Monday, 11 November 2013

ISU PERGOLAKAN DI MESIR.



29/9/2013. Tazkirah Subuh.   Tajuk :  ISU PERGOLAKAN DI MESIR.

Pengajaran akan trajedi diMesir , Islam mengajar jika terdapat pertentangan atas dua pendapat hendaklah diselesaikan cara lembut dan hendaklah merujuk kepada sumber yang benar. Dasar Islam hendaklah mengambil permasalahan yang lebih besar, tidak membesarkan persoalan ranting. Perlu jaga kemuslihatan sejagat.

Mengupas isu diatas, yang menjadi tujuan utama adalah perebutan penguasai politik Mesir.
Masalah dalaman akan pertembungan dua kumpulan haluan Islam sebagai alat melemahkan politik islam.

Ustaz jelaskan secara luas akan isu ini akan matlamat kuasa luar ke atas umat islam. Pembunuhan keatas ulamak-ulamak dan isu yang di besarkan mengenai ahli sunnah waljamaah dikatakan tidak mencintai nabi. Dan ada yang mahukan isu diatas perlu merujuk kepada penyelesaian ikut sunah.

Isu adalah:-

Pertama. Keadaan pemimpin telah biarkan diri mereka dikuasai oleh kuasa luar. Kepentingan dan matlamat kuasa luar untuk tundukan pengaruh dunia islam dan penguasaan dunia arab.

Kedua. Ada gerakan membunuh para ulamak. Ini adalah trend semenjak dahulu menjadikan para ulamak sebagai sasaran.

Ketiga. Berlaku pertembungan dua kumpulan Islam. Ikwanul muslimin dianggap sesat. Isu kumpulan Syiah cop sunnah waljamaah tidak cinta nabi.

Bumi Mesir, antara negara yang bersempadan dengan Palestin memang sentiasa dalam radar Amerika, Yahudi dan Israel dalam usaha mereka terus menindas dan menekan rakyat Palestin.

Jika selama ini ada laluan terowong dibuka, rakyat Palestin ada tempat untuk melarikan diri. KIni dengan penutupan dan pemusnahanya mereka jadi terkepung dan tidak boleh lari ke mana-mana lagi. Dalam isu Mesir, jelas matlamatnya Amerika/ yahudi menguatkan kuasa Israel di Palestin.

Dr Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir melalui pilihanraya yang sah dan demokratik setelah kerajaan pimpinan Hosni Mubarak yang penuh dengan penyelewengan, pembaziran, kemewahan dan pelbagai salah guna kuasa selama 30 tahun ditolak oleh rakyat negara itu.

Apabila Dr Morsi yang bersih peribadi dan akhlak keluarganya juga terpuji memimpin Mesir, kuasa-kuasa Barat terutama Amerika nyata tidak senang dengan beliau. Pelbagai alasan dan kelemahan dicari untuk menyingkirkannya. Dr Morsi dianggap mengancam Israel.

Penggulingan Dr Morsi bukanlah kerana kerajaannya tidak memenuhi aspirasi rakyat tetapi kerana diganggu-gugat secara halus oleh tangan-tangan ghaib yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam itu. Kemenangan Dr Morsi adalah kemenangan majoriti iaitu 52 peratus suara rakyat dalam pilihanraya lalu tetapi golongan liberal dan sekular sentiasa mahu menjatuhkannya.

Selain mempunyai kedudukan Mesir yang strategik untuk memainkan peranan penting dunia Arab, Mesir juga strategik bagi negara-negara di Afrika. Mesir merupakan jambatan yang baik dari sudut geografi, sosial, ekonomi, dan etnik.
Kerana itu Mesir sangat penting sebagai negara transit untuk menguasai Asia Barat dan Afrika.

Cara AS menguasai Mesir adalah menguasai tenteranya dan memastikan Presiden Mesir dalam kalangan pemimpin tentera. Mursi bukan pemimpin tentera tetapi teraju pergerakan Islam yang memberi ancaman kepada Barat.

Hal-hal yang berkaitan yang boleh meruntuhkan empare Islam adalah juga isu sabotaj. Sudahlah kuasa telah hilang tetapi teknik sabotaj digunakan mengambarkan keburukan oleh pihak yang menang. Inilah diantara yang banyak berlaku dalam mana-mana bahagian dunia yang mengamalkan kehidupan ala rimba.

Kaum Yahudi adalah sebagai alat yang dipergunakan oleh iblis untuk bergerak menyaingi turun naiknya Islam. Dalam Quran juga Kaum ini telah dicop sebagai satu kaum yang tidak boleh dijadikan rakan karib. Mereka membunuh para nabi. Sesungguhnya ini adalah urusan Allah yang mahukan umat manusia yang akan disaring masuk ke syurga.6

Yahudi telah merancang dalam hal merosakan umat islam seperti dalam matlamat 5 S iaitu Song/Skrin, Spirit, Sex, Sport & Smoke .Kini budaya ini menjadi sebahagian daripada hidup kita. Sehinggakan kita merasakan terlalu biasa melakukannya, dan terasa kolot sekali untuk meninggalkannya.

1. Song/ Skrin. Dileka dengan hiburan sampai menjadi lalai, mengabaikan ibadat dan pelajaran…itu sudah salah. Usahlah merungut sebagai pelajar tak cukup masa nak ulangkaji dan tak ada masa nak buat kerja lain (kelas Quran, kelas Arab, tafaquh agama, ziarah sahabat) kalau tengok movie dan main game boleh sampai tengah malam.

