15/6/13. Catatan Tazkirah . Tajuk: MENDAPATKAN REDHO ALLAH
Muqadimah kuliah subuh tadi, ustaz menarik perhatian mengetahui tanda adanya kasih sayang Allah pada sesaorang . Jika sesaorang itu suka lakukan sesuatu yang dilarang, itu bermaksud ia jauh dari kasih sayang Allah. Jika sebaliknya bererti Allah sayang kepadanya. Ustaz sering perkatakan jika baik hati/qalbu itu maka akan baik seluruh pancaindera yang lain.
Katanya urusan akhirat hendaklah kita junjung, urusan dunia kita kelek dan juga tidak mungkin semuanya akan dapat apa yang kita mahu. Berjalan dalam alam ini ada hadnya. Dalam jangka hayat kita yang tidak sampai pun 80 tahun berbagai yang kita temui semenjak dari alam bayi – kanak-kanak – remaja – dewasa – tua dan akhirnya ke alam akhirat. Injin (jantung) yang telah berjalan semenjak dalam rahim ibu sampai masanya akan dimatikan. Hitung sendiri berapa lama lagi umur kita boleh bertahan dalam dunia ini.
Terlalu mahal harganya jika dari usia muda kita telah meletakan diri dalam kelompok manusia yang baik. Dan amat rugi jika sehingga usia tua masih lagi tiada fokus hatinya untuk menjadi manusia yang sempurna. Bagaimana hendak membimbing ahli keluarga jika kita tidak mengerti hukum. Kalau kita sahaja yang mendirikan solat tetapi ahli keluarga yang lain tidak, sama keadaannya kita yang membena rumah tetapi seharian pula diruntuh oleh ahli keluarga.
“Jaga ahli keluarga kamu dari api neraka”. Itu adalah amanah dan tanggongjawab. Akan dipersoalkan kesempurnaannya segala yang telah diamanahkan. Tidak akan terlepas kita dari pendakwaan dihadapan Allah. Yang Allah mahu kita kita tidak lepas tangan. Allah tahu kemampuan kita, ilmu yang dimiliki dan yang paling utama adalah keikhlasan hati kita.
Perencanaan Allah itu pula melebihi dari segalanya. sepertimana kisah nabi Lut terhadap ahli keluarganya sendiri. Sehinggakan Allah menyatakan bahawa anaknya bukan lagi dari ahli keluarganya. Alangkah sedihnya nabi Lut. Telah diperingatkan tetapi kerana keingkaran terhadap Allah. Patuh kepada Allah melebihi kasih sayangnya kepada anak. Bukankah kisah ini menjadi sebahagian dari sumber hukum.
Bab solat adalah perkara kedua diperiksa semasa melalui sekatan perjalanan dititian sirat.
Aku ambil
kesempatan tanya, Dalam situasi sehingga hendak sampai ke sebarang titiansirat
berapa peratus orang sahaja yang tinggal . Ustaz jawab, itu sebabnya Allah
nyatakan ada beberapa golongan tertentu yang terselamat . Malah tidak terkena
bahangnya api neraka. Hendaklah kita berusaha bersunguh - sungguh termasuk
dalam kelompok tersebut. Amat malang jika masih ada yang tidak mahu ambi l tahu
orang yang bagaimana yang Allah selamatkan.
Menangani tingkah laku manusia bermula di peringkat kanak kanak- remaja- dewasa,- tua, inilah yang memerlukan pendekatan berhemah dan ada kalanya perlu peringatan yang keras. Inilah yang menjadi tugas kepada para ustaz dan para daee sampai kemati. Supaya sentiasa memberi peringatan sesama manusia. Allah telah jadikan satu dari sifat wajib bagi para nabi adalah menyampaikan (Tabligh) .

Allah katakan sampaikan kepada umat manusia akan wahyu yang diturunkan, perintah dan ancaman Allah. Penerimaanya dikalangan manusia adalah urusan AKU. Inilah tugasan-tugasan yang Allah hendak berikan markah bonus kepada manusia untuk mendapat syurga Allah.
Tidakkah mahu manusia mahu meningkatkan nilai keimanan diri. Kalau kita yang rata rata telah mencapai usua 50 an pun tidak tergerak hati mahu menjadi manusia lebih baik dari sebelumnya. Itu bermakna Allah kurang menyayangi. Jika kita berjalan ke arah Allah, Allah akan berlari kepada kita. Malah Allah lebih dekat dengan kita lebih dekat dari urat dan halkum.
