Friday, 15 November 2013

NIKMAT ISLAM DAN IMAN

16/11/13. Tazkirah subuh. Tajuk: NIKMAT ISLAM DAN IMAN

Mudahan-mudahan kita mendapat rahmat dan nikmat dari Allah kerana dapat menunaikan  solat subuh berjumaah. Ucapkan kesyukuran kerana nikmat ini juga akan membawa kita untuk dapatkan nikmat yang lebih besar iaitu syurga yang disediakan oleh Allah SAW.
Nikmat yang paling besar dalam  kehidupan ini adalah  nikmat  islam dan iman. Nikmat ini merupakan benting kepada kita. Ia  tidak dikurniakan kepada  manusia   berdasar kepada keturunan.  Allah berikan kepada  orang yang berusaha ke arahnya.  Mudah- mudahan  Allah matikan kita dalam islam.

Ustaz  membuat huraian  akan  konsep  hijrah  . Kita selalu mendengar tentang maal hijrah. iaitu kisah besar akan hijrahnya nabi dari Mekah ke Madinah dan peristiwa/ catatan sejarah  yang berlaku ketika itu. Dengan berjayanya hijrah  nabi maka islam telah sampai ke seluruh pelusuk dunia,  ke nusantara dan negara yang kita tinggal. Bertuahnya kita  kerana telah sampainya  syariat islam.

Selepasa hijrahnya nabi  dari Mekah ke Madinah, tidak ada hijrah lain  yang diperintahkan  oleh Allah.  Apa yang perlu kita laksanakan adalah  bagaimana kita hendak hijrahkan diri kita. Konsep hijrah membawa maksud kita   berpindah  kepada cara hidup yang besyariatkan ajaran islam. Ia termasuk dalam hal amanah  dan  cara kita mengunakan apa yang ada dikeliling kita , harta benda,  anak isteri, jawatan dan sebagainya. Dalam bahasa lainnya ia  bertukar menuruti  aturan Allah yang menjadikan  sekelian alam ini dan isi didalamnnya.

Apakah yang perlu dibuat dalam zaman/ era masa kini. Macamana hijrah yang perlu kita lakukan. Dalam menghadapi era dunia tanpa sempadan hendaklah kita menjadi lebih cerdik membezakan intan dan permata.. Hendaklah dapatkan ilmu sebanyak-banyaknya, iaitu ilmu yang mengenal Allah. Ilmulah yang menjadi benting dan penghadang kepada unsur yang   negetif,  kerana Allah lebih  tahu akan fitrah kehidupan manusia, Allah yang mencipta kejadian makhluk.

Sabda Rasullahlullah menuntut ilmu adalah wajib/ difardhu kepada umat islam. muslimin dan muslimat, tidak  kira lelaki atau perempuan.  Sabda  nabi lagi  “Sesungguhnya orang yang berilmu ibarat cahaya yang bergemerlapan seperti bintang dilangit“.  Yang memberi pentunjuk didaratan dan lautan. Kata para  ilmuan. ilmu adalah  pelita menerangi kegelapan, Ia membolehkan sesaorang melihat sesuatu dari sudut yang berbeza.  Hadis lain  mengatakan tuntutlah ilmu dari peringkat dalam buaian sehingga ke liang lahat.

Para ibu bapa hendaklah mendidik  anak-anak menjadi orang yang berilmu. Negetifnya para ibu mendidik anak dari peringkat buaian dengan zikir lagu-lagu yang tidak membawa anak mengenal Allah. Dengan lagu hindustan,  malah mendendangkan lagulagu  melayu pun kebanyakanmya  tidak memberi apaapa kebaikan kepada anak yang didalam buaian. Kenapa tidak kekalkan dengan zikiriullah sepertimana yang dilakukan oleh  orang orang tua terdahulu.

Aku yang menulis ini, dalam pengalaman yang sama, mengkongsikan satu kisah benar yang berlaku.  Satu ketika di satu pusat jagaan baby, aku  ayunkan buaian baby – seorang anak cina yang berumur  lengkongan  1 tahun. Aku azan dan qamatkan sampil membuainya.  Aku lihat anak ini diam  tidur. Selepas itu aku keluar.

Maklumat yang diterima dari pengasuh kata selepas sahaja aku keluar, anak ini menangis semaunya sehinga tidak dapat dibendong. Ibu kepada anak ini (cina) dipanggil dan memaksanya  anak itu  dibawa balik.  Selepas itu anak ini tidak lagi dihantar ke pusat jagaan ini. Bila dhubungi, ibu baby ini ini nyatakan ia telah bawa anak ini ke tokong. Tokong katakan anak  ada orang telah kacau.

