Saturday, 29 August 2015

MEMAHAMI IBADAT SOLAT

Tajuk : MEMAHAMI  IBADAT SOLAT

Assalamualaikumwarahmatullah ......
Ya Allah ya Tuhan kami ajarkan kami perkara yang kami tidak tahu, peringatkanlah  kami perkara yang kami tidak ingat.
Selamat sejahteralah bagi mereka yang mengikut petunjuk oleh Allah S.W.T.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian,
Marilah kita merafakkan syukur kepada Alllah S.W.T diatas nikmat yang Alah berikan kepada kita, nikmat sihat , nikmat hidayat dan nikmat pertolongan dari Allah. Mudahan  Allah panjangkan umur dan hendaklah pergunakannya untuk hampirkan diri kepada Allah, mudahan Allah tidak jadikan kita langho (lalai) dari mengingatiNya.

InsyaAllah magrib ini kita sambong pengajian berkaitan dengan ibadat sembahyang.  Hampir sebulan terhenti selepas saya kemalangan. Semuanya kerana Allah hendak   beri pengajaran, . telah ditentukan oleh Allah. Bila hati kita digerakan oleh Allah ianya   menjadi thabit terjadi sesuatu. Ia  memberi pengajaran walau bagaimana kalutnya kita dengan keadaan seharian, ia perlu dilaksanakan dengan berhati-hati, perlu bertenang.

Ustaz  sambung. Kita teruskan akan pengajian  Iaitu memahami dalam hal ibadat sembahyang..

Kita mendalami / memahami ibadat sembayang mengenai perkara   niat. Kita laksanakan  sembahyang dalam keadaan tidak faham.  Apa  kafiat /kelebihannya.  Dalam hal dengan anak-anak kita  pun menjadikan kita melengung (puas berfikir). Bagaimana nak pastikan anak kita tidak tinggal sembahyang.

Akan  menjadi  amalan  yang kekal  jika kita mengenal bagaimana pengorbanan  Nabi menerima  arahan  ini dan   apa yang Allah telah janjikan terhadap orang- orang yang  meringankan /tidak sembahyang. Inilah ilmu yang  wajib ada untuk kekuatan  , ketahanan serta keyakinan atas jalan agama.

Kita katakan  sembahyang  itu tiang agama, beragama tetapi tidak sembahyang.  Buatlah  apa pun kebaikan , kerana  amalan  sembahyang itu  adalah seperti menyediakan bekas . Di mana hendaklah letakkan amal kebaikan jika tiada bekas.

Seringkali ustaz sebutkan perkara ini.. Jika ibarat mendirikan rumah atau banggunan , pasti ada kerangka atau tiangnya. Ini adalah asasnya. Solat  adalah ibadah khusus yang wajib. Dikatakan ia sebagai tiket  untuk dibawa masuk kesyurga,. Apa yang hendak ditunjukkan bila berada di mizan ( tempat hisab dimahsyar).

Kita  bersyukur  kepada Allah kerana peringkat usia tua ini  cenderung hati  laksanakan amal sembahyang. Amat bertuah  Jika pada  usia muda telah cenderung / telah tetap hatinya dengan sembahyang. Itulah amat penting mengambil tahu akan  hal kenapa  diperintah laksanakan dan kenapa  dilarang dan kenali diri dan pencipta.

Perkara tentang niat , pun didapati ramai yang tidak betul. Tanyakan antara kita / anak- anak  muda, biilamana hendak berniat semasa  berwudhu. Rata-ratanya katakan niat  berwudhu semasa kita basuh tangan. Tanyakan kepada anak, kerana  memberitahu  perkara  ini tugas ibu bapa. Kita  kena pastikan perkara ini betul.

Dari zaman remaja sampai ke tua, kesilapan ini tidak pernah diambil perhatian. bagaimana status gerak yang  lain/  seterusnya?. Perbetulkan,  hendaklah berniat ketika air mencecah muka, sapukan seluruhnya sehingga tiga kali tujuan untuk meratakan. Adalah lebih sempurna jika menggunakan air paip yang sentiasa mengalir untuk mengelak  air yang yang bersifat mustakmal untuk menyapukan bahagian yang dibasuh.

