Sunday, 17 November 2013

MEMANFAATKAN ILMU KE ARAH AGAMA

16/11/13  Tazkirah Magrib. Tajuk :   MEMANFAATKAN  ILMU KE ARAH  AGAMA

Bersyukur  kita  dapat bersama-sama dalam satu majlis ilmu, mudahan  dikurnia taufik dan hidayah oleh  Allah.  Mari kita pasang niat beriktiqaf dalam masjid ini .

Ustaz bawakan  satu kitab yang dikarang  oleh  Syeh Dr. Abdul Qader  Zaidan akan kisah-kisah  dalam al Quran berkenaan  kehidupan nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dan juga kisah   orang orang munafik. Sirah nabi S.A.W yang menjelaskan  sebelum kelahiran , semasa kelahiran nabi, penerimaan wahyu,  hijrah nabi, berperang,  sehinggalah  nabi wafat.

Penerimaan wahyu pertama oleh nabi adalah  semasa baginda berumur 40 tahun. Kisah penerimaan wahyu pertama  ini telah biasa kita dengar. Kita ulang balik untuk di hayati dan melihat perkara yang tersirat untuk di fahami  oleh generasi baru.

Dalam kisah ini nabi didatangi oleh malaikat Jibril  meminta nabi membaca.

Firman Allah :-

“Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menciptkan. Tuhan yang mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang maha mulia.  Tuhan yang mengajar kamu dengan pena. Allah yang mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu“

Ini adalah ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi S.A.W.  Ayat yang bercerita supaya nabi  baca. Didalam hadis sahih Bukhari dan  hadis sahih Muslim dinyatakan  daripada Saidatina Aisyah, Perjalananan  pertama turunnya wahyu ini kpd Nabi S.A.W, nabi dalam tidurnya bermimpi  dengan satu mimpi yang baik. Nabi nampak dalam mimpiNya  akan  pandangan nya seperti  diwaktu hampir siang. Nampak seperti awan waktu pagi  hari. Selepas  itu nabi digerakkan  hatinya oleh Allah mempunyai keinginan untuk mengasingkan diri. Digerakkan hati baginda untuk pergi ke gua hiraq  yang  terletak  amat  dekat dengan  masjidil haram Mekah.

Nabi  berada di Gua hiraq beberapa malam. Nabi  berzikir sepanjang berada didalamnya, menambah amalan/ beribadat. Kemudian nabi balik ke rumah  isterinya Saidatina  Khadijah mengambil keperluan/ bekalan makanan dan kembali  ke gua hiraq. Nabi juga  tidak  ada maklumat akan hadir  malaikat   kepadaNya di gua hiraq.  Ketika  datangnya  malaikat  kepada nabi menyatakan ayat pertama ayat surat Al Alaq  memintanya  bacalah ( Iqra‘). Nabi katakan saya tidak boleh baca. Maka malaikat  memeluk nabi erat sehingga menyukarkan nabi bernafas.

Kemudian dilepaskan dan diminta lagi nabi  baca. Dijawab oleh nabi  nada yang sama. Tiga kali nabi diminta baca. Lantas dipeluk lagi dan terus malaikat  mengajar sebutkan  ayat   “Bacalah dengan nama Tuhan lamu yang menciptakan.‘........ sehingga baris akhir... . Malaikat ajar nabi tiga kali.

Selepas itu Nabi S.A.W balik kerumah  dalam keadaan gentar dan meminta isterinya Khadijah selimutkanNya  sehingga nabi rasa tenteram, barulah nabi ceritakan pada Khadijah. Kata nabi  ‘Aku bimbang atas apa yang telah berlaku kepada aku‘. Kata Saidatina  Khadijah “Jangan bimbang. bergembiralah engkau. Demi Allah. Allah tidak akan melakukan keburukan kepada engkau. kerana engkau seorang yang baik. Engkau yang menghubungkan siratulrahim. Engkau seorang yang berkata benar, Engkau orang yang  sanggup menanggung kesusahan orang lain. Engkau orang yang sanggup bersusahpayah membantu orang. Engkau seorang yang sangat menyanjungi tetamu. Engkau sanggup memberi kebaikan kepada sesiapa pun.“   Inilah  peranan seorang isteri mententeramkan suami.

