Thursday, 7 March 2019

POLITIK MAINAN IBLIS

Politik  Mainan  Iblis

Renungkan apa sebenar  Allah mahukan dari umat manusia. Hendaklah  kita ketahui bahawa dari awal alam ini wujud hingga kiamat telah pun  siap  rencananya semenjak azali.

Maklumat dari  awal sehingga akhir fenomena alam dan tingkahlaku makhluk   telah tertulis. Dan bila   dikiamatkan alam ini. akan dihitung apa yang diperbuat semasa hidup di dunia. Termasuk hubungan sesama makhluk dan penciptanya.

Itulah Allah yg menguasai alam. Ketentuan pasti berlaku. Akan lahirnya nabi  akhir zaman juga telah termklum dalam kitab sebelumya. Segalanya pasti akan berlaku mengikut skrip.

Turun naiknya graf kekuatan islam  sehingga  kembalinya nabi Isa ke dunia ini  akan mewarnai  yang
Islam akan kembali menguasai dunia seketika, sehinggalah di satu era genarasi manusia di penghujungnya dinyatakan tiada lagi umat manusia yg beriman dgn Allah. Ia juga bermaksud  para ulama  telah dimatikan.

Sepanjang hayat era hidupnya  umat islam  terdahulu dan kini, mereka yang tidak menduakan Allah, mereka  akhirnya ia akan ke syurga.

Kita sebenarnya  hari ini kita sedang membuat pilihan  samada mahu melewati neraka atau terus ke syurga.  Hak memilih itu diberi kpd manusia. Dan tidak kita ketahui di mana penempatan kita di alam akhirat.

Alam neraka dan syurga yg kita ketahui masing masing ada 7 tingkatanya. Berbahagia kita jika tidak melewati neraka. Iman yg ada dalam diri. satu satunya yg akan membawa kita ke syurga. Jaga iman, agar diri  tidak menjadi sarang kepada para syaitan.

Pernah di nyata sebelum ini diingatkan, dlm keadaan kita tidak sedari, kehidupan ini telah termasuk dlm golongan yg syirik / menduakan Allah. Jaga ini,   kerana  awal awal lagi Allah peringatkan  tiada maaf bagi kamu.

Berpolitik yg bersekongkol dengan golongan yg bermatlamat  hendak menjatuhkan islam, dalam keadaan yg jelas atau tersembunyi atau dari kelompok bersifat munafik, dituntut  segera supaya  bertaubat dan bersyahadah. Kerana ia adalah soal aqidah.

Pernahkah kita tahu bahawa ada satu ungkapan iblis ketika pergi  temui Nabi Adam yg ketika itu di syurga.

Dialog itu setelah Allah berfirman kpd Nabi Adam.
“ Adam, tinggallah kamu di syurga ini. Pesanan untuk kamu, Jangan kamu dekati pohon khuldi.  Jika kamu dekati bererti kamu adalah orang yang zalim. “

Apakah yg berlaku selepas itu?

Berlaku kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa telah  ingkar perintah Allah. Lalu  kedua duanya  diperintahkan  keluar dari syurga turun kebumi.

Pernahkah  kelian mengetahui  apa ungkapan iblis yang bermain politik menyebabkan Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga?.

Ini bunyi ungkapan dari iblis menyebabkan Adam dan Hawa diusir dari syurga.

“ Wahai Adam adakah kamu tahu kenapa Allah melarang kamu mendekati pohon khuldi / makan buahnya?. Sebenarnya kamu wahai Adam  perlu tahu  jika  kamu mendekati/ makan buahnya bererti kamu akan kekal tinggal  di dalam syurga”.

Tergelincir Adam dan Hawa dari syurga. Bukan satu perkara kecil dalam riwayat kehidupan nabi Adam. Akhirnya apa yg kita tahu dosa Adam ini   telah di ampuni . Ketentuan ini telah tertulis dari azali sebagai sabitnya manusia tinggal di bumi.

Walau pun kita semua  maklum segala yg berlaku adalah rencana dari Allah.  Ia adalah  bertujuan  menyaring umat manusia, samada kita  dpt  membezakan yg benar/ tidak. Kita perlu  gunakan  akal untuk memilih.  Memilih gunakan akal bersandarkan  ilmu dari Quran dan hadis. Tidak boleh oleh  nafsu kerana nafsu adalah tempatnya iblis bersarang.

Pernahkah kelian merenung panjang, bagaimana  statusnya diri kita. Adakah politik  mainan  iblis seperti  berlaku kpd nabi  Nabi Adam ini sedang berlaku dalam kehidupan. Mudah mudahan kita semua selamat di dunia dan akhirat.

