Monday, 11 November 2013

MEMILIH PEMIMPIN


Kuliah subuh .   Cerita pasal memilih pemimpin dari persepsi islam .  Kata ustaz letakkan kehendak agama didepan, duniawi dibawa ke akhirat. Di akhirat nanti akan dibariskan kelompok manusia yang akan diketuai oleh orang yang kita pilih jadi pemmpin. Maka akan ditanya kepada ketua akan apa yang telah di sampaikan kepada ahlinya .

Akan terjadi perbalahan antara ketua dan ahlinya, menyalahi antara satu.  Sesungguhnya  Allah mengetahui apa yang tersembunyi. Satu suasana yang  maha dahshad yang mana telah terbentang dihadapan semua umat manusia akan titian syirat dan  jurang neraka.   Terjadi perbalahan  antara  ahli dan ketuanya dihadapan para malaikat  dI  mizan -  tempar perbicaraan.  Diakhir  nya  maka  ternyata janji Allah itu benar.  Maka Allah memerintahkan malaikat mencampakan ketuanya  bersekali dengan ahlinya  kedalam neraka dengan azab 2 kali ganda kepada ketuanya.


Aku catatkan  ayat yang  pernah aku  baca  dari  surah Ibrahim, ayat  21 :
Dan mereka semuanya dipadang Masyar akan berkumpul menghadapi ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang yang lemah kepada orang yang sombong. " Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah walau pun sedikit sahaja ?. "
Mereka menjawab " Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepada mu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh atau bersabar. Sekali kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri"

Dalam ayat seterusnya  ayat 22:
Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah selesai. " Sesunggunya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepada mu tetapi aku telah menyalahinya. Sekali kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan  sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku. Aku sekali kali tidak dapt menolongmu dan kamu pun sekali kali tidak dapat menolongku.  Sesungguhnya aku pun tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku dengan Allah sejak dahulu". Sesungguhnya orang orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.

Dalam   surah yang sama ayat 44: 

Dan berikanlah peringatan  kepada manusia terhadap hari yang pada waktu itu datang azab kepada mereka, maka berkatalah orang yang zalim; " Ya Tuhan kami, beri tangguhlah kami, kembalikan kami kedunia walau  sebentar masa, nescaya kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikut rasul rasul". Kepada mereka dikatakan " Bukankah kamu telah bersumpah dahulu didunia bahawa sekali kali kamu tidak akan binasa? ".

Aku ambil peluang bertanya. Bagaimana kiranya ahlinya dalam keadaan tidak mengetahui. dijawab ustaz. Jika seringkali  dan  juga berkali kali diperingatkan maka berlaku situasi yang sama , ia  hanyut dengan  caranya  , jauh  dari Allah , maka layaklah ketua dan ahlinya di campakan dalam neraka.

Maka teringat aku satu ayat dari ketua segala syaitan nyatakan  " Didunia dahulu aku tidak paksa kamu ikut aku, aku hanya pelawa. Disini aku pun tak boleh lari dari hukum Allah". Maka  Allah  meletakkan  pula rasa   kesakitan  kesemua umat manusia akan diletakan ke atas iblis laanatullah.

Aku bertanya lagi. Bagaimana jika dalam satu kelompok yang lebih kecil macam ketua dalam keluarga. Dijawab ustaz. Hendaklah diketahui bahawa Allah telah membuat aturan dan  menentukan " Jangan kamu letakkan kecintaan kamu kepada apa yang ada dikeliling kamu melebihi dari kecintaan kamu kepada Aku dan rasul yang aku pilih".   

Dan  di peringatkan juga,

Apa yang yang menjadi tanggongjawab kepada kamu adalah satu amanah. termasuk anak isteri kamu, kerja/ pangkat, dan harta benda kamu. Ingatkan kisah nabi nuh dan anaknya sehingga Allah memerintah dalam situasi ia mengingkari perintah Allah, Dikatakan  Ia  bukan lagi sebagai ahli keluarga kamu. Itu  kisahnya  Allah  dengan nabi. Ia bukan hanya kepada nabi Nuh,  juga kepada nabi  lain sebelum dan selepasnya. Tugas para nabi hanyalah menyampaikan (tabligh).

Aku tanya lagi. Bagaimana boleh jadi sifat harus mengundi atau tidak dalam hal memilih pemimpin. Dijawab ustaz. Tidak boleh jadi hukum harus kerana ia adalah menjadi wajib atau haram. Wajib untuk memilih pihak yang hendak menegakkan agama dan haram memilih pemimpin yang tidak menjadikan islam sebagai sumber hukum.

Maka selepas lontaran  pertanyaaan itu,  pertanyaan bertubi dari jumaah kepada ustaz. Dijawab oleh ustaz dengan kefahaman yang jelas. Maka beruntungkan mereka yang ada dalam majlis ini.

Ustaz sambong lagi. Dalam tempoh 5 tahun  setiap  PRU  jika kesilapan memilih pemimpin ini tidak diperbetulkan dan mati dalam situasi itu maka kita akan berada dalam ahli kelompok yang kita pilih.

Inilah yang dapat aku tuliskan dari kuliah pagi tadi untuk membantu agama dan kefahaman yang aku yakini. Maklumkan kepada kawan rakan handai taulan. Bantu ke arah menegak syariat nabi Mohammad SAW. InsyaAllah. nabi akan menunggu kita di mizan ( Alat penimbang) di akhirat dengan syafaatNya.


 Dapatkan keyakinan berpandukan  pesanan nabi dan al quran. mudahan kita selamat diakhirat.


Wassalam...

Catatan dari  kuliah subuh di surau TLDM  Sungai Gelugur, Penang.


No comments:

Post a Comment