Friday, 29 November 2013

MENCINTAI RASULLULLAH

23/11/2013. Tazkirah Magrib. Tajuk :  MENCINTAI  RASULLULAH

Dimulakan dengan membaca ummul kitab.....
Telah disebutkan bahawa majlis ilmu itu adalah taman dari taman - taman syurga.

Tuan tuan yang dikasihi, Bersyukur kepada Allah S.W.T,  kerana dengan limpah kurnianya dapat kita berkumpul dalam satu majlis ilmu.

Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W. Ada satu  riwayat yang menyebutkan,  ada satu pesanan pada asalnya pesanan kepada Ibnu Masuud juga  ditujukan kepada umat islam,  menyatakan  "Wahai Ibnu Masuud, jika kamu  duduk sebentar dalam majlis ilmu, Pada hal tidak menyetuh akan kalam. Maksudnya tidak membawa apa-apa alatan tulis. Tidak juga  menyurat apa jua pun, itu terlebih baik daripada memerdekakan seribu hamba sahaya.".

Inilah kelebihan  pahala  yang Allah berikan. Walau menulis satu huruf atau memandang wajah  guru yang mengajar,  terlebih baik dari seribu ekor kuda yang kamu sedekahkan  untuk dibawa untuk perang sabilillah.  Syaratnya kena berwajah  ikhlas,  maksudnya ia  dalam keadaan bersih hatinya  untuk dapatkan ilmu agama. Dan Memberi salam  kepada  guru / orang  alim  itu adalah  lebih baik daripada ibadat  sunat seribu tahun

 Itulah kelebihannya  majlis ilmu. Kepentingan ilmu amat ditekankan, kerana jika beribadah tanpa ilmu itu  berkeadaan  sia-sia.  Dari Umar Al Khattab katakan, dengan kelebihan akan tiap langkahnya kemajlis ilmu dengan seratus kebajikan.   Duduk dalam majlis ilmu juga , Allah janjikan setiap  satu perkataan  yang disebut akan diberi satu kebajikan.  Berapa banyak perkatan yang disebut  dalam satu majlis ilmu. Itulah yang pahala kebajikan akan didapati oleh yang mendengar.

 Para malaikat juga melebarkan  sayapnya ke atas majlis ilmu. Cumanya kita ada hijab untuk  melihatnya. Para malaikat mendoakan setiap orang yang hadir. Setiap langkah ada pahala, kebajikan dan keberkatan. Jangan kedekut untuk berbelanja mendaptkan ilmu/ fisabillah. termasuk menderma untuk tabong masjid. Mudahan dengan rm 1 yang diberikan itu Allah  selamatkan anak kita dari kemudaratan.

 Mungkin Allah  menyelamatkan rumah kita dari terbakar. Atau dalam  kefahaman yang lain  Allah menyelamatkan kita atas  sesuatau musibah yang akan datang. Atau pun akan  menambah rezeki  yang  atas usaha yang dilakukan. Dalam bahasa lainnya setiap kebaikan yang dibuat itu akan ada keberkatannya , insyaAllah.

Maklumat semasa, baru- baru ini  dalam bulan Sept 2013, taufan haiyan telah melanda negara Filipina. Dilaporlan lebih  sepuluh ribu orang mati. Yang kelajuannya dikatakan  tiga ratus km sejam. Bagi manusia yang ada mata hati, kita hendaklah muhasabah iaitu Allah S.W.T  maha berkuasa. Taufan haiyan  telah musnahkan banyak  rumah dan lain- lain. Kenapa berlaku bencana alam  bagi negera tersebut.

Adalah dikhabarkan  dalam tempah empat puluh hari sebelumnya berlaku  kejadian ini, satu tindakan meruntuhkan sebuah masjid di Filipina. Dilaporkan juga tiga orang umat islam mati mempertahankan masjid dari diruntuh. Berita ini tidak di beritahu kapada umum/ media dunia. Bila berlaku taufan baru keluar maklumat ini. Kita perlu ambil pengajaran, jangan sekali main-main akan  mengganggu rumah Allah

Dikhabarkan  satu maklumat akan  mengenai tapak-tapak mesjid yang ada diseluruh dunia  telah ditandakan tempatnya. Bagaimana ?. Ustaz mengkhabarkan dalam satu riwayat yang panjang yang mana  Allah telah membawa naik kelangit akan air mandian jenazah Nabi Muhammad S.A.W dan dijadikan sebagai hujan , di sebarkan  hujan itu keseluruh bahagian muka bumi ini. Dimana jatuhnya air itu, disitulah akan terbina sebuah mesjid. Ia bagaikan satu rezab  tapak yang tersimpan untuk dibina sebuah masjid dimasa hadapan. Termasuklah masjid Al Ridwaniah yang kita berada didalamnya  sekarang.

 Akan riwayat yang lebih panjang,  penulisan ini membuat semakan dalam laman web , ada  dicatatkan akan jalan cerita yang sama yang mengambil rujukan yang sama. Allah yang lebih mengetahui. Yang positif untuk di ambil ikhtibar dari  khabaran ini , ianya adalah satu rantaian  adanya hubungan yang amat erat antara kita dengan Rasulullah, walau pun baginda telah wafat.

Pandangan atas penulisan ini : Positifnya, tidakkah terasa dalam hati kita  bawa Allah telah  datangkan  Rasulullah  amat hampir dengan kita melalui perantaraan  makhluk  angin, air sehinggakan air mandian jenazah Rasullulah telah  diterbangkan datang menemui kita di bahagian dunia yang jauh , bersemadi dengan banggunan masjid yang terbena.  Mungkinkah sejurus selepas kewafatan Nabi S.A.W, udara membawanya air mandian itu. Allah yang lebih mengetahui.

Fitrah kejiwaan yang menuntut manusia  wajib beriman dan gambaran  kasihnya Allah dan Nabi S.A.W kepada umatnya.  Cuba bayangkan apakah tidak tersentuh hati kita jika setiap kali kita berkunjung kerumah Allah kelihatan nabi SAW tersenyum menyambutnya kerana rumah Allah itu adalah juga miliknya.

Ustaz  lanjutkan tazkirah, Diperingtkan  jangan  main- main dengan  rumah Allah. Akan perkara itu bagi penulisan ini  teringat  akan trajidi tsunami di Indonesia yang mana Allah telah selamatkan sebuah masjid yang pada  hukum akalnya  misti rosak  tetapi dilaporkan air laut hanya melalui di kiri kanan nya sahaja. Ianya bermaksud air juga adalah makhluk Allah yang patuh kepada  perintahnya.

Riwayat Rasullah adalah kisah manusia agong dan kita sambut  maal hijrah adalah bermaksud sebagai satu perintah Allah, Kalau setakad melaksanakan solat, zakat , fitrah Nabi SAW, tidak perlu bagi nabi berhijrah. Yang  Allah  mahukan nabi berhijrah ke Mekah ke Yatrib (Madinah) adalah  kehendak Allah , untuk menubuhkan sebuah negara islam. Kalau benar kita cintakan nabi yang Allah katakan Nabi Muhammad S.A.W  adalah Rahmatal lilaalamin (Membawa rahmat keseluruh alam),   hendaklah menyelami akan   keperibadian nabi sedalam-dalamnya.

Saidina Anas b. Malik merupakan khadam nabi selama sepuluh tahun. Ia adalah diantara sahabat nabi yang banyak meriwayatkan   hadis nabi. Ia amat rapat dengan nabi dan telah berada dengan nabi ketika umur 10 tahun. Ibunya hantar ia kepada nabi dan minta nabi doakan. Nabi doakan tiga perkara kepada Anas b.Malik. iaitu  Pertama. Menjadi sahabat nabi yang kaya. Kedua. Mempuyai anak yang ramai. Ketiga. Orang yang panjang umurnya.  Hidup dalam zaman khalifah- khalifah berikutnya. Memang benar, Setelah  nabi wafat dan para sahabat nabi  meninggal,  Anas b. Malik adalah orang yang terakhir.

Anas b. Malik meriwayatkan  sepanjang ia berada diera nabi SAW,  ada satu kisah, Biasanya  orang arab sementara  menunggu solat  zohor akan tidur sementara. Akan satu kisah ketika. Nabi pergi ke rumah ibunya Anas b. Malik, sebagai tempat persinggahan. Nabi telah tidur. Peluh nabi membasahi kain alas tidur yang disediakan. Bila mana nabi bangun, Anas melayan Nabi S.A.W dan diberikan kain lain. Sementara nabi beredar lalu , anas ambilkan kain alas tidur nabi dan diperahkan air peluhnya nabi dan disimpan kedalam botol. Lalu ditanya  oleh nabi, " Untuk apa ini". Dikatakan untuk dijadikan ubat/ penawar.

Ustaz  menceritakan satu kisah lain. Satu ketika  ketika nabi menjalani rawatan  berbekam.  Setelah itu nabi minta seorang sahabat membuang darah bekam. Maka  sahabat ini membawa keluar darah ini keluar lalu mencari  dimana yang sesuai hendak dibuang untuk menghormati  Nabi S.A.W, yang akhirnya  dibuang    kedalam mulutnya  sendiri.  Lalu nabi tanya kemana dibuang darah itu. Lalu dijawabnya seperti yang dilakukan. Nabi sebenarnya telah tahu keadaan itu.  Nabi tidak memarahinya Di sebut oleh nabi, " Bersaksilah bahawa  sahabat kita ini, darahnya telah bercampor dengan darah Nabi S.A.W,  jasadnya nanti tidak akan dimamah oleh api neraka.". Telah dijanjikan syurga baginya.

 Mengikut pandangan ulamak darah bekam Nabi S.A.W tidak najis. Kata kuncinya dalam hal ini. bukan sebab darah nabi yang membawanya masuk ke syurga, tetapi adalah kerana  cinta / kasih sayangnya akan nabi, hormatnya akan nabi, patuh dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada nabi SAW.  Ada satu kisah lain akan Saidina Ali mengalami kesakitan mata. Bilamana dipanggil oleh Nabi S.A.W, lalu di tiup dan air liur nabi kemata nya dan  dengan kehendak Allah keberkatan itu matanya pulih.

Akan perubatan berdasarkan barokahnya  sentuhan nabi kepada sesiapa sahaja. Yang menjadi perkara pokok dalam aspek kehidupan kita adalah  berbuat sesuatu itu adalah ikhlas kepada Allah. Kecintaan para sahabat bukan setakad puasa, solat dan lainnya tetapi adalah pengorbanan keatas menjayakan vision yang dibawa oleh Nabi S.A.W.