Kata iman ibnu Kafir.  Ayat yang  pertama diterima oleh nabi adalah menceritakan akan ilmu,  asal usul kejadian manusia dicipta berasal dari segumpal darah. Dengan kemulian Allah, telah  mengajar manusia sesuatu yang manusia tidak tahu. Allah muliakan manusia dengan ilmu.  Kepintaran dan kemulian  yang Allah berikan kepada keturunan nabi Adam adalah  lebih daripada malaikat.  Ilmu itu berada   pada akal, melalui lidah dan  juga melalui pena (penulisan).

Ini ayat yang pertama akan kisahNNabi S.A.W. setelah nabi berumaur 40 tahun. Kenapa Allah tidak turunkan wahyu  lebih awal kepada nabi untuk membolehkan nabi tinggal lebih lama di Mekah berdakwah.  Tidak lain adalah kerana  urusan untuk menyebarkan  syariat islam ini perlu ada  satu konsep kepercayaan, keyakinan.  Percaya dan yakin ini tidak akan berpaut  jika  tidak kenal  orang yang membawanya dan kenal peribadinya“.

Allah sebenarnya mahu nabi S.A.W tinggal bersama penduduk Mekah dari lahir hingga usianya 40 tahun. Duduklah  nabi dengan mereka, bergelumanglah, bersahabatlah dengan meraka. Akan  hati budi nabi tidak seorang pun penduduk Mekah yang tidak mengetahui akan  insan yang bernama Muhammad. Dikenali dengan nama Muhammad Al Amin. Seoarang yang cukup amanah, bahkan  Abu Jahal bapa saudaranya dan Abu Lahab  bapa saudara sepupunya amat menyayangi nabi.

Ada sirah  berlakunya batu hajaratul aswad jatuh dari tempatnya. Telah menimbulkan komplikasi sosial untuk meletakan kembali ketempat asal. Perebutan  kabilah-kabliah yang ada di Mekah untuk  dapat  kemulian untuk meletakan kembali. Kaum Qurais Mekah  mempercayai kerana  dan  dianggap satu kemulian/ keberkatan akan diperolehi oleh  kabilah.  Allah telah nyatakan sesiapa yang dapat memegang / mencium batu hajaratulaswad akan ada  keberkatan baginya. Inilah kemulian yang ada  di kabah yang diyakini  semenjak  nabi Ibrahim.

Satu perbalahan yang akhirnya  hanya  nabi Muhammad  yang layak  menyelesaikan  perkara tersebut.  Tidak seorang pun menapikan akan akhlak nabi.  Inilah maksudnya Allah  mahukan nabi berada diMekah untuk membina kepercayaan dan keyakinan  umum  terlebih  dahulu.  Nabi kemudiannya membentangkan kain dan meletakan batu hajaratulaswad dan diangkat empat penjuru  kain  oleh empat kepala kabilat membawanya ketempat asal.  Lalu nabi mengangkatnya ketempat asalnya.

Allah berfirman  “Sesungguhnya kamu ya Muhammad berada  diatas  segala  akhlak yang mulia‘

Sehingga  tidak ada orang boleh menafikan akan kemulian  peribadian  yang ada pada nabi. Satu ketika  mana  nabi  berkumpul dengan  penduduk.  Nabi berkata  “Jika Aku katakan dibelakang bukit ini ada tentera musuh menanti akan menyerang kita,  adakah kamu semua percaya“ Dijawab ,  tiada keraguan lagi  akan kebenaran kata  nabi.

Selepas mendapat kepercayaan yang jitu dari penduduk mekah , barulah nabi membina fasa seterusnya menyampai syariat  islam.   Bilamana   islam disampaikan  didapati hampir semua kaum  Arab Qurais menolak apa yang dibawa oleh nabi.  Mereka bukan tolak kerana tidak percaya kepada nabi tetapi atas  faktur  kehilangan  kepentingan peribadi. Bimbang  bisness akan jatuh.

Mereka adalah golongan al malaq iaitu pembesar-pembesar yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Golongan kaya  bimbang jika mereka menerima islam taraf mereka akan jatuh samarata dengan orang lain.  Bagi ahli perniagaan  besar menjual berhala-berhala,  bila nabi sebut tentang islam, berhala akan dihapuskan. Inilah isu besar kepada penduduk Arab jahiliah.