Selain berupaya melalaikan kita, majoriti daripada hiburan mengandungi unsur-unsur yang sangat keduniaan, memuja wanita secara berlebih-lebihan, pornografi, keganasan dan lain-lain lagi. Bahkan banyak juga hiburan zaman kini yang tiada motif atau mesej yang ingin disampaikan. Hanya untuk keseronokan semata-mata.Sedar atau tidak, unsur-unsur sebeginilah yang diterapkan untuk genarasi. Sehari setitik hitam, lama-lama keraslah hati kita. Itu sebabnya cahaya iman tidak masuk ke dalam hati orang yang berbuat maksiat.

Lihatlah kebijaksanaan Yahudi. Cukup sekadar menjadi perintis memperkenalkan hiburan dan trend saban hari, seluruh dunia mengikut jejak mereka.
Bahkan setiap negara itu sendiri yang akan berhabis mengeluarkan modal untuk memajukan industri ini

2. Spirit. Membudayakan minum alkohol. Lihatlah kenapa Islam mengharamkan arak ini..kerana ia mencetuskan mudarat yang bersambung-sambung dan menjejaskan bukan sekadar diri sendiri malah orang sekeliling kita.
Dikisahkan anak Saidina Umar telah menghadiri satu majlis keramaian. Di majlis itu dihidang arak. Dia dipelawa minum arak itu, tetapi ditolak oleh anak Saidina Umar kerana tahu akan haramnya arak. Rakan-rakannya tidak putus asa dan mempelawanya lagi, sedikit sahaja, kata mereka. Anak Saidina Umar pun minum sedikit dan beliau telah mabuk. Dalam perjalanan pulang, dia telah berzina dengan seorang wanita kafir. Wanita itu telah mengandung dan setelah melahirkan anaknya, dia pergi menuntut haknya kepada Umar. Setelah memastikan kebenaran kata-kata wanita ini daripada anaknya, Umar sendiri yang menjalankan hukuman sebat 80 kali ke atas anaknya.

3.Sex. Firman Allah bermaksud “Janganlah kamu mendekati zina” sudah cukup jelas menghalangi kita daripada hal ini. Unsur-unsur seks diterapkan dalam lagu, filem, iklan, komik, dan lain-lain lagi dan menjadi kebiasaan dalam kehidupan sehari-hari. Media tanpa sempadan adalah strategi yahudi. Unsur porno yang tiada batasnya dalam internet. Perkara ini dilihat rutin tanpa sesiapa yang berusaha bersungguh menghalangnya.

Selain media, budaya percampuran lelaki dan wanita dikembangluaskan sehebat mungkin tanpa ada batasan dan sempadan. Islam mengharus namun ada batas-batasnya. Sistem pendidikan yang dahulunya diasingkan telahpun digagaskan untuk dicampurkan, sedangkan telah terbukti kualiti dan kecemerlangan sekolah-sekolah yang sama jantina adalah sangat baik. Lihat sahaja contoh-contoh di tanah air kita sendiri.. Lihat lagi pada ma’had-ma’had tahfiz, kebanyakannya diasingkan pelajar lelaki dan perempuan.

4. Sports. Letak bola sebiji, beribu-ribu orang tak solat Magrib di stadium.
Ini yang banyak berlaku. Bersukan hukumnya harus, dan perkara harus kalau dibuat secara berlebih-lebihan atau tidak kena pada tempat dan masanya akan membawa mudarat. Namun jika dilakukan berpada-pada , tiada masalah. Melalui sukan kita dapat menyihatkan tubuh badan kita, dapat mengeratkan silaturrahim, dapat menghayati alam dan lain-lain lagi. Maka, pada ketika ini, ia amat digalakkan.

Masalahnya lebih kepada yang leka sampai mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Kalau semua tanggungjawab sudah diselesaikan, pelajaran sudah diulangkaji, ia menjadi positif.

5. Smoke. Siapakah yang mula-mula mencipta rokok? . Rokok merupakan ciptaan agung dan paling membanggakan bangsa Yahudi. Selain itu, fakta membuktikan, bahawa tiada satupun syarikat rokok di dunia ini yang tidak dipunyai oleh orang Yahudi. Namun,adakah mereka merokok? Tidak sama sekali. Malahan mereka tidak membenarkan perokok menghadiri majlis dan conference mereka.

Lihatlah betapa bijaknya mereka mencipta sesuatu yang memudaratkan orang lain, dan betapa tidak bijaknya kita menghisap rokok ciptaan Yahudi itu. Jangan berbangga dengan merokok.

Smoke di sini merujuk kepada rokok, syisya dan lain-lain lagi bentuk rokok. Merokok bukan sekadar membahayakan diri sendiri malah orang lain di sekeliling kita yang tidak bersalah juga turut mendapat kesan buruk daripada perbuatan kita. Merokok menunjukkan kita tidak bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah anugerahkan kepada kita.

Oleh sebab itu. Bila kita telah diberitahu itu adalah agenda yahudi kenapa kita biarkan diiri dikuasai oleh cara hidup mereka. Untuk melawan musuh, kita harus mengenal pasti senjata-senjata yang dilontarkan ke arah kita. Paling penting bagi kita adalah kembali kepada fitrah, kepada Quran dan sunnah sebagai pegangan kita, dan satu-satunya yang diwariskan Nabi untuk kita.

Wallahualam ….

- Masjid Sungai Gelugur, Pulau Pinang


Terima kasih atas rujukan isu yang sama dari media web

No comments:

Post a Comment