ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Tazkirah Selepas Hari Raya Puasa di Surau TLDM Sg Gelugur telah menjemput Imam muda Ustaz Asraf sampaikan kuliah subuh.....
Sesuatu yang berlaku itu adalah atas kehendak Allah. Ia mempunyai sebab/ thabit yang menghubungkan antara satu. Kebanyakan manusia salah terima. Tidak berfikiran jauh dan bertindak diluar kawalan.
Dikhabarkan Imam Ahmad Hambal seorang ulamak besar telah diperlakukan oleh Allah. Disatu ketika dengan keadaannya rutin tidurnya bertukar tempat mesjid/ musalla dimana-mana tempat pengajian ilmu. Ia telah sampai disatu masjid tetapi telah dihalau oleh pekerja masjid/ tok siak , tiada pilihan lain lalu ia tidur dikaki lima mesjid.
Imam Ahmad Hambal berfikir panjang kenapa malam ini ia di perlakukan demikian. Sepanjang ia tidur bertukar mesjid tidak berlaku yang demikian. Ia tenggelam dalam tandatanya akan tetapi fikiranya mencari sesuatu hikmah atas yang berlaku.
Seorang hamba Allah pembuat roti juga tidak mengenalinya lalu mempelawaya tidur ke rumah. Dalam jalanan ia dibawa ke kilang roti untuk tugasan rutin. Dilihat oleh imam Ahmad Hambal akan pekerja kilang roti itu berkeadaan mulutnya sentiasa menyebut sesuatu. Lalu ditnya apa yang sering disebut. Tidak lain itulah zikirulllah sepanjang roti yang di prosesnya.
Ditanya atas keistimewaan amalan itu yang telah didapati dari Allah. Ia menjawab ada masanya Allah berikan sesuatu ketika Ia hanya baru berniat tetapi Allah telah berikan sebelum ia berusaha ke atasnya. Ditanya lagi apa yang ia berhajat. Lalu ia berkata Ia ingin bertemu dengan Imam Ahmad Hambal.
Apabila didengar oleh Imam Ahmad Hambal, lalu ia menangis. Tersedarlah ia akan sebab doa orang ini telah diperkenankan Allah mahu ketemu dengannya. Itulah yang menyebabkan ia di halau keluar dari masjid. Maka lalu dikhabarkan kepada hamba Allah berkenaan Dialah Imam Ahmad b Hambal.
Apakah mesej yang Allah mahu sampaikan atas kisah tersebut. Jelasnya kepada kita, kawallah diri apabila kita tidak menyukainya. Latihlah diri selalu beristighfar dan berselawat kerana ia akan memberi kebaikan kepada diri kira. Dengan itu hati akan menjadi tenang, damai dan terasa mempunyai harapan untuk menghadapi masa yang akan datang. Sukar untuk diungkapkan kata-kata, tetapi manisnya dapat dirasai. Selalu ada harapan bagi yang berusaha, cubalah buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri.
Allah juga secara langsung mahu tingkatkan makam disisiNya. Jangan anggap sesuatu yang Allah rencanakan itu sia-sia. Allah telah merencana sedari awal akan sesuatu itu. Termasuk turun naiknya kekuatan islam dialam ini sehingga dunia dikiamatkan.
Manusia hendaklah memahami konsep qadho dan qadar. Allah yang merencana sesuatu kehidupan. Allah mahu Qadho sesuatu itu tanpa dijangka oleh kita. Allah hubungkan tindakkan sesaorang itu kepada tindakbalas sesaorang dan yang lebih besar yang Allah mahu laksanakan percaturan dalam alam ini akan pengistiharan janjinya dalam Al Quran. Ia adalah peristiwa / graf yang telah di catatkan oleh Allah.
Akan wajibnya kepada kita adalah bertindak atas sesuatu itu hendaklah bersandarkan kepada hukum. Jangan sesekali atas dorongan nafsu di kuasai oleh iblis. Sebab makhluk iblis ini diberi keistimewaan boleh bergerak dalam darah dan nadi manusia. Namun begitu makhluk iblis/ syaitan tiada daya upaya jika makhluk Allah yang bernama Hati dan Akal ini tiada sifat mazmumah didalamnya. Nadinya bergerak seiring dengan zikirullah.
Renungkan satu peristiwa besar janji Allah akan berlaku sebagai tanda akhir zaman. Islam dinyatakan akan menguasai dunia ini dalam satu jangkamasa yang ditentukan. Zaman itu bermaksud dunia ini penuh dengan teknologi. Jika pakai hukum akal tidak mungkin islam boleh menang dengan tekanan kaum kafir/ yahudi. Zaman tersebut kehidupan dunia pakai hukum rimba. Siapa kuat dia raja.
Perlu ingat bahawa Allah mahu saring umat manusia yang beriman untuk dihadiahkan ganjaran syurga. Kata ustaz, Hampa mahu dunia ikutlah depa, sokonglah apa yang depa mau buat. Hampa tak mau kenal Allah dan rasul , tunggu azab Allah mai.
Tahukah atau percayakah tuan akan kisah benar nabi Isa akan kembali kedunia ini. Baginda akan berimamkan imam Mahadi yang membawa syariat Nabi Mohammad. Ini adalah khabaran wahyu kepada Nabi Mohammad. Berapa umur nabi Isa kini.
Macamana Nabi Isa akan dapat sokongan dari umat manusia zaman ini. Jalan ceritanya tentulah Allah yang punya rencana. Ini bukan pakai hukum akal. Kalau Quran yang berkata, jangan ada yang berani pertikaikan.
Janji Allah lagi berlaku diakhir zaman. Allah juga nyatakan ; Dunia ini akan dikiamatkan bilamana tiada lagi manusia yang tahu bersyahadat, maksudnya tiada lagi suara azan. Siapa umat yang ada dizaman itu. Itulah anak cucu cicit kita. Bila akan berlaku hari kiamat. Nabi katakan Allah sahaja yang tahu tetapi ditunjukkan panjang jari telunjuk dan kelingkingnya, Telah dekat katanya. Kini telah 1436 tahun hijrah. Hitung bahagi 75 tahun, Kita adalah jenerasi ke 20 selepas nabi.
Akan apa yang diketahui melalui ayat- ayat Allah, dunia ini pun hancur, gunung ganang berhamburan seperti debu. Alam inilah ditukar suasananya sebagai padang mahsyar. Satu masa lain diturunkan hujan yang pekat seperti air mani yang akan menghidupkan kembali manusia, tumbuh seperti cendawan. Semua ruh dikeluarkan dari tempat simpanannya dan akan masuk kembali kedalam jasad masing-masing. Dihadapannya terbentang syurga dan neraka.
Jika mahu tahu akan persoalan akhirat lebih mendalam, tanyalah yang lebih arif. Tahap yang paling tinggi, akan sekelian umat yang berada di syurga mahu pula melihat bagaimana rupanya Allah. Maka Allah telah perkenan permintaan itu. Lalu dibukakan zat Allah. Bila terpandang semua umat terus fana/ keasyekan. Allah sahaja yang mengetahui.

Wassalam......
Catatan kuliah oleh imam muda Asraf
Catatan kuliah oleh imam muda Asraf
No comments:
Post a Comment