Akan perkara ini seringkali usaz peringatkan dalam kuliahnya  dalam bab sembahyang.  Jika ambil air sembahyang dari kolah  perlu berhati-hati kerana tangan yang terangkat dari muka semasa berwudhu , akan menjadikan air yang disapukan itu menjadi air mustakmal. Berniatlah ketika air mengenai muka semasa kali pertama sampai kemuka. terusnya  kali kedua dan  seterusnya.

Bilakah  kita berniat ketika bertakbiratulikhram .Niat adalah penentu kepada semua ibadat, Ianya berbeza antara adat dan ibadat. Adat tidak perlu  berniat tetapi beribadat kena niat.   JIka  membaca  yasin untuk hadiah kepada orang tua,  peraturannya kena dahulu berniat.

Niat itu hendaklah disertakan dengan  perbuatan.  Ia adalah satu konsep  gerak perbuatan yang tersusun. Seperti juga  satu bentuk perancangan dan perlaksanaan Jika berniat untuk bangun bertahajud tetapi oleh sesuatu yang tidak dapat  dielakan , hanyalah dapat pahala niat. Tidak pula bermaksud sesaorang itu hanya mahu dapat pahala niat kerana Allah tahu segala yang ada dalam hati manusi.


 Gerak dalam solat  ilaksanakan dengan  betul. terutama dalam hal  tukmaninah. Ada berapa tempat pala gerak sembahyang perlu ada hentiannya. Maksudnya  ada  hentian sekitika sebelum beralih kepada gerak seterusnya. Jika tiada dipraktikan begitu bermaksud sembahanyang itu terbatal.

 Tukmaninah itu hukumnya rukun (wajib). Jika tiada  bermaksud sembahyang itu tidak sah.  Ditanya apa itu tukmaninah. Ada lima tukmaninah dalam  gerak sembahyang. sewaktu rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan waktu sujud yang kedua. Ustaz katakan jangan buat seperti patuk ayam.

Disyaratkan kita mengetahui kafiatnya. Jika kita ada anak kecil yang berlari antara makmum, berada dicelah antara makmum, menghulur kaki kesana kemari, ia akan memutuskan barisan saf. Anak-anak kecil dan yang belum bersunat di letakan dibelakng dari saf orang dewasa. Kehadiran mereka   juga melatih mereka mengenali masjid.hendaklah kawal pergerakan  mereka. Ketahuilah  juga bahawa barisan saf pertama lebih utama berbanding saf kedua dan seterusnya. Kena rebut dan datang lebih awal ke masjid.

Perlaksanaan  sembahyang hendaklah diakukan dengan ikhlas.
Bukan sahaja dalam bab sembahyang .   Berbuat ihklas bermaksud ia dilakukan  dari hati atas perintah Allah. Bukan kerana mahu  tunjuk kepada orang atau  kerana sesuatu.

 Bila  mai sembahyang   jangan pula kalut hendak balik,  itu petanda tidak ikhlas. Allah nyatakan  juga ,jika  menghadiahkan  pahala bacaan atau amalan zikir kepada orang tua , bukan bererti pemberian itu bermaksud  tiada pahala yang tinggal untuk sianak. Allah katakan tidak berkurangan  pahala orang yang menghadiah sebarang  kebaikan kepada orang lain atau kepada ibu bapa kita.

Berdiri betul.
Dikehendaki kita berdiri betul , fizikalnya, tidak berkeadaan membongkokkan badan. Juga tidak berkeadaan mengambil ruang orang lain. Dilihat ada yang meluaskan  ruang tapak kaki sehingga berkeadaan ada ciri pentingkan diri dalam mengambil ruang antara makmum..

Berdiri betul dalam konsep kehidupan kita  bermaksud hendaklah berada dalam  situasi yang tidak menyalahi peraturan Allah.  Selaraskan permohonan kita kepada Allah . Semua perkara  dalam urusan hidup ini perlu berada dilandasan yang benar.

Takbirratulikhram.
Ia termasuk dalam rukun fekli iaitu rukun perbuatan.  Diharamkan  kepada kita  membuat perkara lain selepas  takbirrulikhram sehingga selesai mengucapkan assalammualaikum. Ia juga bermaksud memutuskan kita dari urusan  dunia.   Ia  satu perakuan terhadap kebesaran Allah  dilafazkan dan dibenarkan oleh hati.

