Tazkirah Magrib. Tajuk : AIR MATA KEIMANAN
Ustaz katakan tidak ada erti jemu menyampaikan mesej dari Allah kerana tugas ‘Menyampaikan‘ adalah satu amanah. Amat penting untuk menanam benih yang baik. Ianya perlu memberi kefahaman kepada anak-anak supaya ia boleh menjaga diiri sendiri.
Umat manusia adalah diseru laksanakan kerja yang boleh melapangkan kubur. Kerana kubur berkata “ Aku adalah rumah yang gelap, hendaklah manusia berusaha untuk mencerahkan“. Adakah ayat ini satu yang khabaran dongeng. Adakah kubur boleh berkata-kata. Bagaimana harusnya amal sesaorang akan menjadi sempurna jika tiada asas mempercayai kepada yang ghaib.
Ada dihuraikan dalam catatan terdahulu akan persoalan ini. Carilah ilmu akan khabaran yang tidak nampak oleh mata, akan perkara yang tidak diketahui , maklumat seperti alam barzah, alam mahsyar, alam azali, alam jin, malaikat, qadho dan qadar. Ia adalah rukun/ wajib percaya.
Macamana manusia nak jadi sempurna jika akal tidak diisi dengan ilmu mengenal Allah dan peraturan/ SOP yang di gariskan .
Uztaz nyatakan , Rasul telah tunjukan cara untuk cerahkan kubur masing-masing. Hendaklah amalkan - istiqomah solat malam. Maksudnya perbanyakan solat-solat sunat. Amalkan solat tahajjud, taubat, hajat. Buatlah juga solat yang tertinggal sebab perkara yang pertama diperiksa dialam mahsyar adalah solat wajib. Umumnya sudahlah yang wajib tidak genap 5 kali sehari, bila bersolat tergesa-gesa. Mana ada sempurnanya. Bagaikan melepas batuk ditangga.
Fikirkan apakah amalan kita yang lain. Bab sedekah jeriah, hak kemasyarakatan, tanggongjawab dalam rumahtangga dan dalam semua amalan kebajikan, dimana hendaklah diletakkan kerana bekasnya tiada.
Allah jelaskan sembahyang itu adalah tiang agama atau bekas yang perlu disediakan. Inilah hendak diperingatkan kepada semua umat islam jangan tinggalkan sembahyang. Allah beri jaminan bahawa amalan solat akan menyelesaikan semua hal bersangkutan fitrah kehidupan manusia. Pelajari terma dan syaratnya. Jangan terpesong jauh.
Dikhabarkan, Alam barzah bagaikan ada jawatankuasa yang menguruskan. Bilamana sampai satu jenazah sampai maka akan dilihat segala dokumen dibawanya. Status mayat akan diasingkan mengikut amalan.
Ada yang disalurkan cahaya dan bauan dari syurga, saujana mata memandang, maka tenteramkan rohnya menunggu hari akhirat.Tertanya hatinya bila lagi alam ini akan dikiamatnya. Telah diketahuinya akan alam yang akan dilaluinya dengan ilmu yang dipelajari, semasa ia berada dialam dunia.
Mayat yang kurang bernasib baik diasingkan dengan suasana alam yang kelam. Rohnya yang tidak dijaga semasa berada dialam dunia berkeadaan muram. Dalam bahasa mudah ianya tidak boleh senyum, kerana jasadnya terlalu banyak dibawa ketawa semasa didunia.
Mayat yang berdosa dengan bapa segala dosa diasingkan. Dipancarkan kepadanya api dari neraka, bauan yang busuk. Kategori ini memang tidak akan tersenyum walau seketika. Tanda zahir semasa hendak dimatikan pun telah ada kepadanya yang tidak baik, sebagaimana yang di gambarkan dalam media tv.
Ustaz sambong lagi. Diriwayatkan akan kisah Firaun. Diberitakan kepada manusia akan keterlaluannya Firaun. Sehinggakan iblis nyatakan, firaun telah istiharkan diri sebagai tuhan, sedangkan kami golongan iblis tidak sanggup berbuat begitu. Kini Mayat firaun dikhabarkan tidak diterima bumi dan tersimpan dalam binaan piramid di Mesir. Itu pun kebanyakan manusia masih tidak tahu hendak memilih yang mana pemata atau kaca.
Ustaz sarankan, latihkan diri menangis kerana Allah.
Bagaimana boleh sesaorang itu mudah menangis kerana Allah. Mungkin menangis oleh ketakutan sesama manusia, takut hilang jawatan atau lainnya .Merasakan tekanan, tengelam punca, kesedihan atau mungkin menangis yang dilakunkan.
Dalam hal membiasakan diri mudah menangis kerana Allah, tiada lain misti kenal Allah. Tanda sesaorang itu beriman, tersentuh hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah. Mengalir airmatanya bila menilai akan diri sendiri. Akan dosa-dosa yang dibuat.
