Monday, 11 November 2013

KEMAMPUAN PARA IBLIS.


26/ 8/2013. Catatan Tazkirah . Tajuk : KEMAMPUAN PARA IBLIS.

Allah telah bataskan kemampuan para iblis dan kuncunya. Ada ayat quran yang memberita akan iblis pada satu ketika diperintah mengadap Rasullullah. Diberi warning, “ Hendaklah kamu jawab segala pertanyaanNya, jangan kamu selindung walau satu ayat pun, jika itu yang kamu lakukan, segala urat saraf kamu akan dihancurluluhkan“.
Mana berani iblis, bila itu katadua oleh Allah. Kita manusia, semua para malaikat, makhluk jin/ iblis, Allah yang cipta.

Akan Hadis ini, ustaz sebutkan satu persatu.
"Rasulluah pada suatu hari bertanya kepada iblis. 'berapa golongan kekasihmu dari umatku?" Iblis menjawab: 'sepuluh golongan' :-

1. Imam atau pemimpin zalim.
2. Orang yang sombong
3. Orang kaya yang tidak pernah peduli dari mana diperoleh kekayaannya halal haramnya, ke mana belanjakan hartanya
4. Orang alim yang menyokong terhadap penyelewengan penguasa
5. Pedagang yang curang
6. Memanopoli makanan asas- tujuan dapatkan lebihan untung niaga
7. Orang yang berbuat zina
8. Pemakan riba
9. Orang kedekut (bakhil).
10.Peminum khamar yang mabuk kerananya.

Ini adalah senarai semak. Sudah kita selidiki diri ? . Paling tidaknya agaknya mungkin kita berada dipara 2, para 3 atau para 9 atau yang lain. Imam atau pemimpin yang zalim juga termasuk kita yang memimpin rumah tangga. Pilih kasih juga zalim. Tidak beri kepada orang yang berhak juga zalim. Sudahlah zalim, tidak mahu bermasyarakat, dianggap pula sebagai sombong (para 2).

Sikap negetif ini adalah berturutan atas kerana hati telah hitam. Dihitamkan oleh para iblis yang bertukarganti berada dalam darah dan hati. Tidak pernah digilap. Tidak mahu mendengar ayat-ayat Allah. Tidak mahu kerumah Allah, tidak mau hadir majlis ilmu. Itulah sebabnya kalau kita lihat / dengar orang yang menjalani perubatan membuang sihir orang yang dirasuk, iblis tidak mampu berhadapan dengan ayat Allah. Ia benci akan kebenaran, bila disebutan keburukan sifat iblis, ia tidak boleh duduk, panas dan yang paling ditakutinya adalah dipaksa keluar atau akhirnya akan dibunuh.

Sama dengan manusia jika disebutkan sifat- sifat negetif, ia tidak suka, Ia akan lari. Sifat dendamnya pasti akan menimbulkan masalah sosial. Inilah kita manusia yang telah diperalatkan oleh para iblis.

Berada di bahagian mana kita sekarang. Sebagai pedagang, penzina, pemabuk, pemriba.
Hendaknya sentiasa semak diri dari menjadi alat kepada vision para iblis. Memang tidak sia-sia rencana Allah , Allah cipta iblis adalah sebagai alat untuk menyaring umat manusia. Ia adalah filter. Jangan tunggu nyawa sampai ke akhir minit, kerana Allah telah beri masa yang cukup untuk kita perbetulkan diri.

Allah juga ada perjanjian dengan iblis. Allah katakan “Wahai iblis, AKU perkenankan permintaan kamu, AKU panjangkan umur kamu. Dengan sifat kejadian kamu, AKU izinkan kamu ganggu anak cucu Nabi Adam. Tariklah seberapa ramai yang kamu mampu. Akan tetapi AKU peringatkan bahawa kamu tidak ada daya walau sedikit pun terhadap orang yang ada dalam dirinya sifat Ikhlasnya kerana AKU”

Kemampuan para iblis ada had. Untuk itu Rasullulah memberi panduan lagi akan teknik berhadapan dengan hasutan iblis. Tidak cukup dengan maklumat akan perkara yang iblis suka, Rasullulah bertanya lagi :

" lalu ada berapa musuhmu dalam umatku? Iblis menjawab : ada 20 golongan'. Maksudnya iblis tidak mampu berhadapan dengan 20 golongan kategori umat iaitu :

1. Engkau sendiri wahai Muhammad kerana aku sangat benci kepadamu
2. Orang 'alim yang berilmu, yang mengamalkan /mengajarkan, menyampai luaskan ilmunya
3. Orang hafal al Quran yang mengamalkan isinya
4. Orang azan yang mengumandangkan adzan sholat lima waktu dengan niat yang iklas karena Allah.
5. Orang yang menyayangi fakir miskin dan anak yatim
6. Pemuda yang hidup penuh taat akan Allah
7. Orang yang menjaga halal pemakanannya
8. 2 orang pemuda yang saling mencintai dalam jalan Allah
9. Orang yang istiqomah dalam solat berjemaah
10. Orang yang melakukan solat pada malam hari saat orang2 sedang tidur
11. Orang yang sentiasa menahan dirinya percakapan dan berbuat haram
12. Orang yang menasihati teman2nya secara ikhlas
13. Orang yang sentiasa dalam keadaan berwudhuk
14. Orang yang dermawan
15. Orang yang baik akhlak/ tingkahlakunya
16. Orang yang meyakini rezeki yang anugerah Allah kepadanya (berzakat dan berinfak)
17. Orang yang menyantuni para janda yang susah menderita
18. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang.
19.Remaja yang tekun beribadah
20. Orang yang menerima hakikat kebenaran.

