30/11/2013. Tazkirah Subuh. Tajuk : SIFAT HATI KEKASIH ALLAH
"Wahai manusia, beribadahlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan umat sebelum kamu. Mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa."
Suratul Baqorah ayat 21. .
Alhamdulilah bersyukur kita kepada Allah S.W.T, dengan rahmah kurnianya disubuh yang baroqah mulia ini. Mendapat rahmat sihat walafiat, dipelihara dan mendapat nikmat islam, membaiki ukhwah dan istiqomah denganya untuk kita menjunjung perintah Allah SAW. Menjalankan tuntutan ajaran agama islam. Kita dituntut beriman dan berpegang teguh denganya. Sehinggalah kita kembali kehadrat Allah S.W.T.
Dalam perlaksanaannya berpandukan petunjuk dan bimbingan dari Rasullulah S.A.W. Untuk memastikan amalan kita bersih dari unsur-unsur bidaah. Melaksanakan perkara yang diajar oleh Nabi S.A.W, samada dari segi akidah dan syariahnya atau dari segi akhlaknya, yang akan membawa kita mencapai satu tahap amalan. Itulah yang menentukan kita layak atau tidak untuk mendapat ganjaran dari Allah.
Apabila sesaorang itu melaksanakan amalan itu tidak mengikut piawaiannya, Ia tidak layak untuk diberi ganjaran oleh Allah SAW. Maka sikap cuai seperti itu akan membawa kepada penyesalan setelah berada dialam akhirat.
Seperti yang diperingatkan oleh Allah dalam suratul Mukminun, ayat 99 -100, Allah SAW mengingatkan;
Sehingga apabila Allah S.W.T kuatkuasa kematian kepada sesaorang, ia pun berkata kepada tuhan. "Wahai tuhanku, tolong kembalikan aku kedunia supaya dapat aku sempurnakan amal soleh yang aku tinggal semasa aku berada diatas dunia dahulu" .
Maka Allah menjawab. "Sekali-kali tidak, Itu tidak lebih dari khilaf kamu semata-mata. Dihadapan kamu adalah barzah, yang kamu akan berada dialamnya sehingga hari kiamat, hari kamu akan dibangkitkan".
Itulah pesanan oleh Allah akan situasi manusia ketika berada dialam dunia dahulu berkeadaan cuai. Ia telah gagal memenuhi keriteria yang ditetapkan oleh Allah S.W.T Segala perbuatannya tidak diiktiraf oleh Allah sehingga tidak mendapat apa-apa balasan kebajikan dariNya. Kembalinya ia kepada Allah dalam keadan orang yang amat malang.
Sepanjang kita menjalankan tanggongjawab yang diamanah oleh Allah, Nabi S.A.W berpesan dua perkara iaitu;
Penilaian Allah adalah apa yang ada dalam hati/ qalbu kamu dan
bagaimana kamu melaksanakan amalan kamu.
Para ulamak khabarkan ada tujuh perkara yang perlu ada dalam hati dan tujuh perkara yang perlu dibuang dari hati. Hendaklah kita sentiasa semak dalam diri masing-masing.
Pertama. Berkaitan dengan makrifatullah. Iaitu Kenali Allah SAW. Jika telah kenal Allah akan wujud situasi Allah akan sentiasa berada dengan kita, maksudnya hati yang berbuat sesuatu kerana Allah. Kenali utusan Allah. Ia bermaksud kenali para nabi dan patuh apa yang diberitahu.
Berbuat cara yang nabi lakukan, sepertimana cara solat yang dilakukan. Dalam quran tiada diterangkan cara bersolat tetapi ditunjukajar oleh Nabi S.A.W. Berbuat sesuatu dengan cara tidak mengikut sunah nabi ianya akan tertolak. Ianya hanya menjadi bahan tertawaan syaitan. Setiap hari amalan itu dipandang oleh syaitan. Ia tahu bagaimana cara yang Nabi S.A.W lakukan. Ia akan gembira bila manusia terus berada dalam kesesatan.
Jika dalam bab solat, syaitan tidak mahu manusia belajar cara yang betul. Manusia itu pula tidak mahu belajar cara yang betul, akhirnya ia menjadi bahan sendaan para syaitan. Contohnya cara ruko' , sunah Nabi S.A.W nyatakan kedua belah telapak tangan perlu berada dikepala lutut, bukan di tulang betis. Ini bukan cara nabi. Ketika inilah syaitan akan ketawa. Perkara kecil seperi ini kita tidak ambil kisah, akan tetapi kesannya cukup besar.