Jangan tersilap pilihan.  Pilihlah idealogi  politik yg memberi kekuatan kpd  islam. Jangan pilih  yg lebih memudharatkan islam.

Allahu alam.


Saturday, 18 February 2017

RENUNGAN KEPADA AL KAHFI

Sampai pada surah Al kahfi.
Aku baca  dan aku renungkan.
Mai  bersama aku  memahaminya.

Bahawa maklumat dalm alquran itu  telah menceritakan perkara  yang berlaku sebelum adanya alam  ini (azali).
Kisah kisah sebelum  ,semasa dan selepas manusia pertama nabi adam dicipta.  Bukan itu sahaja juga eranya kelahiran  nabi nabi selepasnya sehingga  ke era rasullulah penghulu  semua nabi .

Siapakah yg ada rekod  begitu. jelas bicaranya,  jutaan tahun tempuh masanya.  Pada  hukum akal, sudah pasti skrip nya dibuat oleh yang menciptanya. Siapa yang  mampu. Sudah pasti maklumat dalam  al quran ini sesuatu yang  yg tidak terjangkau oleh akal.

Dan Allah telah beritahu bahawa  "AKU" lah pencipta keatas semua kewujudan ini. Adakah   pencipta selain dari " AKU ".

Dalam bahasa lain , perkara yang berlaku sepanjang kewujudan  alam ini telah direncana mengikut skrip yang dicatatkan dalam  wahyu yg telah diberitahu kpd umat  manusia.. Adakah  kamu wahai manusia belum mahu mengetahui dan menyakininya.  Atau adakah   boleh berkata ini sebagai hukum alam atau natural of law.

Dalam bahasa lain juga.   Kehendak Allah sentiasa  berlaku atas ketentuan bahawa Allah itu sedang laksanakan proses penyaringan terhadap ciptaannya.

Tidak terhenti  hanya perkara yang sedang berlaku dihadapan mata kita.  Allah beritahu maklumat lagi bahawa  sampai masa yg ditentukan "AKU " akan hancurkan alam ini seperti penyataan  dlm surah Al Kahfi  ayat 47.

"Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka."
(QS. Al-Kahf: Ayat 47)

Allah SWT berfirman lagi: Alkahfi ayat 48.

"Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)"."
(QS. Al-Kahf: Ayat 48)

Allah SWT berfirman: Al Kahfi ayat 49.

"Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun."
(QS. Al-Kahf: Ayat 49)

Allah SWT berfirman:  Al kahfi ayat 50.

"Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh yang nyata bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu."
(QS. Al-Kahf: Ayat 50)

Menggigil  ketak lutut  aku membaca peringatan yang amat keras ini.  Aku hayati setiap  yang aku baca, aku hayati  pengertiannya, maksudnya amat tajam . Aku
panjangkan  fikiran  akan peringatan  Allah ini.

Saudara kalian,
Adakah  kalian rasakan apa yg kalian buat jalan yg Allah redho. Tidak pernahkah kita rasa telah bersalah kerana  bertentangan dengan kehendaknya.

Jika telah jauh silapnya segera berpatah balik sebelum mati. Ampunan Allah amat luas.  Tolong agama ini,  walau sedikit  sumbangan. Jangan sekali kali ditentang. Amat parah padahnya.

Alangkah  bahagia nya jika  penghayatan  begini dapat di rasai / dapat  disampaikan kpd semua kaum keluarga aku dan sahabat kalian.

Ini sedikit coretan untuk menyambong  bicara daee  mudahan  dimanfaatkn ,terakam untuk  bacaan anak cucu, handai taulan.

- Kuaters Perikanan Gelugur
19/2/2017


Thursday, 10 November 2016

SUASANA SEBELUM DAN SETELAH QIAMAT

Catatan ini diambil dari kiriman seorang sahabat Rakan Masjid yang diambil dari catatan  Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. - Minta izin.
Amat baik maklumat dari karangan ini mengambarkan kepada kita apa yang akan kita  berhadapan selepas dibangkit dari alam  kubur. Kita semua akan  kesana dan kekal samada kesyurga atau neraka.
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi.

Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani.

Sunday, 30 October 2016

KITAB ALLAH KEPADA IBLIS

30/10/2016.  Kuliah pagi tadi.  Ustaz  membawa satu hadis qudsi yang menjelaskan dialog antara  Allah dan Iblis.

