Sunday, 29 December 2013

MENANGANI BISIKAN IBLIS / SYAITAN

18.12.2013 .Tazkirah Magrib. Tajuk. : MENANGANI BISIKAN IBLIS / SYAITAN.

Asalammualaikum .....

Yang di hormati  tuan imam,  barisan ahli Jawatan Kuasa Masjid  Sungai Gelugur, seterusnya muslimin dan muslimat, hadirin hadirat, yang rahmati Allah S.W.T.

Alhamdulillah , mari kita merafakkan syukur kepada Allah S.W.T. kerana malam ini kita di pertemukan  diberi hidayah dan inayah  Allah . Kita  bertemu dalam majlis ilmu ini, Mengisi  ruang antara magrib dan Isyak.

Bertuahlah nama kita ditulis oleh Allah S.W.T untuk berada dalam majlis seperti ini. Dikatakan bertuah itu kerana majlis  kita sedang  diburu. Allah S.W.T telah menciptakan sekumpulan malaikat yang tugasnya mengelilingi bumi atau dalam bahasa  lainnya kumpulan malaikat ini meronda disekeliling bumi mencari majlis-majlis ilmu yang menyebut nama-nama Allah.

Bilamana malaikat berjumpa majlis tersebut, akan dipanggil para  malaikat yang lain duduk bersama bersusun kelangit sehingga kelangit ketujuh. Mereka ini berdoa kepada Allah  memohon kerahmatan kepada mereka yang ada dalam majlis ilmu.

Tidak terhenti disitu sahaja. Apabila mereka pulang kepada Allah di persembahkan akan puji pujian dan mempersaksikan akan kehadiran kita dalam majlis ilmu. Allah menyatakan bagi mereka yang hadir dalam majlis ilmu itu diampun dosa mereka. Dikhabarkan oleh malaikat ada sekumpulan mereka tidak berniat untuk hadir tetapi sekadar singgah melalui  tempat majlis ilmu. Diberitahu oleh Allah mereka juga mendapat keampunanan oleh Allah kerana berada seketika dalam majlis mengingati Allah.

Alhamdulilah, pada malam ini saya bersama dengan tuan- tuan  untuk satu bentuk penafsiran ayat Allah S.W.T . Yang disebut tafsir perkara maudhu Ain. Bekaitan tafsir Al Quran nul quran, Alquran dan sunnah, dan tafsir dengan pendapat / akal.  Malam ini saya akan berkongsi akan perkara mengenai maudhu Ain iaitu kita akan fokus kepada perkara  disebutkan ketika  sebelum kita membaca Al quran.  Dijelas , Apabila kamu berniat hendak membaca Alquran, akan mulakan dengan  "Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam" ( Aauzubillah..... ).

Ia adalah satu topik sebelum masuk membaca suratul Fatehah, tetapi muqadimah ayat ini  tidak tertulis pun dalam Al quran.  Ia menjadi topik yang dibincangkan oleh para ulamak. Dalam satu ayat lain Allah ceritakan bagaimana ia dikaitkan dengan kehidupan manusia. Bagaimana  kita manusia menguruskan urusan berkaitan dengan makhluk syaitan. Makhluk yang dijadikan oleh Allah S.W.T  yang kita tidak nampak. Allah mengetahui permainan syaitan   Allah  tahu  keterbatasannya dan Allah S. W.T yang mencipta  sifat dalaman dan luaran  makhluk syaitan

Allah katakan ;
"Berbaik-baiklah dengan orang yang berbuat kebaikan. Berpalinglah dari orang yang berbuat kezaliman. Dan dari  ada pula tipu daya syaitan yang berusaha menipu kamu dan mintalah perlindungan dari Allah S.W.T

 Ada juga ayat yang lain yang menyebut dengan jelas bagaimana untuk menangani musuh-musuh yang sentiasa menyesatkan manusia . Dinyatakan berbuat baiklah  dan bermaaf - maaflah dengan orang yang berbuat jahat kepada kita. Walau sejahat mana kejahatannya kepada manusia ,  balaslah kejahatan itu dengan cara terbaik. Sesungguhnya Allah mengetahui sesuatu itu. Berlindunglah kepada Allah dari bisikan syaitan. Contuhilah / pelajari  sirah Nabi SAW akan cara Nabi S.A.W berhadapan / menghadapi orang qurish.

Dikehendaki oleh Allah S.W.T  bilamana untuk menangani kejahatan oleh manusia hendak kita berbuat baik kepadanya. Biasanya manusia , jika orang berkasar kepada kita, akan dibalas dengan kasar. Jika bawa kereta dipotong atau beri lampu tinggi orang akan kita terasa tercabar. Adakalanya orang  meninggikan siara dengan kita. Latihkan diri untuk menjadi oramg yang bersabar dan membalas kejahatan dengan kebaikan.

Ada pun dengan syaitan, kita kena mohon perlindungan dari Allah S.W.T  kerana ia makhluk yang tidak boleh dilihat. Allah tahu permainan syaitan dan kemampuannya.  Ia juga sebagai alat menyaring manusia. Amat malang orang yang membiarkan diri berada dalam cengkaman syaitan.

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah. Dalam apa pun persoalan kehidupan, hendaklah  kita merujuk dan mengadu  kepada Allah. Memohon dihindarkan dari kejahatan syaitan. Dan ayat seterusnya  Allah S.W.T perintahkan memohon kebaikan dari angkara syaitan tersebut.

Dalam seperti ini kita perlu mengetahui akan syaitan dan iblis itu juga makhluk Allah yang masing-masing  mempunyai ketentuan. Makhluk Allah dari kalangan malaikat dengan peranan yang ditentukan dan manusia sebagai satu makhluk yang istimewa dengan fitrah diberi akal, nafsu dan kehendak. Tiada kuasa  yang boleh menandingi kekuasaan Allah. Allah S.W.T  lebih mengetahui atas segala  yang berlaku dan kehendaknya  atas apa yang diciptaNya.

Hendaklah kita faham bahawa kerja syaitan ini mahu kita lari dari Allah S.W.T  Ia mahu sekurangnya mengurangkan pahala amal  kebaikan manusia.  Allah S.W.T  katakan syaitan itu dijadikan  musuh berbarutan kepada manusia. Jangan sekali-kali  ikut kehendak syaitan. Ambil ilmu /  perhatian atas kisah  nabi S.A.W berdialog dengan  syaitan dalam hadis sahih yang memberi maklumat akan kelemahan syaitan. Dikatakan oleh para ulama, wajib bagi kita memulakan  dengan  "Aazubillah himinsyaito nirrojim"  bila memulakan sesuatu, terutama untuk ibadah khusus membaca al quran.

Allah S.W.T  katakan diturunkan Al Quran itu sebagai ubat bagi manusia. Sesiapa yang membaca quran kena baca  pembuka  ayat memohon perlindungan dari  syaitan. "Auzubillah..... " Aku berlindung dari syaitan yang direjam" . Jika bersolat dahulukan dengannya baru  niat solat dan takbir. Juga sebagai menghilangkan keraguan  atas gangguan syaitan, sebab kenapa  kita perlu mohon perlindungan kepada Allah S.W.T Memang kerjanya hendak jauhkan kita dari Allah S.W.T . Paling tidak nak bagi pahala kita kurang. Yang ia mahu , kita  malas buat apa yang Allah perintahkan dan lakukan apa yang diarang.

Satu  kisah berlaku pada sahabat nabi S.A.W , Abdullah b Maktum.  Ia telah  datang kepada nabi, ketika itu Nabi  sedang berdakwah kapada pembesar  quraish.  Ia adalah seorang yang buta. Satu ketika ia bertanya kepada Nabi S.A.W memohon pengecualian dari solat subuh berjumaah kerana keadaan fiziknya buta. Lalu Nabi bertanya adakah  kamu mendengar suara azan. Dikatakan  ia mendengar. Lalu Nabi katakan  tiada alasan  kamu meninggalkan  solat berjumaah. Masalah  baginya  kerana  orang yang memimpinnya ke masjid   tidak lagi  datang membawanya ke masjid.

Keesokan subuh  dalam keadaan buta ia  bergerak berjalan kemasjid tanpa dipimpin oleh sesiapa. Dalam perjalanan ia terantuk tembok, menyebabkan kecederaan kepalanya. Dalam keadaannya begitu datang seorang lelaki lalu memimpinnya bawa kemasjid. Begitulah rutin orang ini menunggu dan menghantar kemasjid setiap subuh hari.

Lalu satu ketika ia bertanya siapakah yang memimpin tangannya datang kemasjid dan tunggunya bawa pulang setiap hari, tetapi tidak ikut solat berjumaah.  Dijawab oleh  lelaki itu tidak perlu baginya mengenal  siapakah aku. Dikatakan oleh  Abdullah b Maktum jika begitu cukuplah persahabatan kita setakad ini, aku bersumpah dengan nama Allah,  jangan lagi  membawanya  ke masjid. Lalu dijawab oleh berkenaan  disebabkan  kamu telah bersumpah dengan nama Allah, aku beritahu kamu aku adalah iblis. Terkejut  Abdullah b Maktum kerana iblis telah bawanya ke masjid.

Ditanya lagi bukan kerja engkau menjauhkan orang dari masjid. Lalu dijawab oleh iblis. Betul, akan tetapi ketika mana kamu wahai Abdullah,  ketika kamu cedera ditimpa batu dalam perjalanan kemasjid,  ketika itu aku mendengar, diampun sebahagian dari dosa-dosa  kamu. Aku tidak mahu Allah mengampunkan sebahagian lagi dosa kamu, itulah sebabnya akan ambil  tugas untuk memimpin kamu kemasjid.

Inilah yang namanya syaitan. Ia sanggup membantu orang walau pun ke masjid dengan  muslihat untuk merosakkan kita. Dan contoh ini adalah juga sifatnya yang ada dalam diri manusia.  Inilah  sebabnya  kita perlu memohon perlindungan  kepada Allah  dalam apa juga  kerjabuat kita seharian.

Satu lagi sifat negetif manusia  jika ia berbuat kebaikan, mahu hatinya menceritakan kebaikan itu kepada orang.  Hatinya bagaikan digaru untuk memberitahu orang bahawa itu adalah hasil kerjanya. Bilamana berlaku ia , pada penilaian Allah S.W.T. jika awalnya niat  telah baik tetapi pahala kebaikannya  menjadi kosong kerana sifat riak telah wujud. Iblis/ syaitan telah berjaya merosakannya.

Berlaku juga jika  rasa bangga mengkhabarkan kerajinannya datang berqiamulail. Membantu derma  kepada sebarang program, apa lagi diwar-warkan untuk makluman umum. Akan semua itu tidak memberi  kelebihan dari sisi Allah S.W.T   Inilah kerja syaitan.

Syaitan juga mendapat pujian oleh ketua para syaitan dan diberi pengiktirafan kejayaannya  merosakkan manusia. Jika terdidiknya syaitan semenjak dari mula sehingga  usianya beribu tahun, berapa banyak pengalamannya dalam menyesatkan manusia. Perkataan syaitan adalah dari perkataan syatuna, bermaksud perkara yang jauh. Yang jauh dari rahmat Allah S.W.T Penentangannya  bermula ketika mana dikisahkan semasa dialog syaitan semasa Nabi Adam S.A.W  dilantik  sebagai khalifah dimuka bumi. Iblis telah engkar mematuhi perintah supaya sujud kepada Nabi Adam.

Kesan yang amat mendalam dalam diri manusia bilamana ia berurusan dengan Allah S.W.T  adalah perserahan diri nya yang total kepadaNya. Auranya dapat dilihat, yang ditakuti oleh ibliis dan syaitan. Sehingga di nyatakan aura orang yang dekat dengan Allah terpancar naik kelangit, dapat di lihat oleh makhluk dilangit. Apalagi aura yang terbit dari rumah - rumah Allah atau rumah yang penghuninya beramal kerana Allah.

Berlindunglah kepada Allah S.W.T  Mudahan kita semua mendapat rahmat olehNya. Mulakan sesuatu itu dengan memohon perlindungan kepada Allah S.W.T  sebelum melangkah.

Wabillahhitaufik walhidayah.........
Assalamuaalaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Penulisan adalah berdasarkan dari rakaman suara.
Masjid Jameq Sungai Gelugur, Pulau Pinang.


Tuesday, 24 December 2013

PENENTANGAN YAHUDI TERHADAP ISLAM

22/11/2013. Tazkirah Magrib. Tajuk : PENENTANGAN YAHUDI TERHADAP ISLAM

Bersyukur kita  kerana  dapat  berhimpun dalam satu majlis pengajian pada malam ini mudahan diberkati oleh Allah S.W.T

 Allah S.W.T  berfirman,
"Jika kamu kembali sombong melakukan kerosakan dan menguasai Baitul Maqdis dan
Masjidil Aqsa , maka kami mendatangkan hamba-hamba kami yang gagah perkasa untuk menentang kamu".