Apakah yang berlaku dalam  hal diatas. Jelaslah bahawa  itulah di tentukan bahawa  anak yang baru lahir hendaklah segera diazan/qamatkan kerana ada makhluk lain pendamping dikalangan jin/ iblis akan bersama nya. sehingga dewasa.   Baby cina tadi  yang  berumur setahun diazankan menyebabkan berlaku komplikasi  gangguan dalaman yang menyebakan anak ini diganggu, Aku nasihatkan anak-anak yang  baru lahir hendaklah sentiasa didengarkan azan/qamat  ditelinganya sepanjang masa, didodoikan dengan kalimat   zikirullah. Jangan biarkan ia kufar semenjak dari alam baby.

Berilah didikan yang sempurna kepada anak-anak.  Ilmu yang membawanya selamat dunia dan akhirat. Tuntut ilmu dan  akur kepada perintah Allah. Dunia kini tanpa sempadan,  semua maklumat boleh diterima dengan hujung jari. Ambil tahu apa yang anak buat dan yang di lihat dalam media internet.  Nabi pernah katakan diakhir zaman akan ada teknologi yang membolehkan orang timur dan barat boleh terus bercakap antara satu. Ia satu maklumat yang telah diketahui nabi yang telah diberitahu oleh  Allah melalui malaikat Jibril.

Kata Imam Syafiee ada enam  perkara yang perlu diketahui: -

Pertama:  Hendak dapatkan ilmu mistilah cergas.  Kalau kesihatan kita tidak  baik atau semasa mendengat tazkirah /pengajian,  kita lena, apa ilmu yang kita dapat. Walau pun dijanjikan duduk dalam majlis ilmu ada    kelebihannya,  Ia tidak memberi apa-apa kesan dalaman kepada hati/ jiwa sesaorang.

Kedua : Misti ada semangat waja. Mai hari ini, esok datang lagi.  Tidak mai kerana sesuatu yang benar-benar tidak mengizinkan. Bukan kerana malas atau menganggap majlis ilmu hanya membuang masa. Hendaklah tanam dalam diri selagi ada kesempatan atas kudrat yang ada aku pasti mai.

Ketiga : Misti Rajin. Sentiasa mencari  dimana ada tempat-tempat majlis pengajian, Kalau dalam satu daerah banyak majlis pengajian yang dianjurkan. Catatkan masanya dan hadir walaupun perlu berbelanja. Jangan mengharapkan  tazkirah ilmu dipasang  ditepi  telinga.

 Amat bersyukur jika dalam satu mukim daerah dan negeri banyak majlis ilmu diadakan. Kita boleh pilih bidang ilmu apa yang mahu di tingkatkan. Ilmu feqah, akidah/ tauhid, Keroharian/ kesufian dan lainnya. Sama juga halnya  ilmu keduniaan, pertanian, perubatan, kejuruteraan dan lainnya.

Keempat : Misti ada kemajuan. Setiap yang dipelajari perlu ada penambahbaikan. Ia mencakupi  caramana untuk memahirkan diri dari ilmu berkaitan kerana nabi ada  nyatakan dalam    hal industri penanaman kurma. Ia pernah katakan   “ Jika  kamu  mahir  dalam hal penanaman kurma maka kamu lebih mengetahui akan  selok beloknya“.   Dalam bahasa lainnya  kamu akan punyai  inovasi setelah  mengkaji fitrah keperluan hidupnya tanaman kurma  dan jangan  lupa  itulah yang Allah telah ciptakan.  Yang  terbaiknya  ada usaha untuk  mengkaji, menilai dan membezakan, bukan sekadar membaca.

Kelima : Misti bersahabat dengan guru.  Para ustaz, tok guru  atau guru dalam bidangnya. Disitu ada keberkatan. jangan berguru  kepada para iblis/syaitan dan kuncunya.  Jika kita mengambil ilmu dari media elektronik, internet dan sebagainya. Ia boleh  sebagai satu asas untuk kita mengetahui tetapi hendaklah  cari guru untuk  dapatkan pengesahan dan boleh bertanya jika  tidak memahaminya.  Inilah  antara jalan jalan  bagaimana menjadikan media masa elektronik sebagai satu alat untuk meningkatkan  pengetahuan dalam beragama.