Satu kisah akan kesakitan digigit binatang  Khalifah Abu Bakar Al Siddik. Sema ia  bersama nabi didalam gua Tsur,  bersembunyi dari kaum quraish dalam peristiwa proses hijrah. Nabi telah tidur beralaskan paha Abu Bakar, yang telah disengat binatang. Menahan kesakitan itu dan tidak mahu Nabi SAW terkejut tidur,  menyebabkan airmata Abu Bakar keluar dan jatuh keatas muka nabi. Lalu nabi terjaga, bertanya kenapa menangis. Dikatakan oleh Abu Bakar, Ia menahan sakit disengat binatang bisa. Lalu nabi gunakan air liurnya keatas kesan gigitan itu, Barokahnya  Allah telah sembuhkan dari kesakitan itu.

Atas  penulisan ini,  dari pemahaman  konsep   ketaatan makhluk kepada penciptanya. Bukankah  racun yang dikeluarkan oleh binatang bisa yang mungkin  Saidina Abu Bakar disengat adalah kala jengkeng. Bisa itu adalah makhluk. Adakah masaalah bagi Allah untuk perintahkan bisa itu jangan kamu menyakiti Saidina Abu Bakar. Itulah juga konsepnya ketaatan api ketika Allah perintahkan sejukkan nabi Ibrahim.

 Ustaz lanjutkan lagi  tazkirah, Kenapa Allah tidak permudahkan Nabi dalam urusan   perjalanan  hijrah, berhadapan dengan berbagai rintangan.  Sebabnya Allah hendak ajar bahawa  berjuang dan berkorban itu  ada ketikanya rasa susah dan senang. Gangguan kaum quraish yang menyakiti orang  islam. Saidina Musaab b Umair  orang harapan nabi adalah  duta nabi ke Madinah berusia 17 tahun  dihantar untuk memberi kefahaman  tentang islam. Berkenaan akhirnya terbunuh  dalam peperangan Uhud dalam keadaan tangan kiri dan kanannya terpotong , dalam peranannya memegang bendera/ panji islam . Dikhabarkan bila ia mati  tiada kain untuk menutup  jenazahnya.. Musaab b. Umair yang dikenali oleh Nabi S.A.W adalah anak orang bangsawan.

Ketika nabi dan Saidina Abu Bakar sampai ke Madinah dalam peristiwa hijrah dengan menaiki seekor unta secara bergilir. Sampai  masuk ke Madinah adalah giliran Nabi  sebagai pemegang tali unta. Keadaan itu memberitahu akan mulianya akhlak Nabi kepada penduduk Madinah. Kisah pengorbanan  dan kepercayaan kepada Saidinaa Abu Bakar terbukti atas kepercayaan Nabi ketika ia sakit  menggantikannya sebagai imam  yang juga isyarat bahawa Abu Bakar layak sebagai Khalifah menggantikan memimpin umat Isam sebagai Khalifah pertama.

Kisah  bilamana turunnya wahyu yang menjelaskan Islam telah berada di era kemenangan dan dikatakan telah sempurna telah di sampaikan kapada para sahabat dan umum, dilihat kegembiraan terpancar diwajah orang islam. Tetapi dikhabarkan pula Saidina Abu Bakar dalam keadaan menangis.

Lalu ditanya oleh Nabi S.A.W. Kenapa ia menangis. Dijawab oleh Abu Bakar. " Dengan perkhabaran ini ketahuilah  bahawa  setiap yang telah sempurna itu bermaksud telah selesai urusan penyampaian maklumat dari wahyu Allah. Itu bererti Nabi S.A.W tidak  lama lagi akan meninggalkan kita semua".  Percakapan  itu dibenarkan oleh Nabi.  Dengan kenyataan itu berubah air muka kegembiraan orang islam kepada air muka dukacita menangis di masjid Madinah.

Budi pekerti Nabi ada pada Saidina Abu Bakar. Semua yang dibuat nabi adalah amalan kepada nya.
 Satu ketika setelah wafatnya Nabi S.A.W .  Saidina Abu Bakar bertanya kepada kepada anaknya Aisyah, isteri Nabi . Apakah perkara yang Nabi suka buat yang tidak dilakukan olehnya.  Dijawab oleh Aisyah di lihatnya semua perkara yang Nabi buat  dilakukan oleh Abu Bakar.  Cuma satu perkara sahaja iaitu Nabi SAW , pada harinya datang ke pasar Madinah,  Nabi memberi makanan kepada seorang pengemis  tua yahudi yang buta. Itulah yang dilihat Aisyah yang ayahnda Saidina Abu Bakar tidak lakukan.

Pergilah Saidina Abu Bakar mencari orang tua berkenaan. Dilihatnya  orang tuala walau pun buta tetapi tidak henti mulutnya mencerca, memfitnah Nabi S.A.W. Sebagaimana yang didengari dari masyrakat yang ada dikelilingnya itulah yang disebutnya. Abu Bakar melakukan apa yang diberitahu oleh Aisyah memberi makan kepada  orang tuan berkenaan.

Tekniknya  berbeza sedikit dari cara Nabi. Nabi terlebih dahulu menghancurkan makanan tersebut sebelum memasukan keerkenaan  mulut tetapi Abu Bakar terus masukkan kemulutnya tanpa di hancurkan. Lalu diluahkan oleh orang tuan tersebut dan bertanya siapkan yang memberi makan kepadanya. Dikatakan oleh Abu Bakar. Itulah orang yang selalu memberinya makan.

 Orang tuan berkenaan berkata   "Siapa kamu. " Ia dapat merasakan  bukan orang yang biasa memberi makan kepadanya.   Dijawab oleh Abu Bakar memang betul  Ia bukan orang yang selalu memberinya  makan. adalah  sahabat kepada Nya.

Terbayang Abu Bakar betapa hebatny Rasullullah mengambil berat akan keadaan orang tua tersebut. Seorang yahudi yang setiap hari mencercanya, memberi
makan kepada nya. Ditanya lagi kemana perginya sahabatnya itu. Menangis Abu Bakar. Dikatakan lagi   orang yang selalu memberinya makan telah pun meninggal dunia.

Ditanya orang tuan terbut  siapakah orang itu. Lalu dijawab oleh Abu Bakar orang itu adalah Nabi Muhammad Rasullullah. Orang yang  setiap hari yang dicercanya. Ditanya lagi , "Betulkah itu Nabi MMuhammad.Dia  orang  yang cukup tinggi akhlaknya,, orang yang begitu mengambil berat akan dirinya. Bersaksilah kamu sebagai sahabatnya bahawa aku hari ini beriman kepada Allah dan Rasulnya. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad  adalah Rasullluah." Berimanlah orang tua yahudi dihadapan Saidina Abu Bakar.

Diberitahu bahawa akhak nabi itu adalah Al Quran. Maksudnya  Nabi bagaikan Al quran yang bergerak. Apa yang Allah perintah  nabi laksanakan , apa yang dilarang  di tinggalkan.  Hendaklah kita beriman sepenuhnya , jangan  hanya separuh beriman.

Aspek hukum hendaklah dilaksanakan seperti yang  telah dikuatkuasakan di negara Brunai sekarang.  Jika  tolak  satu huruf ayat quran pun sudah tidak sah islamnya, apa lagi jika  tolak satu hukum Allah.

Kisah berlaku dalam satu majlis ilmu dalam sebuah mesjid. Dikhabarkan seorang hamba  Allah pertikaikan tidak mahu pengajian hukum hudud disebutkan dalam masjid. Dalam nada marah ia terus keluar. Sampai  hendak mencapai motosikalnya didapati  telah hilang. Lalu agak riuh keadaan diluar. Lalu dikatakan itulah perlu adanya hukum Allah  itu di kuatkuasakan. Sesuatu itu jika Allah berkehendak sesaoang itu diberi taufik, itulah jalan-jalannya.

Tepuk dada tanya iman. Pasti kita akan katakan mahukan syafaat dari Rasullullah S.A.W semasa di akhirat.  Hendaklah  bantulah agama Allah.  Ambil islam secara menyeluruh dalam kehidupan. Kita akan rasakan kemanisannya berada dalam kasih sayang Allah.. Semoga kita semua diberkati Allah S.W.T

 Wassalam....

Bahan penulisan adalah dari rakaman suara.

 - Masjid Jameq Al Ridwaniah Kuala Kangsar, Perak.


Saturday, 23 November 2013

WAHYU KEPADA MASYARAKAT JAHILIAH

17/11/2013. Tazkirah Magrib. Tajuk: WAHYU KEPADA MASYARAKAT  JAHILIAH

Ustaz  menghurai ayat dari surah Al Shuhra ayat 221 - 227. Diterjemahkan bermaksud :
                                                                                         
Ayat 221 :  "Apakah akan aku beritakan kepada kamu.Kepada siapa syaitan-syaitan itu diturunkan ."

Ayat 222 : "Mereka turun  kepada tiap-tiap pendusta yang banyak dosa."

Ayat 223 : "Mereka manadahkankan pendengaran   kepada syaitan itu  dan kebanyakan  mereka itu adalah pendusta. Mereka itu adalah penyair-penyair yang diikuti oleh orang-orang yang sesat."

Ayat 225 : "Tidakkah  kamu melihat bahawa mereka mengembara di tiap tiap lembah
yakni  sebahagian penyair penyair itu  suka mempermainkan kata-kata. Tidak mempunyai tujuan yang baik yang tertentu dan tidak punyai pendirian."

 Ayat 226 : "Dan bahawa mereka suka menyatakan yang mereka sendiri tidak  mengerjakannnya."

 227:  "Kecuali penyair-penyair yang beriman yang beramal soleh dan banyak menyebut Allah dan mendapat kemenangan setelah menderita kezaliman. Dan orang -orang yang zalim itu kelak mengetahui ketempat mana mereka akan kembali."

 Bersyukur kita kepada Allah S.W.T  dapat bersama  magrib ini menunaikan
 solat berjumaah dapat melakukan amal ibadah kepada Allah.

Mudahan Allah berikan kekuatan iman dan ketakwaan. kekuatan ukwah sesama kita, sentiasa menghubungkan siratulrahim. Yang merupakan perkara yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. Untuk melayakkan kita mendapat pertolongan dan kemenangan menghadapi musuh-musuh Allah yang sentiasa menghalang, menyekat  dan memusuhi umat islam
Mudahan kita berada dalam  perlindungan Allah dan sentiasa berselawat kepada Nabi S.A.W yang sentiasa mendoakan umatnya berpegang teguh kepada kitab Al quran dan sunah.  