Ia memberi kesan yang mendalam jika  kita memahami setiap perkataan. Mengerti akan maksud ayat. Ia akan  memberi kesan keatas sifat kehambaan  kepada Allah. Takbir lain selepas takbir pertama adalah merupakan pengukuhan dari takbir pertama..

Diperintah kita sembahyang berjumaah kerana  dijanjikan dengan kelebihan 27 kali gandaan berbanding sembahyang sendirian yang tidak tentu fokusnya. Jika tidak dapat berjumaah dimasjid/ surau, berjumaahlah dirumah bersama keluarga.

Nabi pernah bertanya kepada sahabatnya siapa yang boleh sembahyang tanpa  ada  ingatan kemana-mana akan diberi hadiah.  Lalu Saidina Ali bangun dan sembahyang dua rakaat.  Allah kemudian  mewahyukann kepada  Nabi S.A.W bahawa Saidina Ali dalam sembahyang sunatnya teringat hadiah apa yang hendak diberi oleh Nabi. Lalu nabi bertanya  hadiah apa yang ia mahu. Saidina Ali katakan ia tidak mampu sembahyang sendirian dengan mengawal  fikirannya.

Doa Iftitah.
Disunat  kita membaca, tidak membaca pun tidak mengapa. Bagi  imam jika  tidak membacanya  ia jadi makruh. Selaku imam , ia perlu baca kerana ia memberi contoh kepada  makmum dan memberi ruang kepada makmum  membuat pengakuan secara senyap seperti erti doa: -

Allah yang maha besar, dan segala puji bqgi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah  sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku kepadan zat yang mencipta  langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri. dan bukanlah aku dari kalangan orang yang musrik.
sesungguhnya ibadat ku hidupku matiku hanya untuk Allah sekelian alam.
Tiada sekutu baginya dan kepada ku diperintahkan aku tidak menyekutukan dan bagiNya aku dari golongan orang Islam.

Utamakan hak Allah keatas diri kita . Jika kita meletakan  apa yang ada di alam ini lebih besar dari Allah,  itu adalah pendustaan. Lihat sejarah Firaun dengan  kekuasaan melampau dan istihar diri sebagai tuhan harta yang dimiliki oleh Qarun. Anggap ilmu yang dimiliki, harta benda atau kekuasaan yang ada,boleh melawan kuasa Allah maka

Sebutkan sahaja nikmat  yang ada dimuka bumi ini, semuanya adalah milik Allah  yang Allah berikan cuma kita tidak mahu berterima kasih.. Usahakan secara maksima untuk membaiki suasana dan penghujungnya jangan salah terima sebarang ketentuan.

Mudahan  kita berada dipihak yang benar. Jika ada sesaorang katakan ia akan rasa puas jika sembahyang jumaah dimasjid bermakna Allah telah beri petunjuk dan hidayah kepadanya. Tetapi jika ia tidak menyenangi berada di rumah Allah ia bererti hatinya berada dalam kegelapan.

Cukup lah sampai disini, yang baik itu datang dari Allah S.W.T yang tidak baik itu dari kelemahan saya. Wassalam hitaufil wal hidayah,
Asslamam ualaikum warahmatullahhiwabarakatuh.

Penulisan  10 Jan 2014.  dari rakaman suara Masjid Jamiq Sg Gelugur
Ustaz Abdullah


TAFSIR RINGKAS SURAH YAA SIN (AYAT 1 - 6)



Alhamdulillah , bersyukur kita kehadrat Allah dengan limpah kurniaNya dipertemukan kita malam ini, insyaAllah kita sambung perbicaraan kita dari surah Yaa siin.

1. Yaa siin
2. Demi Al Quran yang penuh hikmah,
3. Sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul,
4. (yang berada) diatas jalan yang lurus,
5. (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang,
6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, Karena itulah mereka lalai.

Ayat kedua: , Allah bersumpah dengan Al Quran dengan keterangan yang diberikan tentang kedudukaan Nabi SAW. Bahawa Allah menyifatkan Al Quran diturunkan sebagai hakim membawa kepada beberapa pengertian. Yakni yang tegas, yang tetap yang tidak ada padanya kebatilan dari hadapan atau belakang.