Jelas ustaz ,  hadis qudsi ini nyatakan bahawa   dialog  yang memberi maklumat  yang golongan iblis ini  memang telah maklum akan  perkara yang  telah direncana terhadap  perselisihan yang bakal berlaku antara makhluk  manusia dan iblis.  Dialog  ini dkhabarkan  berlaku selepas  keingkaran iblis  tunduk menghormati nabi Adam.

Iblis bagaikan minta kepastian dari  Allah.  Iblis  katakan " Diketahui akan  ada  pemimpin dikalangan  para nabi  yang memimpin umat manusia mengikut zamannya. Dan ditentukan pula ada kitab yang akan diturunkan kepada  nabi berkaitan".  Lalu  Allah katakan " Akan diturunkan empat kitab yang akan diturunkan kepada nabi  iaitu Zabur, Taurat, Injil dan Furqan. Ia akan diturunkan kepada empat nabi/ rasul.".

Dalam dialog diatas , bermaksud iblis  memang mengetahui rencana Allah akan  ketentuan.   Dalam hal itu kita sedia maklumkan bahawa  iblis pada era itu  dapat maklumat dari langit, Ia bebas boleh turun naik.

Iblis  persoalkan  lagi.. " Engkau ya Allah,  memberikan kitab kitab kepada umat manusia mengikut zamannya. Kami  makhluk  iblis  juga memohon berikan kami kitab seperti yang diberikan kepada manusia".

Dialog diatas bagaikan iblis mahukan sesuatu panduan terhadap aturan  kehidupan keturunannya. Ia juga memberi pengertian  bahawa kehidupannya  tertakluk kepada peraturan yang ditentukan. Dalam  persoalan ini, teringat  aku  kepada satu  dialog lain yang yang dikatakan oleh iblis. Ini berlaku  sebelum terjadinya dialog diatas. Kata iblis "  Engkau ya Allah telah menjadikan aku begini ( sikap sombong/ ego) tidak menghormati  nabi Adam, aku mohon panjangkan umur aku untuk bersama anak cucu umat manusia turut dengannya".

 Permintaan itu diperkenankan, Allah katakan, " Aku  perkenankan panjangkan umur kamu dan buatlah sekuat kamu terhadap umat manusia. Kamu tidak ada daya walau sedikit pun terhadap mereka yang berbuat sesuatu, ikhlasnya kerana Aku"

Allah  telah  memberi kitab kepada iblis yang mengandungi sepuluh perkara. dalam dialognya :

Iblis bertanya kepada Allah. “Ya Tuhanku! Engkau telah  turunkan aku  ke dunia dan menjadikan aku makhluk ingkar, maka dimanakah tempat kediamanku.” Firman Allah . “Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah tempat pembuangan najis / tandas .”

Iblis berkata:”Ya Tuhanku! dimanakah tempat bagiku berkumpul?.”  “Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan, pesta-pesta maksiat, majlis  dan sebagainya.”

Kata iblis:”Wahai Tuhanku!, apakah makanan untukku?. “Firman Allah “Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah.”

Kata iblis: “Wahai Tuhanku!, apakah minuman untukku? “Firman Allah “Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak disebut dengan nama Allah.”

Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku! apakah azanku untuk mengumpul orang?”. Firman Allah  “Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling.”

Iblis berkata lagi:”Ya Tuhanku! Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?” Firman Allah  “Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak, lagu- lagu, muzik, puisi yang melalaikan manusia dari mengingat Tuhan).

Kata iblis:”Ya Tuhanku! Apakah tulisan bagiku?.” Firman Allah  “Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tato, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

Iblis berkata:”Wahai Tuhanku! apakah tajuk perbicaraan bagiku?”. Firman Allah “Pembicaraan bagimu adalah kata-kata dusta (bohong atau yang berkaitan dengannya)”.

Tanya iblis lagi: “Ya Tuhanku! siapakah yang menjadi utusan bagiku?”. Firman Allah  “Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya.”

Kata iblis: “Wahai Tuhanku! Apakah perangkap bagiku?.” Allah  berfirman: “Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita.”

Ustaz menghuraikan lebih panjang satu  persatu sepuluh perkara diatas.  Disebutkan adab- adab masuk ke dalam tandas. Tempat iblis berkumpul adalah tempat yang banyak berlaku maksiat. penipuan. Pasar adalah tempat saingan perniagaan .Umumnya banyak berlaku tipudaya.

Makanan  dan minuman bagi iblis selain dari asap adalah semua makanan yang tidak disebut  nama Allah ketika dimakan serta semua minuman yang memabukkan juga yang dimakan secara berlebihan.

