Monday, 11 November 2013

BERADA DI ALAM RUH


 21 /6/ 2013 -  Catatan Mimpi Benar  Tajuk : BERADA  DI ALAM  RUH

Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, adanya pertanyaan oleh malaikat didalam kubur itu adalah benar, adanya perbicaraan di mahkamah Allah itu adalah benar. Adanya syurga dan neraka itu adalah benar. Macam bunyi talkin kepada simati sering dibaca didengar apabila kita mengkebumikan jenazah.

Catatan minggu ini tidak mencatatkan dari kuliah subuh tetapi aku nak catatkan sedikit kisah di alam roh. Mudahan dapat memberi pengetahuan kepada saudara mara mara, handai taulan. Ia adalah pengalaman mimpi mati. Ia telah menjelaskan akan situasi roh bilamana ia telah keluar dari jasad dan sedang diurus untuk di kebumikan.

Terlenanya aku. Bermula dengan bersama arwah bapa menaiki motosikal. Kalau tidak silap pada pengamatan aku dalam perjalanan ke pekan Enggor Kuala Kangsar. Telah kemalangan. Apa yang aku tahu adalah telah berada dikawasan rumah aku sendiri.

Aku dapati dirumah arwah bapa, kelihatan ramai tetamu yang berkeadaan datang ziarah orang mati. Ada yang duduk bertanya khabar, Ada yang sedang potong papan penutup liang lahad. Dalam rumah ada yang memotong kain putih. Aku lihat ada dua jenazah ditengah rumah , itulah aku dan arwah bapa.

Aku menyapa para yang hadir. Semuanya diam. Aku jadi gelisah. Pergi menyapa yang lain . Semuanya tidak pedulikan aku. Aku keluar dari rumah . Akhirnya aku lihat di bawah pokok dekat rumah ada tiga orang yang memang aku kenali. Aku dekati dan telah mengingatkan aku akan ketiga orang ini telah pun meninggal dunia.

Aku bertanya khabar. Mereka boleh berinteraksi dan menepuk belakang aku dan menyatakan aku telah jadi kawan kepada mereka. Ada beberapa perkara yang aku bualkan dengan mereka tetapi dalam keadaan tidak fokus apa yang mereka cakapkan. Aku minta diri kerana hendak melihat keadaan dalam rumah.

Dua jenazah , termasuk aku di perbuat untuk pengkebumian. Dipakaikan kain kafan. Di peringkat ini aku semakin gelisah. Jantung aku terasa laju. Aku katakan kepada mereka. ‘Itu bukan aku, aku disini.’ Itu bukan aku, aku disini ‘ Tiada seorang pun yang respon perkataan aku. Aku bertambah gelisah. Sehinggalah kedua jenazah diangkat dimasukan atas keranda. Dihadapan rumah orang ramai telah bangun, dua keranda telah diangkat dan mula bergerak mengiring untuk ke tanah wakaf (kubur).

Aku masih berdiri melihat dua keranda dibawa. Aku katakan lagi kepada orang ramai ‘Itu bukan aku, aku disini.’ Itu bukan aku, aku disini ‘. Kegelisahan aku meningkat. Rasa jantung aku bagai hendak pecah. Itu bukan aku, aku disini.’ Itu bukan aku, aku disini ‘. Aku berlari keluar.

Bagaikan sesuatu tersembul dari dada. Ia meluncur naik. Aku terjaga. Badan berpeluh. kepala basah peluh, nafas tercungap. Aku bangun berlunjur. Bila agak stabil berfikir kalau aku teruskan tidur pasti akan datang mimpi overlap menyebabkan ingatan mimpi ini akan kabur. Aku terus ambil air sembahyang – sembahyang sunat.
Lepas itu aku ambil buku. Tuliskan semua yang aku lihat dalam mimpi, perkataan-perkataan yang aku sebut. Perasaan yang aku rasakan. Sampai kini catatan ini ada tersimpan. Bilamana aku pergi kerumah orang yang hendak dikebumikan, mahu rasanya kalau dapat hendak melihat roh simati yang masih berada dirumahnya.

Bapa telah meninggal tahun 1990. Bila pula aku, Allah sahaja yang tahu. Yang juga dapat dikesan berada dialam roh ialah jalanan dalam mimpi adalah tidak ada halangan untuk sampai ke tempat tuju. Jika dari tempat kemalangan motor ke rumah bagaikan niat sahaja, ia telah sampai .

Mendalami akan persoalan roh (perkara ghaib) ini ada beberapa buku yang telah dibaca. Riwayat-riwayat para ulamak. Memang ada dijelaskan Allah telah berkata kepada Rasullullah ‘ Jika ada orang bertanya kepada kamu tentang roh, katakan roh itu adalah urusan AKU’. Akan tetapi melalui para ulamak terdahulu juga banyak menceritakan akan persolan roh. Dan telah dikatakan dalam catatan terdahulu bahawa roh ada raja dalam diri kita.

Percaya kepada yang ghaib adalah menjadi rukun iman. Apa yang menjadi persoalan ialah apa itu perkara ghaib. Maksud ghaib disini ialah persoalan aqidah seperti adanya Allah, malaikat, syurga, neraka, loh mahfuz, arasy, kursi, alam barzakh dan alam akhirat.

Adalah disarankan kepada para pembaca budiman perkayakan ilmu dengan mengetahu perkara ini , yang misti diyakini, perkara yang tidak boleh dilihat dengan mata, akan persoalan alam malaikat, alam jin, alam roh dan yang paling tinggi ialah bagaimana disatu peringkat manusia yang didalam syurga diperlihat untuk melihat zat Allah.

Para ulamak juga menyeru kepada kita, kenali diri, nanti akan kenal Allah. Penciptaan makhluk dari kalangan manusia, jin, malaikat dan yang lainnya di alam dunia mempunyai rantaian kehidupan antara satu. Tugas-tugas yang ditentukan termasuk para syaitan/iblis yang diberi sifat egonya untuk tarik seberapa ramai manusia bersamanya.

Ada dikhabarkan bila dibuka mahkamah di mahsyar, iblis menjawab semasa didunia dahulu, aku tidak memaksa manusia ikut aku, cuma pelawa sahaja, depa yang duk mai sebab sesuai dengan nafsu depa. Ini kat mahkamah Allah aku pun tak lepas ni.

Aku rasakan perjalanan belum tamat hanya melihat sedikit maklumat melalui mimpi. Aku dapatkan buku akan alam roh. Melihat akan peristiwa yang akan berlaku semasa kita sedang dimasukan kedalam liang lahad dan perjalanan seterusnya. Ringkasnya apabila semua manusia pulang dari tanah kubur akan ada pertanyaan dari para malaikat. Yang ditanya itu adakah roh atau jasad yang terbujur ? Cari maklumat ini dari para ilmuan atau bacaan.

Lepas tu dikhabarkan roh kita yang terpinga di sisi kubur akan dirapati oleh malaikat dan akan di kembalikan / disimpan tempat yang selayak baginya.

Telah bersediakah kelian untuk mati.

Wassalam........

No comments:

Post a Comment