Layaknya nabi yang telah berusia 40 tahun membawa syariat islam,  Jika mereka tidak terima islam  itu adalah  adalah kerana faktur peribadi mereka sendiri. Manusia dengan ilmu, perlu tahu akan konsep kehidupan dan kejadian diri. Diciptakan dari apa. Mai dari mana. Kenapa kamu berada dimuka bumi ini.  Kemana kamu akan pergi.  

Allah beri ilmu  kepada kita  bagaimana nak suap nasi , bagaimana nak basuh najis, nak  pandu kenderaan,  Kenapa kita didatangkan kesini,  adakah  kerana   mahu berseronok.  Dan akhirnya nanti kamu akan   dimatikan  dan tidak akan dikembalikan lagi  keatas muka bumi .  Kita buat tidak faham dan  sengaja membawa diri  masuk kedalam neraka.  Adakah kita dikira cerdik.

Dengan sebab itu ilmu pengetahuan itu ada tahap. Dengan ilmu yang asasnya  dari wahyu, Ia menuntut kita  berpikiak (berfikir).  Wahyu yang Allah turunkan  menuntuk kita memahami  status diri.  Apabila kita mati kemana kita nak pergi adakah habis  takad itu sahaja.

Saidatina Khadijah sebagai isteri mententeramkan nabi. Memberikan suatu kekuatan kepada nabi.  Ia berkeyakinan jika sesaorang yang baik akan diberi balasan baik. Orang yang jahat pasti akan dibalas jahat. Keyakinan yang tinggi akan hakikat kenyataan dari wahyu Allah.  Nabi S.A.W seorang yang sempurna akhlaknya dengan sifatnya yang telah diketahui. Mana mungkin  kemenangan tidak berpihak kepadaNya.

Saidatina Khadijah mengajak Nabi SAW menemui Waraqah b. Naufal, sepupu Khadijah.  Waragah adalah seorang yang beragama nasrani dan pernah menulis kitab injil dalam bahasa ibrani.  Ketika itu Waraqah berkeadaan buta  dan  sudah tua.  Kata Khdijah Sepupuku, dengarlah sepupumu ini (Muhammad) ini. Rasullulah menuturkan kepada Waraqah akan yang telah dialaminya, Lalu Waraqah katakan " Dia itu adalah An Namus (Jibril) yang telah diutuskan kepada nabi Musa.

Ustaz meneruskan huraian. Andaikata orang yang berbuat baik, Allah masukan kedalam neraka,  adakah adil atau tidak ?.  Itu adalah hak Allah, kehendak (Iradah) Allah, kita nak kata apa. Kita ini  hamba Allah. Apa tugas hamba. Ia berbuat apa yang diperintah oleh tuannya.  Tetapi apa yang disebutkan  dalam janji Allah,  adalah kepastian.  Memang sah aturannya bahawa sesiapa yang berbuat kebaikan walau pun sebesar zarah akan dibalasi kebaikan dan barang siapa yang berbuat jahat walau sebesar zarah juga akan dibalasi atas kejahatannya.

Berdasarkan ayat ini adalah tiada lagi keraguan bagi orang  yang  total kepercayaan/ keyakinan atas agamanya.  Itu sebabnya Saidatina Khadijah telah menguatkan semangat Nabi S,A,W ,bahawa  apa yang berlaku pasti Allah tidak akan mensia-siakanNya.  Mengambil dalil akan  Saidatina Khatijah akan sikap  dan perangai baik nabi itu  dengan keyakinan bahawa pasti  era  seterusnya akan berjalan kearah kebaikan. Nampaklah gambaran kepada kita jika mahu jadi  baik mistilah  melaksanakan perkara yang baik yang bersandarkan kepada Al quran dan hadis.

Firman Allah “ Jadilah kamu sebagai umat islam yang mengajak orang  kearah kebaikan“

Bermakna menjadi orang islam itu  adalah menjadi tugas yang waajib untuk  mengajak orang lain  kepada  hidup cara islam. Mengajak orang lain membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.  Barulah boleh dikatakan kita berjaya dalam kehidupan.  Bukannya senang hendak ajak orang buat kebaikan,   jom pergi kemasjid berbanding mengajak orang ke  pasar malam.  Sekadarmana yang kita boleh sumbangkan diri untuk islam.  Bagaikan ada ketul batu dalam mulut hendak sebut jom ke masjid. Paling kurang  berakhlaklah cara islam  itu adalah sebagai cara memberikan contoh yang baik untuk perlihatkan kecantikan islam.

