5 / 8 /2013 - Tazkirah Ramadhan. Tajuk : KEPENTINGAN IKUTI PROGRAM TAZKIRAH
Pagi tadi aku ambil kesempatan bertanya diminit terakhir kuliah akan budaya minta maaf secara borongan. Bagaimana statusnya dosa setahun mohon dimaafkan pada hari raya. Ustaz respon pertanyaan.Katanya kalau dosa yang kecil harus boleh dimaafkan.
Dosa besar tidak boleh diampun secara umum. Ia mesti jelas. Perlu nyatakan satu persatu. Minta ampun maaf sesama manusia terlebih dahulu dan baru minta ampun dengan Allah dengan taubat.

Jika hendak kikis terus dari dari rasa
bersalah, hendak nyatakan satu persatu dan minta maaf / ampun secara ikhlas/
putih hati. Sama seperti hutang wang ringgit. Jika satu dua ringgit harus boleh
dihalalkan tetapi jika ribuan mana mungkin orang akan halalkan.
Orang orang yang memekakkan telinga dari seruan Alah, daripada mendengar, berfikir atas kebesaran Allah , bilamana berada di mahsyar tidak akan dipandang oleh Allah. Saat Allah membuat perhitungan, golongan ini akan berketayangan di mahsyar tanpa diperdulikan. Malaikat pada masa itu bertindak tanpa belas kasihan. Di perjalankan sekelian umat ke titian syirat, dan akan luruh kebanyakanya ke dalam gaung neraka.
Kenapa golongan ini amat liat hatinya menerima seruan para nabi. Kenapa keras hatinya dan pekak telinga dari menerima seruan kebenaran. Itulah. lazimnya didunia ini kalangan orang- orang yang takut akan kehilangan harta, tahta , wanita , empire perniagaan dan lainnya.
Jangan sekali-kali bersifat keterlaluan dalam mengekploitasi dunia sehingga zalim kepada orang lain. Contohnya amat banyak dalam sirah dari Al quran. Mudahan mereka yang terikat hatinya menerima ayat ayat Allah akan selamat dari derita di mahsyar nanti.
Itu sebabnya tugasan program tazkirah menjadi boleh jadi hukum wajib. Perlu di perbanyakan kerana dikhuatiri azab akan diturunkan keatas kelompok manusia berkaiatan. Berapa ramai orang yang boleh menegur melihat kemungkaran. Tegur dengan percakapan, , nasihat , tindakan dan kenapa ramai manusia tidak senang dengan teguran.

Dalam program yang tersusun seperti
dalam masjid dan surau-surau, tazkirah amat perlu dalam urusan membentuk hati
manusia. Berapa ramai manusia yang cenderung hatinya hadir dalam majlis ilmu.
Ustaz sambong lagi; Berbanding dengan sembahyang- sembahyang sunat. Kepentingannya adalah selepas tazkirah. Amat menghairankan kenapa baru-bari ini ada negeri di Malaysia yang melarang program tazkirah dalam antara sembahyang terawikh. Majlis ilmu seperti ini pun tidak ramai yang mai. Kesempatan adakan program tazkirah dalam bulan Ramadhan pula dihalang.
Pembentukan hati-hati manusia, bilamana ia telah dijinakkan dengan ilmu mengenal Allah maka akan berlaku proses pembentukan akhlak dan sifat tanggonggongjawab . Runtuhnya moral genarasi dengan gejala sosial kerana hati telah diselaputi oleh dosa dosa.
Ada empat kategori manusia dalam hal ini.

