9 /6/ 2013. Catatan tazkirah .
Tajuk : TITIAN
SYIRAT
Mai tuan- tuan ambil ilmu ini. Kalau dah mengetahui, kita ulang kaji mudahan kita selamat dunia akhirat.
Tajuk nya adalah Titian Syirat. Atau lebih di dimaklumi titian syiratulmustaqim. Disediakan untuk menyaring umat manusia di padang mahsyar. Kronologi perkara yang akan berlaku telah Allah telah di berikan. Diberikan makluman perkara- perkara yang akan berlaku di seberang kematian. Quran dan hadis telah lama memberitahu, tetapi manusia tidak mahu ambil tahu.
Yang biasa diulang oleh mana-mana ustaz atau melalui pembacaan sifat titian syirat adalah ia lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang. Akan dihamparkan dan wajib dilalui oleh umat manusia. Apa yang boleh kita gambarkan akan berlaku kepada kaki kita. Macamana kaki kita hendak melaluinya. Kalau berjalan atas batu pun rasa sakit.
Fakta berikut adalah setelah manusia dihidupkan buat kali kedua dan tidak akan mati selepasanya, adalah perhimpunan umat manusia semenjak umatnya nabi Adam hingga umat nabi Mohammad SAW. Nabi pernah katakan kepada anak kesayangan Siti Fatimah. Dinyata - semasa didunia ini mintalah apa yang ada, akan ayahanda beri, tetapi bilamana kamu berada dihadapan Allah, ayahanda ini tidak mampu menolong, terserah kepada apa yang kamu perbuat semasa didunia.
Perhimpunan agong manusia dihadapan Allah di padang mahsyar. Kronologinya Malaikat Jibril ditanya. Adakah telah sampaikan segala wahyu kepada para nabi-nabi. Soal jawab ini akhirnya Nabi Mohammad SAW di arah membaca ayat dari Al Quran. Sejumlah manusia menyatakan tidak pernah mengetahui / mendengar apa yang pernah disampaikan oleh nabi.
Sampai disini aku minta izin bertanya. Dalam hal hukum -hukum adakah sesuatu yang tidak diketahui itu akan dapat melepaskan sesaorang dari azab siksaan Allah.

Ustaz menjawab. Pengadilan oleh Allah mengambil kira akan sesuatu yang terlahir atau tersembunyi. Jika dalam situasi tinggal dalam masyarakat kampong, pekan dan bandar, tidak ada sebab kita tidak mendapat maklumat apa yang telah disampaikan oleh nabi. Penentangan terhadap nabi pun telah berlaku oleh orang yang cintakan dunia. Allah mengetahui mereka sebenarnya mengetahui akan kebenaran wahyu.
Ditentukan ada tujuh tempat pemeriksaan sepanjang titian syirat sebagai saringan. Ada yang yang selamat dan terlalu ramai yang direntap jatuh bertaburan dalam api neraka. Amat ngeri nak mendengar, apa lagi melihat atau kita sendiri yang akan direntap neraka jatuh. Tidak sanggup hendak melaluinya. Namun kita tiada piihan.
Dikhabarkan bahawa ada umat manusia yang mendapat syafaat nabi dan akan melalui titian syirat ini dengan mudah. Mudahan kita termasuk dalam golongan ini.
Perjalanan Sekatan pertama. Ia menyaring manusia atas perkara syahadah tauhid. Ia misti dibuktikan dengan amal bukan hafalan. Bersyahadah adalah mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Mohammad itu pesuruh Allah.
Adakah kita telah kenal Allah dan nabi melalui sifat-sifat wajib, harus dan mustahilnya. Apa yang harus dan mustahil nya bagi nabi. Kalau telah mengerti barulah ungkapan shahadah tauhid kira ok dan kalau tidak dipraktikan pula dengan amalan macamana nak lulus atas pemeriksaan disekatan pertama ini
Perjalanan Sekatan Kedua. Ia menyaring manusia atas ibadah solat. Bukankah Allah telah telah peringatkan yang solat itu tiang agama. Kalau tidak solat di mana hendak letakkan amalan yang lain.. Sudahlah tidak lakukan solat, jika solat pun tidak sempurna. Solat yang wajib pula tidak penuh, yang sunat pula tidak buat. Apa yang hendak dilihat oleh Allah. Maka layaklah kita dijatuhkan ke dalam api neraka.