Seruling adalah azan bagi iblis. Maksud disitu  jika azan  bertujuan memanggil manusia bersolat, seruling bagi iblis adalah memanggil manusia supaya leka dengan  bunyian. Syair bagi iblis adalah melalaikan manusia termasuk semua jenis hiburan yang  menjadikan manusia  melengahkan atau lupa kepada Allah. Termasuk didalamnya  seperti program hiburan di media tv. Ini adalah senjata utama  iblis  utama  terhadap  manusia.

Bagaimana statusnya para seniman ?.Pada  pandangan aku,  bidang seni ini  jika melalaikan jatuh haram hukumnya. Kesannya untuk umat bergantung kepada mesej. Sahamnya akan dirasai   dialam akhirat.  Pastikan  mesejnya untuk  keagungan Allah.

Pembicaraan para iblis adalah kata kata nista, pembohongan, menyembunyikan  yang benar.  Ia mempergunakan manusia untuk merosakan akidah dan lainnya. Akhirnya  iblis menggunakan para wanita untuk merosakan iman. Allah katakan  bahawa wanita yang membiarkan diri nya hanyut adalah alat perangkap yang digunakan.
 
Dari hadits di atas, dapatlah dikenali bahwa sepuluh perkara tersebut merupakan jalan Iblis Laknatullah untuk menjerumuskan manusia ke jalan yang tidak di ridha-i Allah Swt. Pada zaman sekarang ini, sepuluh perkara diatas telah menjadi trend, artinya pada umumnya manusia sekarang sudah masuk dalam perangkap Iblis Laknatullah.

Ustaz berpesan biasakan diri  lafazkan   Bismillah.............  sebelum melakukan sesuatu kerana ia adalah benting  dari  gangguan iblis.  Kenali Allah dan aturan yang disyariatkan untuk keselamatan dunia  dan akhirat.

Bilamana kita tahu siapa iblis dan pelajari kitabnya  maka pasti kita dapat menjauhi apa yang  menjadi senjata baginya. Diakhirat pembicaraan  amalan manusia. Iblis  katakan " Aku semasa di dunia dahulu tidak paksa mana mana manusia  ikut, cuma pelawee jee". 

Barang siapa yang masuk dalam perangkap Iblis Laknatullah, niscaya akan bersamanya diakhirat kelak. Sebab, siapa teman kita didunia ini, maka dialah teman kita diakhirat kelak.

Sekian adanya penulisan aku kali ini.. Mudahan bermanafaat untuk kita semua,  anak cucu, handai taulan .


Rujukan dari kuliah subuh di Masjid Sungai Gelugur P.Pinang dan laman web.

Tuesday, 13 October 2015

MENANGANI KEMUDHARATAN

MENANGANI KEMUDHARATAN.

Kefahaman mengenai   kemudharatan adalah perkara yang kerap disebut oleh para ustaz dalam  beberapa siri tazkirah / majlis pengajian dalam bulan ini. Pengetahuan  perkara  ini hendak disampaikan  kepada umum kerana didapati masyarakat hanya bertindak mengikut emosi/  kekangan nafsu.

Mesej dari beberapa siri  tazkirah membawa  satu pemahaman  iaitu apabila berhadapan dengan  situasi yang  menuntut kita memilih. Hendaklah dibuat penilaian  dengan melihat sumber hukum, syariat dan situasi semasa. Apa yang lebih utama, Ia hendalah  mengelak daripada berlakunya kemudharatan yang lebih besar.

Kemudharatan  boleh diertikan, adalah kesan dari satu   tindakan   percakapan, hukuman atau arahan. Sesuatu yang memberi implikasi yang membahayakan atau kurang bahaya.  Pilihan antara dua keadaan ini disenangi atau tidak disenangi dan berkemungkinan  menerima tindakbalas .

Termasuk didalam, formula urusan hubungan dengan Allah dan manusia serta makhluk lain. Yang lebih utama adalah tanggongjawab menjaga tanggapan dan kefahaman umum supaya  tidak ada kesan negetif  kepada kesucian agama. Sebab orang yang bukan islam perlu disampai kepada nya mesej,  yang islam itu adalah  terbaik.

Isu yang disebutkan adalah  larangan gunakan pembesar suara  untuk sebarang acara dimasjid dan surau . Ada pihak yang tidak menyenangi dari kalangan bukan islam merasakan terganggu oleh bacaan Quran sebelum   azan subuh. Juga program ceramah / kuliah. 