Diberitakan pada hari kiamat, ada api yang bergemuruh, sehingga menakutkan hati yang melihatnya. Sehingga semua berkata nafsi-nafsi (sendiri-sendiri). Hanya Nabi Muhammda saw yang berkata ummati, ummati (ummatku, ummatku). Kemudian keluarlah api sebesar gunung. Maka berkatalah ummat Muhammad yang mahu menolak api tersebut, ”Demi orang-orang yang solat, yang khusyuk, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang berpuasa, kembalilah engkau wahai api.” tetapi api tersebut tidak juga pergi.
Lalu, datanglah Jibril menghampiri Rasulullah dengan membawa air. Dipercikkan air itu kepada api yang sebesar gunung itu, lalu padamlah ia. Bila Rasulullah bertanya apakah air itu? Maka jawab Jibril, itulah airmata ummatmu yang menagis kerana takutkan Allah.
Dalam satu hadis Qudsi, Allah menyatakan bahawa tidak ada 2 ketakutan dan 2 keamanan yang dikumpulkan dalam dada manusia. Siapa yang takut padaku di dunia, maka dia akan aman di akhirat. Barang siapa yang aman dariku di dunia, maka dia akan merasa ketakutan kepadaku di akhirat. Maka janganlah engkau takut kepada mereka tapi takutlah padaKu.
Maka, akan lebih sempurna jika kita mendalami pengertian dalam perintah Allah “Jangan letakkan kecintaan kepada yang yang lain, melebihi kecintaan kamu kepada Allah dan Rasul“. Latihkan diri sentiasa semua urusan kerana Allah. Tiada yang sebenarnya milik kita didunia ini, sekadar untuk gunapakai. Ia bukan matlamat tetapi hanya alat untuk mencapai redho Allah.
Alllah yang memiliki alam dan segala isinya. Neraka dan syurga miliknya. Wajib ikut perintahnya, buat yang disuruh tinggal yang dilarang. Allah dalam firman maksudnya apabila dunia ini hendak dikiamatkan, maka akan dihamburkan gunung-ganang berterbangan seperti debu.
Pada lojik akal bagaimana manusia ketika itu. Mampukah pesawat lari dari suasana itu. Allah berfirman / tegur keangkuhan manusia, jika kamu tidak mahu bertuhan AKU, cari tuhan lain dan keluar dari kolong langit yang AKU cipta.
Sesungguhnya Allah SWT menciptakan air mata sebagai pengingat hamba akan dirinya. Cukuplah ia menjadi penggerak kesedaran, betapa manusia dalam keadaan lemah. Saat ia terlalu bahagia, tanpa sedar ia menangis. Saat ia terlalu bersedih, tanpa sedar ia menangis. Saat itu, ia tahu dirinya tidak ada kuasa akan atas dirinya. Maka celakalah hati yang beku dan mata yang sulit untuk menangis…terutama jika ia seorang pelaku dosa kepada Allah SWT.
Menurut riwayat, seorang lelaki datang menjumpai Rasulullah SAW. dan berkata: “Wahai Rasulullah, dengan apakah saya dapat menjaga diri daripada neraka?” Rasulullah SAW. menjawab:“Dengan lindungan air matamu”
” Tanya lelaki itu lagi: “Bagaimanakah caranya?” Rasulullah SAW. menjelaskan: “Cucurkanlah air matamu kerana takut kepada Allah. Sebab, mata yang menangis kerana takut kepada-Nya tidak akan mendapat seksa.”
Air mata adalah tanda keikhlasan, keinsafan dan petanda bahawa seseorang itu benar-benar takut kepada Allah. Orang yang mengucapkan istighfar sambil menitiskan air mata bererti dia betul-betul menyesali perbuatan yang telah dilakukannya. Orang yang menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, dosanya akan diampuni Allah.
Allah SWT berfirman : “Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan kekhusyukan mereka bertambah”.
Firman-Nya yang lain, ”Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Rabbnya yang tidak tampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar”.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah; …dan disebutkan diantaranya, seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah dalam bersendiriannya kemudian air matanya mengalir”
Nabi katakan lagi “Dua jenis mata yang tidak tersentuh api neraka, pertama - mata yang menangis (disaat bersendirian) di malam hari kerana takut pada Allah SWT , dan kedua - mata yang digunakan untuk berjaga-jaga (pada malam hari) di jalan Allah.”
Dari Zaid Bin Arqom RA , dia berkata, “Seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah dengan apa aku membentengi diri dari api neraka? Rasulullah menjawab, “Dengan air matamu, kerana mata yang menangis kerana takut pada Allah niscaya neraka tidak akan menyentuhnya selama-lamanya”
Dari saat ini mari kita mempertimbangkan air mata kita yang keluar, jangan sampai keluarnya kerana tidak kesampaian keinginan hawa nafsu, jangan sampai kita menangis kerana kebatilan. Jangaan biarkan usia hanyut dalam kerugian. Bijaklah dalam mengeluarkan air mata merupakan pertanda jernihnya hati dan benarnya iman seorang hamba.
Wassalam……
-Masjid Sungai Gelugur P.Pinang
(Terima kasih atas rujukan maklumat / isu yang sama dari media web)

No comments:
Post a Comment