Baitul Maqdis ini dalam catatan sejarah adalah dibuka oleh  Saidina Umar Al Khattab  kemudiannya dibebaskan kembali setelah dikuasai yahudi oleh Salehuddin Al Ayubi. Walau pun hari ini Baitul Maqdis terletak dibawah penguasaan yahudi.  Nanti sampai masanya Allah akan datangkan  kaum lain  untuk berkorban membebaskannya kembali dari cengkaman yahudi. 

Firman Allah S.W.T " Kalau kamu murtad dari agama ini, maka Allah akan gantikan dengan kaum lain".

Macamana sifatnya orang yang harusnya membawa tanggongjawab ini. Mereka  pastinya adalah orang yang mencintai Allah dan Allah juga mencintainya. 

Bila datang kepada kamu seruan untuk berjihad maka hendak kamu  bersegera. Akan tetapi mereka  didapati rasa berat dan tidak mahu berjuang dan lebih selesa berada ditempat yang mereka berada. Itu tabiat manusia bila ada panggilan jihad.

 Tetapi orang yang datang menggantikan satu kaum itu. Mereka mempersiapkan diri untuk berjuang kejalan Allah.  Mereka tidak takut dengan celaan. Nabi S.A.W berkata, akan hal itu termasuk fitnah yang dihadapi oleh  Nabi di Mekah. Mereka membuat tohmahan dan katakan jangan dengar perkataan dan mengikuti  saranan Nabi S.A.W.

 Diberitakan maka  pergilah  orang musrikin itu kepada ketuanya  kafir kaum quraish,   Walid Al Muqirah.  Dibincangkan oleh kaum kafir bagaimana untuk menyekat orang ramai dari mendatangi nabi dari mendengar apa yang disampaikan.  Akan tetapi mereka hadir mendengar  apa yang disampaikan  dengan tujuan memutarbelitkan, memperolokan  percakapan Nabi S.A.W. Mereka jadikan strategi bagaimana untuk menghadapi  situasi yang ada di Mekah yang telah memperlihatkan aura  kenabian telah  masuk keseluruh penduduk Mekah.

Lalu  kaum musrikin mencadangkan dibuat pertuduhan secara  serentak dari berbagai penjuru.  Dibuat  perjumpaan dikalangan pemimpin musrikin,  pertuduhan apa yang hendak dibuat keatas nabi.

Rutinnya sejarah telah memperlihat  sesiapa sahaja yang mahu membawa islam  pasti menghadapi pelbagai pertuduhan dan tentangan. Nabi Muhammad S.A.W menghadapi berbagai sudut persoalan dalam masyarakatnya di tanah besar Mekah. Bukan satu tugasan yang mudah dalam situasi arab jahiliah yang tiada tamadun kemanusian. Satu situasi masyarakat yang mengamalkan hukum rimba.

 Disebut kan berbagai jenis tuduhan. Akan tetapi Walid Al Muqirah tahu dan  katakan Nabi Muhammad S.A.W  itu tidak membawa sesuatu yang  tidak betul kerana  Ia sendiri tidak boleh membaca dan menulis.  Dalam hal itu juga peranan ahli nujum/tukang tilek yang mainkan peranan besar dalam  masyarakat quraish.  Berbagai cadangan jenis pertuduhan dicadangkan, Nabi seorang gila, dan sebagai ahli sihir. Dalam hal yang begitu orang yang berbuat sesuatu seperti yang nabi lakukan tetap berada dipihak yang benar.

Orang yang Allah pilih untuk mengganti kaum lain itu memiliki kefahaman islam dalam hal urusannya. Allah katakan akan dihantar sesaorang yang gagah perkasa keimanannya menentang mereka.  Itulah dikatakan dalam satu ayat, bila mana hampirnya hari kiamat akan datang pertolongan Allah dimana  makhluknya , pokok-pokok dan batu- batu akan bercakap, mari kesini, dibelakang aku ada yahudi bersembunyi.

Sejarah bagi Mesir semenjak zaman Firaun. Dengan kedatangan Nabi Musa. Turun naiknya kekuatan Islam. Kaum Yahudi terus membuat penentangan merebut kekuasaa.Kerosakan kini  terus  berlaku di Mesir. Kenapa Mursi  ditumbangkan. Kerana ia hendak tegakkan  hukum islam.  Yahudi dan kristian bagaikan ada persafaham membuat penentangan terhadap Islam dan Allah S.W.T  bagaikan ada istidraj terhadap kaum yahudi akan persoalan ini. Pasti akan terjadi bagaimana Islam akan menguasai dunia sebelum  dunia ini hendak dikiamatkan.

Situasi dalam negara, Sultan Kelantan bertitah segerakan jalankan hukum hudud. Sultan Johor telah umumkan 1Jan 2014 akan ikuti menentukan hari jumaat dan sabtu adalah cuti mingguan bagi Johor. Bagaimana situasinya,  jika Sultan Kelantan dalam tempoh 3 tahun lagi dijangka akan jadi Yang dipertuan agong akan  istiharkan segera jalankan hukum hudud di Malaysia. Adakah akan ada penentangan?.

Mengikukut fatwa dari Yusuf Qardawi, buat masa ini tidak perlu kita pergi ke Baitul Maqdis kerana ia dikuasai oleh yahudi. Sesiapa  yang pergi bermaksud ia membantu kayakan ekonomi yahudi, dengan lain- lain cukai yang dikenakan. Jika untuk membuat kajian seorang berdua adalah dibolehkan. Jika untuk pargi dalam jumlah yang ramai eloklah ditanggohkan. Pergilah ketempat lain seperti Mekah dan Madinah.

Siapa yang menentukan jalan syariat ?, jawabnya Allah. Dari sumber mana?, jawab  al quran.Siapa yang menyampaikan? , jawab nabi.  Jadi seluruh isi al quran itu adalah syariat Allah S.W.T. Yang kita kena ambil tahu./ mengaji.  Meninggalkan satu dari  syariat, jawabnya tidak sah imannya. Dengan sebab itu tidak boleh meninggal meninggalkan walay pun satu perkara syariat Allah.

Allah katakan adakah kamu  beriman dengan sebahagian dan kufur dengan sebahagian kitab. Ini adalah sifat kaum  yahudi.   Meraka akan halang  orang supaya jangan percaya  kepada Al quran dan hadis.  Matlamat yahudi adalah sama  vision iblis mahu manusia jangan faham agama.

Dalam kontak hari ini cengkaman barat bawaan yahudi  tidak membenarkan proses islamisasi berlaku. Mereka tidak membenarkan kerajaan Islam Otmaniah yang telah bertapak lama didunia barat bertapak semula terutamanya di  Mesir, Turki dan Syria. Disebelah asia  tengah dan  asia timur, pengawasan diberi untuk pastikan kerajaan islam yang tulin  tidak menguasai  mana- mana negara dunia

Turki pada tanggapan bangsa yahudi adalah bom jangka untuk berpusatnya pengaruh islam. Jika tiga negara ini kuat dengan islam, ia adalah  menggugat kekuatan yahudi di dirantau Europe dan boleh jadi benua kepada islam. Situasi yang sama akan  menimpa Algeria dan Tunisia. Pemimpin islam dijatuhkan dengan berbagai sebab agama dan penguasaan sumber ekonomi. Perjuangan yang berasaskan bangsa telah diketahui tidak akan dapat mengalahkan yahudi.

Yahudi adalah bangsa dan agamanya  yahuda, dan   idapati ramai Nabi  adalah dari kalangan bangsa yahudi,  kabilahnya  adalah bani israil. Penentangannya  dalam hal anutan agama  adalah kepada agama islam sahaja. Ia tidak beri tentangan kepada agama lain. Kenapa?,  Nabi S.A.W telah difahamkan oleh Allah bahawa permintaannya supaya tiada perselisihan  berlaku dikalangan umat  tidak diperkenankan. Bolehlah  kita rumuskan beberapa perkara;

1.  Umat Islam wajib pertahankan akidah dan membina kekuatan mental dan fizikal berhadapan dengan kaum bukan Islam.

2. Allah aturkan akan graf Agama Islam dialam alam  ini berlaku turun naik. Allah S.W.T menuntut umat islam sentiasa bersama tugasan menyambong sampaikan syariat dari Allah  sehingga akhir hayat. Sehinggalah manusia akan disaring semasa di akhirat untuk ditempatkan ke syurga atau neraka.

3. Perencanaan Allah S.W.T  pasti akan berlaku sebagaimana  yang  di beritahu dalam Al Quran. Nabi S.A.W telah memahaminya. Tugas Nabi menyampaikan, selainnya  adalah urusan Allah

4. Berusahalah kita membaiki kefahaman  hidup cara islam yang disyariat melalui nabi S.A.W,  untuk diamalkan pula   oleh genarasi akan datang.

Wassalam.....

Catatan tazkirah adalah dari rakaman suara.
-  Masjid Jameq  Al Ridwaniah  Kuala Kangsar, Perak.


Thursday, 19 December 2013

IMAN DAN PERSAUDARAAN

20/11/2013. Tazkirah  Magrib. Tajuk :  IMAN DAN PERSAUDARAAN

Assalamualaikum.......

 Alhamdulillah mari  kita merafakkan syukur kepada Allah S.W.T  kerana dapat bersama-sama  pada malam ini.

Daripada Anas  b Malik ;
" Daripada Nabi S.A.W nyatakan tidak sempurna iman sesaorang jika ia tidak menyukai sesaorang itu mendapat kebaikan, seperti saudaranya seperti ia suka kepada dirinya sendiri."
 Maksudnya tidak beriman sesaorang jika ia tidak menyayangi sesaorang seperti ia sayang dirinya sendiri."  Huraian, Islam mahukan masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan tidak akan wujud jika tiada perhubungan yang baik.

Perlu ada tali  persaudaraan  untuk hubungkan sifat kasih sayang. Ada hadis yang lain menjelaskan, sesaorang itu adalah saudara pada yang lain. Yang dimaksudkan adalah seperti saudara seibu sebapa. Itulah yang dikehendaki Allah akan persaudaraan yang perlu rapat sesama muslim.

Bandingan kasih sayang, perhubungan baik, baik sangka, antara mukmin adalah sebagai anggota/ badan. Apabila mengadu sakit satu  daripada bahagiannya maka akan terasa sakit anggota yang lainnya. Maksudnya adalah perlu ada simpati atas kesusahan yang dialami oleh anggota masyarakat dan  perlu ada tanggongjawab  saling membantu.

 Sepertimana umat islam di Palestin yang di tindas oleh kaum yahudi, akan terasa oleh umat islam dilain negara untuk sama membantu. Penderitaan mereka juga adalah penderitaan kita atas dasar persaudaraan sesama islam. Sebaik-baik  akhlak umat islam adalah menyukai kebaikan yang  pada orang lain. Ia turut merasakan gembira dan bersyukur apabila orang lain mendapat nikmat.

Maksudnya disini tidak merasakan iri hati hati atau ada sifat cemburu. Paling tidaknya kita ucapkan tahniah.. Dan kiranya  kita  jika mendapat nikmat itu ada perasaam mahu ia dikongsi bersama. Konsep ini bukan sahaja  untuk keluarga tetapi dalam komuniti masyarakat. Jika mendapat kemudaratan bermakna bersama mencari jalan untuk meringankan.

 Kehidupan  orang  islam  dengan  vision sama untuk mendapatkan keredhoan Allah. Persoalannya adalah bagaimana untuk meletakkan diri berada dalam situasi yang dikehendaki. Perasaan manusia seringkali di saluti dengan sifat tidak baik. Ada permusuhan dalam pergaulan. inilah perkara yang sentiasa dimainkan oleh syaitan yang memang telah tertanam sifat merosakan manusia. Bilamana kita telah tahu itu tujuannya, jangan biarkan diri dikuasai oleh sifat seperti itu.

 Jika kita terbiar dengan sifat sukakan arak dan judi, ia adalah penghalang untuk mengingati Allah. Wajib menjauhi perkara yang Allah larang, kerana ia akan menghitamkan hati dan didalamnya adalah rumah kepada syaitan.

Menyentuh dalam hal perintah tunaikan solat dan keluarkan zakat. Ia satu tanggungjawab setiap umat islam. Dinyatakan mendirikan solat itu adalah tiang agama. Diumpamakan juga ia sebagai satu bekas yang perlu ada untuk menyimpan amalan -amalan . Perkara yang pertama disemak dihari akhirat adalah kesempurnaan solat. Bagaimana jika tidak laksanakan solat. Sebagaimana wajibnya laksanakan perintah Allah, itulah perlunya kita peringatkan antara satu untuk tunaikan samada yang wajib atau fardhu kifayah.