Malam ini  InsyaAllah kita  hendak bincangkan tujuh ayat terakhir dalam  surah al Syuhra. Nama surah ini dinamakan surah Al shuhra bermaksud surah penyair- penyair. Yang mengkhabarkan akan penyair  keadaan mereka dizaman jahiliah.

Kita lihat 221.  Ayat ini ada hubung kaitnya dengan ayat sebelumnya, dimana Allah menafikan  ia dibawa turun oleh syaitan. Syaitan tidak mampu membawa turun ayat quran kerana  berlawanan dengan  sifat  kontra syaitan itu sendiri yang mahu merosakan manusia.

Syaitan itu sendiri telah diprogramkan oleh Allah menjadikan manusia itu sebagai musuh semenjak zaman nabi Adam. Syaitan dijadikan sebagai alat menyaring manusia  yang baik dan jahat. 

Allah hendak ceritakan kepada penduduk mekah khabar yang sebenar yang memberi maklumat kepada siapakah syaitan itu turun. Syaitan-syaitan itu turun kepada tukang-tukang sihir  atau tukang tilik.

Dalam masyarakat Arab jahiliah  peranan tukang sihir dan tukang tilik mainkan peranan yang penting.  Untuk minta ubat, menyelesaikan masalah-masalah dalam masyarakat.  Mereka menjadi tempat rujukan.  Mereka meramalkan nasib  dan sebarang kemungkinan.  Apa yang dinyatakan  itu adalah dari syaitan. Jangan  sekali-kali mengikut amalan  masyarakat jahiliah, kerana jelas itu adalah untuk memesongkan akidah.

 Tidak siapa pun yang mengetahui apa yang akan berlaku melainkan Allah S.W.T.  Keadaan sebenarnya  orang  musrikin adalah  telah kehilangan akal  hendak tuduh Nabi S.A.W. Mereka tidak suka orang islam dan membenci Rasullullah. Memfitnah Nabi macam tukang sihir. Bila Nabi  sampaikan ayat quran ramai orang akan ikut dan menerima. Ini dikatakan bagaikan ada persamaan dengan syihir. Ini semua  usaha untuk melemahkan islam yang dirancang oleh syaitan.

Allah memberitahu ini semua tidak benar.  Nabi bukan tukang sihir. Nabi tidak mengambil rujukan dari para syaitan atau jin, bahkan Nabi berdakwah kepada para jin, yang menjadikan sebahagian dari jin  menjadi orang yang beriman.  Para jin  kagum dengan Nabi S.A.W akan ayat-ayat quran itu begitu hebat. Mereka juga solat, berpuasa, dan  zakat.

 Dikalangan jin pun ada yang beriman dan kafir seperti juga  kalangan manusia. Jin kafir menjadikan syaitan sebagai ketua mereka. Allah beritahu , syaitan ini turun kepada golongan tukang syihir dan tukang tenung nasib  serta pendusta-pendusta agama. Mereka  memperkuatkan kebencian manusia  kepada islam atas kepentingan diri masing-masing. Berdirinya  ia dalam diri orang-orang yang banyak lakukan dosa.

 Jin-jin kafir ini adalah tentera kepada syaitan dan iblis. Umat islam  wajib percaya bahawa Allah menjadikan makhluk jin dan syaitan sebagai makhluk yang menyaingi manusia dan para malaikat, yang Allah  jadikan untuk bersama peranannya dialam ini.  Jin dan syaitan berkerjasama dengan golongan tenung nasib untuk merosakkan orang  beriman.

Pada zaman Nabi SAW ada ramai nama tukang sihir antaranya Musailamah b Kazab.  Berkenaan juga adalah orang yang  mengaku menjadi nabi selepas kewafatan Nabi S.A.W.

Pada masa sebelum nabi diangkat sebagai  Rasul, jin dan syaitan boleh naik kelangit mencuri perkhabaran dari makhluk dilangit. Ada berita-berita yang akan datang kebumi , yang akan berlaku telah disampaikan kepada manusia melalui tukang tenung. Ia membina kekuatan kepada tukang  tenung akan akan kebenaran ramalannya dan kedudukannya dalam masyarakat jahiliah. Yang disampaikan kepada tukang tenung diputarbelitkan yang benar dan bohong.

 Maklumat dari syaitan ini, hanya sedikit sahaja betul seperti satu peristiwa yang menyatakan  ketika Nabi  yang dalam  urusan membawa barang dagangan milik Siti Khadijah perniagaan ke Syria  diramalkan /disebutkan oleh  tukang tilek  akan menjadi orang yang  besar dalam masyarakat. Akan lahir seorang baby  keturunan Arab yang akan menjadi Nabi.

 Apabila nabi dilantik menjadi Rasul Allah telah menutup pintu langit dari dimasuki oleh jin dan syaitan. Diharamkan golongan ini mencuri perkhbaran dari langit. Dikawal ketat oleh para malaikat.  Mereka dilontarkan dengan bola bola api.

Sebahagian besar golongan tukang tilik  ini adalah pembohong. Mereka mengajar dengan berbagai kefasikan, mereka-reka sesuatu untuk menyesatkan manusia.  Sedangkan ayat ayat yang disebutkan oleh nabi adalah bersifat benar yang turun  dari Allah yang menceritakan akan keesaan Allah dan mengenal manusia kepada penciptanya.


Dikhabarkan akan kebiasaannya golongan yang melakukan syihir ini menggunakan  bahan-bahan yang kebnyakannya adalah dari najis. Mereka menggunakan kuku, darah haid,  rambut, sikat  yang diikat dan diasapkan. Semuanya adalah amalan yang dikutuk oleh Allah SAW. Mereka menjadikan jin dan syaitan sebagai kawan. Orang- orang sebegini akan menghadapi kesukaran bila hendak mati.

Jangan sekali-kali melakukan amalan yang membawa kufur / syirik kepada Allah. Apa bentuk sekali pun samada pukau, santau, susuk, pelaris adalah perbuatan yang bersubahat dengan jin, syaitan dan iblis yang membawa menjadi kafir/ kufur. Mati yang sia- sia, tambah pula tidak sembahyang dan sentiasa dalam kesesatan yang jauh.

 Hendaklah bertaubat nasuha. Jangan pilih jalan yang sukar, walau pun keseronokan hanya sebentar , nampak lawa, tetapi  bila mati dah terseksa, akan tempatnya  adalah neraka dengan azab yang pedih. Itulah berbeza apa yang dilahirkan oleh tukanag sihir dan apa yang disampaikan oleh Rasullulah S.A.W.

Tuduhan  juga kepada Nabi S.A.W dikatakan  sebagai penyair. Dalam masyarakat arab jahiliah penyair mendapat tempat yang tinggi. Dia boleh mengeluarkan syair yang boleh memukau para pendengar. Memuji melangit sesiapa atau menghina sesiapa. Disebabkan ayat-ayat yang dibacakan oleh Nabi S.A.W telah memukau orang ramai, mereka  menyatakan juga nabi adalah sebahagian dari mereka. Sedangkan apa yang nabi sampaikan adalah wahyu.

Allah berfirman " Bahawa penyair penyair dan pengikut mereka itu adalah  golongan  yang sesat".

Yang dimaksudkan oleh Allah ialah mereka yang tidak beriman. Mereka  memuja secara berlebihan atas sesuatu dan tidak keterlaluan juga  ada penyair ini dibayar untuk mengarang  syair untuk  memuji sesaorang. Memuja  arak yang diminum oleh para  bangsawan dan lain- lain. Sifat syair ini juga semacam cakap tidak serupa bikin.  Ia katakan pemurah itu baik atau membantu itu baik tetapi amalan mereka adalah berlawanan.

 Setelah turunnya ayat Allah yang menceritakan keburukan tingkah laku penyair- penyair, masyarakat jahiliah arab terus di tanamkan dengan iman, ada diantaranya menemui Rasulllulah katakan akan berakhirlah era syair negetif akan menyebabkan mereka akan kehilangan sumber pendapatan, pengaruh dan sebagainya maka nabi katakan hendaklah kamu menjadi penyair yang beriman dengan Allah S.W.T. Menukar  irama syair dengan memuji kebesaran Allah.

Berjuang dengan syair  untuk menegakkan kebenaran. Diantaranya adalah Kaab b Malik, Hasan b. Sabik. Nabi S.A.W  nyatakan kepada mereka, ciptalah  syair yang membawa syariat nabi dan serang  kefahaman lama dan gantikan dengan  ayat yang menceritakan  keindahan islam.

 Sekian. mudahan kita dirahmati Allah.

 Wassalam...

( Penulisan adalah dari rakaman suara)
- Masjid Sungai Gelugur P.Pinang.


CAHAYA IMAN

18/ 11/2013. Tazkirah Magrib.  Tajuk:  CAHAYA IMAN

Marilah kita mengucap syukur kepada Allah S.W.T, yang mana dengan limpah kurnianya diberi kesempatan kepada kita bersama pada malam ini. Mudahan  Allah S.W.T masukkan kita kedalam golongan orang yang bertakwa. InsyaAllah.

Sebagaimana satu hadis yang diriwayatkan oleh Rasullullah S.A.W.  Ada tujuh golongan yang Allah S.W.T akan beri perlindungan  di bawah arasnya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan oleh Allah S.W.T.  Dua dari tujuh itu  adalah mengenai masjid. Orang yang hatinya bergantung / tertambat pada masjid . Mereka bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.

Pertemuan antara orang yang beriman selalunya adalah dimasjid.  Ia menghadirkan diri solat berjumaah dari masa kemasa mendekatkan diri kepada Allah.

Allah meletakkan kedudukan yang cukup  tinggi kepada ahli- ahli mesjid ini. Sehinggga Allah meletakkan syarat   orang yang   memakmurkan masjid itu  adalah  orang yang mempunyai  akidah yang jelas. Orang yang beriman dengan kitab Allah dan hadis.

Mari kita bersama menjadi orang yang  terikat hatinya dengan masjid. InsyaAllah.

Pada malam ini  saya mengajak  untuk meneliti  dan memahami  akan satu hadis Nabi S.A.W diriwayatkan oleh Anas b Malik. Pada satu hari sedang Nabi S.A.W  duduk dengan malaikat Jibril. Tiba- tiba terdengar satu bunyi  semacam retak dari langit. Jibril memberitahu kepada Nabi. "Ya Muhammad yang kedengaran  itu adalah  untuk memberitahu bahawa pintu langit sedang dibuka. Pintu langit ini tidak pernah dibuka semenjak dari dahulu lagi. Hari ini adalah kali pertama ianya dibuka."