 Praktiknya  kini ianya hanya untuk azan dan iqamah sahaja,  Dan majlis ilmu  untuk pendengaran  oleh jumaah yang hadir ke masjid. Dipraktikkan  atas kemuslihatan  tidak  mengganggu / menghormati  antara kaum. Ia  bukan kerana islam ditekan oleh cengkaman politik.

Itulah rumusan atas isu tersebut. Khutbah menjelaskan, niat  pihak masjid adalah baik untuk bolehkan  mesej didengar oleh masyarakat keliling, Dalam masa yang sama yang bukan islam juga   berada dalam sikitaran  tempatan. Dengan pendekatan ini umat islamlah tempatan / qariah perlulah berusaha hadir kemesjid untuk majlis pengajian.  Datanglah  kemasjid dapatkan ilmu.  Ia akan memakmurkan  masjid dengan umat manusia. Sehingga kalau boleh solat subuh seperti bilangan  hadirnya makmum   solat  jumaat.

Para ulamak telah pun  melihat perkara ini  dari banyak sudut sirah dan syariat. Ini pendekatan yang terbaik. Pemahaman  yang mudah . Andainya  dengan mengubah sesuatu kemungkaran dengan lisan   tidak  di indahkan, ubah lah ia dengan  tangan  , ini bermaksud kita perlu ada kekuatan  jumaah / peraturan  undang undang/ politik. Andainya tiada kekuatan  cara  demikian ubahlah dengan hati/ doa.

Walau pun kita memiliki  kekuatan, pendekatan islam menghendaki  ubahlah dengan cara lemah lembut/ yang baik. Jangan sampai mengakibatkan ada kumudharatan yang besar. Konsep ini boleh diterjemahkan dalam budaya kehidupan. Dalam rumah tangga,  kejiranan,  memilih  pemimpin dan menjadikannya asas kepada mentadbir negara.

Ustaz  merujuk satu firman Allah,  "Supaya tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang orang yang beriman."  Ingatkan kepada semua akan batasan  kemampuan, usia dan  dosa yang ada. Yang boleh kita fahami adalah dalam keadaan apa sekali pun, Allah mahu  tetapkan   diri dan hati  berada dalam cara hidup islam. Dijelaskan  bahawa Allah tidak perintah umat melakuan sesuatu yang membawa mudharat. Semua yang di perintah dan yang dilarang pada dasarnya adalah untuk kebaikan didunia dan akhirat .

Dikatakan lagi bahawa Allah tidak membebani sesaorang melainkan sesuai dengan kesanggupan/ keupayaan. Sebab Allah yang mencipta dan yang merencana lebih megetahui. Manusia itu dijanjikan mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakan dan diperingatkan akan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakan.

Banyak hal yang memberi kemudharatan . Pilihlah  kemudharatan yang paling sedikit dengan kaedah  syarie/ feqah. Dalam hal memilih sesuatu yang terbaik boleh laksanakan solat sunat istiqorah, Allah akan ilhamkan yang terbaik

Sedikit rujukan  dalam hal ini ;

Kita tidak boleh membuat kemudharatan dan tidak boleh membalas kemudharatan. Jika seseorang yang hartanya dirusaki orang lain, maka ia tidak boleh membalas dengan merusak harta orang tersebut. Karena, tindakan ini tidak mendatangkan  apa manfaat, malah merosakan siratulrahim. Ia  akan memperluas kemudharatan. Ia hanya boleh  bersuara, menuntut agar orang yang merusak hartanya mengganti senilai kerusakan itu.

Menghilangkan kemudharatan yang telah terjadi adalah suatu kewajiban, juga diwajibkan untuk memperbaiki kerusakan yang telah ditimbulkan. Contoh, jika ada seseorang yang membuat saluran air di jalan kemudian saluran air tersebut mengganggu orang yang melaluinya, maka ia wajib membuang saluran air itu dan juga mengganti atau memperbaiki kerusakan akibat saluran airnya.

Kemudharatan harus dihilangkan. Artinya, kemudharatan harus dicegah sebelum terjadi. Karena, mencegah sesuatu lebih ringan dan lebih mudah daripada menghilangkan kemudharatan yang sudah terjadi. Bagaimananapun pencegahan lebih baik daripada pengubatan. Namun demikian, usaha untuk mencegah mudharat ini  hendaklah  dilakukan semampunya.

Menangani  kemudharatan harus di sesuai dengan batas kemampuan yang ada. Contoh kaedah ini jika  di perintahkan kaum Muslimin mempersiapkan diri dengan berbagai kekuatan yang dimiliki untuk persediaan kemungkinan serangan musuh. Jika musuh telah menjadi gentar oleh persiapan ini, maka tidak perlu kaum Muslimin melakukan penyerangan kepada musuh. Paling tidaknya  kita tidak akan diganggu dan wajar pula kita sentiasa berhati hati.