Itulah Allah katakan sembahyang berjumaah itu akan cover. Jika kita lalai dalam sembahyang Ia akan ditampung bersama dalam kalangan para jumaah.
Perjalanan Sekatan Ketiga. Ia menyaring manusia dalam ibadah puasa. Dalam hal ibadah puasa yang utamanya puasa wajib dan sunat. Tafsiran disitu adalah berpuasa dalam semua hal yang dilarang Allah. Sejauh mana kita dapat menahan diri dari yang dilarang atau yang boleh mengurangkan markah amalan kita.
Perjalanan ke Sekatan Keempat. Ia menyaring manusia dalam hal Zakat/ Fitrah. Sama dengan halnya dengan pemeriksaan sebelumnya. Julangan api neraka bagaikan telah di programkan untuk merentap manusia yang ingkar mengeluarkan zakat/ fitrah. Telah dirasai oleh manusia dimana duduk statusnya harta yang dimiliki semasa didunia
Perjalanan Sekatan Kelima. Ia menyaring manusia dalam hal menunaikan ubadah haji dan umrah. Jika kita sempat tunaikan fardhu haji dan umrah telah kira baik. Hendaklah jaga segala syarat wajib, rukun dan lainnya. Kena pergi hadir kursus dan faham caranya. Jangan sampai bila sampai balik ke rumah masih terikat dengan hukum yang belum selesai.
Di khabarkan
bahawa satu-satunya yang terselamat didunia ini adalah kabah dari kehancuran
pada hari kiamat. Ia akan dibawa ke hari akhirat akan mempersaksikan setiap
manusia yang datang kepadanya.
Perjalanan sekatan keenam. Ia menyaring manusia akan hal kesempurnaan mandi hadas dan wudhuk. Bab mandi hadas pun ramai yang tidak betul. Niat mandi hadas hendaklah bermula apabila air dikenakan pada anggota. Semua bahagian badan perlu disampaikan air. Orang perempuan amat penting mengetahui bab ini. Pernah ditemui sehingga masa anak sendiri hendak bernikah, ibunya tidak tahu mandi hadas.

Allah telah janjikan muka orang yang berwuduk akan dikenali sebagai tanda umat nabi dan tidak akan dibakar oleh api neraka.
Perjalanan sekatan ketujuh. Perjalanan ke peringkat ini adalah yang akhir sebelum masuk kealam syurga. Manusia akan ditanya akan amanah yang diberi. Allah telah katakan bahawa apa yang ada di keliling kamu, harta, anak isteri, pangkat adalah amanah. Hendaklah kamu letakan sesuatu itu pada tempatnya. Amanah yang didunia ini adalah berupa sifat perbuatan manusia. Tetapi di akhirat ia bertukar menjadi makhluk Allah yang boleh berkata kata memberi keterangan akan sifat dan kelakuan manusia.
Makhluk Allah yang bernama Amanah ini akan berkata akan tingkah laku manusia terhadap tanggongannya, sumber harta yang diperolehi. Sampaikan masa yang digunakan dalam urusan hidupnya di perincikan.
Panjang ustaz huraikan persoalan ketujuh ini. Ini lah yang tapisan yang benar- benar mengambil hanya inti pati manusia yang sebenarnya yang menjadikan dirinya makhluk yang Allah sayangi. Menempatkan mereka kealam syurga yang kekal didalamnya.
Ikhlas hatinya bukan kerana mahukan dunia. Sampaikan para syaitan amat takut - tidak ada daya upayanya walau sedikit pun terhadap manusia yang ikhlas hanya kerana Allah.
Wassalam……..
Terima kasih atas rujukan ke Web
lain atas tajuk yang sama.
No comments:
Post a Comment