Perasaan kebersamaan kasih sayang antara manusia, telah ditekankan oleh Rasullulah SAW  setiap masa. Ia adalah kunci kearah menyatupadukan ummah, perpaduan dan kekuatan agama.  Perlu tunjukan contoh kepada orang lain. Banyak kisah para nabi dan sahabat yang memberikan tauladan yang akhirnya orang bukan islam tersentuh hatinya duduk didalam jumaah islam.

 Ada sifat negetif diantara kita yang pentingkan diri. Sifat ini adalah gejala bermulanya memutuskan  silaratulrahim dilihat ada dalam mana mana intitusi dari peringkat keluarga, kampong, daerah atau negara.Yang akhirnya pertentangan yang tiada berkesudahan. Akan hilang maruah, kehormatan dan tidak boleh lagi dijadikan contoh kepada orang lain.

Dalam perimbangan bertindak atas sesuatu perkara, ada masanya lebih baik kita diam kerana ia adalah lebih baik . Ada masanya  hendaklah kamu tegur dengan kuasa, percakapan,  atau hati, bergantung kepada kedudukan  kita dan tanggungjawab. Pendekatan secara baik. Jangan tegur sehingga memalukan dikhalayak ramai. Kalau dapat bawa  keluar dan sampaikan apa yang sepatutnya.

Ada sifat manusia yang berbuat baik hanya jika  ia mendapat faedah darinya. Pertimbangan berbuat kebaikan darinya hanya  jika ada kepentingan peribadi. Sampai peringkat yang keterlaluan ia tidak ada sifat mahu mengorbankan  apa yang ada  pada nya untuk diberikan kepada  orang lain , malah lebih teruk jika ia menganggap  rugi baginya  walau pun kepada saudaranya sendiri. Memang ada  berlaku  dalam masyarakat, sampaikan orang lain tidak lagi mengganggap ia adalah anggota dalam masyarakat tersebut. Matinya ia  itulah yang pertama dan terakhir ia didatangkan kemasjid.

Adakala sifat yang negetif ini ada sifat tamak sehingga ia merasakan ia sahaja yang berhak mendapat kebaikan.  lalu ia berusaha dengan cara mana sekali pun dengan menghalalkan cara. Amat malang manusia yang begini sifatnya, langsung tidak ada ciri iman. Telah diselaputi debu dosa yang tidak digilap.

Dosa yang amat ditakuti adalah mengambil hak anak anak yatim. Sebab Allah telah  sebut bahawa hak anak yatim itu amat sensitif sifatnya. tidak boleh diambil. Dosanya  banyak dikifaratkan / diberi balasan semasa berada dialam dunia lagi. Nabi S.A.W pernah kata  orang- orang yang mendustakan agama adalah orang yang membiarkan anak-anak yatim. Sampaikan pernah dikatakan oleh Nabi S.A.W. DInyatakan bahawa  nabi sendiri adalah anak yatim. Jika disaat hari raya, menyantuni anak yatim adalah wajib kerana tiada pergantungan lain oleh anak yatim akan dirinya mengharapkan belas kasihan orang lain.

Allah memerintahkan supaya kebajikan anak-anak yatim ini terpelihara. Wajar ada sesuatu jaminan diberi kepada semua anak-anak yatim ini di buat. Jika masyarakat itu tidak memperdulikan tanggongjawab ini semua yang ada adalah berdosa. Amaran Allah maka tunggulah saat Allah menurunkan azab kepada masyarakat seperti ini termasuk pemimpin didalamnya.

Ada pun orang yang hidup untuk diri nya dan untuk orang lain adalah   orang yang dicintai oleh Allah SAW dan sentiasa berfikir untuk kebaikan ummah dan mengajak mereka kearah mentauhidkan Allah. Ia memberi gambaran orang yang memiliki iman yang sempurna.

 Dalam masyarakat hari ini alhamdulillah ada usaha  kearah membantu anak yatim. Di mana- daerah ada ditubuhkan badan yang mengurus anak - anak yatim seperti di Pekan Kati dan beberapa tempat tertentu yang mengambil inisiatif kearah menjaga kebajikan anak-anak yatim ini. Memberi pendidikan akedemik dan agama. ini adalah usaha yang dituntut dalam islam. Tanggongjawab ini amat besar ganjarannya disisi Allah.

Seringkali ada kutipan derma dari pusat pengurusan seperti ini dibuat termasuk dari negara luar seperti dari Thailand. Hendak berperasangka baik. Jangan anggap itu membebankan kita untuk hulurkan derma.  Ada juga maklumat yang nyatakan ia datang dari  sendiket / sumber yang tidak sah. Boleh  lihat dukumen yang dibawa.  Mudahan kita mendapat saham akhirat  atas bantuan yang diberi.

 Allah nyatakan bahawa orang yang memiliki sifat kasih sayang akan dirahmati oleh Allah atas sifat Rahman Allah. Bagaimana sifat rahman kita kepada orang bukan islam.?  Sebagaimana yang dicontuhi oleh Nabi S.A.W, mangasihani orang bukan islam  adalah membawa aliran kefahamannya akan konsep ketuhanan, mengenalkan ia kepada islam. Paling tidaknya adalah contuh akhlak baik yang ditunjukkan. Jangan tunjukan sifat permusuhan dan lakukan strategi  memancing mereka supaya tidak memusuhi islam.

Orang yang menjalinkan hubungan atas dasar kerana Allah S.W.T , adalah tergolong dalam orang yang dicintai, bersih hatinya, akan mendapat naungan didunia dan akhirat. Yang lawan akan jadi kawan, yang jahat akan jadi sahabat. Dijelaskan dari hadis Nabi SAW.  Belum sempurna iman  sesaorang jika nafsunya tidak tunduk kepada apa yang telah disampaikan menyukai apa yang disukai  dan membenci apa yang dibenci  oleh Rasulluluah S.A.W.  Apa yang didatangkan oleh Rasul itu hendaklah diambil dan apa yang dicegah olehNya hendaklah ditinggalkan. Rasulullah itu adalah ikutan.

Amat istimewa jika sesaorang itu menjadikan amalan sunat seperti solat tahajjud, solat dhuha, puasa sunat dijadikan amalan rutin. Ia amat membantu dalam perkiraan dihari akhirat..

Perbuatan merokok itu adalah makruh boleh menjadi haram kerana ada makumat menyatakan  tembakau yang digunakan telah dipercik dengan arak.  Begitulah yang perlu kita jaga. Hendaklah berusaha mendekatkan diri kita dengan cara hijrahkan diri secara berperingkat. Ubah diri menjadi manusia yang lebih baik dari semalam kearah kehidupan yang dicontuhi oleh Rasulullah S.A.W.

Inilah yang dapat disampaikan pada malam ini untuk dikongsi bersama, mudahan akan memberi  kebaikan kepada kita.

Wassalam ....

Penulisan adalah berdasarkan rakaman suara.
Masjid Al Sakinah, Kampong  Kampar, Kati, Kuala Kangsar.


Tuesday, 10 December 2013

SIFAT HATI KEKASIH ALLAH

30/11/2013. Tazkirah Subuh. Tajuk : SIFAT HATI KEKASIH ALLAH

 "Wahai manusia, beribadahlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan umat sebelum kamu. Mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa."
Suratul Baqorah ayat 21.  .

Alhamdulilah bersyukur kita kepada Allah S.W.T, dengan rahmah kurnianya disubuh yang baroqah mulia ini. Mendapat rahmat sihat walafiat, dipelihara dan mendapat nikmat islam, membaiki ukhwah dan istiqomah  denganya untuk kita menjunjung perintah Allah SAW. Menjalankan tuntutan ajaran agama islam. Kita dituntut beriman dan   berpegang teguh denganya. Sehinggalah kita kembali kehadrat Allah S.W.T.

Dalam perlaksanaannya berpandukan petunjuk dan bimbingan dari Rasullulah S.A.W. Untuk memastikan  amalan kita bersih dari unsur-unsur bidaah. Melaksanakan perkara yang diajar oleh Nabi S.A.W, samada dari segi akidah dan syariahnya atau dari segi akhlaknya,  yang akan membawa kita mencapai satu tahap amalan. Itulah yang menentukan kita layak atau tidak untuk mendapat ganjaran dari Allah.

Apabila sesaorang itu melaksanakan amalan itu tidak mengikut piawaiannya,  Ia tidak layak untuk diberi ganjaran oleh Allah SAW. Maka sikap cuai seperti itu akan membawa kepada penyesalan setelah berada dialam akhirat.

Seperti  yang diperingatkan oleh Allah dalam suratul Mukminun,  ayat 99 -100,  Allah SAW  mengingatkan;

Sehingga apabila Allah S.W.T kuatkuasa kematian kepada sesaorang, ia pun berkata kepada tuhan. "Wahai tuhanku, tolong kembalikan aku kedunia  supaya dapat aku sempurnakan amal soleh yang aku tinggal semasa  aku berada diatas dunia dahulu" .

Maka Allah menjawab. "Sekali-kali tidak, Itu tidak lebih dari khilaf kamu semata-mata. Dihadapan kamu adalah barzah,  yang kamu akan berada dialamnya sehingga hari kiamat, hari kamu akan dibangkitkan".

 Itulah pesanan oleh Allah akan situasi manusia ketika berada dialam dunia dahulu berkeadaan cuai. Ia telah gagal memenuhi keriteria yang ditetapkan oleh Allah S.W.T Segala perbuatannya tidak diiktiraf oleh Allah sehingga  tidak mendapat apa-apa balasan kebajikan dariNya. Kembalinya ia kepada Allah dalam keadan orang yang  amat malang.

Sepanjang kita menjalankan tanggongjawab yang diamanah oleh Allah, Nabi S.A.W berpesan  dua perkara iaitu;

Penilaian Allah adalah apa yang ada dalam hati/ qalbu kamu dan
bagaimana kamu melaksanakan amalan kamu. 

Para ulamak   khabarkan ada tujuh perkara yang perlu ada dalam hati dan tujuh perkara yang perlu dibuang dari hati. Hendaklah kita  sentiasa semak dalam diri masing-masing. 

Pertama. Berkaitan dengan makrifatullah.  Iaitu Kenali Allah SAW.  Jika telah kenal Allah akan wujud situasi Allah akan sentiasa berada dengan kita, maksudnya  hati yang berbuat sesuatu kerana Allah. Kenali  utusan Allah. Ia bermaksud kenali  para nabi dan patuh apa yang diberitahu.

Berbuat cara yang nabi lakukan, sepertimana cara solat yang dilakukan. Dalam quran tiada diterangkan cara bersolat tetapi ditunjukajar oleh  Nabi S.A.W. Berbuat  sesuatu dengan cara tidak mengikut sunah nabi ianya akan tertolak. Ianya hanya menjadi bahan tertawaan syaitan.  Setiap hari amalan itu dipandang oleh syaitan. Ia tahu bagaimana cara yang Nabi S.A.W  lakukan.  Ia akan gembira bila manusia terus berada dalam kesesatan.

Jika dalam bab solat,  syaitan tidak mahu manusia belajar cara yang betul. Manusia itu pula tidak mahu belajar cara yang betul, akhirnya ia menjadi bahan sendaan para syaitan. Contohnya  cara ruko' , sunah Nabi S.A.W nyatakan kedua belah telapak tangan perlu berada dikepala lutut, bukan di tulang betis.  Ini bukan cara nabi. Ketika inilah syaitan akan ketawa. Perkara kecil seperi ini kita tidak ambil kisah, akan tetapi kesannya cukup besar.

Makrifat kedua ialah mengenal agama Allah. Tanpa agama kita hidup seperti haiwan. Jangan kamu mati  melainkan dalam keadaan islam.  Bila telah ada makrifatullah maka akan terbuang sifat jahil. Barulah amalan kita ada  ganjaran oleh Allah. Jika sesaorang tidak kenal Allah, sampai saat ia dimatikan, ia tidak boleh bersyahadah.

 Jika  sempurna iman dan amalannya,  tidak perlu  disebutkan Allah ditelinganya. Berdenyut nadinya dengan kalimah Allah. Jika sebab kematian kerana terbakar, walau pun tubuhnya rentung tetapi ruhnya tetap dalam naungan Allah. Saat kesakitan ia kembali kepada Allah sehingga malaikat mengambil ruhnya.

Setiap kematian itu ada thabitnya. Apa juga sebabnya , ia sebagai satu  qadho baginya . Pada saat kematiannya ia redho dengannya, Allah akan beri rahmat kepadanya. Walau pun kalimah  tidak dapat diucap oleh mulut tetapi yang dilihat Allah pada saat sakratulmaut apa yang ada dalam hati.  Dipesan oleh Nabi S.A.W,  hati kita perlu teguh, tidak goyang walau apa pun datang kapada kita.