Kebenarannya  tidak boleh dipertikai dari mana-mana segi. Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan hakim itu adalah menjadi hakim antara manusia. Allah katakan jika kamu berbantah-bantah, berselisih antara kamu, hendaklah mengembalikannya kepada kitab Al Quran dan juga sunnah rasulnya. Yang demikian itu adalah elok bagi kamu dan kesudahannya."

Ulamak tafsir berkata, AlQuran itu memutuskan dengan hikmah, bijaksana atas sesuatu perkara. Dari sudut halal, haram dan perintahnya yang terkandung  didalamnya. Allah bersumpah dengan Al Quran .

Turunnya suratul yasin ketika  kaum kafir quraish membuat dakwaan yang berat memfitnah Nabi  yang menyatakan ayat quran yang nabi bacakan itu bukan datang dari Allah tetapi hanya ciptaan Nabi. Dan mendakwa Nabi  bukanlah Rasul yang dilantik oleh Allah SAW. Ini tohmahan yang dilemparkan kepada Nabi  ketika orang ramai di Mekah ketika itu  telah mendekatkan diri dengan islam yang dibawa oleh Nabi SAW

Allah perturunkan surah yasin sebagai satu pembaharuan  dalam bentuk penyampaian berbanding surah sebelumnya. Pembaharuan itu telah menarik penduduk Mekah untuk mengetahui apa mesej seterusnya  yang dibawa oleh Nabi.

 Ini memberi maklum pula kepafa kafir quraish yang mereka  perlu mendengar kerana jika tidak mengetahui apa yang disampaikan bererti mereka tidak ada maklumat apa yang perlu dibuat  untuk menghadapi Nabi . Mereka datang mendengar tetapi bertujuan untuk menjatuhkan, memfitnah Nabi.

Allah juga memberi jaminan sesiapa yang membaca dan mendengar ayat quran, lambut  laun mereka akan mendapat hidayah.  Jaminan  Allah  ini menakutkan ramai golongan  bukan islam khuatir jika manusia memahaminya, akan menggugat apa yang mereka miliki.

Al quran itu penuh dengan rahsia kebenaran dan keberkatan. Tiada keraguan didalamnya.  Apa yang hendak dipersoalkan lagi kerana penciptaNya lebih tahu dengan  situasi apa yang di cipta. Ia sesuai bagi manusia dan fitrah kejadiannya.

 Alquran diturunkan sebagai memimpin dan merawat manusia supaya menjadi  orang yang berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat daripada kejahilan dan kesesatan.

Ayat- ayat quran cuba disaingi oleh kaum quaraish dengan mencipta ayat yang seakan sama tetapi ia tidak menjadi kerana   keterbatasan ilmu, jauh sekali untuk   membina tamadun kehidupan manusia. Gaya bahasa Al Quran mempunyai yang tersurat dan tersirat dan ditafsirkan dengan tunjukajar oleh Nabi.

Ayat ketiga :  Menyatakan Nabi SAW adalah utusan Allah, untuk memberi rahmat kepada sekelian manusia. Untuk membaiki akhlak dan membaiki tamadun kehidupan manusia. Pada era itu,  terdapat tamadun Rom dan yang paling hebat tamadun Parsi. Bagi  dunia  Arab tiada tamadun  yang dikenali Arab jahiliah.

Amalan membunuh anak perempuan, berjudi dengan pertaruhkan nyawa, anak kawin dengan ibu. Minum arak telah jadi  perkara harian, zina dan semua perkara yang bertentangan dengan ajaran islam. Peranan ahli syihir/ ahli nujum/ bomoh,  begitu kuat dalam masyarakat quraish Mekah,

Keadaan mereka sebenarnya telah dikuasai oleh syaitan. Dalam negara ini pun ada orang muncul  yang mengaku jadi nabi/ rasul malah mengaku jadi Tuhan. Ada pula pengikutnya.

Ayat keempat. Tafsirannya ,menjelaskan Nabi itu berada dilandasan yang lurus betul,syariat yang betul dan jelas iaitu Islam. Ulamak tafsir berkata,  Nabi bukan sahaja berada dilandasan yang lurus, dan sentiasa mengajak kepada kebaikan. Nabi sentiasa menegur sehingga ada perubahan.

