Saturday, 23 November 2013

CAHAYA IMAN

18/ 11/2013. Tazkirah Magrib.  Tajuk:  CAHAYA IMAN

Marilah kita mengucap syukur kepada Allah S.W.T, yang mana dengan limpah kurnianya diberi kesempatan kepada kita bersama pada malam ini. Mudahan  Allah S.W.T masukkan kita kedalam golongan orang yang bertakwa. InsyaAllah.

Sebagaimana satu hadis yang diriwayatkan oleh Rasullullah S.A.W.  Ada tujuh golongan yang Allah S.W.T akan beri perlindungan  di bawah arasnya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan oleh Allah S.W.T.  Dua dari tujuh itu  adalah mengenai masjid. Orang yang hatinya bergantung / tertambat pada masjid . Mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.

Pertemuan antara orang yang beriman selalunya adalah dimasjid.  Ia menghadirkan diri solat berjumaah dari masa kemasa mendekatkan diri kepada Allah.

Allah meletakkan kedudukan yang cukup  tinggi kepada ahli- ahli mesjid ini. Sehinggga Allah meletakkan syarat   orang yang   memakmurkan masjid itu  adalah  orang yang mempunyai  akidah yang jelas. Orang yang beriman dengan kitab Allah dan hadis.

Mari kita bersama menjadi orang yang  terikat hatinya dengan masjid. InsyaAllah.

Pada malam ini  saya mengajak  untuk meneliti  dan memahami  akan satu hadis Nabi S.A.W diriwayatkan oleh Anas b Malik. Pada satu hari sedang Nabi S.A.W  duduk dengan malaikat Jibril. Tiba- tiba terdengar satu bunyi  semacam retak dari langit. Jibril memberitahu kepada Nabi. "Ya Muhammad yang kedengaran  itu adalah  untuk memberitahu bahawa pintu langit sedang dibuka. Pintu langit ini tidak pernah dibuka semenjak dari dahulu lagi. Hari ini adalah kali pertama ianya dibuka."

Turun seorang malaikat.  Dinyatakan oleh malaikat Jibril  yang malaikat berkenaan tidak pernah turun kebumi. Ia membawa satu mesej yang cukup besar kepada manusia.
Memberi salam kepada Nabi S.A.W. Lalu duduk bersama nabi. Dikatakan kepada nabi S.A.W. "Ambillah khabar gembira dengan dua  cahaya.  Yang mana kedua cahaya ini apabila kamu minta dengan keduanya , permintaan kamu akan diberikan oleh Allah. "

Dua cahaya Ini dikatakan oleh nabi SAW ialah  suratal Fatehah dan Al Baqarah.

Dikatakan jika kamu minta antara keduanya akan dikurniakan oleh Allah SAW. Suratal al Fatehah ini dibaca setiap kali sembahyang. Disebut oleh Nabi S.A.W,  setiap kali dibaca  suratal Fatehah akan setiap kali Allah menjawab atas bacaan itu.

Bila di baca;

Dengan nama Allah tiada tuhan lain dari Allah tuhan yang pencipta alam. Allah berkata, "Hambaku sedang memujiKu."

Bila dibaca
Allah yang Maha pemurah lagi penyayang.  Allah katakan,  "Hamba Aku sedang mensuci kan Aku."

Sampai dibaca,

Ya Allah, tunjukan kepada kami jalan yang lurus. Allah menjawab, " Ini adalah untuk hambaKu dan apa yang diminta oleh hamba Ku akan di perkenankan."

Kata kuncinya dikatakan oleh para ulamak, apa yang kita minta dalam surah Al Fatehah itu adalah  memohon hidayah . Mohon kepada Allah  tunjukan kepada  kami jalan yang lurus. Jalan yang lurus itulah yang menunjuki kepada kita ibadah yang sempurna. 
Kita tidak akan dapat ibadah yang benar melainkan bila kita mendapat petunjuk dari Allah.

Gunakan 2 cahaya ini (Nurul ain) sebagai perantara untuk mendapatkan  petunjuk dan hidayah. Diantara yang diminta adalah hidaayah, peribadatan yang sempurna, hindarkan diri dari jalan yang sesat.  Lalu Allah menjawab "Ini permohonan dari hambaKu , Aku akan pergi kepada hambaKu, apa yang dia minta."