Pertama: Manusia yang segera minta ampun bilamana tersilap, terlanjur, segera bertaubat dan akan menjaga daripada melakukan perkara yang dilarang dan akan berhati-hati dari sebarang dosa.
Kedua : Manusia yang meminta ampun dari kesilapan tetapi akan terus lakukan perkara yang sama.
Ketiga : Manusia yang berterusan berbuat dosa dan tidak ada keinginan mahu minta ampun.
Keempat : Manusia yang berbuat dosa dan akan segera bertindak balas mempertahankan tingkahlakunya bilamana di tegur.
Apakah yang ada disebalik sifat- sifat empat jenis manusia diatas. Tentunya kita boleh buat analisa. Secara ringkasnya manusia golongan pertama adalah yang akan mendapat rahmat Allah, akan juga mendapat ujian-ujian Alah untuk peningkatan kedudukan disisiNYA. Golongan kedua akan sering mendapat teguran .
Teguran dari Allah boleh berupa kurang
atau kerosakan harta benda, derita sakit , sehinga peringkat diturunkan bala
bencana. Golongan ketiga dan keempat akan diberikan azab dari Allah . Jika dari
kisah para nabi , manusia jenis ini ada kaumnya para nabi diazabkan sehingga di
turunkan halilintar yang mematikannya.
Dalam nada yang keras Ustaz katakan:
Dalam nada yang keras Ustaz katakan:
Tidakkah bergegar hati kita bila
membaca atau mendengar ayat ayat yang berupa ancaman kepada manusia. Kisah yang
dipaparkan melalui kehidupan para nabi terdahulu. Bagaimana tentangan yang
diterima orang orang yang keterlaluan ingkarnya kepada Allah.
Bukankah tugas atau sifat wajib bagi nabi itu - Menyampaikan. Ketentuan selain dari itu adalah urusan Allah . Vision Allah adalah mahu asingkan antara pasir dan permata, hendak di masukan ke syurga atau neraka. Maka dengan itu menyambung tugas seperti yang di perintah kepada para nabi itulah yang wajib bagi kita.
Peranan tazkirah adalah penting membentuk sifat-sifat manusia. Kenalkan hati, akal fikiran dengan ayat ayat Allah. Jangan persoalkan lagi agama yang berasal dari wayhu ini sebab Allah yang punya. Tolong lah walau apa tugas samada menyusun kerusi meja, angkat air, pasang khemah, pasang bena atau apa sahaja yang menjurus kepada mempermudahkan ayat ayat Allah ini disampaikan kepada manusia.
Pasang niat
dalam diri lakukan urusan ini dengan ikhlas. Walau
sekecil mana, Allah tahu sesuatu yang dibuat oleh manusia sebab Allah yang
mencipta sampaikan urat saraf yang tidak normal pun dalam ilmunya.
Tazkirah boleh di dapati dari media masa. Melalui tv, radio, pembacaan. Tanda hati yang mendapat petunjuk adalah suka ia kepada rancangan yang memberi ilmu agama. Berbagai sudut ilmu pengetahuan yang perlu diketahui sebagai penunjuk jalan menuju kepada Allah.
Hati yang tersentuh oleh khabaran dari hadis hadis dan ayat quran adalah bermaksud ia akan menerima hidayah yang akan membawanya akan rasa benci ia kepada perkara perkara yang melalaikan. Dan amat malang bagi sesiapa sahaja yang kerjanya sentiasa menghalang program keagamaan. Ia bererti menempah tempat yang buruk baginya di alam akhirat.
Fitrah kehidupan manusia adalah bermaksud perkara-perkara yang perlu untuk urusan kehidupan atas soal makan minum, pakaian, tidur, perkahwinan dan selainnya, Yang penting dalam hal ini adalah fitrah akan keperluan rohani yang mahu roh itu hampir dengan Allah.
Caranya ?. Ia akan sentiasa meninggalkan apa yang dilarang dan buat apa yang Allah perintahkan. Persoalan roh manusia pernah di huraikan dalam siri terdahulu. Roh adalah raja . Ia memerlukan hati yang bersih/ ikhlas , akal yang berilmu mengenali Allah, nafsu yang tunduk kepada hukum Allah.
Kenalkan diri kepada perkara ghaib yang Allah cipta seperti alam malaikat, alam barzah, mahsyar, syurga, neraka. Semua khabaran dari alam ini adalah wajib di yakini. Serulah kepada handai taulan, hadirkan diri untuk ke majlis-majlis ilmu. Sampaikan ayat ayat Allah kepada manusia yang lain, orang- yang di bawah tanggongan. Orang yang membantu laksanakan syariat dari para nabi pastinya dalam jaminan Allah akan mendapat jaminan keselamatan dunia akhirat.
Wassalam ......

Rujukan dari tazkirah masjid Sungai Gelugur P.Pinang
dan lain-lain laman atas
rujukan isu yang sama.
No comments:
Post a Comment