Keadaan ini bukan sahaja di negara ini,  bahkan dikatakan orang islam ini mempunyai perangai tidak elok. Tidak boleh dijadikan contoh. Ada maklumat oleh seorang pensyarah dari Al Azhar katakan  suasana satu tempat di Perancis  kedapatan syariat islam akan aspek  kebersihan begitu baik, sedangkan negara ini bukan ada ugama islam diamalkan. Sedangkan di negara islam  Mesir  suasananya  tidak menggambarkan islam,  kerana  akhlak islam telah hilang dan keadaan itu kekal sehingga sekarang. Orang islam bunuh orang islam. Begitu juga di Syria.

Maklumat, kini didapati ramai dipelusuk dunia  orang yang masuk islam. Kenapa? Ada orang masuk islam setelah mengkaji indahnya islam melalui pembacaan. Mereka mengkaji akan   janji-janji Allah dan fakta / kebenaran yang berlaku  diakhir zaman atas apa yang tertulis dalam kitab Al quran dan hadis.

Janji Allah itu adalah benar. Ia memberi jaminan akan orang yang berada dalam keadaan baik akan mendapat tempat yang baik disisinya.   Ayat ini juga menekankan  kedudukan ilmu disisi islam itu cukup tinggi. Dengan  cara Allah  mengajar manusia   menulis dan membaca. Adakah tidak boleh  bagi Allah beri  kebolehan  kepada nabi boleh membaca dan menulis. Mendapat  kefahaman tentang ilmu terus kepada nabi tanpa  perantaraan malaikat.  Sebabnya,  itulah  jalan  yang perlu diikuti oleh manusia atas fitrah kejadiannya. Malaikat tunjuk ajar kepada nabi bukan sekali sahaja. Ia ada  konsep pengulangan dan diperkuat dengan pelukkan malaikat sehingga tiga kali  yang memberi erti pentingnya  penguasaan membaca dan menulis  bagi dapatkan ilmu.

Berikan pengulangan kefahaman ilmu dan peringatan  itu jika perlu, kerana  keupayaan sesaorang itu berbeza.  Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan  berilmu   Ditanyakan lagi - Adakah sama  antara orang tahu dengan orang yang tidak tahu.  

Ilmu utama dalam islam iaitu fardhu Ain dan fardhu kifayah , feqah dan tauhid. Ilmu inilah untuk menjaga diri kita. Kalau tidak ada komponen ilmu-ilmu ini dalam diri kita, ia akan berkeadaan pincang.  menjaga  diri sendiri pun tidak boleh, bagaimana  hendak jaga keluarga. Ia tidak tahu menghormati ibu bapa. Ia boleh beri upah kepada  sepuluh orang  tok imam membaca yasin untuk ibubapanya tetapi ia sendiri tidak pernah mengenal yasin. Tidak pernah belajar cara sembahyang. Bila mati orang lain tolong sembahyangkan.

Tiada konsep fidyah, ganti beras kerana tinggalkan sembahyang. Walau pun ada kenyataan  dalam mazhab syafiee boleh ganti dengan fidyah beras tetapi dalil yang kuat ganti beras adalah kerana  kerana tinggalkan puasa atas  hal yang syariee. Comfom tidak boleh ganti sembahyang dengan  fidyah beras. Dari umur  peringkat kanak-kanak  tidak diajar sembahyang, sehingga umur  10 tahun boleh di pukul. Sampai akhirbaligh ia telah termasuk dalam catatan oleh malaikat.  Ini cara pendidikan yang salah.

Firman Allah “ Adakah kamu tidak melihat  wahai Muhammad  orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan“

Mereka boleh cipta berbagai  kemudahan, perlatan. Gunakan ilmu cipta  alat naik ke bulan. Meraka mendapat nikmat yang Allah berikan tetapi   tidak ramai yang  akan mendapat hidayah. Allah tutup telinga, mata  dan hati mereka.  Mereka tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.  Siapa yang boleh beri hidayah. Siapa  yang boleh jual hidayah. Adakah boleh kita beli hidayah dari Allah. Itulah kedudukan ilmu dalam islam. Ia mengenal apa yang dicipta dan tahu siapa yang menciptanya.