Makrifat  ketiga adalah ada sifat yakin dalam hati. Tiada yang lain melainkan  Islam agama aku, Allah itu tuhan aku dan Nabi Muhammad itu nabi aku.  Akan perkara qobul iaitu perakuan kita itu disebut oleh mulut, dibenarkan oleh hati/akal dan dibuktikan dengan amal. Tidak boleh sebahagian di ikuti dan yang lain dilanggari. Perbetulkan akal dan pemahaman kita, jangan sekali-kali  pinda mengikut nafsu.

 Makrifat keempat adalah taat kepada Allah. Perlu ada perinsip  asas iaitu hendaklah taat. Jangan ada  anggota taat tetapi hati tidak taat. Ini akan berlaku kehidupan yang berpura-pura. Hubungkait dengan ini ia beri impak kepada akal. Akan keluar kalimat-kalimat yang tidak baik dari mulut. Hendaklah pastikan hati kita taat jauh dari maksiat.

Makrifat kelima adalah keikhlasan kepada Allah S.W.T  Ikhlas adalah amat penting kerana  bersangkutan oleh  keputusan yang dibuat oleh hati dan akal. Ini adalah penilaian Allah. Allah tahu apa yang  ada didalam diri kita,  sejauhmana  dapat mempertahankan ketaatan kepada Allah.

Makrifat keenam adalah ada rasa takut kepada Allah. Perasaan takut kepada Allah sebagai kesan dari penguakuasaan Allah terhadap aturannya. Allah katakan apa yang kamu buat, fikirkan dan seluruh gerak geri, percakapan adalah dalam pengetahuan Allah. Jika keimanan yang  sempurna , rasa takut berbuat perkara yang dilarang terpahat dalam hati. Akan melahirkan amal soleh. Tanamkan rasa benci apa yang iblis suka.

Makrifat ketujuh ialah mahahbah ia itu  kasih cinta kita kepada Allah dan rasul adalah segala-galanya. Disana akan ada rasa ketenangan, kemanisan sepanjang kita menjaga hubungan denganNya. Ada sesuatu yang tersirat dalam ayat itu. Mudah untuk difahami adalah sifatnya manusia itu  mudah  hilang perimbangan jika sesuatu yang disayang hilang darinya.  ia akan  akan berkeadaan  tidak menentu. Akan tetapi jika dianggap sebagai penjaga amanah, keadaan dirinya akan lebih terkawal.

Jika ada tujuh perkara diatas  dalam diri sesaorang  ia amat dicintailah Allah. Ini adalah yang perlu ada dalam hati. Sesiapa yang ada ketujuh-tujuhnya amat berbahagia ia  sepanjang hayatnya. Bila- bila  masa Allah akan layan kita.

Mudahan Allah beri kita kekuatan untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Wassalam.....

Catatan tazkirah adalah dari rakaman suara.
Masjid  Sungai Gelugur, Pulau Pinang.





Sunday, 1 December 2013

MERAWAT IMAN

MERAWAT  IMAN

Assalamualaikum.......
Terlebih dahulu marilah kita buka majlis ilmu ini dengan ummul kitab.
Al Fatehah..........

Mari kita bersyukur kepada Allah S.W.T  yang mana dengan izin limpah kurnianya  Allah telah panjangkan usia kita, dapat berada dalam mesjid yang mulia ini. Menunaikan solat berjumaah dan bersama dalam majlis ilmu ini. Dalam rangka kita hendak membaiki diri dan keimanan.

Pagi yang mulia ini insyaAllah kita berpindah kepada tajuk baru iaitu Merawat Iman. Iman kita ini ada kalanya ia meningkat atau menurun. Iman orang awam ini seperti kita biasanya begitu. Dan kadang-kadang iman jadi rosak terus. Kita perlu berhati-hati, berjaga-jaga. Iman ini mertabatnya tinggi , terletak di atas. Sesuatu yang diatas itu ia mudah jatuh kalau tidak di pastikan kedudukan kukuh dan stabil. Kena jaga betul-betul.

Iman bagi para malaikat keadaannya mendatar. Sifatnya tidak bertambah atau menurun. Begitulah selama-lamanya. Kerana Allah jadikan mereka begitu. Mereka  dalam keadaan patuh dan yakin / percaya kepada Allah seluruhnya. Malaikat ini tiada seorang pun yang kufur. Semuanya beriman. Mereka  melaksanakan apa yang telah di perintah.

Sifat-sifat mahkluk lain  semuanya  islam belaka. Tumbuhan, binatang, langit, bumi, bulan bintang,  matahari ,gunung ganang. Mereka dijadikan patuh kepada Allah, dengan sifat kehidupannya. Terdapat ayat  dalam Al Quran  "Bertasbih segala makhluk yang ada dilangit dan dibumi". Mereka sentiasa bertasbih kepada Allah S.W.T. Memuji, mengagung dan membesarkan Allah S.W.T, kecuali dua makhluk sahaja,  iaitu jin dan manusia. Bezanya Allah berikan kepada manusia adalah  akal. Jika akal itu tidak diisi dengan ilmu mengenal Allah , ia akan jadi  rosak.

Manusia itu kadang-kadang mereka  ingat, kadang-kadang lupa. Kadang- kadang beriman atau  kufur, jujur dan berbohong.  Iman akan  bertambah, kalau kita duduk dalam suasana orang  yang beriman. Duduk dalam masjid, dalam majis ilmu, tempat orang yang perjuangkan islam. Sebab itu kita kena bersama dengan jumaah islam.

Nabi SAW katakan wajib bagi kamu berada dalam jumaah yang  mahukan islam. Bila duduk dalam jumaah islam insyaAllah kita selamat. Kalau kita tergelincir , jumaah akan selamatkan.  Jika duduk dalam golongan orang yang bukan islam , fasik, derhaka kepada Allah, akan mudah runtuhnya   iman yang ada.

 Iman orang yang duduk sendirian juga mudah rosak. Ia mudah diperdayakan oleh syaitan. Ada ketikanya mungkin ditawarkan dengan kebendaan. harta, pangkat atau lain- lain. Akan jadi  jadi gelap matanya. Mungkin kerana telah termakan budi.  Kerana apa?,  kerana iman masih goyang.  Dalam hadis Nabi ada  membuat perumpamaan ibarat seekor kambing jika ia berasingan dari kumpulannya maka akan mudah baginya menjadi mangsa serigala.

Bagaimana pula kita berkawan dengan orang kafir.  Kita dampingi orang bukan islam  tujuan untuk kenalkan mereka dengan islam.  Tanamkan konsep ketuhanan.  Kenalkan diri mereka kepada pencipta manusia.  Kita berada dengan mereka bukan kita ikut cara hidup mereka. Kita tidak gadai perinsip kita.Tugas kita beri mereka faham akan islam.

Penulisan ini juga  mengemaskan huraian  ustaz  atas perkara ini. Memang konsep penyampaian  ini , berulang kali disebut dalam siri cacatan tazkirah bahawa  penerimaan atas sesuatu itu bukan urusan kita, Itu urusan Allah. Sifat wajib bagi nabi itu satu darinya adalah ' Menyampaikan'.  Nabi Musa ditukarkan haluan oleh Allah daripada  menyelamatkan kaumnya kepada  berhadapan dengan Firaun, menyampaikan risalah Islam kepadanya.

Iman yang telah rosak perlu dirawati.  Ramai diantara kita tidak tahu imannya telah rosak. Antara cara  merawat iman adalah berada dalam majlis ilmu. Bersahabat dengan orang beriman  dan orang yang soleh.

Dari huraian yang dinyatakan  dapatlah kita ketahui dan  faham bagaimana  yang dikatakan orang mukmin, orang  musrikin dan munafikin,  Sehubungan dengan  itu juga kefahaman bahawa percikan nur keimanan hanyalah diberikan kepada orang yang dikehendaki Allah .  BerIman,  bukan semua orang dapat cuma orang yang terpilih sahaja. Orang yang berlapang dada sahaja. Orang yang mahu menerima teguran untuk memperbaiki kelemahannya.

Kita lihat contohnya seketul emas. Dibakar, dileraikan, dicairkan,  ditapis, dibentuk, dan dikikirkan. Apabila di gilapkan ia akan keluarkan cahaya.   Sama dengan fitrahnya manusia, perlu boleh/ sanggup di perbetulkan jalan fikiran. Menerima kebenaran Islam dalam kehidupan, Akui hakikat diri itu  adalah lemah. Mengorbankan kepentingan diri dan Jika ia ada keinginan untuk menjadi baik  hendaklah ada  proses seperti itu, insyaAllah, Ia adalah sedang  menuju kejalan yang lurus dan berada  dalam naungan redho Allah.

Bagaimana dikatakan iman boleh hilang, mengecil , membesar atau dicabut.

Iman boleh hilang jika kita membiarkan diri berada ditempat orang berbuat maksiat. Bergaul dengan orang yang fasik. Duduk dalam masyarakat yang tolak Islam,  Hendaklah kita berhijrah  kerana   situasinya membahayakan iman  kita. Atau pun ia membahayakan iman  anak cucu kita. Kalau kita berada ditempat yang memang telah baik, hendaklah cari penambahbaikan atas ilmu agama yang ada ,  Berusaha sampaikan  kefahaman islam.  Kalau dahulu tidak sembahyang  jumaah kini  bersama jumaah, Dahulu tidak mengaji sekarang mula mengaji. Dahulu tidak mahu islam kini ia mahukan  Islam

Semakin besar iman itu, semakin besar pula  manfaatnya kepada manusia.  Bermaksud semakin  istiqomah ketaatannya , Allah  beri  kelebihan  kepadanya. Perjuangan, amalan dan  apa yang diusahakannya. Doanya Allah kabulkan. Hatta akan faktur kebendaan pun  Allah beri.

Bahawa iman itu mempunyai nilai yang sangat tinggi. Lebih besar dari nilai dunia dan isinya. Allah katakan bahawa sebesar - besar  nikmat itu adalah iman dan Islam. Kalaulah Allah tidak jadikan kita sebagai  manusia yang beriman, kitalah manusia yang paling malang. Walau pun kita kaya, jutawan  hebat, mashur keseluruh dunia, jika iman tiada, kitalah manusia yang hina. Kekal selamanya didalam neraka.  Sesaorang yang  imannya  telah rosak, ia akan tolak  quran, tolak  hukum Allah dan  sunah Rasul.

Iman yang dicabut. Bermaksud dahulunya ia laksana perintah Allah tetapi telah di hilangkan,  lantaran  akal, hati dan nafsunya telah dikuasi oleh syaitan. Tiada usaha untuk digilap.

Sesaorang yang pergi menunaikan haji dalam keadaan menolak hukum Allah,  tidak menerima Islam secara total dan  baliknya tiada perubahan cara hidupnya. Bererti hajinya  ditolak dan tanda  haji sesaorang itu diterima, ia memperlihatkan  perubahan  menjadi lebih baik dari sebelumnya walau pun sedikit  dalam dirinya.

Nikmat seterusnya  adalah sihat.  Boleh bergerak, ada tenaga. Semua pancaindera kita berada dalam keadaan baik. Dapat berusaha cari rezeki, Boleh beribadah dengan sempurna. Boleh laksanakan tanggongjawab berkeluarga, Membantu jumaah Islam.  Bagi Allah, hanya orang beriman sahaja  yang dapat menggunakan kebendaan  duniawi  cara sebaik- baiknya. Allah redho akan orang yang memiliki keikhlasan hati dalam berbuat sesuatu.

Beriman  adalah asas untuk kebahagian didunia dan akhirat.  Tiada iman bermaksud tiada keselamatan dialam dunia dan akan  akan sengsara di akhirat. Ada yang berpura buat baik tetapi akhirnya manusia lain tahu. Apa lagi Allah. Orang yang  ilhlas beriman kepada Allah,   kita boleh kenal.  Orang yang rosak iman , hidupnya  berpura- pura.  Tiada konsisten dalam beribadah atau berbuat baik kepada orang. Kalau dalam majlis agama, ia hadir tetapi sekadar hendak tunjuk kepada orang sahaja.  Anihnya  dapat dilihat, sunah  Nabi S.A.W ditolak tetapi  hari kelahiran Nabi disambut.

Dapat dikenali, Allah katakan orang munafik itu dilihat apabila hendak menunaikan solat mereka dalam keadaan  benar- benar malas. Berbuat sesuatu semata hendak tunjuk kapada orang. Mereka tidak tetap pendirian. Tindak perbuatannya  dalam keadaan serba salah. Jauh daripada berbuat atas kerana Allah.