 Tujuan Nabi  menyampaikan penyataan dari wahyu  adalah agar umatnya tidak tercicir mendapat  rahmat ketika berhadapan dengan Allah ketika di akhirat. Sifat  ajaran  Nabi adalah memberi jaminan  kebahagian bukan sahaja kepada makhluk manusia tetapi juga  kepada makhluk jin.

Kita wajib beriman apa yang terkandung dalam quran dan hadis. Kita takut kepada Allah bukan bererti lari dari Allah tetapi adalah patuh kepadanya, berusaha membaiki diri berhati- hati  dari kesesatan . Di huraikan seperti yang dinyatakan  oleh Saidina Umar, bahawa  umat piihan yang dijamin syurga oleh Nabi  adalah bermaksud sesiapa yang berada dalam jalan yang lurus seperti yang Nabi SAW sampaikan adalah akan berada  dalam  calun- calun penghuni syurga.

Tafsiran ayat   kelima dan keenam tidak kesempatan  dihuraikan oleh ustaz. Semoga  dengan  tafsiran  ayat diatas boleh memberi satu infak akan mengubah jalan pemikiran untuk menjadi  manusia yang baik.  Carilah ilmu untuk perjalanan ke akhirat. Tanamkan  minat kita kearah  ini. Sesungguhnua itu  adalah petanda Allah telah memberi taufik.

 Wabillahhitaufik walhidayah
 assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh..

Rujukkan dari majlis ilmu Masjid  Sungai Gelugur P.Pinang.

Sunday, 23 August 2015

TIKET UNTUK KE SYURGA


TIKET UNTUK KESYURGA

Assalammualaikum.....

Jika dalam catatan  yang lalu berupa catatan  melalui rakaman suara para daee/ ustaz-ustaz, dalam siri yang akan datang aku ringkaskan dengan kefahaman sendiri.  Siri catatan dalam blog  ini,  dihubungkan kepada fb untuk tatapan . Mudahan diambil kebaikan dan kemanafaatan bersama. Jika mahu saham akhirat,  bolih dipanjangkan kepada yang lain.

Tiket untuk ke syurga. Satu tajuk  yang paling kerap aku perbualkan  dengan para sahabat dan orang- orang yang kesempatan aku temui.  Sebagai  satu  gerak kerja / tanggongjawab  mendapatkan tiket  masuk kealam syurga. Kefahaman terhadapnya adalah ilmu yang wajib kita ada. Perbaiki cara hidup kita menjadi manusia yang Allah cinta. Mai kita ambil berat . Taufik dan hidayah tu kita kena cari. Dia tak mai sendiri.

Ustaz menyatakan,

Pertama: Mengenai solat.  Di sebutkan  adalah masih belum cukup walau pun telah  disempurna perlaksanaannya. Maksudnya  jika hanya solat sahaja sebagai bekalan menemui Allah, masih tidak cukup.

Kedua: Hendaklah kehidupan kita berada dalam  islam secara keseluruhannya. Menjaga hukum hakamnya.

Ketiga : Hendaklah  jadikan diri berfungsi sebagai daee, iaitu tolong agama dalam hal menyampaikan syariat yang dibawa oleh nabi.

Dalam membuat penilaian   tiga perkara diatas hendaklah ada ciri keikhlasan hanya kerana Allah. Syarat itu akan dinilai oleh Allah samada berbuat keranaNya atau kerana sifat riak/ kerana mahukan dunia. Jika kerana Allah dapatlah kita akan redhonya. Dengan redhonya  itu akan diberi rahmat dan dengan rahmatNya itulah syurga ganjaranNya.

Yang paling ditekankan  adalah tanggongjawab solat fardhu,  diikuti  oleh puasa, zakat , haji , dan lainnya seperti yang tercatat dalam Rukun islam.

Masih teringat apa yang ditekankan oleh ustaz. Adakah kita ambil
serius dalam hal qadho  solat fardhu. Sebab Imam  Mazhab yang empat, juga memberi penekanan akan wajibnya qadho solat yang ditinggal.