Turun seorang malaikat.  Dinyatakan oleh malaikat Jibril  yang malaikat berkenaan tidak pernah turun kebumi. Ia membawa satu mesej yang cukup besar kepada manusia.
Memberi salam kepada Nabi S.A.W. Lalu duduk bersama nabi. Dikatakan kepada nabi S.A.W. "Ambillah khabar gembira dengan dua  cahaya.  Yang mana kedua cahaya ini apabila kamu minta dengan keduanya , permintaan kamu akan diberikan oleh Allah. "

Dua cahaya Ini dikatakan oleh nabi SAW ialah  suratal Fatehah dan Al Baqarah.

Dikatakan jika kamu minta antara keduanya akan dikurniakan oleh Allah SAW. Suratal al Fatehah ini dibaca setiap kali sembahyang. Disebut oleh Nabi S.A.W,  setiap kali dibaca  suratal Fatehah akan setiap kali Allah menjawab atas bacaan itu.

Bila di baca;

Dengan nama Allah tiada tuhan lain dari Allah tuhan yang pencipta alam. Allah berkata, "Hambaku sedang memujiKu."

Bila dibaca
Allah yang Maha pemurah lagi penyayang.  Allah katakan,  "Hamba Aku sedang mensuci kan Aku."

Sampai dibaca,

Ya Allah, tunjukan kepada kami jalan yang lurus. Allah menjawab, " Ini adalah untuk hambaKu dan apa yang diminta oleh hamba Ku akan di perkenankan."

Kata kuncinya dikatakan oleh para ulamak, apa yang kita minta dalam surah Al Fatehah itu adalah  memohon hidayah . Mohon kepada Allah  tunjukan kepada  kami jalan yang lurus. Jalan yang lurus itulah yang menunjuki kepada kita ibadah yang sempurna. 
Kita tidak akan dapat ibadah yang benar melainkan bila kita mendapat petunjuk dari Allah.

Gunakan 2 cahaya ini (Nurul ain) sebagai perantara untuk mendapatkan  petunjuk dan hidayah. Diantara yang diminta adalah hidaayah, peribadatan yang sempurna, hindarkan diri dari jalan yang sesat.  Lalu Allah menjawab "Ini permohonan dari hambaKu , Aku akan pergi kepada hambaKu, apa yang dia minta."

Cahaya yang pertama dimaksudkan itu adalah suratal Fatehah.  Surah yang mempunyai bermacam hikmah padanya.Tujuh ayat yang dibacakan berulang-ulang.

Cahaya yang kedua berdasarkan hadis tersebut adalah suratal Al Baqarah iaitu penutup kepada surah ini ayat 284 -286. Disebut sebagai satu dari dua cahaya dengan maksud apa yang kita hendak mohon pedomannya  diajar  dalam suratan Al Baqarah. Fadhilat ayat ini, Nabi S.A.W ajar supaya kita bacanya pagi dan petang. Diminta juga membaca ayat Aliflam min.... sehingga ayat ketujuh,  ayat kursi,  dan penutup surah Al Baqarah. Lazim dibaca selepas sembahyang  lima waktu.

Dalam ayat 284 ada empat perkara yang kita perlu faham . Dalam ayat 285 Allah ceritakan tiga perinsip keimanan. Ia perlu  diketahui sebelum kita pergi ke ayat  286 yang terdapat didalamnya terdapat enam permohonan.

Kita lihat satu persatu. Dalam ayat 284. Empat  perkara yang  tidak akan berubah, perlu benar-benar difahami. Ia adalah perkara asas yang perlu ditekankan adalah wajib percaya dan yakin adalah :

Pertama;
Memberitahu  hendak tanamkan kepercayaan dan keyakinan  bahawa apa yang ada dilangit dan dibumi adalah milik Allah.  Apa yang berlaku antara keduanya, dan apa yang ada diantara keduanya  juga milik Allah.

Diakhirat kelak  kita  semua akan ditanya , kepada orang yang punya kehebatan, kuasa, kepada para pemimpin  "Hari ini milik siapa. Allah nyatakan bahawa hari ini adalah milik AKU,  tuhan semesta alam lagi maha perkasa." Allah hendak beritahu bahawa  apa yang berlaku, sepenuhnya adalah oleh kekuasaan Allah.

Dengan sebab itu jangan ada yang  menyekutukan / menyamakan Allah dengan sesuatu.  Atas  perinsip inilah diperhatikan sesaorang pemerintah/ pemimpin itu akan tersungkur  kerana tidak memahami konsep ketuhanan dan aturan yang ditentukan.

Firaun, apa masalahnya. Dia katakan akulah tuhan yang maha tinggi. Dalam hidupnya ia tidak percaya bahawa dunia ini milik Allah. Sedangkan mereka itu  tahu  akan tetapi tidak meyakininya. Pengajarannya ,  kita  semuanya kena taat samada secara  yakin  atau pun terpaksa.

Kuasa Allah yang memasukan malam kepada siang dan siang kepada malam. Segala yang berlaku yang ditentukan itu adalah hak milik dan  urusan  ketentuan Allah S.W.T. Dalam kisahnya Nabi Ibrahim, Allah telah perintahkan " Wahai api sejukan Ibrahim" maka sejuklah api buat Nabi Ibrahim. Itulah ketaatan api kepada Allah. Apa yang  berlaku adalah ketententuan dan semua yang dicipta adalah  bersifat makhluk. Kesemuanya perlu taat kepadaNya.

Kedua:
Menjelaskan apa yang terlintas difikiran, dalam hati kamu, apa yang kita azamkan atau apa yang hendak dizahirkan adalah diketahui oleh Allah. Bahkan sehelai daun yang akan jatuh pun adalah urusan Allah. Apa yang kamu sembunyikan pun Allah akan menghitungnya dan akan  menunjukan kembali kepada kamu apa yang kamu perlakukan. Walau mulut kamu melahirkan ciri keimanan akan tetapi Allah tahu dalam hati kamu ia bukan berlandaskan iman.

Ini hakikat yang misti diketahui oleh mukmin bahawa sesuatu itu akan diperkira dan
apa yang kita perbuat ada ganjarannya  samada syurga atau neraka. Akan dihisab oleh Allah. Sebagaimana yang dikatakan oleh  Khalifah  Saidina Umar " Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.".

Telah dikhabarkan kepada kita antara orang yang paling awal masuk neraka adalah orang yang hebat-hebat. Yakni orang yang memang berjuang kejalan Allah, qari dan qariah, orang yang banyak bersedakah, orang yang berperang bersama orang islam lain. Mereka akan dikemukakan untuk pengadilan dan akan dimasukan kedalam neraka.


Mereka protes kenapa  mereka ditempatkan ke neraka kerana semasa didunia mereka
membuat apa yang disukai Allah. Kenapa ini berlaku. Allah katakan benar kamu laksanakan urusan itu, tetapi   Kamu lakukan itu kerana mahu dipandang hebat, riak , kerana kekayaan atau sebab lain kerana Allah. Apa yang ada didalam hati kamu itu Allah yang lebih mengetahui. Sesaorang mukmin yang sempurna itu  adalah apa yang dilahirkan dalam tuturkatanya dibenarkan oleh hatinya dan  itulah yang dilahirkan dalam ibadah nya.

Ketiga:
Hakikatnya kita perlu faham bahawa Allah boleh mengampun jika dikehendakiNya
dan boleh mengazabkan sesiapa yang hendak diazabkan.

Ditunjukan akan contoh kufur  isteri  para nabi. Nabi Allah Lut berhadapan dengan situasi isterinya yang engkar kepada perintah Allah. Juga kisah kufurnya isteri Nabi Allah Nuh. Kedua-dua Allah letakkan di bawah penguasaan dua hamba yang soleh. Yang ditugaskan menyampaikan agama Allah.

Akan tetapi  kedua-dua Nabi ini telah dikhianati oleh isteri- isterinya. Maka masuklah kedua-duanya kedalam neraka bersama dengan ahli neraka. Keduanya tidak sempat merasakan kemanisan iman yang dibawa oleh nabi yang menjadi suami. Nabi Nuh dalam perjalanan hidupnya  menghadapi dua persoalan besar akan keluarganya akan kedurhakaan anak dan isterinnya.

Inilah dikatakan akan  kekuasaan itu adalah mutlak hak Allah. Banyak  kisah lain yang dinyatakan dalam Alquran seperti  Abu Lahab, bapa saudara Nabi.  Ada surah dalam Al Alquran menceritakan pengkhianatan dan  durhakanya kepada Allah.

Allah boleh ampunkan juga sesiapa yang hendak diberi ampun. Kasihnya Nabi Lut akan isteri dan  Nabi Nuh akan anak kesayangannya. dimana Allah kata ia bukan lagi isteri dan anak kamu kerana kufurnya akan Allah. Tetapi jika ini adalah urusan Allah, dia mai dalam bentuk api, air, angin dan lainnya, tiada siapa lagi yang boleh diselamatkan. Ini adalah yang Allah hendak contohkan kepada umat selepasnya.

Allah hendak tunjukkan pula akan berimannya isteri Firaun. Bukankah Firaun itu raja atas segala raja,  yang  telah keterlaluan sehingga mengiktiraf diri sebagai tuhan. Isteri Firaun ini boleh dapat apa yang Ia mahu. Tetapi apa katanya " Aku tidak mahu Firaun  dan kekayaannya. Ya Allah  selamatkan aku dari Firaun". Apa  yang  isteri Firaun mahu adalah hidayah dari Allah. Ini adalah jelas rentetan kisah ketentuan Allah yang menuntut manusia berfikira dan ambil pengajaran.

Keempat:  Allah  berkuasa atas sesuatu. Kita merancang dan berfikir sesuatu tetapi kehendak Allah lain. Yang kita kena faham adalah ketentuan itu tiada kaedah yang tetap. Allah memberi panduan dalam penentuan seperti yang dinyatakan dalam konsep qadho dan qadar. Qadho Allah tidak akan berubah tetapi yang boleh berubah adalah qadarnya. Jika telah ditentukan mati ia tetap mati tetapi sebab mati itu disabitkan dengan boleh berubah oleh faktur doa.

Ayat 285. Mengenai perinsip iman para rasul.  Menuntut manusia beriman sepertin imannya  para rasul.  Beriman kepada nabi/ rasul sebelumnya dan kitab yang dibawanya. Para nabi itu saling lengkap melengkapi. Beriman atas syariat  nabi sebelum, beriman dengan Allah yang esa. Mereka tidak membezakan antara satu. Jika menyebut akan nabi lain  dikatakan mereka adalah saudara-saudara aku. Kami dengar dan taat.