Nabi SAW pernah  ditanya bolehkah dikenal ahli syurga dan ahli neraka. Cerminanya ,  jika ia ahli  sunah adalah ahli syurga, yang bukan  ialah  ahli neraka. Atas kehendak Allah  jugalah  boleh jadi harus Allah masukan sesaorang berdosa kedalam syurga atau ahli sunah kedalam neraka. Itu kehendaNya. Allah mempunyai hak atas apa yang diciptaNya. Akan janji Allah itu menjelaskan menempatkan orang yang baik dan jahat itu sesuai dengan tempatnya akhirat.

Perkara yang boleh menyebabkan  iman kita rosak,  antaranya   adalah kerana  menyukai perkara- perkara  yang menyeronokan. Yang berbentuk maksiat  sesuai dengan kehendak nafsu dan   terarah oleh  ajakan syaitan. Banyak hal yang sebegini,  hiburan di tv, minuman haram, hampiri zina dan lain perkara yang dilarang.

 Iman itu mistii di perkayakan , ditingkatkan  agar ia tidak hilang.   Iman yang telah rosak hendaklah dirawat kerana  jika terus rosak ia akan menjadi penentang kepada  peraturan Allah. Telah jelas  setiap kejahatan itu  didampingi oleh iblis yang  mempunyai janji dengan Allah untuk merosakan anak cucu nabi Adam.

Oleh  kerana  iblis telah lari dari perintah Allah maka Allah selewengkan hatinya dan ditentukan  juga orang yang jauh dari Allah akan dimasukkan bersama  iblis kedalam neraka.   Semenjak zaman Nabi Adam, Jin yang nama asalnya Azazil adalah  makhluk yang asalnya  yang taat kepada Allah. Ia bersifat angkuh dan sombong. Satu sahaja perintah Allah ditolak , ia jadi kafir. Bahkan minta izin pula kepada Allah hendak rosakkan manusia.


Iman jika tidak dirawat tentu akan jadi merana. Jangan tunggu  sampai iman hilang terus.  Alangkah ruginya jika  barang yang begitu tinggi nilainya disia-siakan. Kalau rosak  kena diperbetulkan. Sepatutnya orang yang berada dengannya  tolong selamatkan,  bukan bersama jadi rosak. Nasihatkan supaya ia kembali kepangkal jalan.

Bagaimana  hendak merawat iman yang rosak. Caranya hendak dengan lemah lembut. Firman Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun  "Wahai Harun dan Musa pergilah kamu kepada Firaun, sampaikan kepadanya Islam secara berhemah. Firaun itu telah melampau batas.". Walau pun Allah tahu bahawa Firaun itu tidak akan terima dakwah dari Nabi Musa, tetapi tugas Nabi  adalah  memperingatkan, sampaikan risalah Islam.

Pendekatan  dakwah itu hendaklah  gunakan bahasa yang baik.  "Serulah manusia itu dengan jalan berhikmah dan nasihat yang baik. Jika kamu menyampai secara kasar nescaya orang yang ada dikeliling kamu juga akan lari".  Konsep awal pendekatan adalah  tanamkan kepercayaan bahawa  alam ini milik Allah. Disatu peringkat Ia akan terus mencari  dan mengenal perkara ghaib yang tidak nampak oleh mata kasar.

Allah itu bukan tuhan bagi orang Islam sahaja. Nabi S.A.W adalah pembawa rahmat keseluruh alam. Bagaimana  dengan orang  yang tidak pernah kenal Allah dan Rasul. Tanggongjawab kitalah  mengenalkan mereka dengan siapa yang mencipta mereka.

Meningkatkan  iman itu adalah dengan cara menambah ilmu. Kalau tidak faham, tidak tahu dan tidak jelas, bagaimana hendak berbuat dengan betul. Hanya dengan ilmu,   manusia itu takut dengan Allah. Ia telah kenal sifat wajib, mustahi dan harus bagi Allah. Begitu juga perlu mengetahui sifatnya Nabi S.A.W. Ramai manusia itu alim dalam bidangnya tetapi ia tidak takut kepada Allah. Ia tidak dapat menghubungkan ilmu itu kepada Allah.


Allah akan penuhkan neraka  itu dengan jin  dan manusia. Mereka itu ada hati dan akal  tetapi tidak dapat memahami sesuatu dengannya. Ada mata tetapi tidak dapat melihat dengannya. Tidak dapat membezakan yang benar dan yang salah. Mereka sebenar tahu tetapi kerana  kasihnya kepada dunia itu mengatasi yang lain. Telinga mereka  juga tidak mendengar sesuatu yang hak dan  membuat tafsiran yang salah atas sesuatu. Ini kerana imannya telah rosak.

Allah menyuruh kita menuntut ilmu sepanjang hayat walau kemana sahaja. Terutama ilmu yang menambah keimanan. Manfaatkan ilmu duniawi itu untuk agama. Ilmu georaphi, metematik, sains, perubatan itu adalah  Islam . Telah ada panduan  yang Allah beri , rujuk kepada quran dan hadis jika  ada kekeliruan .

Dalam bacaan  talkin,  bila telah mati tidak ada lagi konsep mengajar kepada simati. Yang disebutkan adalah hendak mengajar orang yang masih hidup. Kita yang telah dikebumikan hanya bergantung kepada amalan semasa hidup. Yang menjawab segala pertanyaan malaikat itu adalah amalan.

Setakad ini dahulu  pengajian pada  pagi ini. Mudahan ilmu yang kita  dapat  meningkat keimanan. InsyaAllah kita akan sambong lagi dimasa akan datang.

Wassalam.....
Sumber penulisan adalah dari rakaman suara.
- Masjid Al Rildwaniah Kuala Kangsar, Perak.

Friday, 29 November 2013

MENCINTAI RASULLULLAH

23/11/2013. Tazkirah Magrib. Tajuk :  MENCINTAI  RASULLULAH

Dimulakan dengan membaca ummul kitab.....
Telah disebutkan bahawa majlis ilmu itu adalah taman dari taman - taman syurga.

Tuan tuan yang dikasihi, Bersyukur kepada Allah S.W.T,  kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dalam satu majlis ilmu.

Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W. Ada satu  riwayat yang menyebutkan,  ada satu pesanan pada asalnya pesanan kepada Ibnu Masuud juga  ditujukan kepada umat islam,  menyatakan  "Wahai Ibnu Masuud, jika kamu  duduk sebentar dalam majlis ilmu, Pada hal tidak menyetuh akan kalam. Maksudnya tidak membawa apa-apa alatan tulis. Tidak juga  menyurat apa jua pun, itu terlebih baik daripada memerdekakan seribu hamba sahaya.".

Inilah kelebihan  pahala  yang Allah berikan. Walau menulis satu huruf atau memandang wajah  guru yang mengajar,  terlebih baik dari seribu ekor kuda yang kamu sedekahkan  untuk dibawa untuk perang sabilillah.  Syaratnya kena berwajah  ikhlas,  maksudnya ia  dalam keadaan bersih hatinya  untuk dapatkan ilmu agama. Dan Memberi salam  kepada  guru / orang  alim  itu adalah  lebih baik daripada ibadat  sunat seribu tahun

 Itulah kelebihannya  majlis ilmu. Kepentingan ilmu amat ditekankan, kerana jika beribadah tanpa ilmu itu  berkeadaan  sia-sia.  Dari Umar Al Khattab katakan, dengan kelebihan akan tiap langkahnya kemajlis ilmu dengan seratus kebajikan.   Duduk dalam majlis ilmu juga , Allah janjikan setiap  satu perkataan  yang disebut akan diberi satu kebajikan.  Berapa banyak perkatan yang disebut  dalam satu majlis ilmu. Itulah yang pahala kebajikan akan didapati oleh yang mendengar.

 Para malaikat juga melebarkan  sayapnya ke atas majlis ilmu. Cumanya kita ada hijab untuk  melihatnya. Para malaikat mendoakan setiap orang yang hadir. Setiap langkah ada pahala, kebajikan dan keberkatan. Jangan kedekut untuk berbelanja mendaptkan ilmu/ fisabillah. termasuk menderma untuk tabong masjid. Mudahan dengan rm 1 yang diberikan itu Allah  selamatkan anak kita dari kemudaratan.

 Mungkin Allah  menyelamatkan rumah kita dari terbakar. Atau dalam  kefahaman yang lain  Allah menyelamatkan kita atas  sesuatau musibah yang akan datang. Atau pun akan  menambah rezeki  yang  atas usaha yang dilakukan. Dalam bahasa lainnya setiap kebaikan yang dibuat itu akan ada keberkatannya , insyaAllah.

Maklumat semasa, baru- baru ini  dalam bulan Sept 2013, taufan haiyan telah melanda negara Filipina. Dilaporlan lebih  sepuluh ribu orang mati. Yang kelajuannya dikatakan  tiga ratus km sejam. Bagi manusia yang ada mata hati, kita hendaklah muhasabah iaitu Allah S.W.T  maha berkuasa. Taufan haiyan  telah musnahkan banyak  rumah dan lain- lain. Kenapa berlaku bencana alam  bagi negera tersebut.

Adalah dikhabarkan  dalam tempah empat puluh hari sebelumnya berlaku  kejadian ini, satu tindakan meruntuhkan sebuah masjid di Filipina. Dilaporkan juga tiga orang umat islam mati mempertahankan masjid dari diruntuh. Berita ini tidak di beritahu kapada umum/ media dunia. Bila berlaku taufan baru keluar maklumat ini. Kita perlu ambil pengajaran, jangan sekali main-main akan  mengganggu rumah Allah

Dikhabarkan  satu maklumat akan  mengenai tapak-tapak mesjid yang ada diseluruh dunia  telah ditandakan tempatnya. Bagaimana ?. Ustaz mengkhabarkan dalam satu riwayat yang panjang yang mana  Allah telah membawa naik kelangit akan air mandian jenazah Nabi Muhammad S.A.W dan dijadikan sebagai hujan , di sebarkan  hujan itu keseluruh bahagian muka bumi ini. Dimana jatuhnya air itu, disitulah akan terbina sebuah mesjid. Ia bagaikan satu rezab  tapak yang tersimpan untuk dibina sebuah masjid dimasa hadapan. Termasuklah masjid Al Ridwaniah yang kita berada didalamnya  sekarang.

 Akan riwayat yang lebih panjang,  penulisan ini membuat semakan dalam laman web , ada  dicatatkan akan jalan cerita yang sama yang mengambil rujukan yang sama. Allah yang lebih mengetahui. Yang positif untuk di ambil ikhtibar dari  khabaran ini , ianya adalah satu rantaian  adanya hubungan yang amat erat antara kita dengan Rasulullah, walau pun baginda telah wafat.

Pandangan atas penulisan ini : Positifnya, tidakkah terasa dalam hati kita  bawa Allah telah  datangkan  Rasulullah  amat hampir dengan kita melalui perantaraan  makhluk  angin, air sehinggakan air mandian jenazah Rasullulah telah  diterbangkan datang menemui kita di bahagian dunia yang jauh , bersemadi dengan banggunan masjid yang terbena.  Mungkinkah sejurus selepas kewafatan Nabi S.A.W, udara membawanya air mandian itu. Allah yang lebih mengetahui.

Fitrah kejiwaan yang menuntut manusia  wajib beriman dan gambaran  kasihnya Allah dan Nabi S.A.W kepada umatnya.  Cuba bayangkan apakah tidak tersentuh hati kita jika setiap kali kita berkunjung kerumah Allah kelihatan nabi SAW tersenyum menyambutnya kerana rumah Allah itu adalah juga miliknya.

Ustaz  lanjutkan tazkirah, Diperingtkan  jangan  main- main dengan  rumah Allah. Akan perkara itu bagi penulisan ini  teringat  akan trajidi tsunami di Indonesia yang mana Allah telah selamatkan sebuah masjid yang pada  hukum akalnya  misti rosak  tetapi dilaporkan air laut hanya melalui di kiri kanan nya sahaja. Ianya bermaksud air juga adalah makhluk Allah yang patuh kepada  perintahnya.

Riwayat Rasullah adalah kisah manusia agong dan kita sambut  maal hijrah adalah bermaksud sebagai satu perintah Allah, Kalau setakad melaksanakan solat, zakat , fitrah Nabi SAW, tidak perlu bagi nabi berhijrah. Yang  Allah  mahukan nabi berhijrah ke Mekah ke Yatrib (Madinah) adalah  kehendak Allah , untuk menubuhkan sebuah negara islam. Kalau benar kita cintakan nabi yang Allah katakan Nabi Muhammad S.A.W  adalah Rahmatal lilaalamin (Membawa rahmat keseluruh alam),   hendaklah menyelami akan   keperibadian nabi sedalam-dalamnya.