Firman Allah  “Sesungguh nya  mempelajari  ilmu itu  bagi  manusia  menjadikan  mereka hamba yang bersyukur“

Para  saintis, jika mengkaji  keadaan tubuh manusia akan sistem urat saraf dan sifatnya  pasti  ia akan dapat kesimpulan  ada penciptanya, Jika saintis  yang tiada asasnya akan islam ia akan katakan  segala yang wujud adalah natural of law.

Seorang  Arab Badwi mai jumpa nabi dengan  marah marah kepada nabi, berkata “Ya Muhammad, dimanakah tuhan“. Lalu nabi jawab secara  mudah. “ Tadi semasa tuan mai dari kampong, ada jumpa apa-apa  ditengah jalan“ . Dijawab  “ Tiada jumpa apa hanya tahi unta“. Nabi jawab “Tahi unta  itu siapa yang punya“. Dijawabnya“ Mana tahu unta siapa“. Nabi  katakan lagi  “Tentulah unta yang punya. Begitu juga kalau mahu lihat tuhan,  lihatlah  matahari, bulan, bintang , pasir, batu  itulah  hasil  ciptaan Allah. Setiap  satu itu yang ada pasti ada penciptanya“.

Selepas wahyu pertama ia terhenti agak lama. Malaikat tidak mai  sehingga nabi terasa rindu.  Sampai satu ketika nabi berjalan, dilihat olehNya malaikat Jibril  yang membawa wahyu semasa digua hiraq sedang duduk dikursinya diantara langit dan bumi. Begitu  dahshad saiznya memenuhi antara bumi dan langit.  Dikhabarkan dua kali nabi melihatNya dalam keadaan asal. Selainnya ia mai dalam keadaan seperti manusia. Nabi katakan Aku rasa takut/ gerun melihat  rupanya dalam bentuk asal malaikat Jibril . Aku pun balik kerumah dan meminta Khadijah  diselimutkan.

 Apabila nabi minta diselimutkan terus Allah berfirman bermasud : ‘Wahai orang yang berselimut, bangun, berikan peringatan untuk menyuci kaum engkau, untuk membesarkan tuhan engkau  dan membersih jiwa  mereka.“

Turun wahyu kedua  mengerakkan nabi supaya sampaikan kepada orang ramai akan ayat Allah. Bermaksud jangan simpan ilmu hanya dalam  diri. Hendaklah di khabarkan kepada manusia lain.

Tafsiran ayat ini menjelaskan ia adalah  ayat perintah. Yang menggerakkan nabi untuk menyampai  mesej dari Allah secara lebih tegas. Bermaksud  melaksanakan kerja sampaikan  ilmu  ketuhanan.  Maka bermulalah nabi  dengan kerjanya secara bersembunyi kepada orang-orang dekat dengannya.

Membuat kerja untuk islam perlukan pengorbanan besar. Nabi ibrahim  mengambil resiko cukup tinggi meninggalkan anak isteri dipadang pasir. Bapa dan saudaramaranya tidak mahu terimanya tetapi atas perintah Allah ia meninggalkan isteri dan anak nya nabi ismail tanpa jaminan bekalan makanan semata-mata dengan pertolongan Allah.

 Ayat yang sama  ustaz  huraikan secara luas : “Jangan kamu letakan kecintaan kamu  melebihi dari kecintaan kamu kepada Allah dan Rasulnya“.

Berjihad juga  banyak kategorinya. Ia bermaksud melawan hawa nafsu kearah kebaikan. Ambil kesempatan beramal  dengan sempurna, hadir ke majlis  ilmu dan mendalami   ilmu agama.

Ada  Tiga  perkara yang  Allah nyatakan:-

1. Kepentingan ilmu akan mengetahui  perinsip ketuhanan mengenali  islam. Menjadikan diri  sebagai  contoh.

2. Ilmu bukan untuk diri sahaja tetapi adalah untuk disampaikan kepada orang lain. Kepada kaum keluarga, jiran masyarakat, negara dan dunia.

3.Bina jiwa akan  tanggongjawab iaitu  bangun  ditengah malam memohon pertolongan dari Allah untuk membantu laksanakan tanggongjawab.

Tugas  kita hendak bawa bendera islam.  mudahan Allah memberi  kerahmatan kehidupan dunia dan akhirat.     Amin…..

Wassalam…………..

(Catatan Penulisan   adalah dari rakaman suara).
Masjid Sungai Gelugur P.Pinang

No comments:

Post a Comment