Ayat 286. Ada  enam permohonan. Perinsip asasnya adalah:

Pertama. Allah tidak akan memberatkan sesaorang  melainkan sekadar yang kita mampu. Terdapat juga kelonggaran yang diberikan sepertimana  solat dalam keadaan uzur dan lainya. Jika telah  diperintah   Allah tahu itu adalah  mampu dilakukan oleh manusia.

Kedua. Sesaorang akan dapat pahala atau dosa atas perkerjaan dia. Tiada petanggongan dosa yang diperbuat oleh orang lain. Kecuali jika terdapat penyertaan sesaorang dalam hal yang berdosa jika dilakukan, ia bermaksud ia telah bersama bersubahat. Dia juga mendapat saham dosa dengan  orang-orang yang berkerjasama menjayakan perkara yang berdosa.

Sama konsepnya dengan pahala. Semua orang yang berkaitan melakukan perkara yang baik akan mendapat pahala atas kebaikan yang dilakukan.
Dosa juga  tidak akan dikira  atas kerana lupa atau pun terpaksa. Ia tertaklok dengan keadaan tertentu. Allah tidak memberatkan dan  digalakkan bersederhana. Dalam bab dosa ini juga tiada konsep dosa warisan yang dipertanggongkan kepada orang lain.

Ketiga.  Permintaan kepada Allah supaya tidak diberatkan dengan sesuatu yang tidak disanggupi kerana Allah  mengetahui  tahap keimanan  sesaorang adalah berbeza. Bila mana sesaorang itu  jika diuji dengan kehilangan  sesuatu yang amat disayanginya, Allah mengetahui ia akan  terkeluar dari landasan agama. Berdoalah supaya  kita tidak  diuji dengan  perkara sebegitu.

Walaubagaimana pun ujian dan teguran pasti diterima dalam lengkaran kemampuan untuk membaiki diri sesaorang. Allah perintahkan juga hendaklah  kamu sampaikan agama dalam situasi berlemah lembut. Kerana kaedah keras itu akan menyebabkan  orang  lari. Sampaikan ,  akan tetapi penerimaannya adalah urusan Allah.

Keempat.  Ya Allah maafkan segala kesahan kami. dan ampunkan kami. dan rahmatilah kami. Tiga perkara diminta serentak. Dalam penerimaan amalan  tiga perkara ini adalah penting.

Kelima. Orang yang Allah beri kemaafan, keampunan dan kerahmatan akan di selamatkan dari azabnya.

Keenam.  Dengan rasa ubudiah kita yakni kehambaan kita kepada Allah. " Kamulah tuhan kami, segala jadual hidup kami berada dalam ketentuan dan gemgaman oleh yang maha pencipta". Sehinggakan nabi  berdoa " Ya Allah jangan kamu biarkan aku membuat keputusan oleh akal fikiran Ku walau pun sekelip mata,  melainkan adalah atas kehendakMu. Bantulah kami untuk berhadapan kaum yang kafir".

Inilah dinyatakan  ini dua cahaya yang mana jika kamu bermohon dengan, Allah akan  memberi kurniaannya. Diajar supaya dijadikan amalan dalam kehidupan. Diminta diamalkan pagi dan petang. Ditutup dengan mengkhabarkan khabar gembira kepada manusia  dengan dua cahaya, Al Fatehah dan ayat terakhir dalam surah Baqarah. Mudahan Allah  masukkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan orang yang beramal soleh.

Wassalam...
(Catatan tazkirah adalah dari rakaman suara)
- Masjid Sungai Gelugur Pulau Pinang.









Sunday, 17 November 2013

MEMANFAATKAN ILMU KE ARAH AGAMA

16/11/13  Tazkirah Magrib. Tajuk :   MEMANFAATKAN  ILMU KE ARAH  AGAMA

Bersyukur  kita  dapat bersama-sama dalam satu majlis ilmu, mudahan  dikurnia taufik dan hidayah oleh  Allah.  Mari kita pasang niat beriktiqaf dalam masjid ini .

Ustaz bawakan  satu kitab yang dikarang  oleh  Syeh Dr. Abdul Qader  Zaidan akan kisah-kisah  dalam al Quran berkenaan  kehidupan nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dan juga kisah   orang orang munafik. Sirah nabi S.A.W yang menjelaskan  sebelum kelahiran , semasa kelahiran nabi, penerimaan wahyu,  hijrah nabi, berperang,  sehinggalah  nabi wafat.

Penerimaan wahyu pertama oleh nabi adalah  semasa baginda berumur 40 tahun. Kisah penerimaan wahyu pertama  ini telah biasa kita dengar. Kita ulang balik untuk di hayati dan melihat perkara yang tersirat untuk di fahami  oleh generasi baru.

Dalam kisah ini nabi didatangi oleh malaikat Jibril  meminta nabi membaca.

Firman Allah :-

“Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang menciptkan. Tuhan yang mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah dengan nama Tuhan kamu yang maha mulia.  Tuhan yang mengajar kamu dengan pena. Allah yang mengajar manusia apa yang manusia tidak tahu“

Ini adalah ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi S.A.W.  Ayat yang bercerita supaya nabi  baca. Didalam hadis sahih Bukhari dan  hadis sahih Muslim dinyatakan  daripada Saidatina Aisyah, Perjalananan  pertama turunnya wahyu ini kpd Nabi S.A.W, nabi dalam tidurnya bermimpi  dengan satu mimpi yang baik. Nabi nampak dalam mimpiNya  akan  pandangan nya seperti  diwaktu hampir siang. Nampak seperti awan waktu pagi  hari. Selepas  itu nabi digerakkan  hatinya oleh Allah mempunyai keinginan untuk mengasingkan diri. Digerakkan hati baginda untuk pergi ke gua hiraq  yang  terletak  amat  dekat dengan  masjidil haram Mekah.

Nabi  berada di Gua hiraq beberapa malam. Nabi  berzikir sepanjang berada didalamnya, menambah amalan/ beribadat. Kemudian nabi balik ke rumah  isterinya Saidatina  Khadijah mengambil keperluan/ bekalan makanan dan kembali  ke gua hiraq. Nabi juga  tidak  ada maklumat akan hadir  malaikat   kepadaNya di gua hiraq.  Ketika  datangnya  malaikat  kepada nabi menyatakan ayat pertama ayat surat Al Alaq  memintanya  bacalah ( Iqra‘). Nabi katakan saya tidak boleh baca. Maka malaikat  memeluk nabi erat sehingga menyukarkan nabi bernafas.

Kemudian dilepaskan dan diminta lagi nabi  baca. Dijawab oleh nabi  nada yang sama. Tiga kali nabi diminta baca. Lantas dipeluk lagi dan terus malaikat  mengajar sebutkan  ayat   “Bacalah dengan nama Tuhan lamu yang menciptakan.‘........ sehingga baris akhir... . Malaikat ajar nabi tiga kali.

Selepas itu Nabi S.A.W balik kerumah  dalam keadaan gentar dan meminta isterinya Khadijah selimutkanNya  sehingga nabi rasa tenteram, barulah nabi ceritakan pada Khadijah. Kata nabi  ‘Aku bimbang atas apa yang telah berlaku kepada aku‘. Kata Saidatina  Khadijah “Jangan bimbang. bergembiralah engkau. Demi Allah. Allah tidak akan melakukan keburukan kepada engkau. kerana engkau seorang yang baik. Engkau yang menghubungkan siratulrahim. Engkau seorang yang berkata benar, Engkau orang yang  sanggup menanggung kesusahan orang lain. Engkau orang yang sanggup bersusahpayah membantu orang. Engkau seorang yang sangat menyanjungi tetamu. Engkau sanggup memberi kebaikan kepada sesiapa pun.“   Inilah  peranan seorang isteri mententeramkan suami.

Kata iman ibnu Kafir.  Ayat yang  pertama diterima oleh nabi adalah menceritakan akan ilmu,  asal usul kejadian manusia dicipta berasal dari segumpal darah. Dengan kemulian Allah, telah  mengajar manusia sesuatu yang manusia tidak tahu. Allah muliakan manusia dengan ilmu.  Kepintaran dan kemulian  yang Allah berikan kepada keturunan nabi Adam adalah  lebih daripada malaikat.  Ilmu itu berada   pada akal, melalui lidah dan  juga melalui pena (penulisan).

Ini ayat yang pertama akan kisahNNabi S.A.W. setelah nabi berumaur 40 tahun. Kenapa Allah tidak turunkan wahyu  lebih awal kepada nabi untuk membolehkan nabi tinggal lebih lama di Mekah berdakwah.  Tidak lain adalah kerana  urusan untuk menyebarkan  syariat islam ini perlu ada  satu konsep kepercayaan, keyakinan.  Percaya dan yakin ini tidak akan berpaut  jika  tidak kenal  orang yang membawanya dan kenal peribadinya“.

Allah sebenarnya mahu nabi S.A.W tinggal bersama penduduk Mekah dari lahir hingga usianya 40 tahun. Duduklah  nabi dengan mereka, bergelumanglah, bersahabatlah dengan meraka. Akan  hati budi nabi tidak seorang pun penduduk Mekah yang tidak mengetahui akan  insan yang bernama Muhammad. Dikenali dengan nama Muhammad Al Amin. Seoarang yang cukup amanah, bahkan  Abu Jahal bapa saudaranya dan Abu Lahab  bapa saudara sepupunya amat menyayangi nabi.

Ada sirah  berlakunya batu hajaratul aswad jatuh dari tempatnya. Telah menimbulkan komplikasi sosial untuk meletakan kembali ketempat asal. Perebutan  kabilah-kabliah yang ada di Mekah untuk  dapat  kemulian untuk meletakan kembali. Kaum Qurais Mekah  mempercayai kerana  dan  dianggap satu kemulian/ keberkatan akan diperolehi oleh  kabilah.  Allah telah nyatakan sesiapa yang dapat memegang / mencium batu hajaratulaswad akan ada  keberkatan baginya. Inilah kemulian yang ada  di kabah yang diyakini  semenjak  nabi Ibrahim.

Satu perbalahan yang akhirnya  hanya  nabi Muhammad  yang layak  menyelesaikan  perkara tersebut.  Tidak seorang pun menapikan akan akhlak nabi.  Inilah maksudnya Allah  mahukan nabi berada diMekah untuk membina kepercayaan dan keyakinan  umum  terlebih  dahulu.  Nabi kemudiannya membentangkan kain dan meletakan batu hajaratulaswad dan diangkat empat penjuru  kain  oleh empat kepala kabilat membawanya ketempat asal.  Lalu nabi mengangkatnya ketempat asalnya.