Saidina Anas b. Malik merupakan khadam nabi selama sepuluh tahun. Ia adalah diantara sahabat nabi yang banyak meriwayatkan   hadis nabi. Ia amat rapat dengan nabi dan telah berada dengan nabi ketika umur 10 tahun. Ibunya hantar ia kepada nabi dan minta nabi doakan. Nabi doakan tiga perkara kepada Anas b.Malik. iaitu  Pertama. Menjadi sahabat nabi yang kaya. Kedua. Mempuyai anak yang ramai. Ketiga. Orang yang panjang umurnya.  Hidup dalam zaman khalifah- khalifah berikutnya. Memang benar, Setelah  nabi wafat dan para sahabat nabi  meninggal,  Anas b. Malik adalah orang yang terakhir.

Anas b. Malik meriwayatkan  sepanjang ia berada diera nabi SAW,  ada satu kisah, Biasanya  orang arab sementara  menunggu solat  zohor akan tidur sementara. Akan satu kisah ketika. Nabi pergi ke rumah ibunya Anas b. Malik, sebagai tempat persinggahan. Nabi telah tidur. Peluh nabi membasahi kain alas tidur yang disediakan. Bila mana nabi bangun, Anas melayan Nabi S.A.W dan diberikan kain lain. Sementara nabi beredar lalu , anas ambilkan kain alas tidur nabi dan diperahkan air peluhnya nabi dan disimpan kedalam botol. Lalu ditanya  oleh nabi, " Untuk apa ini". Dikatakan untuk dijadikan ubat/ penawar.

Ustaz  menceritakan satu kisah lain. Satu ketika  ketika nabi menjalani rawatan  berbekam.  Setelah itu nabi minta seorang sahabat membuang darah bekam. Maka  sahabat ini membawa keluar darah ini keluar lalu mencari  dimana yang sesuai hendak dibuang untuk menghormati  Nabi S.A.W, yang akhirnya  dibuang    kedalam mulutnya  sendiri.  Lalu nabi tanya kemana dibuang darah itu. Lalu dijawabnya seperti yang dilakukan. Nabi sebenarnya telah tahu keadaan itu.  Nabi tidak memarahinya Di sebut oleh nabi, " Bersaksilah bahawa  sahabat kita ini, darahnya telah bercampor dengan darah Nabi S.A.W,  jasadnya nanti tidak akan dimamah oleh api neraka.". Telah dijanjikan syurga baginya.

 Mengikut pandangan ulamak darah bekam Nabi S.A.W tidak najis. Kata kuncinya dalam hal ini. bukan sebab darah nabi yang membawanya masuk ke syurga, tetapi adalah kerana  cinta / kasih sayangnya akan nabi, hormatnya akan nabi, patuh dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada nabi SAW.  Ada satu kisah lain akan Saidina Ali mengalami kesakitan mata. Bilamana dipanggil oleh Nabi S.A.W, lalu di tiup dan air liur nabi kemata nya dan  dengan kehendak Allah keberkatan itu matanya pulih.

Akan perubatan berdasarkan barokahnya  sentuhan nabi kepada sesiapa sahaja. Yang menjadi perkara pokok dalam aspek kehidupan kita adalah  berbuat sesuatu itu adalah ikhlas kepada Allah. Kecintaan para sahabat bukan setakad puasa, solat dan lainnya tetapi adalah pengorbanan keatas menjayakan vision yang dibawa oleh Nabi S.A.W.

Satu kisah akan kesakitan digigit binatang  Khalifah Abu Bakar Al Siddik. Sema ia  bersama nabi didalam gua Tsur,  bersembunyi dari kaum quraish dalam peristiwa proses hijrah. Nabi telah tidur beralaskan paha Abu Bakar, yang telah disengat binatang. Menahan kesakitan itu dan tidak mahu Nabi SAW terkejut tidur,  menyebabkan airmata Abu Bakar keluar dan jatuh keatas muka nabi. Lalu nabi terjaga, bertanya kenapa menangis. Dikatakan oleh Abu Bakar, Ia menahan sakit disengat binatang bisa. Lalu nabi gunakan air liurnya keatas kesan gigitan itu, Barokahnya  Allah telah sembuhkan dari kesakitan itu.

Atas  penulisan ini,  dari pemahaman  konsep   ketaatan makhluk kepada penciptanya. Bukankah  racun yang dikeluarkan oleh binatang bisa yang mungkin  Saidina Abu Bakar disengat adalah kala jengkeng. Bisa itu adalah makhluk. Adakah masaalah bagi Allah untuk perintahkan bisa itu jangan kamu menyakiti Saidina Abu Bakar. Itulah juga konsepnya ketaatan api ketika Allah perintahkan sejukkan nabi Ibrahim.

 Ustaz lanjutkan lagi  tazkirah, Kenapa Allah tidak permudahkan Nabi dalam urusan   perjalanan  hijrah, berhadapan dengan berbagai rintangan.  Sebabnya Allah hendak ajar bahawa  berjuang dan berkorban itu  ada ketikanya rasa susah dan senang. Gangguan kaum quraish yang menyakiti orang  islam. Saidina Musaab b Umair  orang harapan nabi adalah  duta nabi ke Madinah berusia 17 tahun  dihantar untuk memberi kefahaman  tentang islam. Berkenaan akhirnya terbunuh  dalam peperangan Uhud dalam keadaan tangan kiri dan kanannya terpotong , dalam peranannya memegang bendera/ panji islam . Dikhabarkan bila ia mati  tiada kain untuk menutup  jenazahnya.. Musaab b. Umair yang dikenali oleh Nabi S.A.W adalah anak orang bangsawan.

Ketika nabi dan Saidina Abu Bakar sampai ke Madinah dalam peristiwa hijrah dengan menaiki seekor unta secara bergilir. Sampai  masuk ke Madinah adalah giliran Nabi  sebagai pemegang tali unta. Keadaan itu memberitahu akan mulianya akhlak Nabi kepada penduduk Madinah. Kisah pengorbanan  dan kepercayaan kepada Saidinaa Abu Bakar terbukti atas kepercayaan Nabi ketika ia sakit  menggantikannya sebagai imam  yang juga isyarat bahawa Abu Bakar layak sebagai Khalifah menggantikan memimpin umat Isam sebagai Khalifah pertama.

Kisah  bilamana turunnya wahyu yang menjelaskan Islam telah berada di era kemenangan dan dikatakan telah sempurna telah di sampaikan kapada para sahabat dan umum, dilihat kegembiraan terpancar diwajah orang islam. Tetapi dikhabarkan pula Saidina Abu Bakar dalam keadaan menangis.

Lalu ditanya oleh Nabi S.A.W. Kenapa ia menangis. Dijawab oleh Abu Bakar. " Dengan perkhabaran ini ketahuilah  bahawa  setiap yang telah sempurna itu bermaksud telah selesai urusan penyampaian maklumat dari wahyu Allah. Itu bererti Nabi S.A.W tidak  lama lagi akan meninggalkan kita semua".  Percakapan  itu dibenarkan oleh Nabi.  Dengan kenyataan itu berubah air muka kegembiraan orang islam kepada air muka dukacita menangis di masjid Madinah.

Budi pekerti Nabi ada pada Saidina Abu Bakar. Semua yang dibuat nabi adalah amalan kepada nya.
 Satu ketika setelah wafatnya Nabi S.A.W .  Saidina Abu Bakar bertanya kepada kepada anaknya Aisyah, isteri Nabi . Apakah perkara yang Nabi suka buat yang tidak dilakukan olehnya.  Dijawab oleh Aisyah di lihatnya semua perkara yang Nabi buat  dilakukan oleh Abu Bakar.  Cuma satu perkara sahaja iaitu Nabi SAW , pada harinya datang ke pasar Madinah,  Nabi memberi makanan kepada seorang pengemis  tua yahudi yang buta. Itulah yang dilihat Aisyah yang ayahnda Saidina Abu Bakar tidak lakukan.

Pergilah Saidina Abu Bakar mencari orang tua berkenaan. Dilihatnya  orang tuala walau pun buta tetapi tidak henti mulutnya mencerca, memfitnah Nabi S.A.W. Sebagaimana yang didengari dari masyrakat yang ada dikelilingnya itulah yang disebutnya. Abu Bakar melakukan apa yang diberitahu oleh Aisyah memberi makan kepada  orang tuan berkenaan.

Tekniknya  berbeza sedikit dari cara Nabi. Nabi terlebih dahulu menghancurkan makanan tersebut sebelum memasukan keerkenaan  mulut tetapi Abu Bakar terus masukkan kemulutnya tanpa di hancurkan. Lalu diluahkan oleh orang tuan tersebut dan bertanya siapkan yang memberi makan kepadanya. Dikatakan oleh Abu Bakar. Itulah orang yang selalu memberinya makan.

 Orang tuan berkenaan berkata   "Siapa kamu. " Ia dapat merasakan  bukan orang yang biasa memberi makan kepadanya.   Dijawab oleh Abu Bakar memang betul  Ia bukan orang yang selalu memberinya  makan. adalah  sahabat kepada Nya.

Terbayang Abu Bakar betapa hebatny Rasullullah mengambil berat akan keadaan orang tua tersebut. Seorang yahudi yang setiap hari mencercanya, memberi
makan kepada nya. Ditanya lagi kemana perginya sahabatnya itu. Menangis Abu Bakar. Dikatakan lagi   orang yang selalu memberinya makan telah pun meninggal dunia.

Ditanya orang tuan terbut  siapakah orang itu. Lalu dijawab oleh Abu Bakar orang itu adalah Nabi Muhammad Rasullullah. Orang yang  setiap hari yang dicercanya. Ditanya lagi , "Betulkah itu Nabi MMuhammad.Dia  orang  yang cukup tinggi akhlaknya,, orang yang begitu mengambil berat akan dirinya. Bersaksilah kamu sebagai sahabatnya bahawa aku hari ini beriman kepada Allah dan Rasulnya. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad  adalah Rasullluah." Berimanlah orang tua yahudi dihadapan Saidina Abu Bakar.

Diberitahu bahawa akhak nabi itu adalah Al Quran. Maksudnya  Nabi bagaikan Al quran yang bergerak. Apa yang Allah perintah  nabi laksanakan , apa yang dilarang  di tinggalkan.  Hendaklah kita beriman sepenuhnya , jangan  hanya separuh beriman.

Aspek hukum hendaklah dilaksanakan seperti yang  telah dikuatkuasakan di negara Brunai sekarang.  Jika  tolak  satu huruf ayat quran pun sudah tidak sah islamnya, apa lagi jika  tolak satu hukum Allah.

Kisah berlaku dalam satu majlis ilmu dalam sebuah mesjid. Dikhabarkan seorang hamba  Allah pertikaikan tidak mahu pengajian hukum hudud disebutkan dalam masjid. Dalam nada marah ia terus keluar. Sampai  hendak mencapai motosikalnya didapati  telah hilang. Lalu agak riuh keadaan diluar. Lalu dikatakan itulah perlu adanya hukum Allah  itu di kuatkuasakan. Sesuatu itu jika Allah berkehendak sesaoang itu diberi taufik, itulah jalan-jalannya.

Tepuk dada tanya iman. Pasti kita akan katakan mahukan syafaat dari Rasullullah S.A.W semasa di akhirat.  Hendaklah  bantulah agama Allah.  Ambil islam secara menyeluruh dalam kehidupan. Kita akan rasakan kemanisannya berada dalam kasih sayang Allah.. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T

 Wassalam....

Bahan penulisan adalah dari rakaman suara.

 - Masjid Jameq Al Ridwaniah Kuala Kangsar, Perak.


Saturday, 23 November 2013

WAHYU KEPADA MASYARAKAT JAHILIAH

17/11/2013. Tazkirah Magrib. Tajuk: WAHYU KEPADA MASYARAKAT  JAHILIAH

Ustaz  menghurai ayat dari surah Al Shuhra ayat 221 - 227. Diterjemahkan bermaksud :
                                                                                         
Ayat 221 :  "Apakah akan aku beritakan kepada kamu.Kepada siapa syaitan-syaitan itu diturunkan ."

Ayat 222 : "Mereka turun  kepada tiap-tiap pendusta yang banyak dosa."

Ayat 223 : "Mereka manadahkankan pendengaran   kepada syaitan itu  dan kebanyakan  mereka itu adalah pendusta. Mereka itu adalah penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat."

Ayat 225 : "Tidakkah  kamu melihat bahawa mereka mengembara di tiap tiap lembah
yakni  sebahagian penyair penyair itu  suka mempermainkan kata-kata. Tidak mempunyai tujuan yang baik yang tertentu dan tidak punyai pendirian."

 Ayat 226 : "Dan bahawa mereka suka menyatakan yang mereka sendiri tidak  mengerjakannnya."