Ustaz menjelaskan lagi jika kita istiqomah dalam hal mengqadho solat sampai keakhir hayat, bila kita mati dalam usaha itu akan dikira kita berbuat walau pun dah berada di alam barzah. Hendak atau tidak?.  Aku jawab hendaklah ustaz. Katanya kalau hendak jadikan ia amalan.

Ustaz sambong lagi. Ambillah masa buat solat yang samasa dan qodho selepasnya. Sembahyang sunat qabliatan dan bakdiatan tak perlu buat. Katanya automatik  jika kita buat solat qadho sebelum dan selepas, pahala solat sunat itu kita dapat. Mahu tak ?. Aku jawab, mau ustaz.

Perkara kedua, iaitu hendaklah berada dalam islam secara keseluruhan. Dalam hal ini bukan hanya dalam hal nikah kawin sahaja. Yang berat adalah mengawal nafsu kepada dunia. Rezeki yang kita dapat adakah halal, hendak diberi anak isteri makan. Masa berkerja yang sepatutnya. Tuntutan elaun dan apa sahaja yang menjadi sesuatu yang dilarang.

Dalam kontak yang lebih luas,  bab  perniagaan, pendidikan, pergaulan, kejiranan sehingga menjadi pemimpin atau memilih pemimpin.  Perkara ini akan ditanya ketika perbicaraan di mahsyar.  Jika silap perhitungan  semasa dialam barzah lagi  telah dapat rasa hasilnya. Jika dibicarakan bab alam kubur ini pun , takutnya menggigil.

Masuklah kedalam  islam secara keseluruhannya. Syarat kedua  untuk dapatkan tiket ke syurga.  Nilaikan diri kita.  Tekatkan diri. Selalu semak tingkahlaku percakapan dan perbuatan.  Cemerlang  sesaorang itu  adalah dengan takwa dimiliki,  antaranya cirinya ketika bersaorangan ia menangis kerana sedar akan dirinya banyak melakukan dosa.
Takut hatinya berhadapan siksaan Allah. Ikhlas hatinya berbuat sesuatu. Syurga ganjarannya kata ustaz.

Syarat ketiga iaitu adanya sumbangannya terhadap tugas menyampaikan maklumat/ syariat islam kepada orang lain. Allah berkali-kali berkata kepada para nabi.  Dikatakan sampaikan oleh kamu akan islam , soal penerimaan nya bukan urusan kamu. Inilah kekuatan yang di pegang oleh para ulamak.  Malah hingga terkorban. Allah tidak menjanjikan islam itu akan kekal dalam diri kamu jika kamu tidak menjaga nya.

Tanggongjawab sebagai daee ini ikutlah tahap kemampuan dan bidang kemahirannya. Melalui percakapan,  tunjuk ajar, perbuatan, penulisan,  pergaulan.  Daee kepada ahli keluarga,  jiran tetangga dan rakan handai taulan. Jika kita pandang   kepada masyarakat bukan islam disitu ada peranan yang boleh dibuat. Yang utamanya mesej yang hendak disampaikan  memberitahu supaya kenali Allah   yang mentadbir alam ini. 

Kata ustaz, hendak berfungsi sebagai daee perlu ada ilmu. Dapatkan ilmu dari majlis pengajian, berguru dalam bidangnya. Dari membaca , mengkaji dan berfikir. Tidak perlu kita persoalkan kenapa Allah cipta sesuatu tetapi buatlah pengkajian/ analisa apa yang Alah cipta. Disana akan ditemui kebesaran Allah. Kita akan temui tidak ada satu pun yang sia sia setiap penciptaan. 

Ringkas sahaja huraian  atas tajuk ini. Yang ustaz telah sampaikan memang panjang berjela. Banyak lagi contoh dan  fakta yang didengar. Yang pentingnya kita boleh dapat rumusan bahawa kehidupan ini hanyalah sementara,  kita perlu menyiapkan diri untuk kembali kepada Allah. Jangan terlalu leka, dilalaikan oleh media tv atau lain-lain. mudahan  sadikit catatan ini dapat membaiki amalan kehidupan kita.


Rujukan  dari majlis ilmu Masjid Sungai Gelugur P.Pinang