Allah berfirman  “Sesungguhnya kamu ya Muhammad berada  diatas  segala  akhlak yang mulia‘

Sehingga  tidak ada orang boleh menafikan akan kemulian  peribadian  yang ada pada nabi. Satu ketika  mana  nabi  berkumpul dengan  penduduk.  Nabi berkata  “Jika Aku katakan dibelakang bukit ini ada tentera musuh menanti akan menyerang kita,  adakah kamu semua percaya“ Dijawab ,  tiada keraguan lagi  akan kebenaran kata  nabi.

Selepas mendapat kepercayaan yang jitu dari penduduk mekah , barulah nabi membina fasa seterusnya menyampai syariat  islam.   Bilamana   islam disampaikan  didapati hampir semua kaum  Arab Qurais menolak apa yang dibawa oleh nabi.  Mereka bukan tolak kerana tidak percaya kepada nabi tetapi atas  faktur  kehilangan  kepentingan peribadi. Bimbang  bisness akan jatuh.

Mereka adalah golongan al malaq iaitu pembesar-pembesar yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat. Golongan kaya  bimbang jika mereka menerima islam taraf mereka akan jatuh samarata dengan orang lain.  Bagi ahli perniagaan  besar menjual berhala-berhala,  bila nabi sebut tentang islam, berhala akan dihapuskan. Inilah isu besar kepada penduduk Arab jahiliah.

Layaknya nabi yang telah berusia 40 tahun membawa syariat islam,  Jika mereka tidak terima islam  itu adalah  adalah kerana faktur peribadi mereka sendiri. Manusia dengan ilmu, perlu tahu akan konsep kehidupan dan kejadian diri. Diciptakan dari apa. Mai dari mana. Kenapa kamu berada dimuka bumi ini.  Kemana kamu akan pergi.  

Allah beri ilmu  kepada kita  bagaimana nak suap nasi , bagaimana nak basuh najis, nak  pandu kenderaan,  Kenapa kita didatangkan kesini,  adakah  kerana   mahu berseronok.  Dan akhirnya nanti kamu akan   dimatikan  dan tidak akan dikembalikan lagi  keatas muka bumi .  Kita buat tidak faham dan  sengaja membawa diri  masuk kedalam neraka.  Adakah kita dikira cerdik.

Dengan sebab itu ilmu pengetahuan itu ada tahap. Dengan ilmu yang asasnya  dari wahyu, Ia menuntut kita  berpikiak (berfikir).  Wahyu yang Allah turunkan  menuntuk kita memahami  status diri.  Apabila kita mati kemana kita nak pergi adakah habis  takad itu sahaja.

Saidatina Khadijah sebagai isteri mententeramkan nabi. Memberikan suatu kekuatan kepada nabi.  Ia berkeyakinan jika sesaorang yang baik akan diberi balasan baik. Orang yang jahat pasti akan dibalas jahat. Keyakinan yang tinggi akan hakikat kenyataan dari wahyu Allah.  Nabi S.A.W seorang yang sempurna akhlaknya dengan sifatnya yang telah diketahui. Mana mungkin  kemenangan tidak berpihak kepadaNya.

Saidatina Khadijah mengajak Nabi SAW menemui Waraqah b. Naufal, sepupu Khadijah.  Waragah adalah seorang yang beragama nasrani dan pernah menulis kitab injil dalam bahasa ibrani.  Ketika itu Waraqah berkeadaan buta  dan  sudah tua.  Kata Khdijah Sepupuku, dengarlah sepupumu ini (Muhammad) ini. Rasullulah menuturkan kepada Waraqah akan yang telah dialaminya, Lalu Waraqah katakan " Dia itu adalah An Namus (Jibril) yang telah diutuskan kepada nabi Musa.

Ustaz meneruskan huraian. Andaikata orang yang berbuat baik, Allah masukan kedalam neraka,  adakah adil atau tidak ?.  Itu adalah hak Allah, kehendak (Iradah) Allah, kita nak kata apa. Kita ini  hamba Allah. Apa tugas hamba. Ia berbuat apa yang diperintah oleh tuannya.  Tetapi apa yang disebutkan  dalam janji Allah,  adalah kepastian.  Memang sah aturannya bahawa sesiapa yang berbuat kebaikan walau pun sebesar zarah akan dibalasi kebaikan dan barang siapa yang berbuat jahat walau sebesar zarah juga akan dibalasi atas kejahatannya.

Berdasarkan ayat ini adalah tiada lagi keraguan bagi orang  yang  total kepercayaan/ keyakinan atas agamanya.  Itu sebabnya Saidatina Khadijah telah menguatkan semangat Nabi S,A,W ,bahawa  apa yang berlaku pasti Allah tidak akan mensia-siakanNya.  Mengambil dalil akan  Saidatina Khatijah akan sikap  dan perangai baik nabi itu  dengan keyakinan bahawa pasti  era  seterusnya akan berjalan kearah kebaikan. Nampaklah gambaran kepada kita jika mahu jadi  baik mistilah  melaksanakan perkara yang baik yang bersandarkan kepada Al quran dan hadis.

Firman Allah “ Jadilah kamu sebagai umat islam yang mengajak orang  kearah kebaikan“

Bermakna menjadi orang islam itu  adalah menjadi tugas yang waajib untuk  mengajak orang lain  kepada  hidup cara islam. Mengajak orang lain membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.  Barulah boleh dikatakan kita berjaya dalam kehidupan.  Bukannya senang hendak ajak orang buat kebaikan,   jom pergi kemasjid berbanding mengajak orang ke  pasar malam.  Sekadarmana yang kita boleh sumbangkan diri untuk islam.  Bagaikan ada ketul batu dalam mulut hendak sebut jom ke masjid. Paling kurang  berakhlaklah cara islam  itu adalah sebagai cara memberikan contoh yang baik untuk perlihatkan kecantikan islam.

Keadaan ini bukan sahaja di negara ini,  bahkan dikatakan orang islam ini mempunyai perangai tidak elok. Tidak boleh dijadikan contoh. Ada maklumat oleh seorang pensyarah dari Al Azhar katakan  suasana satu tempat di Perancis  kedapatan syariat islam akan aspek  kebersihan begitu baik, sedangkan negara ini bukan ada ugama islam diamalkan. Sedangkan di negara islam  Mesir  suasananya  tidak menggambarkan islam,  kerana  akhlak islam telah hilang dan keadaan itu kekal sehingga sekarang. Orang islam bunuh orang islam. Begitu juga di Syria.

Maklumat, kini didapati ramai dipelusuk dunia  orang yang masuk islam. Kenapa? Ada orang masuk islam setelah mengkaji indahnya islam melalui pembacaan. Mereka mengkaji akan   janji-janji Allah dan fakta / kebenaran yang berlaku  diakhir zaman atas apa yang tertulis dalam kitab Al quran dan hadis.

Janji Allah itu adalah benar. Ia memberi jaminan akan orang yang berada dalam keadaan baik akan mendapat tempat yang baik disisinya.   Ayat ini juga menekankan  kedudukan ilmu disisi islam itu cukup tinggi. Dengan  cara Allah  mengajar manusia   menulis dan membaca. Adakah tidak boleh  bagi Allah beri  kebolehan  kepada nabi boleh membaca dan menulis. Mendapat  kefahaman tentang ilmu terus kepada nabi tanpa  perantaraan malaikat.  Sebabnya,  itulah  jalan  yang perlu diikuti oleh manusia atas fitrah kejadiannya. Malaikat tunjuk ajar kepada nabi bukan sekali sahaja. Ia ada  konsep pengulangan dan diperkuat dengan pelukkan malaikat sehingga tiga kali  yang memberi erti pentingnya  penguasaan membaca dan menulis  bagi dapatkan ilmu.

Berikan pengulangan kefahaman ilmu dan peringatan  itu jika perlu, kerana  keupayaan sesaorang itu berbeza.  Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan  berilmu   Ditanyakan lagi - Adakah sama  antara orang tahu dengan orang yang tidak tahu.  

Ilmu utama dalam islam iaitu fardhu Ain dan fardhu kifayah , feqah dan tauhid. Ilmu inilah untuk menjaga diri kita. Kalau tidak ada komponen ilmu-ilmu ini dalam diri kita, ia akan berkeadaan pincang.  menjaga  diri sendiri pun tidak boleh, bagaimana  hendak jaga keluarga. Ia tidak tahu menghormati ibu bapa. Ia boleh beri upah kepada  sepuluh orang  tok imam membaca yasin untuk ibubapanya tetapi ia sendiri tidak pernah mengenal yasin. Tidak pernah belajar cara sembahyang. Bila mati orang lain tolong sembahyangkan.

Tiada konsep fidyah, ganti beras kerana tinggalkan sembahyang. Walau pun ada kenyataan  dalam mazhab syafiee boleh ganti dengan fidyah beras tetapi dalil yang kuat ganti beras adalah kerana  kerana tinggalkan puasa atas  hal yang syariee. Comfom tidak boleh ganti sembahyang dengan  fidyah beras. Dari umur  peringkat kanak-kanak  tidak diajar sembahyang, sehingga umur  10 tahun boleh di pukul. Sampai akhirbaligh ia telah termasuk dalam catatan oleh malaikat.  Ini cara pendidikan yang salah.

Firman Allah “ Adakah kamu tidak melihat  wahai Muhammad  orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan“

Mereka boleh cipta berbagai  kemudahan, perlatan. Gunakan ilmu cipta  alat naik ke bulan. Meraka mendapat nikmat yang Allah berikan tetapi   tidak ramai yang  akan mendapat hidayah. Allah tutup telinga, mata  dan hati mereka.  Mereka tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.  Siapa yang boleh beri hidayah. Siapa  yang boleh jual hidayah. Adakah boleh kita beli hidayah dari Allah. Itulah kedudukan ilmu dalam islam. Ia mengenal apa yang dicipta dan tahu siapa yang menciptanya.

Firman Allah  “Sesungguh nya  mempelajari  ilmu itu  bagi  manusia  menjadikan  mereka hamba yang bersyukur“

Para  saintis, jika mengkaji  keadaan tubuh manusia akan sistem urat saraf dan sifatnya  pasti  ia akan dapat kesimpulan  ada penciptanya, Jika saintis  yang tiada asasnya akan islam ia akan katakan  segala yang wujud adalah natural of law.

Seorang  Arab Badwi mai jumpa nabi dengan  marah marah kepada nabi, berkata “Ya Muhammad, dimanakah tuhan“. Lalu nabi jawab secara  mudah. “ Tadi semasa tuan mai dari kampong, ada jumpa apa-apa  ditengah jalan“ . Dijawab  “ Tiada jumpa apa hanya tahi unta“. Nabi jawab “Tahi unta  itu siapa yang punya“. Dijawabnya“ Mana tahu unta siapa“. Nabi  katakan lagi  “Tentulah unta yang punya. Begitu juga kalau mahu lihat tuhan,  lihatlah  matahari, bulan, bintang , pasir, batu  itulah  hasil  ciptaan Allah. Setiap  satu itu yang ada pasti ada penciptanya“.