 Keenam :  Dalam  waktu yang lama.  Ilmu tidak boleh didapatkan dengan mudah. Peringkat awal secara mendengan/ membaca. diikuti dengan  pemahaman. Pergilah bertanya untuk  pengesahan dan akhirkan jadikan ia sebagai amalan dalam  kehidupan, Sebab Islam tidak menghalal semua cara.  Di khabarkan oleh nabi  bahawa semakin banyak  kita pelajari ilmu, semakin banyak yang dirasakan kita tidak mengetahuinya. Inilah wajibnya  bagi kita dapatkan dahulu  ilmu mengenali Allah dan Rasulnya.

Mengetahui  semua ciptaan-ciptaanNya, alam shuhadah, alam ghaib yang lain yang wajib diimani. Seperti alam azali, alam mashsyar, alam kubur, alam syurga, neraka dan lainnya. Disamping itu  untuk duniawi dapatkan ilmu akan semua yang termampu akan ciptaaan Allah alam tumbuhan, alam haiwan. bawa ilmu duniawi ini dan rujuk maklumat yang terdapat dalam Al quran dan hadis.

Inilah yang nabi katakan semakin banyak  kita pelajari ilmu, semakin banyak yang dirasakan kita tidak mengetahuinya. Sampai kemati pun tidak akan habis ilmu yang  boleh  dipelajari. Bukan mudah  untuk dapatkan tahap master dalam semua  bidang yang asasnya   Allah  yang  ciptakan.

Kata  Iman Syafiee lagi diriwayatkan  bahawa  jika sesaorang tidak memanafaatkan masa mudanya untuk mendapatkan ilmu  maka bertakbirlah  rasul empat kali   menandakan saat kematianya.  Amat rugi dan sia sialah  jika masa muda  sihatnya  tidak diisikan ilmu  untuk dijadikan filter dalam  akal dan fikirannya

Inilah hijrah yang perlu ada dalam diri kita.  Berhijrah dari yang tidak baik kepada yang  lebih baik. Hijrah dari jahiliah kepada kehidupan yang bertamadun. Hijrah dari tidak mengetahui kepada mengetahui. Yang paling utama adalah hijrah menjadikan manusia yang  meninggalkan yang dilarang dan  melaksanakan  apa yang duperintah. Jangan ditanya kenapa Alah perintah begitu dan begini. Ikut dahulu dan  kaji akan   kelebihannya. Inilah konsep iman percaya akan Allah dan Rasulnya.

Tidak ada satu contoh yang   lebih  baik seperti  yang rasullulah lakukan. Sebarang tindakanNya adalah bersandarkan wahyu, bukan jalan yang direka. Allah perintahkan nabi berhirah dari Mekah ke Madinah. Rasulullah telah bina keimanan para sahabat. Yang mempercayai  yang disampaikan, tanpa dakwa dakwi seperti imannya  Khalifah Abu Bakar Al Siddik.  Jika Allah yang punyai rencana, DIAlah yang memberi perlindungan. Sehinggakan awan diperintahkan melindungi  perjalanan sepanjang dari Mekah ke Madinah. Bukankah awan itu makhluk. Awan pun   akur perintah, kenapa manusia yang diberi akal tidak mahu tunduk. Inilah contoh kebesaran Allah  keatas apa yang diciptaNya.

Hijrahnya nabi membawa banyak  pengertian dalam rentetan sejarah islam. Dalam aspek  hubungan sesama  manusia dengan  syariat islam, atas konsep pengorbanan dan perjuangan. Yang  Allah hendak  berikan   ilmu kepada  umat  akhir zaman adalah kehendakNya  akan  Rasulluah adalah Pembawa Rahmat Ke seluruh Alam  - Rahmattan lilaalamin.  Ikutlah cara nabi jika mahu selamat dunia ada akhirat.

Konsep Hijrah,  jika kita tidak pernah melaksanakan solat sunat selepas atau sebelum sembahyang fardu,  sila mulakan.  Jika kita sedar terlalu banyak solat yang ditinggalkan  semenjak akhirbaligh. mula buat sembahyang ganti. kerana jika  mati dalam suasana berusaha  membayar hutang sembahyang, ia lebih baik kerana  ada  keazamanan untuk membaiki diri/ taubat dan terserah kepada Allah. Ada riwayat yang menyebut jika kita rutin dengan amalan zikir tetapi kerana terlupa atau sesuatu yang syariee maka  Allah akan buat perkiraan kita  kekal dalam amalan tersebut.