 227:  "Kecuali penyair-penyair yang beriman yang beramal soleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan setelah menderita kezaliman. Dan orang -orang yang zalim itu kelak mengetahui ketempat mana mereka akan kembali."

 Bersyukur kita kepada Allah S.W.T  dapat bersama  magrib ini menunaikan
 solat berjumaah dapat melakukan amal ibadah kepada Allah.

Mudahan Allah berikan kekuatan iman dan ketakwaan. kekuatan ukwah sesama kita, sentiasa menghubungkan siratulrahim. Yang merupakan perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Untuk melayakkan kita mendapat pertolongan dan kemenangan menghadapi musuh-musuh Allah yang sentiasa menghalang, menyekat  dan memusuhi umat islam
Mudahan kita berada dalam  perlindungan Allah dan sentiasa berselawat kepada Nabi S.A.W yang sentiasa mendoakan umatnya berpegang teguh kepada kitab Al quran dan sunah.  

Malam ini  InsyaAllah kita  hendak bincangkan tujuh ayat terakhir dalam  surah al Syuhra. Nama surah ini dinamakan surah Al shuhra bermaksud surah penyair- penyair. Yang mengkhabarkan akan penyair  keadaan mereka dizaman jahiliah.

Kita lihat 221.  Ayat ini ada hubung kaitnya dengan ayat sebelumnya, dimana Allah menafikan  ia dibawa turun oleh syaitan. Syaitan tidak mampu membawa turun ayat quran kerana  berlawanan dengan  sifat  kontra syaitan itu sendiri yang mahu merosakan manusia.

Syaitan itu sendiri telah diprogramkan oleh Allah menjadikan manusia itu sebagai musuh semenjak zaman nabi Adam. Syaitan dijadikan sebagai alat menyaring manusia  yang baik dan jahat. 

Allah hendak ceritakan kepada penduduk mekah khabar yang sebenar yang memberi maklumat kepada siapakah syaitan itu turun. Syaitan-syaitan itu turun kepada tukang-tukang sihir  atau tukang tilik.

Dalam masyarakat Arab jahiliah  peranan tukang sihir dan tukang tilik mainkan peranan yang penting.  Untuk minta ubat, menyelesaikan masalah-masalah dalam masyarakat.  Mereka menjadi tempat rujukan.  Mereka meramalkan nasib  dan sebarang kemungkinan.  Apa yang dinyatakan  itu adalah dari syaitan. Jangan  sekali-kali mengikut amalan  masyarakat jahiliah, kerana jelas itu adalah untuk memesongkan akidah.

 Tidak siapa pun yang mengetahui apa yang akan berlaku melainkan Allah S.W.T.  Keadaan sebenarnya  orang  musrikin adalah  telah kehilangan akal  hendak tuduh Nabi S.A.W. Mereka tidak suka orang islam dan membenci Rasullullah. Memfitnah Nabi macam tukang sihir. Bila Nabi  sampaikan ayat quran ramai orang akan ikut dan menerima. Ini dikatakan bagaikan ada persamaan dengan syihir. Ini semua  usaha untuk melemahkan islam yang dirancang oleh syaitan.

Allah memberitahu ini semua tidak benar.  Nabi bukan tukang sihir. Nabi tidak mengambil rujukan dari para syaitan atau jin, bahkan Nabi berdakwah kepada para jin, yang menjadikan sebahagian dari jin  menjadi orang yang beriman.  Para jin  kagum dengan Nabi S.A.W akan ayat-ayat quran itu begitu hebat. Mereka juga solat, berpuasa, dan  zakat.

 Dikalangan jin pun ada yang beriman dan kafir seperti juga  kalangan manusia. Jin kafir menjadikan syaitan sebagai ketua mereka. Allah beritahu , syaitan ini turun kepada golongan tukang syihir dan tukang tenung nasib  serta pendusta-pendusta agama. Mereka  memperkuatkan kebencian manusia  kepada islam atas kepentingan diri masing-masing. Berdirinya  ia dalam diri orang-orang yang banyak lakukan dosa.

 Jin-jin kafir ini adalah tentera kepada syaitan dan iblis. Umat islam  wajib percaya bahawa Allah menjadikan makhluk jin dan syaitan sebagai makhluk yang menyaingi manusia dan para malaikat, yang Allah  jadikan untuk bersama peranannya dialam ini.  Jin dan syaitan berkerjasama dengan golongan tenung nasib untuk merosakkan orang  beriman.

Pada zaman Nabi SAW ada ramai nama tukang sihir antaranya Musailamah b Kazab.  Berkenaan juga adalah orang yang  mengaku menjadi nabi selepas kewafatan Nabi S.A.W.

Pada masa sebelum nabi diangkat sebagai  Rasul, jin dan syaitan boleh naik kelangit mencuri perkhabaran dari makhluk dilangit. Ada berita-berita yang akan datang kebumi , yang akan berlaku telah disampaikan kepada manusia melalui tukang tenung. Ia membina kekuatan kepada tukang  tenung akan akan kebenaran ramalannya dan kedudukannya dalam masyarakat jahiliah. Yang disampaikan kepada tukang tenung diputarbelitkan yang benar dan bohong.

 Maklumat dari syaitan ini, hanya sedikit sahaja betul seperti satu peristiwa yang menyatakan  ketika Nabi  yang dalam  urusan membawa barang dagangan milik Siti Khadijah perniagaan ke Syria  diramalkan /disebutkan oleh  tukang tilek  akan menjadi orang yang  besar dalam masyarakat. Akan lahir seorang baby  keturunan Arab yang akan menjadi Nabi.

 Apabila nabi dilantik menjadi Rasul Allah telah menutup pintu langit dari dimasuki oleh jin dan syaitan. Diharamkan golongan ini mencuri perkhbaran dari langit. Dikawal ketat oleh para malaikat.  Mereka dilontarkan dengan bola bola api.

Sebahagian besar golongan tukang tilik  ini adalah pembohong. Mereka mengajar dengan berbagai kefasikan, mereka-reka sesuatu untuk menyesatkan manusia.  Sedangkan ayat ayat yang disebutkan oleh nabi adalah bersifat benar yang turun  dari Allah yang menceritakan akan keesaan Allah dan mengenal manusia kepada penciptanya.


Dikhabarkan akan kebiasaannya golongan yang melakukan syihir ini menggunakan  bahan-bahan yang kebnyakannya adalah dari najis. Mereka menggunakan kuku, darah haid,  rambut, sikat  yang diikat dan diasapkan. Semuanya adalah amalan yang dikutuk oleh Allah SAW. Mereka menjadikan jin dan syaitan sebagai kawan. Orang- orang sebegini akan menghadapi kesukaran bila hendak mati.

Jangan sekali-kali melakukan amalan yang membawa kufur / syirik kepada Allah. Apa bentuk sekali pun samada pukau, santau, susuk, pelaris adalah perbuatan yang bersubahat dengan jin, syaitan dan iblis yang membawa menjadi kafir/ kufur. Mati yang sia- sia, tambah pula tidak sembahyang dan sentiasa dalam kesesatan yang jauh.

 Hendaklah bertaubat nasuha. Jangan pilih jalan yang sukar, walau pun keseronokan hanya sebentar , nampak lawa, tetapi  bila mati dah terseksa, akan tempatnya  adalah neraka dengan azab yang pedih. Itulah berbeza apa yang dilahirkan oleh tukanag sihir dan apa yang disampaikan oleh Rasullulah S.A.W.

Tuduhan  juga kepada Nabi S.A.W dikatakan  sebagai penyair. Dalam masyarakat arab jahiliah penyair mendapat tempat yang tinggi. Dia boleh mengeluarkan syair yang boleh memukau para pendengar. Memuji melangit sesiapa atau menghina sesiapa. Disebabkan ayat-ayat yang dibacakan oleh Nabi S.A.W telah memukau orang ramai, mereka  menyatakan juga nabi adalah sebahagian dari mereka. Sedangkan apa yang nabi sampaikan adalah wahyu.

Allah berfirman " Bahawa penyair penyair dan pengikut mereka itu adalah  golongan  yang sesat".

Yang dimaksudkan oleh Allah ialah mereka yang tidak beriman. Mereka  memuja secara berlebihan atas sesuatu dan tidak keterlaluan juga  ada penyair ini dibayar untuk mengarang  syair untuk  memuji sesaorang. Memuja  arak yang diminum oleh para  bangsawan dan lain- lain. Sifat syair ini juga semacam cakap tidak serupa bikin.  Ia katakan pemurah itu baik atau membantu itu baik tetapi amalan mereka adalah berlawanan.

 Setelah turunnya ayat Allah yang menceritakan keburukan tingkah laku penyair- penyair, masyarakat jahiliah arab terus di tanamkan dengan iman, ada diantaranya menemui Rasulllulah katakan akan berakhirlah era syair negetif akan menyebabkan mereka akan kehilangan sumber pendapatan, pengaruh dan sebagainya maka nabi katakan hendaklah kamu menjadi penyair yang beriman dengan Allah S.W.T. Menukar  irama syair dengan memuji kebesaran Allah.

Berjuang dengan syair  untuk menegakkan kebenaran. Diantaranya adalah Kaab b Malik, Hasan b. Sabik. Nabi S.A.W  nyatakan kepada mereka, ciptalah  syair yang membawa syariat nabi dan serang  kefahaman lama dan gantikan dengan  ayat yang menceritakan  keindahan islam.

 Sekian. mudahan kita dirahmati Allah.

 Wassalam...

( Penulisan adalah dari rakaman suara)
- Masjid Sungai Gelugur P.Pinang.


CAHAYA IMAN

18/ 11/2013. Tazkirah Magrib.  Tajuk:  CAHAYA IMAN

Marilah kita mengucap syukur kepada Allah S.W.T, yang mana dengan limpah kurnianya diberi kesempatan kepada kita bersama pada malam ini. Mudahan  Allah S.W.T masukkan kita kedalam golongan orang yang bertakwa. InsyaAllah.

Sebagaimana satu hadis yang diriwayatkan oleh Rasullullah S.A.W.  Ada tujuh golongan yang Allah S.W.T akan beri perlindungan  di bawah arasnya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan oleh Allah S.W.T.  Dua dari tujuh itu  adalah mengenai masjid. Orang yang hatinya bergantung / tertambat pada masjid . Mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.

Pertemuan antara orang yang beriman selalunya adalah dimasjid.  Ia menghadirkan diri solat berjumaah dari masa kemasa mendekatkan diri kepada Allah.

Allah meletakkan kedudukan yang cukup  tinggi kepada ahli- ahli mesjid ini. Sehinggga Allah meletakkan syarat   orang yang   memakmurkan masjid itu  adalah  orang yang mempunyai  akidah yang jelas. Orang yang beriman dengan kitab Allah dan hadis.

Mari kita bersama menjadi orang yang  terikat hatinya dengan masjid. InsyaAllah.

Pada malam ini  saya mengajak  untuk meneliti  dan memahami  akan satu hadis Nabi S.A.W diriwayatkan oleh Anas b Malik. Pada satu hari sedang Nabi S.A.W  duduk dengan malaikat Jibril. Tiba- tiba terdengar satu bunyi  semacam retak dari langit. Jibril memberitahu kepada Nabi. "Ya Muhammad yang kedengaran  itu adalah  untuk memberitahu bahawa pintu langit sedang dibuka. Pintu langit ini tidak pernah dibuka semenjak dari dahulu lagi. Hari ini adalah kali pertama ianya dibuka."

Turun seorang malaikat.  Dinyatakan oleh malaikat Jibril  yang malaikat berkenaan tidak pernah turun kebumi. Ia membawa satu mesej yang cukup besar kepada manusia.
Memberi salam kepada Nabi S.A.W. Lalu duduk bersama nabi. Dikatakan kepada nabi S.A.W. "Ambillah khabar gembira dengan dua  cahaya.  Yang mana kedua cahaya ini apabila kamu minta dengan keduanya , permintaan kamu akan diberikan oleh Allah. "

Dua cahaya Ini dikatakan oleh nabi SAW ialah  suratal Fatehah dan Al Baqarah.

Dikatakan jika kamu minta antara keduanya akan dikurniakan oleh Allah SAW. Suratal al Fatehah ini dibaca setiap kali sembahyang. Disebut oleh Nabi S.A.W,  setiap kali dibaca  suratal Fatehah akan setiap kali Allah menjawab atas bacaan itu.

Bila di baca;

Dengan nama Allah tiada tuhan lain dari Allah tuhan yang pencipta alam. Allah berkata, "Hambaku sedang memujiKu."

Bila dibaca
Allah yang Maha pemurah lagi penyayang.  Allah katakan,  "Hamba Aku sedang mensuci kan Aku."