Selepas wahyu pertama ia terhenti agak lama. Malaikat tidak mai  sehingga nabi terasa rindu.  Sampai satu ketika nabi berjalan, dilihat olehNya malaikat Jibril  yang membawa wahyu semasa digua hiraq sedang duduk dikursinya diantara langit dan bumi. Begitu  dahshad saiznya memenuhi antara bumi dan langit.  Dikhabarkan dua kali nabi melihatNya dalam keadaan asal. Selainnya ia mai dalam keadaan seperti manusia. Nabi katakan Aku rasa takut/ gerun melihat  rupanya dalam bentuk asal malaikat Jibril . Aku pun balik kerumah dan meminta Khadijah  diselimutkan.

 Apabila nabi minta diselimutkan terus Allah berfirman bermasud : ‘Wahai orang yang berselimut, bangun, berikan peringatan untuk menyuci kaum engkau, untuk membesarkan tuhan engkau  dan membersih jiwa  mereka.“

Turun wahyu kedua  mengerakkan nabi supaya sampaikan kepada orang ramai akan ayat Allah. Bermaksud jangan simpan ilmu hanya dalam  diri. Hendaklah di khabarkan kepada manusia lain.

Tafsiran ayat ini menjelaskan ia adalah  ayat perintah. Yang menggerakkan nabi untuk menyampai  mesej dari Allah secara lebih tegas. Bermaksud  melaksanakan kerja sampaikan  ilmu  ketuhanan.  Maka bermulalah nabi  dengan kerjanya secara bersembunyi kepada orang-orang dekat dengannya.

Membuat kerja untuk islam perlukan pengorbanan besar. Nabi ibrahim  mengambil resiko cukup tinggi meninggalkan anak isteri dipadang pasir. Bapa dan saudaramaranya tidak mahu terimanya tetapi atas perintah Allah ia meninggalkan isteri dan anak nya nabi ismail tanpa jaminan bekalan makanan semata-mata dengan pertolongan Allah.

 Ayat yang sama  ustaz  huraikan secara luas : “Jangan kamu letakan kecintaan kamu  melebihi dari kecintaan kamu kepada Allah dan Rasulnya“.

Berjihad juga  banyak kategorinya. Ia bermaksud melawan hawa nafsu kearah kebaikan. Ambil kesempatan beramal  dengan sempurna, hadir ke majlis  ilmu dan mendalami   ilmu agama.

Ada  Tiga  perkara yang  Allah nyatakan:-

1. Kepentingan ilmu akan mengetahui  perinsip ketuhanan mengenali  islam. Menjadikan diri  sebagai  contoh.

2. Ilmu bukan untuk diri sahaja tetapi adalah untuk disampaikan kepada orang lain. Kepada kaum keluarga, jiran masyarakat, negara dan dunia.

3.Bina jiwa akan  tanggongjawab iaitu  bangun  ditengah malam memohon pertolongan dari Allah untuk membantu laksanakan tanggongjawab.

Tugas  kita hendak bawa bendera islam.  mudahan Allah memberi  kerahmatan kehidupan dunia dan akhirat.     Amin…..

Wassalam…………..

(Catatan Penulisan   adalah dari rakaman suara).
Masjid Sungai Gelugur P.Pinang

Friday, 15 November 2013

NIKMAT ISLAM DAN IMAN

16/11/13. Tazkirah subuh. Tajuk: NIKMAT ISLAM DAN IMAN

Mudahan-mudahan kita mendapat rahmat dan nikmat dari Allah kerana dapat menunaikan  solat subuh berjumaah. Ucapkan kesyukuran kerana nikmat ini juga akan membawa kita untuk dapatkan nikmat yang lebih besar iaitu syurga yang disediakan oleh Allah SAW.
Nikmat yang paling besar dalam  kehidupan ini adalah  nikmat  islam dan iman. Nikmat ini merupakan benting kepada kita. Ia  tidak dikurniakan kepada  manusia   berdasar kepada keturunan.  Allah berikan kepada  orang yang berusaha ke arahnya.  Mudah- mudahan  Allah matikan kita dalam islam.

Ustaz  membuat huraian  akan  konsep  hijrah  . Kita selalu mendengar tentang maal hijrah. iaitu kisah besar akan hijrahnya nabi dari Mekah ke Madinah dan peristiwa/ catatan sejarah  yang berlaku ketika itu. Dengan berjayanya hijrah  nabi maka islam telah sampai ke seluruh pelusuk dunia,  ke nusantara dan negara yang kita tinggal. Bertuahnya kita  kerana telah sampainya  syariat islam.

Selepasa hijrahnya nabi  dari Mekah ke Madinah, tidak ada hijrah lain  yang diperintahkan  oleh Allah.  Apa yang perlu kita laksanakan adalah  bagaimana kita hendak hijrahkan diri kita. Konsep hijrah membawa maksud kita   berpindah  kepada cara hidup yang besyariatkan ajaran islam. Ia termasuk dalam hal amanah  dan  cara kita mengunakan apa yang ada dikeliling kita , harta benda,  anak isteri, jawatan dan sebagainya. Dalam bahasa lainnya ia  bertukar menuruti  aturan Allah yang menjadikan  sekelian alam ini dan isi didalamnnya.

Apakah yang perlu dibuat dalam zaman/ era masa kini. Macamana hijrah yang perlu kita lakukan. Dalam menghadapi era dunia tanpa sempadan hendaklah kita menjadi lebih cerdik membezakan intan dan permata.. Hendaklah dapatkan ilmu sebanyak-banyaknya, iaitu ilmu yang mengenal Allah. Ilmulah yang menjadi benting dan penghadang kepada unsur yang   negetif,  kerana Allah lebih  tahu akan fitrah kehidupan manusia, Allah yang mencipta kejadian makhluk.

Sabda Rasullahlullah menuntut ilmu adalah wajib/ difardhu kepada umat islam. muslimin dan muslimat, tidak  kira lelaki atau perempuan.  Sabda  nabi lagi  “Sesungguhnya orang yang berilmu ibarat cahaya yang bergemerlapan seperti bintang dilangit“.  Yang memberi pentunjuk didaratan dan lautan. Kata para  ilmuan. ilmu adalah  pelita menerangi kegelapan, Ia membolehkan sesaorang melihat sesuatu dari sudut yang berbeza.  Hadis lain  mengatakan tuntutlah ilmu dari peringkat dalam buaian sehingga ke liang lahat.

Para ibu bapa hendaklah mendidik  anak-anak menjadi orang yang berilmu. Negetifnya para ibu mendidik anak dari peringkat buaian dengan zikir lagu-lagu yang tidak membawa anak mengenal Allah. Dengan lagu hindustan,  malah mendendangkan lagulagu  melayu pun kebanyakanmya  tidak memberi apaapa kebaikan kepada anak yang didalam buaian. Kenapa tidak kekalkan dengan zikiriullah sepertimana yang dilakukan oleh  orang orang tua terdahulu.

Aku yang menulis ini, dalam pengalaman yang sama, mengkongsikan satu kisah benar yang berlaku.  Satu ketika di satu pusat jagaan baby, aku  ayunkan buaian baby – seorang anak cina yang berumur  lengkongan  1 tahun. Aku azan dan qamatkan sampil membuainya.  Aku lihat anak ini diam  tidur. Selepas itu aku keluar.

Maklumat yang diterima dari pengasuh kata selepas sahaja aku keluar, anak ini menangis semaunya sehinga tidak dapat dibendong. Ibu kepada anak ini (cina) dipanggil dan memaksanya  anak itu  dibawa balik.  Selepas itu anak ini tidak lagi dihantar ke pusat jagaan ini. Bila dhubungi, ibu baby ini ini nyatakan ia telah bawa anak ini ke tokong. Tokong katakan anak  ada orang telah kacau.

Apakah yang berlaku dalam  hal diatas. Jelaslah bahawa  itulah di tentukan bahawa  anak yang baru lahir hendaklah segera diazan/qamatkan kerana ada makhluk lain pendamping dikalangan jin/ iblis akan bersama nya. sehingga dewasa.   Baby cina tadi  yang  berumur setahun diazankan menyebabkan berlaku komplikasi  gangguan dalaman yang menyebakan anak ini diganggu, Aku nasihatkan anak-anak yang  baru lahir hendaklah sentiasa didengarkan azan/qamat  ditelinganya sepanjang masa, didodoikan dengan kalimat   zikirullah. Jangan biarkan ia kufar semenjak dari alam baby.

Berilah didikan yang sempurna kepada anak-anak.  Ilmu yang membawanya selamat dunia dan akhirat. Tuntut ilmu dan  akur kepada perintah Allah. Dunia kini tanpa sempadan,  semua maklumat boleh diterima dengan hujung jari. Ambil tahu apa yang anak buat dan yang di lihat dalam media internet.  Nabi pernah katakan diakhir zaman akan ada teknologi yang membolehkan orang timur dan barat boleh terus bercakap antara satu. Ia satu maklumat yang telah diketahui nabi yang telah diberitahu oleh  Allah melalui malaikat Jibril.

Kata Imam Syafiee ada enam  perkara yang perlu diketahui: -

Pertama:  Hendak dapatkan ilmu mistilah cergas.  Kalau kesihatan kita tidak  baik atau semasa mendengat tazkirah /pengajian,  kita lena, apa ilmu yang kita dapat. Walau pun dijanjikan duduk dalam majlis ilmu ada    kelebihannya,  Ia tidak memberi apa-apa kesan dalaman kepada hati/ jiwa sesaorang.

Kedua : Misti ada semangat waja. Mai hari ini, esok datang lagi.  Tidak mai kerana sesuatu yang benar-benar tidak mengizinkan. Bukan kerana malas atau menganggap majlis ilmu hanya membuang masa. Hendaklah tanam dalam diri selagi ada kesempatan atas kudrat yang ada aku pasti mai.

Ketiga : Misti Rajin. Sentiasa mencari  dimana ada tempat-tempat majlis pengajian, Kalau dalam satu daerah banyak majlis pengajian yang dianjurkan. Catatkan masanya dan hadir walaupun perlu berbelanja. Jangan mengharapkan  tazkirah ilmu dipasang  ditepi  telinga.

