15 / 7/ 2013. Tazkirah
Ramadhan . Tajuk : MENGAWAL NAFSU DAN HATI
Puasa keenam Ramadhan 1434 berlalu. Banyak yang Allah S.W.T janjikan atas kelebihan bulan puasa. Dikhabarkan oleh para ulamak jika boleh mahukan sepanjang tahun itu adalah Ramadzan.
Dalam bulan puasa ini, mai kita tazkirah atas diri sendiri. Selami akan status diri dengan maklumat filter yang Allah maklumkan. Dah bertahun kita mendengar ayat Allah, hadis-hadis. Entah berapa percent sahaja yang kita pernah faham dari tafsir ayat ayat quran. Kalau faham hadis 40 pun dah kira jadi manusia yang baik . Maksud ayat yang dibaca dalam sembahyang pun tak pernah diketahui. Itu sebabnya jiwa kita kosong.
Bab sejarah para nabi, hukum hakam dari kisah yang Allah contohkan darinya. Perintah dan larangan. Fakta atas kejadian alam, pengetahuan atas perkara ghaib. Yang akhir menuntut kepercayaan dan yakin manusia kepadaNya. Itulah rencana Allah. Barulah akan ada kesan positif dalam diri.
Hati yang keras. Sudah tentu ada sesuatu di dalamnya . Dalam siri yang lalu ada di khabarkan hati / qalbu adalah staf yang ada dalam diri yang mana roh adalah sebagai raja . Hati mirip kepada pendirian akan memberi keputusan akan persepsi sesaorang.
Aliran ini tentulah hati itu mendapat arahan dari akal dan akal mendapat maklumat dari ilmu. Terdorong pula oleh nafsu. Harus juga telah dikuasai oleh syaitan, maka terjadilah kerasnya hati. Bagaimana mahu nya hati itu menerima kalam- kalam Allah.

Ubatnya mudah. Kalau kita kenal Allah, kenal para nabi. Tahu akan kehendak Allah dan ambil teladan atas sirah para nabi. Itu pun sudah cukup dimana nak letakkan diri. Itulah sirahnya yang Allah jadikan sumber hukum. Jangan pertikaikan lagi ayat Allah. Perbetulkan akal sendiri. Sesuatu yang Allah tentukan itu tidak ada yang sia-sia.
Adakah bila sesaorang itu tegas bermaksud ia berhati keras. Ambil contoh sirah nabi . Adakah kita pernah dengar akan sirahnya nabi yang telah ditawarkan harta dan pangkat dalam masyarakat arab agar jangan berdakwah. Apa yang nabi cakap. Di nyatakan andainya diletakan bulan dan matahari atas kedua belah tanganNya pun , nabi tidak akan berhenti dari menyampaikan (tabligh) ayat ayat Allah ini.
Dalam hal di atas adakah dikatakan nabi itu berhati keras. Itulah kekuatan islam atas kehendak Allah . Amat beruntung bagi orang yang mahu berfikir. Allah telah beri jaminan akan kemenangan pasti berpihak kepada orang yang bersama menegakkan syariat yang dibawa oleh para nabi.
Lembutkan hati kita. Bagaimana dan kenapa. Apakah yang ada dalam hati yang lembut.. Ia lembut kerana akur dengan perintah Allah. Dalamnya ada keyakinan, kepercayaan kepada Allah dan rasul. Ia yakin akan janji janji Allah / perkara yang ghaib, yang tidak nampak dengan mata. Ada dalam sifat ikhlas. Didalamnya mengandungi harapan.
Sudah tentulah ternyata hati seperti ini telah di tundukan oleh akal yang mendapat ilmu dari syariat yang di bawa oleh nabi. Nafsu dan segala bala iblis/ syaitan tunduk kepadanya. Para iblis dan syaitan tidak mampu berhadapan dengan hati yang berbuat sesuatu kerana Allah. Kerana Allah telah beri kata dua. Allah katakan kepada iblis dalam dialognya :
“ Tariklah seberapa ramai umat manusia anak cucu nabi Adam yang kamu mampu mengikuti kamu. Akan tetapi kamu tidak akan mampu mengganggu umat manusia selagi mereka berbuat sesuatu ikhlasnya kerana AKU”
Iblis dan syaitan itu Allah yang cipta, bagaimana boleh ia mengganggu makhluk Allah yang bernama IKHLAS yang Allah pelihara dari awal hingga ke akhir. Ini lah kunci ilmu yang misti diketahui oleh para manusia.
Akan janji Allah itu dikhabarkan, airmata yang keluar bilamana mengingati Allah itu mempunyai nilai amat tinggi. Sampaikan Allah katakan jika sesaorang itu kasihkan AKU, sesungguhnya kasih Allah kepada umat manusia adalah lebih dekat daripada urat dan halkumnya.
Kerdilnya diri kita boleh bererti bahawa tiada apa yang sebenarnya yang menjadi hak milik. Allah khabarkan apa yang ada dikeliling kamu, harta, anak, isteri, suami , pangkat dan lainnya bahkan diri kita sendiri adalah milik Allah. Ia adalah amanah. Maksudnya hendaklah kamu jalani kehidupan yang ada mengikut jalan yang AKU tentukan. AKU jadikan para iblis/ syaitan sebagai alat menyaring kamu sepanjang kehidupan kamu di dunia. Akhirnya AKU sediakan bagi kamu syurga dan neraka.
Apabila Allah telah nyatakan begitu, apa yang sebenarnya menjadi hak kita. Sekerasmana hati kita akan menuruti kehendak nafsu . Carilah ketenangan hati dengan membuat apa yang Allah perintah, tinggalkan yang dilarang. Bunyinya mudah tetapi laluan banyak duri.
Terdapat tujuh tahap nafsu manusia yang setiap satu ada tingkatannya sendiri. Kita perlu mengetahui apa tiap satunya. Para ulamak menamakan ia ; Tahap pertama Nafsu Ammarah - Nafsu Lawwamah - Nafsu Mulhamah - Nafsu Mulhamah - Nafsu Mutmainnah - Nafsu Radhiah - Nafsu Mardhiah dan ketujuh Nafsu Kamilah. Tahap nafsu pertama dan kedua jelas dua golongan ini akan di rendam kedalam neraka tetapi akan dikeluarkan jika tidak syirik. Akan tetapi tahap ke empat sehingga ke enam adalah manusia sedang berjalan kearah kesempurnaan. Dan tahap ke tujuk adalah dimiliki oleh para nabi/Rasul.
Peraktikan diri untuk berbuat sesuatu kerana Allah. Ia sukar terjadi jika kita kekal berada pada tahap awal. Akan tetapi bila selalu buat semakan akan diri sendiri. Ubah cara hidup sehingga tahap kebergantungan tiada lagi kepada yang lain. Macam ada satu kemanisan dikhabarkan bila sesaorang sampai ke makam yang ke lima dan keenam. Carilah maklumat akan tingkatan nafsu manusia untuk latihkan diri menjadi manusia yang sempurna.
Mudahan kita sekelian tergolong dikalangan orang yang beruntung.
Wasssalam…….
Terima kasih
atas rujukan halaman web lain atas tajuk yang sama.
No comments:
Post a Comment