Cahaya yang pertama dimaksudkan itu adalah suratal Fatehah.  Surah yang mempunyai bermacam hikmah padanya.Tujuh ayat yang dibacakan berulang-ulang.

Cahaya yang kedua berdasarkan hadis tersebut adalah suratal Al Baqarah iaitu penutup kepada surah ini ayat 284 -286. Disebut sebagai satu dari dua cahaya dengan maksud apa yang kita hendak mohon pedomannya  diajar  dalam suratan Al Baqarah. Fadhilat ayat ini, Nabi S.A.W ajar supaya kita bacanya pagi dan petang. Diminta juga membaca ayat Aliflam min.... sehingga ayat ketujuh,  ayat kursi,  dan penutup surah Al Baqarah. Lazim dibaca selepas sembahyang  lima waktu.

Dalam ayat 284 ada empat perkara yang kita perlu faham . Dalam ayat 285 Allah ceritakan tiga perinsip keimanan. Ia perlu  diketahui sebelum kita pergi ke ayat  286 yang terdapat didalamnya terdapat enam permohonan.

Kita lihat satu persatu. Dalam ayat 284. Empat  perkara yang  tidak akan berubah, perlu benar-benar difahami. Ia adalah perkara asas yang perlu ditekankan adalah wajib percaya dan yakin adalah :

Pertama;
Memberitahu  hendak tanamkan kepercayaan dan keyakinan  bahawa apa yang ada dilangit dan dibumi adalah milik Allah.  Apa yang berlaku antara keduanya, dan apa yang ada diantara keduanya  juga milik Allah.

Diakhirat kelak  kita  semua akan ditanya , kepada orang yang punya kehebatan, kuasa, kepada para pemimpin  "Hari ini milik siapa. Allah nyatakan bahawa hari ini adalah milik AKU,  tuhan semesta alam lagi maha perkasa." Allah hendak beritahu bahawa  apa yang berlaku, sepenuhnya adalah oleh kekuasaan Allah.

Dengan sebab itu jangan ada yang  menyekutukan / menyamakan Allah dengan sesuatu.  Atas  perinsip inilah diperhatikan sesaorang pemerintah/ pemimpin itu akan tersungkur  kerana tidak memahami konsep ketuhanan dan aturan yang ditentukan.

Firaun, apa masalahnya. Dia katakan akulah tuhan yang maha tinggi. Dalam hidupnya ia tidak percaya bahawa dunia ini milik Allah. Sedangkan mereka itu  tahu  akan tetapi tidak meyakininya. Pengajarannya ,  kita  semuanya kena taat samada secara  yakin  atau pun terpaksa.

Kuasa Allah yang memasukan malam kepada siang dan siang kepada malam. Segala yang berlaku yang ditentukan itu adalah hak milik dan  urusan  ketentuan Allah S.W.T. Dalam kisahnya Nabi Ibrahim, Allah telah perintahkan " Wahai api sejukan Ibrahim" maka sejuklah api buat Nabi Ibrahim. Itulah ketaatan api kepada Allah. Apa yang  berlaku adalah ketententuan dan semua yang dicipta adalah  bersifat makhluk. Kesemuanya perlu taat kepadaNya.

Kedua:
Menjelaskan apa yang terlintas difikiran, dalam hati kamu, apa yang kita azamkan atau apa yang hendak dizahirkan adalah diketahui oleh Allah. Bahkan sehelai daun yang akan jatuh pun adalah urusan Allah. Apa yang kamu sembunyikan pun Allah akan menghitungnya dan akan  menunjukan kembali kepada kamu apa yang kamu perlakukan. Walau mulut kamu melahirkan ciri keimanan akan tetapi Allah tahu dalam hati kamu ia bukan berlandaskan iman.

Ini hakikat yang misti diketahui oleh mukmin bahawa sesuatu itu akan diperkira dan
apa yang kita perbuat ada ganjarannya  samada syurga atau neraka. Akan dihisab oleh Allah. Sebagaimana yang dikatakan oleh  Khalifah  Saidina Umar " Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.".