Maklumat dari tazkirah Mufti Negeri Pulau Pinang menjelaskan  satu kemuslihatan besar  pernah berlaku  dalam sejarah di negara Rusia.  Pemimpin negara ketika itu mahukan kepastian  mengenai kemaslahatan minuman arak. Masalahnya  Rusia adalah negara cuaca sejuk terutama sebelah utara. Semua pemimpin ugama dipanggil untuk berikan pandangan, Pemimpin ugama  telah menyatakan  pendirian ugama.

Ditanya kepada ulama islam, Telah diperjelaskan tidak boleh minum  minuman yang memabukan. Bila sampai kepada   pihak kristian dikatakan dibenarkan.
Satu kesilapan besar kerana pendekatan atas  kemudharatan kepada  kemulihatan tidak diambilkira. Kesannya sebahagian besar penduduk Rusia mengambil jalan mudah pergi kepada  Kristian.. Alangkah besar kesilapan ini.. Yang kita fahami dalam keadaan dharurat  ada pendekatan islam mengharuskan dengan kaedah  fiqah.

Mudahan sedikit maklumat ini dapat memberi  ilmu mengenai  persoalan keharusan dalam kemudhratan . Hendaklah bertindak dalam skop yang di gariskan dalam islam.

Wassalam...

Sumber dari tazkirah/ kuliah./ web.



Saturday, 3 October 2015

HATI YANG MATI

HATI YANG MATI.

Kuliah maghrib  29.9.2015 di sampaikan oleh  PU Yeop dalam  satu  program ceramah perdana.  Tajuk Hati  Yang Mati .

Boleh di mengertikan  sebagai  hati yang  tidak memiliki cahaya . Ia gelap kerana tidak digilap dengan  usaha kearah keimanan. Hati yang mati  adalah  tidak mudah menerima kebenaran. Ia dikuasai oleh nafsu. Dalam bahasa lain syaitan telah berumah didalamnya.

PU Yeop  tidak menghurai  erti  hati yang mati,  tetapi terus kapada  ciri-ciri mengenal  orang yang hatinya mati. Di jelaskan  untuk mengenal orang beriman dapat dilihat pada wajah. Orang beriman yang berpegang kepada semuanya dari Allah , ia miliki kekuatan  iman ,redho dalam semua hal. Ini menjadikan  wajahnya sentiasa  berseri dengan sifat takwa. Ia juga adalah kesan dari wudhuk harian  dan sujud / solatnya.

Sifat  kehidupannya,  ia menjunjung  perintah Allah dan menjauh diri dari larangan. Ia bercakap atas  perkara yang  ia buat. Jangan kita bercakap atas perkara yang kita  sendiri tidak mampu buat.  Nabi  SAW  telah tunjuk contoh,  bercakap apa yang baginda buat. Panjang contoh contoh  kelakar yang dibawa oleh PU Yoep.  Berkisar kepada  perlunya membuang sifat riak membanggakan diri.

Disebutkan bahawa orang yang hebat adalah  orang yang dapat mengawal marah ketika  memuncak marahnya. Penyataan ini popular adalah diambil dari satu hadis nabi.  Terkadang kala secara sepontan bilamana kebiasaan sesaorang itu ditegur, ia akan terus melenting. Ada kisah yang menghuraikan yang pernah berlaku. Alangkah indahnya jika kemarahan itu dapat dipadamkan. Ustaz  ada nyatakan,  padamkan ia dengan mengambil wudhuk. Api akan terpadam dengan air.

PU Yeop  tanya apakah  maksudnya   hati nurani  ?

Hati yang bercahaya  itu dari cahaya ilaahiah  adalah hati nurani. Ia bercahaya jika selalu digilap dan cahayanya  akan bersinar kemana sahaja ia pergi.  Cahaya illahiah akan bersinar disebabkan kita menjaga. Boleh Memberi cahaya kepada orang lain malah makhluk lain haiwan dan tumbuhan.  Kata lainnya ada aura yang  memancar naik keangkasa dan dapat dilihat oleh para malaikat dan jin.

Cahaya ini akan pudar  dan hilang jika pemiliknya banyak melakukan kemaksiatan. Inilah dikatakan hati yang telah mati. Kehidupannya di kuasai oleh nafsu dan nafsu itu dikuasai oleh makhluk syaitan dan syaitan itu sendiri tiada sedikit pun kemampuan  berhadapan dengan Allah.  Di sebut  Allah SAT ,  jika hati yang telah rosak, kesannya amat besar adalah merosakkan  anggota luar dan dalam, zahir dan batin.

