesama manusia hendaklah diperjelaskan satu persatu akan kesalahan itu, akui dan rayukan supaya dapat kemaafan. Kesalahan antara ahli keluarga, suami isteri, saudara mara atau pun yang bukan seagama. Malahan dengan kucing peliharaan pun akan diberi perhitungan. Andaikata sehinga mati, kemaafan tidak diberi maka akan berlaku perhitungan dihadapan Allah.

Dalam Islam ada akta induk dari berbagai surah dan peraturannya tercatatnya dalam hadis. Dalam hal kesalahan yang berlaku kepada sejumlah ramai, ratusan , ribuan atau jutaan manusia, apakah mudah untuk dapatkan kemaafan. Dalam kuliah sebelum ini pun ada disebutkan ketua dan ahlinya akan bertelingkah menyalahi antara satu dalam satu. Ketua dan ahli kumpulan akhirnya dilemparkan kedalam neraka dengan an kepada ketuanya dengan dua gandaan kesakitan.

Akhir kalam, ustaz menyeru kaepada ahli jumaah, pergilah minta maaf kepada sesama manusia. Jangan adanya tersangkut hal didunia ini atas masalah pemilikan harta, penipuan, fitnah. Semua yang ada adalah amanah sebelum dimatikan dan dihadapkan kepada Allah dengan perhitungan yang maha adil.

Wassalam ……

Terima kasih atas rujukan dari web lain atas kisah yang sama.

No comments:

Post a Comment