Telah dikhabarkan kepada kita antara orang yang paling awal masuk neraka adalah orang yang hebat-hebat. Yakni orang yang memang berjuang kejalan Allah, qari dan qariah, orang yang banyak bersedakah, orang yang berperang bersama orang islam lain. Mereka akan dikemukakan untuk pengadilan dan akan dimasukan kedalam neraka.


Mereka protes kenapa  mereka ditempatkan ke neraka kerana semasa didunia mereka
membuat apa yang disukai Allah. Kenapa ini berlaku. Allah katakan benar kamu laksanakan urusan itu, tetapi   Kamu lakukan itu kerana mahu dipandang hebat, riak , kerana kekayaan atau sebab lain kerana Allah. Apa yang ada didalam hati kamu itu Allah yang lebih mengetahui. Sesaorang mukmin yang sempurna itu  adalah apa yang dilahirkan dalam tuturkatanya dibenarkan oleh hatinya dan  itulah yang dilahirkan dalam ibadah nya.

Ketiga:
Hakikatnya kita perlu faham bahawa Allah boleh mengampun jika dikehendakiNya
dan boleh mengazabkan sesiapa yang hendak diazabkan.

Ditunjukan akan contoh kufur  isteri  para nabi. Nabi Allah Lut berhadapan dengan situasi isterinya yang engkar kepada perintah Allah. Juga kisah kufurnya isteri Nabi Allah Nuh. Kedua-dua Allah letakkan di bawah penguasaan dua hamba yang soleh. Yang ditugaskan menyampaikan agama Allah.

Akan tetapi  kedua-dua Nabi ini telah dikhianati oleh isteri- isterinya. Maka masuklah kedua-duanya kedalam neraka bersama dengan ahli neraka. Keduanya tidak sempat merasakan kemanisan iman yang dibawa oleh nabi yang menjadi suami. Nabi Nuh dalam perjalanan hidupnya  menghadapi dua persoalan besar akan keluarganya akan kedurhakaan anak dan isterinnya.

Inilah dikatakan akan  kekuasaan itu adalah mutlak hak Allah. Banyak  kisah lain yang dinyatakan dalam Alquran seperti  Abu Lahab, bapa saudara Nabi.  Ada surah dalam Al Alquran menceritakan pengkhianatan dan  durhakanya kepada Allah.

Allah boleh ampunkan juga sesiapa yang hendak diberi ampun. Kasihnya Nabi Lut akan isteri dan  Nabi Nuh akan anak kesayangannya. dimana Allah kata ia bukan lagi isteri dan anak kamu kerana kufurnya akan Allah. Tetapi jika ini adalah urusan Allah, dia mai dalam bentuk api, air, angin dan lainnya, tiada siapa lagi yang boleh diselamatkan. Ini adalah yang Allah hendak contohkan kepada umat selepasnya.

Allah hendak tunjukkan pula akan berimannya isteri Firaun. Bukankah Firaun itu raja atas segala raja,  yang  telah keterlaluan sehingga mengiktiraf diri sebagai tuhan. Isteri Firaun ini boleh dapat apa yang Ia mahu. Tetapi apa katanya " Aku tidak mahu Firaun  dan kekayaannya. Ya Allah  selamatkan aku dari Firaun". Apa  yang  isteri Firaun mahu adalah hidayah dari Allah. Ini adalah jelas rentetan kisah ketentuan Allah yang menuntut manusia berfikira dan ambil pengajaran.

Keempat:  Allah  berkuasa atas sesuatu. Kita merancang dan berfikir sesuatu tetapi kehendak Allah lain. Yang kita kena faham adalah ketentuan itu tiada kaedah yang tetap. Allah memberi panduan dalam penentuan seperti yang dinyatakan dalam konsep qadho dan qadar. Qadho Allah tidak akan berubah tetapi yang boleh berubah adalah qadarnya. Jika telah ditentukan mati ia tetap mati tetapi sebab mati itu disabitkan dengan boleh berubah oleh faktur doa.