 Amat bersyukur jika dalam satu mukim daerah dan negeri banyak majlis ilmu diadakan. Kita boleh pilih bidang ilmu apa yang mahu di tingkatkan. Ilmu feqah, akidah/ tauhid, Keroharian/ kesufian dan lainnya. Sama juga halnya  ilmu keduniaan, pertanian, perubatan, kejuruteraan dan lainnya.

Keempat : Misti ada kemajuan. Setiap yang dipelajari perlu ada penambahbaikan. Ia mencakupi  caramana untuk memahirkan diri dari ilmu berkaitan kerana nabi ada  nyatakan dalam    hal industri penanaman kurma. Ia pernah katakan   “ Jika  kamu  mahir  dalam hal penanaman kurma maka kamu lebih mengetahui akan  selok beloknya“.   Dalam bahasa lainnya  kamu akan punyai  inovasi setelah  mengkaji fitrah keperluan hidupnya tanaman kurma  dan jangan  lupa  itulah yang Allah telah ciptakan.  Yang  terbaiknya  ada usaha untuk  mengkaji, menilai dan membezakan, bukan sekadar membaca.

Kelima : Misti bersahabat dengan guru.  Para ustaz, tok guru  atau guru dalam bidangnya. Disitu ada keberkatan. jangan berguru  kepada para iblis/syaitan dan kuncunya.  Jika kita mengambil ilmu dari media elektronik, internet dan sebagainya. Ia boleh  sebagai satu asas untuk kita mengetahui tetapi hendaklah  cari guru untuk  dapatkan pengesahan dan boleh bertanya jika  tidak memahaminya.  Inilah  antara jalan jalan  bagaimana menjadikan media masa elektronik sebagai satu alat untuk meningkatkan  pengetahuan dalam beragama.

 Keenam :  Dalam  waktu yang lama.  Ilmu tidak boleh didapatkan dengan mudah. Peringkat awal secara mendengan/ membaca. diikuti dengan  pemahaman. Pergilah bertanya untuk  pengesahan dan akhirkan jadikan ia sebagai amalan dalam  kehidupan, Sebab Islam tidak menghalal semua cara.  Di khabarkan oleh nabi  bahawa semakin banyak  kita pelajari ilmu, semakin banyak yang dirasakan kita tidak mengetahuinya. Inilah wajibnya  bagi kita dapatkan dahulu  ilmu mengenali Allah dan Rasulnya.

Mengetahui  semua ciptaan-ciptaanNya, alam shuhadah, alam ghaib yang lain yang wajib diimani. Seperti alam azali, alam mashsyar, alam kubur, alam syurga, neraka dan lainnya. Disamping itu  untuk duniawi dapatkan ilmu akan semua yang termampu akan ciptaaan Allah alam tumbuhan, alam haiwan. bawa ilmu duniawi ini dan rujuk maklumat yang terdapat dalam Al quran dan hadis.

Inilah yang nabi katakan semakin banyak  kita pelajari ilmu, semakin banyak yang dirasakan kita tidak mengetahuinya. Sampai kemati pun tidak akan habis ilmu yang  boleh  dipelajari. Bukan mudah  untuk dapatkan tahap master dalam semua  bidang yang asasnya   Allah  yang  ciptakan.

Kata  Iman Syafiee lagi diriwayatkan  bahawa  jika sesaorang tidak memanafaatkan masa mudanya untuk mendapatkan ilmu  maka bertakbirlah  rasul empat kali   menandakan saat kematianya.  Amat rugi dan sia sialah  jika masa muda  sihatnya  tidak diisikan ilmu  untuk dijadikan filter dalam  akal dan fikirannya

Inilah hijrah yang perlu ada dalam diri kita.  Berhijrah dari yang tidak baik kepada yang  lebih baik. Hijrah dari jahiliah kepada kehidupan yang bertamadun. Hijrah dari tidak mengetahui kepada mengetahui. Yang paling utama adalah hijrah menjadikan manusia yang  meninggalkan yang dilarang dan  melaksanakan  apa yang duperintah. Jangan ditanya kenapa Alah perintah begitu dan begini. Ikut dahulu dan  kaji akan   kelebihannya. Inilah konsep iman percaya akan Allah dan Rasulnya.

Tidak ada satu contoh yang   lebih  baik seperti  yang rasullulah lakukan. Sebarang tindakanNya adalah bersandarkan wahyu, bukan jalan yang direka. Allah perintahkan nabi berhirah dari Mekah ke Madinah. Rasulullah telah bina keimanan para sahabat. Yang mempercayai  yang disampaikan, tanpa dakwa dakwi seperti imannya  Khalifah Abu Bakar Al Siddik.  Jika Allah yang punyai rencana, DIAlah yang memberi perlindungan. Sehinggakan awan diperintahkan melindungi  perjalanan sepanjang dari Mekah ke Madinah. Bukankah awan itu makhluk. Awan pun   akur perintah, kenapa manusia yang diberi akal tidak mahu tunduk. Inilah contoh kebesaran Allah  keatas apa yang diciptaNya.

Hijrahnya nabi membawa banyak  pengertian dalam rentetan sejarah islam. Dalam aspek  hubungan sesama  manusia dengan  syariat islam, atas konsep pengorbanan dan perjuangan. Yang  Allah hendak  berikan   ilmu kepada  umat  akhir zaman adalah kehendakNya  akan  Rasulluah adalah Pembawa Rahmat Ke seluruh Alam  - Rahmattan lilaalamin.  Ikutlah cara nabi jika mahu selamat dunia ada akhirat.

Konsep Hijrah,  jika kita tidak pernah melaksanakan solat sunat selepas atau sebelum sembahyang fardu,  sila mulakan.  Jika kita sedar terlalu banyak solat yang ditinggalkan  semenjak akhirbaligh. mula buat sembahyang ganti. kerana jika  mati dalam suasana berusaha  membayar hutang sembahyang, ia lebih baik kerana  ada  keazamanan untuk membaiki diri/ taubat dan terserah kepada Allah. Ada riwayat yang menyebut jika kita rutin dengan amalan zikir tetapi kerana terlupa atau sesuatu yang syariee maka  Allah akan buat perkiraan kita  kekal dalam amalan tersebut.

Carilah teman yang boleh membawa kepada kebaikan. Yang bersama secara jumaah untuk melaksanakan apa yang diperintah dalam perkara  wajib  dan fardhu kifayah. Ia adalah kekuatan. Dampingan Rakan yang memahami dan mempunyai satu vision untuk  membantu agama Allah ini. Nabi juga  telah dibantu oleh para sahabat yang mahu  hidup dan mati bersamanya.

Duri-duri yang ada disepanjang jalanan adalah satu filter yang  akan mengasingkan  manusia untuk dimasukan  kedalam neraka dan syurga. Dari satu sudut penerimaan ketentuan Allah andainya kita manusia gembira menerima sebarang kesusahan, ia adalah gambaran bahawa Allah telah memilihnya untuk diletakkan dalam golongan  orang yang berjaya didunia dan akhirat.

Umat islam perlu memiliki akhlak yang baik. Ini adalah contoh perbuatan yang  hendaklah di tunjukan  kepada orang lain. Dalam bahasa  popular  Ia sebagai idola.  Sejarah membuktikan bahawa golongan bawahan adalah umat yang  mejoriti yang menerima islam. Mereka menjadi umat islam atas  taufik/ hidayah  mahukan ketenangan, mencari yang haq, bencikan penindasan. ini telah dicontohkan oleh nabi. Atas  situasi inilah golongan kaya merasakan  tergugat kerana sokongan manusia tunggangan  yang menjadikan mereka kaya telah berhijrah menjadi umat  baru dalam aspek akidah dan cara hidup.

Kata Imam Safiee lagi. Sesaorang yang  alim dalam agama , tiada masa mengambil tahu  akan urusan  orang lain kerana ia sebok akan membetulkan keaipan diri sendiri. Ia melaksanakan  urusan membaiki diri  dan tanggongjawabnya , secara langsungnya ia memberi contoh  kepada orang lain akan perlunya orang lain membaiki diri sendiri.

Kesimpulan. Bagaimana menjadi seorang muslim yang cemerlang ? 

Pertama. Baiki diri mu dan  ajak orang lain melaksanakan  tugasan yang  Allah perintahkan.

Kedua : Laksanakan tanggongjawab terhadap Allah dalam hal solat lima waktu. Sesiapa yang mendirikan solat bermaksud ia mendirikan agamanya kerana Allah katakan  solat itu tiang agama. Meninggalkan solat bermaksud  ia meruntuhkan agamanya. Allah beri jaminan bahawa solat itu  akan mencegah perkara yang mungkar.

Ketiga : Memiliki akhlak yang luhur/ terpuji. Perlu ditekankan kepada genarasi kini. Menjadi tanggongjawab kepada ibu bapa membimbing. Ia tugas yang berterusan selagi nyawa  masih ada. Menjadi tanggongjawab kepada  genarasi  akan datang menyampaikan kepada generasai seterusnya. Adakah sesuatu yang tidak lojik pada akal bahawa jika tidak diperkuatkan  ilmu-ilmu agama ini kepada keturunan,  maka berapa ayat sahaja yang  akan sampai kepada  anak cucu cicit sebelum dunia ini dikiamatkan.

Keempat: Berfikiran jauh dan positif.   Ia dapat membaca sesuatu yang mungkin berlaku dan mengambil langkah untuk mencari jalan supaya   perkara negetif tidak berlaku. Berusaha melaksanakan penambahbaikan atas  perkara yang ada.

Kelima : Mengesakan Allah.   Hendaklah sentiasa merujuk kepada kitab Allah – Al quran dan hadis dalam apa jua persoalan. Termasuk Dalam hal permasalahan hukum dan fakta  fitrah  kehidupan.  Manakala Dalam hal ilmu duniawi boleh dapatkan maklumat dari  orang bukan islam tetapi bukan jadikan  ia sebagai idola.

Berlari kepada Allah  adalah  penghijrahan yang dituntut.  Hendaklah ada keazaman apabila mendengar atau membaca dari  catatan tazkirah ini. Mungkin  hari  ini,  esok  adalah hari yang lebih baik untuk kita.

Allah tidak  akan tanya kepada sesorang adakah telah diterima atau telah dilaksanakan apa yang kamu sampai.  Akan tetapi yang diitanya adakah telah kamu sampai atau tidak......    Ini adalah tugas seperti tugas  para nabi.  Andai   kita diberi taufik telah kira  baik.  Jika diberi hidayah  ia adalah   telah mendapat  penunjuk jalan ke syurga

Wassalam......
Penulisan adalah dari rakaman suara.
- Masjid Sungai Gelugur P.Pinang