Carilah teman yang boleh membawa kepada kebaikan. Yang bersama secara jumaah untuk melaksanakan apa yang diperintah dalam perkara  wajib  dan fardhu kifayah. Ia adalah kekuatan. Dampingan Rakan yang memahami dan mempunyai satu vision untuk  membantu agama Allah ini. Nabi juga  telah dibantu oleh para sahabat yang mahu  hidup dan mati bersamanya.

Duri-duri yang ada disepanjang jalanan adalah satu filter yang  akan mengasingkan  manusia untuk dimasukan  kedalam neraka dan syurga. Dari satu sudut penerimaan ketentuan Allah andainya kita manusia gembira menerima sebarang kesusahan, ia adalah gambaran bahawa Allah telah memilihnya untuk diletakkan dalam golongan  orang yang berjaya didunia dan akhirat.

Umat islam perlu memiliki akhlak yang baik. Ini adalah contoh perbuatan yang  hendaklah di tunjukan  kepada orang lain. Dalam bahasa  popular  Ia sebagai idola.  Sejarah membuktikan bahawa golongan bawahan adalah umat yang  mejoriti yang menerima islam. Mereka menjadi umat islam atas  taufik/ hidayah  mahukan ketenangan, mencari yang haq, bencikan penindasan. ini telah dicontohkan oleh nabi. Atas  situasi inilah golongan kaya merasakan  tergugat kerana sokongan manusia tunggangan  yang menjadikan mereka kaya telah berhijrah menjadi umat  baru dalam aspek akidah dan cara hidup.

Kata Imam Safiee lagi. Sesaorang yang  alim dalam agama , tiada masa mengambil tahu  akan urusan  orang lain kerana ia sebok akan membetulkan keaipan diri sendiri. Ia melaksanakan  urusan membaiki diri  dan tanggongjawabnya , secara langsungnya ia memberi contoh  kepada orang lain akan perlunya orang lain membaiki diri sendiri.

Kesimpulan. Bagaimana menjadi seorang muslim yang cemerlang ? 

Pertama. Baiki diri mu dan  ajak orang lain melaksanakan  tugasan yang  Allah perintahkan.

Kedua : Laksanakan tanggongjawab terhadap Allah dalam hal solat lima waktu. Sesiapa yang mendirikan solat bermaksud ia mendirikan agamanya kerana Allah katakan  solat itu tiang agama. Meninggalkan solat bermaksud  ia meruntuhkan agamanya. Allah beri jaminan bahawa solat itu  akan mencegah perkara yang mungkar.

Ketiga : Memiliki akhlak yang luhur/ terpuji. Perlu ditekankan kepada genarasi kini. Menjadi tanggongjawab kepada ibu bapa membimbing. Ia tugas yang berterusan selagi nyawa  masih ada. Menjadi tanggongjawab kepada  genarasi  akan datang menyampaikan kepada generasai seterusnya. Adakah sesuatu yang tidak lojik pada akal bahawa jika tidak diperkuatkan  ilmu-ilmu agama ini kepada keturunan,  maka berapa ayat sahaja yang  akan sampai kepada  anak cucu cicit sebelum dunia ini dikiamatkan.

Keempat: Berfikiran jauh dan positif.   Ia dapat membaca sesuatu yang mungkin berlaku dan mengambil langkah untuk mencari jalan supaya   perkara negetif tidak berlaku. Berusaha melaksanakan penambahbaikan atas  perkara yang ada.

Kelima : Mengesakan Allah.   Hendaklah sentiasa merujuk kepada kitab Allah – Al quran dan hadis dalam apa jua persoalan. Termasuk Dalam hal permasalahan hukum dan fakta  fitrah  kehidupan.  Manakala Dalam hal ilmu duniawi boleh dapatkan maklumat dari  orang bukan islam tetapi bukan jadikan  ia sebagai idola.

Berlari kepada Allah  adalah  penghijrahan yang dituntut.  Hendaklah ada keazaman apabila mendengar atau membaca dari  catatan tazkirah ini. Mungkin  hari  ini,  esok  adalah hari yang lebih baik untuk kita.

Allah tidak  akan tanya kepada sesorang adakah telah diterima atau telah dilaksanakan apa yang kamu sampai.  Akan tetapi yang diitanya adakah telah kamu sampai atau tidak......    Ini adalah tugas seperti tugas  para nabi.  Andai   kita diberi taufik telah kira  baik.  Jika diberi hidayah  ia adalah   telah mendapat  penunjuk jalan ke syurga

Wassalam......
Penulisan adalah dari rakaman suara.
- Masjid Sungai Gelugur P.Pinang



No comments:

Post a Comment