Ayat 285. Mengenai perinsip iman para rasul.  Menuntut manusia beriman sepertin imannya  para rasul.  Beriman kepada nabi/ rasul sebelumnya dan kitab yang dibawanya. Para nabi itu saling lengkap melengkapi. Beriman atas syariat  nabi sebelum, beriman dengan Allah yang esa. Mereka tidak membezakan antara satu. Jika menyebut akan nabi lain  dikatakan mereka adalah saudara-saudara aku. Kami dengar dan taat.

Ayat 286. Ada  enam permohonan. Perinsip asasnya adalah:

Pertama. Allah tidak akan memberatkan sesaorang  melainkan sekadar yang kita mampu. Terdapat juga kelonggaran yang diberikan sepertimana  solat dalam keadaan uzur dan lainya. Jika telah  diperintah   Allah tahu itu adalah  mampu dilakukan oleh manusia.

Kedua. Sesaorang akan dapat pahala atau dosa atas perkerjaan dia. Tiada petanggongan dosa yang diperbuat oleh orang lain. Kecuali jika terdapat penyertaan sesaorang dalam hal yang berdosa jika dilakukan, ia bermaksud ia telah bersama bersubahat. Dia juga mendapat saham dosa dengan  orang-orang yang berkerjasama menjayakan perkara yang berdosa.

Sama konsepnya dengan pahala. Semua orang yang berkaitan melakukan perkara yang baik akan mendapat pahala atas kebaikan yang dilakukan.
Dosa juga  tidak akan dikira  atas kerana lupa atau pun terpaksa. Ia tertaklok dengan keadaan tertentu. Allah tidak memberatkan dan  digalakkan bersederhana. Dalam bab dosa ini juga tiada konsep dosa warisan yang dipertanggongkan kepada orang lain.

Ketiga.  Permintaan kepada Allah supaya tidak diberatkan dengan sesuatu yang tidak disanggupi kerana Allah  mengetahui  tahap keimanan  sesaorang adalah berbeza. Bila mana sesaorang itu  jika diuji dengan kehilangan  sesuatu yang amat disayanginya, Allah mengetahui ia akan  terkeluar dari landasan agama. Berdoalah supaya  kita tidak  diuji dengan  perkara sebegitu.

Walaubagaimana pun ujian dan teguran pasti diterima dalam lengkaran kemampuan untuk membaiki diri sesaorang. Allah perintahkan juga hendaklah  kamu sampaikan agama dalam situasi berlemah lembut. Kerana kaedah keras itu akan menyebabkan  orang  lari. Sampaikan ,  akan tetapi penerimaannya adalah urusan Allah.

Keempat.  Ya Allah maafkan segala kesahan kami. dan ampunkan kami. dan rahmatilah kami. Tiga perkara diminta serentak. Dalam penerimaan amalan  tiga perkara ini adalah penting.

Kelima. Orang yang Allah beri kemaafan, keampunan dan kerahmatan akan di selamatkan dari azabnya.

Keenam.  Dengan rasa ubudiah kita yakni kehambaan kita kepada Allah. " Kamulah tuhan kami, segala jadual hidup kami berada dalam ketentuan dan gemgaman oleh yang maha pencipta". Sehinggakan nabi  berdoa " Ya Allah jangan kamu biarkan aku membuat keputusan oleh akal fikiran Ku walau pun sekelip mata,  melainkan adalah atas kehendakMu. Bantulah kami untuk berhadapan kaum yang kafir".

Inilah dinyatakan  ini dua cahaya yang mana jika kamu bermohon dengan, Allah akan  memberi kurniaannya. Diajar supaya dijadikan amalan dalam kehidupan. Diminta diamalkan pagi dan petang. Ditutup dengan mengkhabarkan khabar gembira kepada manusia  dengan dua cahaya, Al Fatehah dan ayat terakhir dalam surah Baqarah. Mudahan Allah  masukkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan orang yang beramal soleh.

Wassalam...
(Catatan tazkirah adalah dari rakaman suara)
- Masjid Sungai Gelugur Pulau Pinang.









No comments:

Post a Comment