Ustaz menyentuh pendengar.
Para jumaah
yang hadir pada subuh ini adalah manusia yang terpilih dari kalangan manusia
yang ada di kariah ini. Berapa ramai umat islam yang ada di keliling kita masih
lena. Bukannya meraka tidak mendengar melalui pembesar suara.
Mudahan kita
termasuk dikalangan orang yang beruntung. Nilai solat subuh berjumaah terlalu
besar. Rasullulah katakan umatnya akan datang berpapah datang solat berjumaah
jika tahu akan kelebihan yang Allah beri. Dirikan tiang agama ini, perkara lain
akan selesai.
“Dunia ini hendaklah di jadikan alat untuk dapat syurga.”
“Dunia ini hendaklah di jadikan alat untuk dapat syurga.”
Ayat ini telah biasa aku dengar. Tetapi tidak
ramai yang mengerti cara mana yang telah Allah perintahkan. Ustaz lanjutkan
huraian. Disebabkan kita hidup dengan fitrah keperluan makanan dan minum dan
lainnya, dunia ini adalah perlu. Dimana pun kita berada tanam niat dari awal,
urusan untuk kehidupan didunia ini adalah kerana menjaga amanah. Jangan silap
perimbangan tersasar dari niat. Ambilah masa / kesempatan yang ada datangi
dapatkan ilmu agama.
Ustaz peringatkan para jumaah akan sikap manusia yang suka bertangguh untuk buat kebaikan. Jika ingin membantu, bantulah yang terdaya. Jika ingin mengubah diri jangan tunggu usia dah tua. Itu pun hutang kepada Allah bertimbun. Mana solat, puasa yang ditinggalkan, dosa yang menggunung. Nabi Adam buat satu dosa lalu dibuang dari syurga ke dunia. Kita dari dunia hendak ke syurga. Telah banyak mana lakukan dosa. Kita kena kayakan diri ilmu mengenal diri, nanti akan kenal Allah dan rasulnya.
Ustaz katakan lagi jangan buat amalan dengan riak. Ia adalah jarum iblis. Amat sukar manusia berhadapan dengan soal ini. Rajin solat, membaca quran, nampak rajin kerana orang, sampaikan jika katakan sebab makan ubatlah menjadikan kita sihat, pun telah tergelincir dari landasan konsep ketuhanan.
Inilah perlunya kita mengetahui ilmunya tentang bagaimana nak ikhlaskan hati kerana Allah. Paling tidaknya tahu bagaimana ada perjanjian Allah dengan iblis semasa permintaan iblis diperkenankan oleh Allah. Dimana umur iblis dipanjangkan sampai beribu tahun. Dibenarkan tarik seberapa ramai anak cucu nabi Adam menjadi pengikutnya. Tetapi Allah telah katakan tariklah sebarapa ramai yang kamu boleh. Akan tetapi kamu tidak ada daya walau sedikit pun akan orang yang berbuat sesuatu ikhlasnya kerana AKU. Inilah kunci yang wajib diketahui.
Ketahuilah juga akan ilmu konsep Qadho dan Qadar Allah. Qadho adalah ketentuan Allah dan qadar adalah sesuatu yang boleh berubah. Untuk mudah difahami, jika ketentuan sesaorang itu mati kerana terjatuh. Ia boleh berdoa, jika ia biasanya ia berulang alih naik kapal terbang, qadarnya ia akan mati jatuh terhempas kapal terbang. Akan tetapi sebab doanya ia mati berubah kerana terjatuh dari kerusi. Mati tetap mati.
Catatan kebaikan sesaorang akan berterusan. Contoh bilamana biasanya ia hadir berjumaah tetapi disebabkan keuzuran syarie ia masih dicatat hadir atas kerana niatnya untuk hadir.
Jaga sumber makanan dari yang haram. Kerana ia akan jauhkan dari rahmat Allah. Daging yang tumbuh dari yang haram akan bersihkan oleh api neraka sehingga yang benar-benar bersih. Doa juga tidak diterima. Akan hilang taufik dan hidayah Allah.
Makan berlebihan dari makanan yang halal pun akan mengurangkan nur Allah. Ia akan mengeraskan hati dan rasa berat untuk ibadah. Allah perintahkan makanlah bila rasa lapar, berhenti makan sebelum kenyang. Allah galakan kita berpuasa sunat. Sesungguhnya amalan ini akan memberikan kesihatan kepada kita.
Wassalam……..

No comments:
Post a Comment