Semak diri, ada berapa agaknya 20 fakta ini yang ada dalam diri. Ada banyak mana sifat iblis ada dalam diri.

Kenapa Iblis amat membenci Rasullah ?. Bukannya iblis tidak tahu apa kesudahan hidupnya. Tempatnya didalam neraka dan kekal didalamnya. Ia ada perjanjian dengan Allah. Asalnya iblis berada dikalangan para malaikat malah menjadi ketua. Atas kehendaklah Allah ia menjadi makhluk yang paling dilaknati Allah. Iblis dijadikan dari api, para malaikat dari cahaya, manusia dari tanah. Rasa sombong yang ada, iblis rasakan dirinya lebih baik dari manusia.
Dia katakan kenapa aku misti hormat, sujud pada Adam/ manusia. Iblis tahu Rasullullah akan datang diakhir zaman adalah Pembawa rahmat keseluruh alam.

Ciri-ciri peribadi iblis kekal sehingga hari kiamat. Bilamana berlaku hari perbicaraan dimashsyar ia katakan ‘ Semasa didunia, aku hanya mempelawa manusia dan tidak memaksa manusia ikut aku ‘ Sehingga, bila iblis hendak dimatikan, ia tidak boleh lari dari malaikatmaut, lalu diletakkan kesakitan mati seluruh umat manusia kepadanya. .

Hendaklah kita pelajari sejarah kewujudan alam ini. Nanti tahu siapa kita. Ketahui akan pelan perancanaan Allah melalui Al Quran. Geraf dunia ini dari awal hingga hari kiamat telah ditentukan. Kehidupan didalamnya disusun mengikut sifat makhluknya. Ada kehendaknya setiap kehidupan. Haiwan dengan naluri mahu makan minum, berkelamin. Manusia diberi akal memilih, mempunyai kehendak. Akan sifat kehendak inilah yang menjadi rantaian kehidupan di alam ini.

Yang dikatakan makhluk itu adalah semua yang dijadikan termasuk yang jin, malaikat, manusia, tumbuhan, haiwan, malah api, air, dan udara. kategori makhluk juga adalah roh dan amalan. Nanti makhluk bernama ‘Ikhlas ‘ nyatakan aku selamanya telah digunapakai oleh sipolan. Makhluk bernama ‘sombong ‘ berkata ia seringkali digunapakai oleh sipolan. Mungkin juga makhluk Allah bernama ‘ khianat ‘ berkata ia tidak pernah digunapakai oleh sipolan. Maka menjawablah juga oleh seluruh anggota tubuhnya dengan mulutnya terkunci.

Tanggongjawab menyampaikan apa yang di syariatkan bukan semata tanggongjawab tok guru. Kita yang mengetahui barang sepatah dua kalam Allah, perlu sampaikan walau sepotong ayat. Jangan berlaku kita menjadi ketua , yang membuat perkara tidak baik.

Ilmu yang diajarkan itu akan jadi penerang di alam barzah. Tidak kiralah samada ilmu bertani, menangkap ikan , kejuruteraan atau amalan lain. Kalau ajar ilmu hitam, maka ia akan jadi gumpulan api dan asap hitam yang membakarnya berserta ahlinya.

Para 3 mungkin ada pada para hafiz. Diriwayatkan juga akan golongan hafiz Quran ini mempunyai kelebihan ia akan bangun di hari mahsyar dengan tubuh yang original.
Para 9 tidak ramai, kalau tidak tentu masjid dan surau ramai makmumnya. Para 10 paling amat mudah tetapi tidak ramai yang suka bertahajud. Yang mana satu milik amalan kita. Banyak yang lemahnya diri kita.

Sembahyang yang wajib , tertinggal dah banyak mana semenjak akhir baligh. Itu pun tidak pernah rasa susah hati. Makanan yang haram menjadi daging dah banyak mana dalam tubuh. ( para 7 ).

Banyak yang ustaz sampaikan akan sifat manusia dalam jawapan iblis kepada Nabi Mohammad SAW. Hendaklah ada keistimewaan istiqomah amalan yang boleh dipandang Allah. Allah juga menyediakan beberapa jenis pintu laluan untuk golongan manusia masuk ke syurga.

Dipadang mahsyar nanti ada telaga minuman Al Kautsar milik Rasullah, dijaga oleh para malaikat, boleh ke kita minum airnya. Dikhabarkan jika dapat minum airnya walau seteguk, nantinya di sepanjang jalanan ke mizan (tempat timbangan amal) dan tititian sirat InsyaAllah beres urusannya…..

Mai kita sering buat semakan senarai amal kita, jangan nanti kita kecewa yang tiada penghujungnya, Peringat dan sampaikan, ikhlaskan hati (para 12). Jaga akhlak dan tingkah laku (para 15) , buat yang di suruh tinggalkan yang dilarang – habluminallah nahi mungkar, ……. wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah..

Wassalam…..


Terima kasih atas rujukan/ semakan dari web lain tajuk yang sama

No comments:

Post a Comment