Sampai dibaca,

Ya Allah, tunjukan kepada kami jalan yang lurus. Allah menjawab, " Ini adalah untuk hambaKu dan apa yang diminta oleh hamba Ku akan di perkenankan."

Kata kuncinya dikatakan oleh para ulamak, apa yang kita minta dalam surah Al Fatehah itu adalah  memohon hidayah . Mohon kepada Allah  tunjukan kepada  kami jalan yang lurus. Jalan yang lurus itulah yang menunjuki kepada kita ibadah yang sempurna. 
Kita tidak akan dapat ibadah yang benar melainkan bila kita mendapat petunjuk dari Allah.

Gunakan 2 cahaya ini (Nurul ain) sebagai perantara untuk mendapatkan  petunjuk dan hidayah. Diantara yang diminta adalah hidaayah, peribadatan yang sempurna, hindarkan diri dari jalan yang sesat.  Lalu Allah menjawab "Ini permohonan dari hambaKu , Aku akan pergi kepada hambaKu, apa yang dia minta."

Cahaya yang pertama dimaksudkan itu adalah suratal Fatehah.  Surah yang mempunyai bermacam hikmah padanya.Tujuh ayat yang dibacakan berulang-ulang.

Cahaya yang kedua berdasarkan hadis tersebut adalah suratal Al Baqarah iaitu penutup kepada surah ini ayat 284 -286. Disebut sebagai satu dari dua cahaya dengan maksud apa yang kita hendak mohon pedomannya  diajar  dalam suratan Al Baqarah. Fadhilat ayat ini, Nabi S.A.W ajar supaya kita bacanya pagi dan petang. Diminta juga membaca ayat Aliflam min.... sehingga ayat ketujuh,  ayat kursi,  dan penutup surah Al Baqarah. Lazim dibaca selepas sembahyang  lima waktu.

Dalam ayat 284 ada empat perkara yang kita perlu faham . Dalam ayat 285 Allah ceritakan tiga perinsip keimanan. Ia perlu  diketahui sebelum kita pergi ke ayat  286 yang terdapat didalamnya terdapat enam permohonan.

Kita lihat satu persatu. Dalam ayat 284. Empat  perkara yang  tidak akan berubah, perlu benar-benar difahami. Ia adalah perkara asas yang perlu ditekankan adalah wajib percaya dan yakin adalah :

Pertama;
Memberitahu  hendak tanamkan kepercayaan dan keyakinan  bahawa apa yang ada dilangit dan dibumi adalah milik Allah.  Apa yang berlaku antara keduanya, dan apa yang ada diantara keduanya  juga milik Allah.

Diakhirat kelak  kita  semua akan ditanya , kepada orang yang punya kehebatan, kuasa, kepada para pemimpin  "Hari ini milik siapa. Allah nyatakan bahawa hari ini adalah milik AKU,  tuhan semesta alam lagi maha perkasa." Allah hendak beritahu bahawa  apa yang berlaku, sepenuhnya adalah oleh kekuasaan Allah.

Dengan sebab itu jangan ada yang  menyekutukan / menyamakan Allah dengan sesuatu.  Atas  perinsip inilah diperhatikan sesaorang pemerintah/ pemimpin itu akan tersungkur  kerana tidak memahami konsep ketuhanan dan aturan yang ditentukan.

Firaun, apa masalahnya. Dia katakan akulah tuhan yang maha tinggi. Dalam hidupnya ia tidak percaya bahawa dunia ini milik Allah. Sedangkan mereka itu  tahu  akan tetapi tidak meyakininya. Pengajarannya ,  kita  semuanya kena taat samada secara  yakin  atau pun terpaksa.

Kuasa Allah yang memasukan malam kepada siang dan siang kepada malam. Segala yang berlaku yang ditentukan itu adalah hak milik dan  urusan  ketentuan Allah S.W.T. Dalam kisahnya Nabi Ibrahim, Allah telah perintahkan " Wahai api sejukan Ibrahim" maka sejuklah api buat Nabi Ibrahim. Itulah ketaatan api kepada Allah. Apa yang  berlaku adalah ketententuan dan semua yang dicipta adalah  bersifat makhluk. Kesemuanya perlu taat kepadaNya.

Kedua:
Menjelaskan apa yang terlintas difikiran, dalam hati kamu, apa yang kita azamkan atau apa yang hendak dizahirkan adalah diketahui oleh Allah. Bahkan sehelai daun yang akan jatuh pun adalah urusan Allah. Apa yang kamu sembunyikan pun Allah akan menghitungnya dan akan  menunjukan kembali kepada kamu apa yang kamu perlakukan. Walau mulut kamu melahirkan ciri keimanan akan tetapi Allah tahu dalam hati kamu ia bukan berlandaskan iman.

Ini hakikat yang misti diketahui oleh mukmin bahawa sesuatu itu akan diperkira dan
apa yang kita perbuat ada ganjarannya  samada syurga atau neraka. Akan dihisab oleh Allah. Sebagaimana yang dikatakan oleh  Khalifah  Saidina Umar " Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.".

Telah dikhabarkan kepada kita antara orang yang paling awal masuk neraka adalah orang yang hebat-hebat. Yakni orang yang memang berjuang kejalan Allah, qari dan qariah, orang yang banyak bersedakah, orang yang berperang bersama orang islam lain. Mereka akan dikemukakan untuk pengadilan dan akan dimasukan kedalam neraka.


Mereka protes kenapa  mereka ditempatkan ke neraka kerana semasa didunia mereka
membuat apa yang disukai Allah. Kenapa ini berlaku. Allah katakan benar kamu laksanakan urusan itu, tetapi   Kamu lakukan itu kerana mahu dipandang hebat, riak , kerana kekayaan atau sebab lain kerana Allah. Apa yang ada didalam hati kamu itu Allah yang lebih mengetahui. Sesaorang mukmin yang sempurna itu  adalah apa yang dilahirkan dalam tuturkatanya dibenarkan oleh hatinya dan  itulah yang dilahirkan dalam ibadah nya.

Ketiga:
Hakikatnya kita perlu faham bahawa Allah boleh mengampun jika dikehendakiNya
dan boleh mengazabkan sesiapa yang hendak diazabkan.

Ditunjukan akan contoh kufur  isteri  para nabi. Nabi Allah Lut berhadapan dengan situasi isterinya yang engkar kepada perintah Allah. Juga kisah kufurnya isteri Nabi Allah Nuh. Kedua-dua Allah letakkan di bawah penguasaan dua hamba yang soleh. Yang ditugaskan menyampaikan agama Allah.

Akan tetapi  kedua-dua Nabi ini telah dikhianati oleh isteri- isterinya. Maka masuklah kedua-duanya kedalam neraka bersama dengan ahli neraka. Keduanya tidak sempat merasakan kemanisan iman yang dibawa oleh nabi yang menjadi suami. Nabi Nuh dalam perjalanan hidupnya  menghadapi dua persoalan besar akan keluarganya akan kedurhakaan anak dan isterinnya.

Inilah dikatakan akan  kekuasaan itu adalah mutlak hak Allah. Banyak  kisah lain yang dinyatakan dalam Alquran seperti  Abu Lahab, bapa saudara Nabi.  Ada surah dalam Al Alquran menceritakan pengkhianatan dan  durhakanya kepada Allah.

Allah boleh ampunkan juga sesiapa yang hendak diberi ampun. Kasihnya Nabi Lut akan isteri dan  Nabi Nuh akan anak kesayangannya. dimana Allah kata ia bukan lagi isteri dan anak kamu kerana kufurnya akan Allah. Tetapi jika ini adalah urusan Allah, dia mai dalam bentuk api, air, angin dan lainnya, tiada siapa lagi yang boleh diselamatkan. Ini adalah yang Allah hendak contohkan kepada umat selepasnya.

Allah hendak tunjukkan pula akan berimannya isteri Firaun. Bukankah Firaun itu raja atas segala raja,  yang  telah keterlaluan sehingga mengiktiraf diri sebagai tuhan. Isteri Firaun ini boleh dapat apa yang Ia mahu. Tetapi apa katanya " Aku tidak mahu Firaun  dan kekayaannya. Ya Allah  selamatkan aku dari Firaun". Apa  yang  isteri Firaun mahu adalah hidayah dari Allah. Ini adalah jelas rentetan kisah ketentuan Allah yang menuntut manusia berfikira dan ambil pengajaran.

Keempat:  Allah  berkuasa atas sesuatu. Kita merancang dan berfikir sesuatu tetapi kehendak Allah lain. Yang kita kena faham adalah ketentuan itu tiada kaedah yang tetap. Allah memberi panduan dalam penentuan seperti yang dinyatakan dalam konsep qadho dan qadar. Qadho Allah tidak akan berubah tetapi yang boleh berubah adalah qadarnya. Jika telah ditentukan mati ia tetap mati tetapi sebab mati itu disabitkan dengan boleh berubah oleh faktur doa.

Ayat 285. Mengenai perinsip iman para rasul.  Menuntut manusia beriman sepertin imannya  para rasul.  Beriman kepada nabi/ rasul sebelumnya dan kitab yang dibawanya. Para nabi itu saling lengkap melengkapi. Beriman atas syariat  nabi sebelum, beriman dengan Allah yang esa. Mereka tidak membezakan antara satu. Jika menyebut akan nabi lain  dikatakan mereka adalah saudara-saudara aku. Kami dengar dan taat.

Ayat 286. Ada  enam permohonan. Perinsip asasnya adalah:

Pertama. Allah tidak akan memberatkan sesaorang  melainkan sekadar yang kita mampu. Terdapat juga kelonggaran yang diberikan sepertimana  solat dalam keadaan uzur dan lainya. Jika telah  diperintah   Allah tahu itu adalah  mampu dilakukan oleh manusia.

Kedua. Sesaorang akan dapat pahala atau dosa atas perkerjaan dia. Tiada petanggongan dosa yang diperbuat oleh orang lain. Kecuali jika terdapat penyertaan sesaorang dalam hal yang berdosa jika dilakukan, ia bermaksud ia telah bersama bersubahat. Dia juga mendapat saham dosa dengan  orang-orang yang berkerjasama menjayakan perkara yang berdosa.

Sama konsepnya dengan pahala. Semua orang yang berkaitan melakukan perkara yang baik akan mendapat pahala atas kebaikan yang dilakukan.
Dosa juga  tidak akan dikira  atas kerana lupa atau pun terpaksa. Ia tertaklok dengan keadaan tertentu. Allah tidak memberatkan dan  digalakkan bersederhana. Dalam bab dosa ini juga tiada konsep dosa warisan yang dipertanggongkan kepada orang lain.

Ketiga.  Permintaan kepada Allah supaya tidak diberatkan dengan sesuatu yang tidak disanggupi kerana Allah  mengetahui  tahap keimanan  sesaorang adalah berbeza. Bila mana sesaorang itu  jika diuji dengan kehilangan  sesuatu yang amat disayanginya, Allah mengetahui ia akan  terkeluar dari landasan agama. Berdoalah supaya  kita tidak  diuji dengan  perkara sebegitu.

Walaubagaimana pun ujian dan teguran pasti diterima dalam lengkaran kemampuan untuk membaiki diri sesaorang. Allah perintahkan juga hendaklah  kamu sampaikan agama dalam situasi berlemah lembut. Kerana kaedah keras itu akan menyebabkan  orang  lari. Sampaikan ,  akan tetapi penerimaannya adalah urusan Allah.

Keempat.  Ya Allah maafkan segala kesahan kami. dan ampunkan kami. dan rahmatilah kami. Tiga perkara diminta serentak. Dalam penerimaan amalan  tiga perkara ini adalah penting.

Kelima. Orang yang Allah beri kemaafan, keampunan dan kerahmatan akan di selamatkan dari azabnya.

Keenam.  Dengan rasa ubudiah kita yakni kehambaan kita kepada Allah. " Kamulah tuhan kami, segala jadual hidup kami berada dalam ketentuan dan gemgaman oleh yang maha pencipta". Sehinggakan nabi  berdoa " Ya Allah jangan kamu biarkan aku membuat keputusan oleh akal fikiran Ku walau pun sekelip mata,  melainkan adalah atas kehendakMu. Bantulah kami untuk berhadapan kaum yang kafir".

Inilah dinyatakan  ini dua cahaya yang mana jika kamu bermohon dengan, Allah akan  memberi kurniaannya. Diajar supaya dijadikan amalan dalam kehidupan. Diminta diamalkan pagi dan petang. Ditutup dengan mengkhabarkan khabar gembira kepada manusia  dengan dua cahaya, Al Fatehah dan ayat terakhir dalam surah Baqarah. Mudahan Allah  masukkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan orang yang beramal soleh.

Wassalam...
(Catatan tazkirah adalah dari rakaman suara)
- Masjid Sungai Gelugur Pulau Pinang.