PU Yeop. mengingatkan  mengadulah kepada Allah sebarang hal, kesakitan dan sebagainya. Ambil pendekatan usaha  akan atas setiap hajat, Jika sakit  temukan dengan obat yang  sesuai untuknya. Doa , perserahan diri yang total kepada Allah dan bertawakal .

Ditanya lagi  Siapakah pemilik  hati yang mati, hati yang hidup dan  hati yang  sakit?.

Dinyatakan pemilik hati yang mati itu  adalah orang yang jauh dari Allah,  yang tidak mendapat  kasih sayang Allah. Orang kafir dan orang yang  dalam kemaksiatan. Mata  dan telinga juga boleh menyebabkan hati mati. Jangan sekalikali  sehingga tingkah laku menyekat orang lain untuk sampaikan syariat, kerana amat besar resiko kepada diri.

Hati yang hidup adalah milik orang yang  meletakkan dirinya  kesisi Allah. Diantara tanda orang yang berada disisi Allah adalah ia  benci kepada perkara yang Allah larang dan   cinta kepada yang Allah perintah. Panjang huraian atas perkara ini. Banyak melakukan perkara sunat, menjaga akhlak, hubungan sesama manusia. .Menjaga ibadah wajib,  Kehidupan yang islamik dan peranan  sebagai daeenya menjangkau keluar kepada orang dikelilingnya.

Hati yang sakit dinyatakan tergolong dalam kelompok manusia yang munafik.  Umum nya ia tidak tahu hatinya sakit. Antara kebenaran dan kebatilan, ia  berada dalam dua situasi dan cenderung menuruti  kehendak nafsu. Ia banyak berpura dalam perbuatan. Tanda sikap munafik ada disebutkan oleh nabi SAW,  antaranya ia bermalasan melakukan perintah Allah. Hadir kemajlis ilmu tujuan lain.

Akhir bicara  hidupkan amalan , hampirkan diri dengan majlis ilmu, minta nasihat dari  orang yang pakar dalam bidangnya. Laksanakan solat, gantikan solat yang ditinggalkan dan hendaklak mengenali  Allah dan rasul.

Wabillahi taufik walhidayah warahmatullah  .

Ringkas catatan ini, ia bukan berbentuk  catatan rakaman suara.. Mudahan dapat dimanafaatkan....


 Catatan dari majlis ilmu Masjid Sg.  Gelugur P. pinang


Saturday, 26 September 2015

PERINGATAN NABI KEPADA UMAT

PERINGATAN NABI KEPADA UMAT.

Catatan penulisan ini  adalah merujuk kepada satu hadis yang dibaca selepas solat asar di Masjid Jamiq Sg Gelugur P. Penang.  Hadis sahih  yang menjelaskan bahwa dosa besar dan dosa kecil yang tercatat dalam catatan malaikat akan di pamerkan .  Akan di perlihatkan masa, tempat dan apa yang diperbuat. Lebih kurang sama seperti  filem yang ditayangkan. Panjang huraian hadis ini.  Rasa malu yang teramat. Ada dosa yang dipamer secara terbuka dan ada  yang dipamer secara tertutup.

Amat takutnya perasaan aku. Aibnya bila diperlihatkan segala langkah, percakapan dan perbuatan. Apa yang aku harapkan  mudahan keaibkan yang ada akan dipadamkan / disembunyikan / dibicarakan secara tertutup oleh Allah.  Bagaimana dengan  tiket kelayakkan aku keakhirat , ibadah ,  amalan  dan  memadaikah dengan apa yang telah aku  buat.

Penghujung huraian hadis ini,  tergenang air mata. Terkesan  dengan kebimbangan yang mendalam. Tahukan wahai  anak- anak, adik-adik , sahabat handai semua kenapa perasaan takut yang terlalu  amat ini.

Terlalu bimbang dengan  saat kematian,  bimbang dengan azab dialam kubur, bimbang  akan perbicaraan di akhirat. Takut, tidak mahu  dilontar / jejakkan kaki ke dalam  neraka atau menjadi sasaran para malaikat dengan hayunan lemparan manusia berdosa ke lurahnya neraka .Terpekik, melolong, lalu dikata oleh malaikat inilah balasan  yang telah kamu usahakan  semasa kamu diberi peluang hidup didunia . Adakah kamu tidak mengetahi bahawa suasana ini akan berlaku. Adakah kamu tidak pernah ambil tahu apa yang  rasul sampaikan ?

Tidak  takutkah kita akan  kegawatan suasana ini.  Nafsi - nafsi, tiada siapa yang boleh membantu melainkan amalan di dunia.  Sampaikan Baginda Rasullullah katakan kepada anaknya Fatimah, " Semasa didunia mintalah kepada ayahnda, tetapi dihadapan  Allah,  ayahnda ini pun  tidak mampu menolong ".

Ayat- ayat yang berbentuk   peringatan Allah,  adalah membawa maksud Allah mahukan umat manusia akan  menjadi ahli syurga.  Ini sama halnya kita  mahukan anak dan kaum keluarga  berada dalam suasana baik.

Apa yang  kita miliki adalah amanah. Ini  sering diperkatakan oleh para ustaz, dalam  khutbah jumaat. Anak , suami, isteri, harta, seluruhnya harta adalah untuk gunapakai. Allah warning lagi. Kata Allah " Jangan  kamu letakkan kecintaan  kamu kepada apa yang kamu miliki, melebihi kecintaan kamu kepada Allah dan rasul".

Apa yang boleh dipertahankan tingkah laku kita, sebab musababnya kehendak nafsu kita. Bila dihujani dengan dakwaan para malaikat. Terimalah dengan wajah  yang mendung segala yang diberitahu. Tanpa aura senyum, rela terpaksa dan redho sahajalah perjalanan seterusnya.

 Mungkinkah ada secebis harapan, kita  masih  ada masa.  Dengan penyataan hadis bahawa Allah akan sembunyikan/ padamkan  dosa yang telah terakam. Sebab Allah  katakan banyak lagi dosa yang terakam yang telah dipadamkan kerana taubat, zikirullah, penambahbaikkan amalan keislaman dan perhatian kamu menutup keaiban orang lain.

Ada satu satunya  pengharapan yang ada. Bertitik tolak dengan iman / percaya kepada Al quran dan  hadis, hendaklah  bersungguh dapatkan ilmu darinya. Kekuatan iman perlu dicari . Berusaha mendalami Ilmu mengenal Allah termasuk meyakini / beriman perkara yang ghaib,  yang tidak kelihatan oleh mata seperti alam azali,  alam akhirat/ mahsyar, ruh, syurga, neraka, alam malaikat , alam jin dan  penyataan lain  melalui para nabi.

Apabila telah tahu kelemahan diri, berusahalah membaiki diri dalam tempoh usia yang terbatas. Dalam satu siri kuliah dinyatakan , jika sesaorang itu mati dalm keadaan beristiqomah kearah kebaikan , perkiraan Allah ia dikira berbuat sehingga hari dibangkitkan.

Apakah tandanya Allah telah ampunkan  sesaorang ?. Soalan ini pernah aku tanyakan dalam satu siri kuliah. Dijawab, bilamana sesaorang itu melakukan sesuatu kesalahan, seawalnya ia bertaubat. Bilamana mulutnya beristiqfar, dibenarkan oleh hatinya , dibuktikan oleh amalnya. Dan dalam kehidupannya ia memandang benci perkara tersebut. Kerap  ia berpesan kepada orang lain jangan buat perkara berkaitan. Sampai peringkat ia mencegahnya dengan  tangannya. Itulah petanda dosa atas perkara tersebut ada keampunan.

Allah akan kotakan janjinya . Sesiapa yang menutup keaiban orang, Allah akan menutupi keaibannya. Bukankah ini satu ruang terbuka untuk laksanakan satu tanggongjawab dan boleh berharap semoga Allah beri pengampunan. Untuk ini  kita diperingatkan jangan sekalikali kamu bersama dengan orang yang berbuat zalim.

Peringkat tertinggi penilaian Allah adalah  tahap keikhlasan . Allah  lebih mengetahui niat  dan perbuatan sesaorang. Allah yang mencipta makhluk syaitan untuk dijadi alat menyaring umat manusia.  Itulah disebutkan diatas tadi , kita perlu mengenali siapa syaitan dan janjinya dengan  Allah semasa mempersoalkan penciptaan nabi Adam. Bilamana kita kenal sesaorang barulah diketahui asal  usul, kegemaran dan lain. Kita kenali jin/ syaitan/ iblis, barulah kita ada ilmu melihat kelemahan nya.

Mudahan sedikit perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan


Sekian Wassalam.....


Penulisan berdasarkan catatan dari majlis ilmu.
Masjid Sungai Gelugur, P.Pinang