Makrifat kedua ialah mengenal agama Allah. Tanpa agama kita hidup seperti haiwan. Jangan kamu mati melainkan dalam keadaan islam. Bila telah ada makrifatullah maka akan terbuang sifat jahil. Barulah amalan kita ada ganjaran oleh Allah. Jika sesaorang tidak kenal Allah, sampai saat ia dimatikan, ia tidak boleh bersyahadah.
Jika sempurna iman dan amalannya, tidak perlu disebutkan Allah ditelinganya. Berdenyut nadinya dengan kalimah Allah. Jika sebab kematian kerana terbakar, walau pun tubuhnya rentung tetapi ruhnya tetap dalam naungan Allah. Saat kesakitan ia kembali kepada Allah sehingga malaikat mengambil ruhnya.
Setiap kematian itu ada thabitnya. Apa juga sebabnya , ia sebagai satu qadho baginya . Pada saat kematiannya ia redho dengannya, Allah akan beri rahmat kepadanya. Walau pun kalimah tidak dapat diucap oleh mulut tetapi yang dilihat Allah pada saat sakratulmaut apa yang ada dalam hati. Dipesan oleh Nabi S.A.W, hati kita perlu teguh, tidak goyang walau apa pun datang kapada kita.
Makrifat ketiga adalah ada sifat yakin dalam hati. Tiada yang lain melainkan Islam agama aku, Allah itu tuhan aku dan Nabi Muhammad itu nabi aku. Akan perkara qobul iaitu perakuan kita itu disebut oleh mulut, dibenarkan oleh hati/akal dan dibuktikan dengan amal. Tidak boleh sebahagian di ikuti dan yang lain dilanggari. Perbetulkan akal dan pemahaman kita, jangan sekali-kali pinda mengikut nafsu.
Makrifat keempat adalah taat kepada Allah. Perlu ada perinsip asas iaitu hendaklah taat. Jangan ada anggota taat tetapi hati tidak taat. Ini akan berlaku kehidupan yang berpura-pura. Hubungkait dengan ini ia beri impak kepada akal. Akan keluar kalimat-kalimat yang tidak baik dari mulut. Hendaklah pastikan hati kita taat jauh dari maksiat.
Makrifat kelima adalah keikhlasan kepada Allah S.W.T Ikhlas adalah amat penting kerana bersangkutan oleh keputusan yang dibuat oleh hati dan akal. Ini adalah penilaian Allah. Allah tahu apa yang ada didalam diri kita, sejauhmana dapat mempertahankan ketaatan kepada Allah.
Makrifat keenam adalah ada rasa takut kepada Allah. Perasaan takut kepada Allah sebagai kesan dari penguakuasaan Allah terhadap aturannya. Allah katakan apa yang kamu buat, fikirkan dan seluruh gerak geri, percakapan adalah dalam pengetahuan Allah. Jika keimanan yang sempurna , rasa takut berbuat perkara yang dilarang terpahat dalam hati. Akan melahirkan amal soleh. Tanamkan rasa benci apa yang iblis suka.
Makrifat ketujuh ialah mahahbah ia itu kasih cinta kita kepada Allah dan rasul adalah segala-galanya. Disana akan ada rasa ketenangan, kemanisan sepanjang kita menjaga hubungan denganNya. Ada sesuatu yang tersirat dalam ayat itu. Mudah untuk difahami adalah sifatnya manusia itu mudah hilang perimbangan jika sesuatu yang disayang hilang darinya. ia akan akan berkeadaan tidak menentu. Akan tetapi jika dianggap sebagai penjaga amanah, keadaan dirinya akan lebih terkawal.
Jika ada tujuh perkara diatas dalam diri sesaorang ia amat dicintailah Allah. Ini adalah yang perlu ada dalam hati. Sesiapa yang ada ketujuh-tujuhnya amat berbahagia ia sepanjang hayatnya. Bila- bila masa Allah akan layan kita.
Mudahan Allah beri kita kekuatan untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Wassalam.....
Catatan tazkirah adalah dari rakaman suara.
Masjid Sungai Gelugur, Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment